CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24960|Reply: 195

Pelakon Nasir Ali meninggal dunia.. Al-Fatihah

[Copy link]
Post time 31-10-2008 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Nasir Ali meninggal dunia kerana kencing manisSumber: Utusan Malaysia

Oleh ABD. AZIZ ITAR

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Pelakon teater, drama dan filem yang terkenal dengan watak jahat, Nasir Ali meninggal dunia kerana penyakit kencing manis di kediamannya di Bandar Sri Permaisuri di sini pada pukul 3.45 pagi tadi.
Menurut isteri Allahyarham, Kadariyah Yup, 55, suaminya menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami demam pada awal pagi tadi ekoran penyakit yang dideritainya itu sejak empat tahun lalu.

Allahyarham yang berusia 55 tahun dan berasal dari Taiping dan dibesarkan di Butterworth itu menghidap kencing manis yang serius.
Nasir juga pernah dinasihati oleh doktor agar memotong ibu jari kaki kirinya bagi mengelakkan ia merebak.

``Pada 13 Oktober lalu, arwah telah dibawa ke HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) di Cheras kerana penyakit yang dihidapinya itu. Doktor mencadangkan agar ibu jari kaki kirinya dipotong supaya penyakitnya tidak merebak.
``Tetapi Allahyarham enggan dan keesokan harinya dibenarkan keluar dari hospital tersebut. Sejak saat itu, beliau lebih banyak berehat dan berpantang di rumah,拻 katanya ketika ditemui di kediamannya di Apartmen Cemara di sini.
Jelas Kadariyah, awal pagi tadi, kesihatan Allahyarham yang mempunyai empat orang anak dan dua orang cucu itu semakin tenat apabila keadaan suhu badannya panas menyebabkan beliau menghubungi ambulans.
Kata isteri pelakon yang mempunyai ijazah seni lakonan dari National University of Dramatic Arts, Sydney, Australia pada tahun 1994 itu, beliau sempat membacakan surah Yassin sebelum Allahyarham meