CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anti_aktivis

Kes Altantuya C4: Latest - Razak Bela Najib/Rosmah

  [Copy link]
Post time 20-11-2008 10:57 AM | Show all posts
Razak nafi ada hubungan dengan Altantuya

KUALA LUMPUR: "Saya tidak pernah ada hubungan dengan Altantuya" demikian kata-kata Abdul Razak Abdullah Baginda pada sidang media pertama selepas dibebaskan daripada tuduhan dalam kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tiga minggu lalu.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia itu menemui wartawan di ibu negara sebentar tadi.

Dalam sidang media yang turut dihadiri bapa beliau, Datuk Abdullah Malim Baginda dan tiga peguam, Razak berkata, apa yang ditulis atau disebar selama ini adalah tidak benar.

Beliau turut merayu supaya kepada pihak-pihak tertentu supaya berhenti menyebarkan fitnah kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang sebelum ini turut dikaitkan dengan kes pembunuhan itu.

"Saya tahu (Datuk Seri) Najib dan isteri tidak pernah menemui Altantuya. Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada Najib dan isteri.

"Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang cukup kerana sememangnya tidak ada bukti," katanya.

Razak sepatutnya mengadakan sidang media pada 6 November lalu pada masa dan tempat yang sama namun membatalkannya di saat-saat akhir.

Pada hari yang sama, Rowena mengeluarkan kenyataan meminta maaf atas pembatalan sidang media tersebut.

Dalam kenyataannya itu, Rowena berkata, bapanya sedang menyesuaikan semula kehidupan sebagai seorang yang bebas selepas dipenjarakan hampir dua tahun dan ternyata penyesuaian itu mengambil sedikit masa.

Cubaan untuk mendapatkan komen daripada Razak berhubung pembebasannya itu telah dilakukan sejak hari beliau dibebaskan namun beliau enggan berbuat demikian.

Jumaat lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mengetuai barisan pendakwaan kes pembunuhan Altantuya berkata, pihaknya tidak akan memfailkan rayuan atas alasan Hakim Mohd Zaki Md Yasin yang memutuskan kes berkenaan sudah membuat penemuan fakta ketika membebaskan Abdul Razak daripada tuduhan tersebut

Razak merupakan tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan Altantuya dibebaskan 31 Oktober lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah Hakim Mohd Zaki mendapati tiada kes prima facie bagi Razak untuk menjawab tuduhan.

Bagaimanapun, dua lagi terduduh iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diarah supaya membela diri atas tuduhan yang dihadapi.

Azilah dan Sirul Azhar akan memberikan keterangan secara bersumpah untuk membela diri mereka mulai 15 Januari depan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2008 11:10 AM | Show all posts

Reply #241 Syd's post

boleh caya ke ckp2 razak ni kata takde hubungan dgn altantuya tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:13 AM | Show all posts
Originally posted by nour2001 at 20-11-2008 11:10 AM
boleh caya ke ckp2 razak ni kata takde hubungan dgn altantuya tu...



Aku pon tak caye...paling kurang pon mesti ada hubungan batin...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:27 AM | Show all posts

Reply #242 nour2001's post

saya takde hubungan batin

saya cuma jadik orang tengah je

si anu ngan si anu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:55 AM | Show all posts
Razak Baginda minta henti fitnah TPM, isteri dalam kes Altantuya
20/11/2008 11:10am

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dalam penampilan pertamanya sejak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu meminta semua pihak berhenti menyebar fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isteri.

Beliau berkata, dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pernah menemui Altantuya adalah tidak benar.

Abdul Razak berkata demikian pada sidang akhbar di Hotel Maya di sini hari ini. – Utusan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:09 PM | Show all posts

Kenyataan akhbar Razak Baginda..

Kenyataan akhbar Abdul Razak Baginda
Nov 20, 08 12:25pm

Berikut adalah kenyataan akhbar yang dibaca oleh Abdul Razak Baginda dalam satu sidang akhbarnya di ibu negara pagi ini.

lzinkan saya pertama sekali merakamkan penghargaan saya kepada sdr/sdri sekalian di atas kehadiran sdr/sdri pada pagi ini. Saya juga ingin terlebih dahulu memohon maaf kerana tidak dapat bertemu sdr/sdri sebelum ini.

lzinkan saya mulakan dengan mengucap syukur Alhamdullah, segala pujian bagi Allah SWT, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Agung kerana adanya saya di sini hari ini, di antara sdr/sdri sebagai seorang yang bebas.

Saya telah menghabiskan selama 22 bulan di penjara dan dengan petunjuk Allah SWT jua, dengan keyakinan penuh bahawa saya tidak bersalah dan sokongan yang diberikan oleh keluarga dan kawan karib yang telah membantu saya melalui apa yang boleh saya katakan sebagai satu tempoh yang sangat menekan, sangat menduga dan sangat menyedihkan sepanjang usia 48 tahun saya.

Kata-kata tidak akan mampu menggambarkan dan menyatakan penghargaan saya yang amat mendalam terhadap keluarga saya yang telah bersama-sama saya mengharungi waktu yang sangat mencabar ini. Kasih sayang dan dedikasi mereka yang tidak terhingga yang memberi saya kekuatan. Setiap hari Sabtu tanpa gagal, keluarga saya akan datang melawat saya semasa tempoh lawatan mingguan. Sejumlah lebih 100 kali mereka datang melawat dan lawatan mereka adalah kemuncak dari seminggu saya. Sungguh, saya sungguh bertuah.

Mungkin lumrah manusia apabila seseorang di dalam kesusahan, ramai yang rnenjauhkan diri. Saya telah menjangkakan ini dan tepat sekali, lumrah manusia ini tidak pernah mungkir. Saya telah menyambut dua kali Hari Raya di dalam penjara. Sebelum dipenjara, menjelang Hari Raya saya akan terima ratusan kad raya. Bagi dua tahun yang lepas, saya terima tidak lebih dari dua keping kad.

Kepada mereka yang telah menghantar ucapan selamat kepada keluarga saya dan kepada yang segelintir yang pernah hadir di mahkamah, saya mengucapkan terima kasih. Kehadiran dan sokongan anda bermakna kepada saya dan keluarga saya.

Terirna kasih yang tidak terhingga dari saya kepada para peguam saya yang bukan sahaja telah berkerja keras di dalam kes saya tetapi juga telah datang melawat saya di penjara. Semasa Perang Dunia Kedua, apabila askar ditawan sebagai tawanan perang, memang menjadi tugas mereka untuk melepaskan diri. Tentu sekali, tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk melepaskan diri, bagaimanapun saya tetap terlepas kerana fikiran saya sentiasa bebas. Zahirnya seseorang boleh dipenjara tetapi fikirannya tidak mungkin terpenjara. Keluarga saya, kawan karib, para peguam saya dan buku-buku saya telah membantu saya melepaskan diri, kerana fikiran saya tidak pernah terpenjara. Kepada saya, inilah pelepasan diri yang bermakna.

Ramai orang cenderung mempunyai tanggapan yang sempit dan negatif tentang penjara dan pihak penguasanya. Bagaimanapun, saya ingin menyatakan di sini, ia bukanlah satu tugas yang mudah dan umumnya saya dapati pihak penguasa penjara telah menunjukkan satu tahap profesionalisma yang tinggi. Penghargaan saya juga untuk mereka.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada tahanan-tahanan lain. Mereka telah menolong saya melalui kehidupan di penjara yang antaranya, mereka menunjukkan kebaikan yang ikhlas kepada saya. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan semoga yang terbaik untuk mereka.

Tidak ada perkataan yang rnarnpu rnenyatakan dan menggambarkan kesengsaraan yang di lalui keluarga saya selama hampir dua tahun. Sejak saya ditahan dalam bulan November 2006, banyak yang telah diperkatakan oleh ramai orang. Pembohongan dan tanggapan yang tidak berasas telah dijadikan asas yang kononnya dikatakan kebenaran. Kebenaran sebenar sudah tidak lagi menjadi penting. Seolah-olah tiada siapa yang berminat lagi untuk mengetahui perkara yang sebenar. Beberapa pihak telah membuat yang bersepadu untuk rnemutarbelitkan kisah sebenar sehingga menjadi timbunan sampah sarap. Pembohongan cepat sekali memintas kebenaran. Seperti yang dikatakan Shakespeare dalam Henry IV, "embohongan sudah setengah pusingan mengelilingi dunia sebelum kebenaran sempat menyarung kasutnya".

Saya akui saya sendiri merasa terperanjat rnenyaksikan bagaimana kes saya telah digembar-gemburkan sebegitu liar dan orang yang tidak tahu-menahu muncul di tengah persoalan dan berjaya memesungkan pandangan sedemikian ramai orang. Ramai yang telah ikut serta dan terbawa dengan perbuatan yang tidak benar ini. Yang tidak bersalah menjadi mangsa sementara yang berdusta bermaharajalela. Oraqg ramai
diperdaya dan mereka percaya apa yang ingin mereka percaya, tanpa menghiraukan kebenaran.

Saya sedar akan adanya mereka yang sentiasa mencurigai dan memutar-belitkan segala apa yang saya katakan untuk meremeh dan menyalah tafsir kata-kata saya. Saya terperangkap dalam situasi "dipersalahkan jika berbuat sesuatu dan dipersalahkan jika tidak berbuat sesuatu". Ada yang menasihatkan saya supaya tidak memberi kenyataan kerana ia akan hanya menjadi satu usaha yang sia-sia. Kata
mereka, apapun yang saya katakan tiada bezanya kerana orang lebih suka dengan tafsiran mereka sendiri meskipun di ceritakan yang sebenarnya. Walaupun setelah kisah yang sebenar muncul, orang-orang seperti ini akan mempunyai penjelasan mereka sendiri. Seakan suatu yang tidak boleh dimenangkan.

Bagaimanapun, saya rasa jika saya tidak berani dan cuba melawan arus untuk menyatakan yang sebenarnya, saya hanya memejamkan mata dan malah membenarkan pembohongan berterusan. Saya akan cuba dengan rasa penuh tanggungjawap menegakkan kebenaran rnengatasi kepalsuan. Bagi saya, rnengambil sikap tidak peduli adalah tidak bertanggung jawap. Seperti kata Martin Luther, "Di sini saya berdiri, saya tidak dapat berbuat lebih, tolonglah saya Tuhan".

Ahli Media Sekalian,

Saya merayu kepada anda semua supaya berhenti menyebarkan fitnah tentang YAB Dato Sri Mohd Najib Abdul Razak, Perdana Menteri dan isterinya. Saya tahu bahawa Dato Sri' dan isteri tidak pernah menemui si mati, Altantuya. Terlalu banyak fitnah yang dilernparkan kepada TPM dan isterinya. Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh kerana sememangnya tidak ada bukti. Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran.

Sdr/Sdri mungkin cukup mengenai perbicaraan kes masih berlangsung. Saya telah dinasihatkan oleh peguam saya supaya tidak rnenyentuh secara khusus kes saya demi memelihara keluhuran perbicaraan tersebut.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT bagi membenarkan dan menguatkan lagi bukti yang saya tidak bersalah di mahkamah. Saya juga ingin rnenjelaskan bahawa saya tidak pernah melakukan kesalahan kepada si mati. Walaubagairnanapun, saya mengucapkan simpati saya yang tidak terhingga kepada keluarga simati keatas kehilangan rnereka.

Ribuan terima kasih di atas perhatian sdr/sdri.



- malaysiakini.

[ Last edited by  petola at 20-11-2008 01:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2008 01:13 PM | Show all posts
Najib dan bik mama tentu rasa besar hati....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:16 PM | Show all posts
pelik gak, mcm mana si Razak baginda tahu TPM ngan bini dia tak pernah jumpa ngan Al-Tantuya?

Razak baginda ni kenal ngan al-Tantuya ker, aku malas nak baca yg lain2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2008 01:18 PM | Show all posts
wartawan siap tanya

" Macam mana anda tahu? "

habislah ko Razak, ko dah buat satu lagi spekulasi
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:21 PM | Show all posts
apakah motif pembunuhan ini mengikut cerita utusanmelayu???
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:22 PM | Show all posts
apsal aku baca macam sepul jer yg tulis hahh.....org humno tulis mmg camnih kerr....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:23 PM | Show all posts
oii cempedak.. ko mmg tak bunuh dia... sebab ko dapat upah untuk dok kat penjara sementara....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:24 PM | Show all posts

Reply #1 petola's post

betul juga..... selagi tiada bukti....
bercakap... mmg boleh le bercakap...

jadi kematian altantuya adalah misteri kepada semua...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:24 PM | Show all posts

Balas #1 petola\ catat

kaber jgn tak kaber
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:25 PM | Show all posts
alahai...  tu pun nak complain kat org lain yg tak melawat dia kat jail ker???

dah keluar tu, syukur aja lar... lagi mau ungkit...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:26 PM | Show all posts
Razak Baginda cakap seolah2 dia kenal ngan al-Tantuya

aku suspek, mesti TPM atau bini dia yg suruh Razak sebut benda ni, tapi diaorg mcm tersilap langkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2008 01:26 PM | Show all posts
alangkah bagus nye kalau ada fizikal proof kaitan najib dgn altantuya...
malangnye tiada...
kita hanya terus boleh buat spekulasi...
najib akan terus jadi pm?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:26 PM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 20-11-2008 01:18 PM
wartawan siap tanya

" Macam mana anda tahu? "

habislah ko Razak, ko dah buat satu lagi spekulasi



satu lagik persoalan...

kalau razak neh tak kenal tuya...
najibtuya ngan bini tak kenal tuya...

kenapa yg polis 2 ekor tuh yg bunuh tuya.. polis 2 ekor tuh kenal tuya pun tak..
sapa suruh bunuh tuya...
sapa pembunuh sebenar tuya
kenapa org salah bleh tutup muka bila dah masuk kes...
apsal dai leh senang2 lepas camtuh
apsal pihak menuduh takleh dakwa dai neh balik

ishkk.. byk tul soklan, bleh ganti meiden neh....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:27 PM | Show all posts

Reply #11 DTECCONAN's post

kalai ikuti perjalanan kes... razak baginda mmg kenal altantuya...
cuma tak boleh nak buktikan dia ni terlibat dgn pembunuhan altantuya
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:28 PM | Show all posts
kaber baek nampak....pengakuan eksklusif lagi tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.073065 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list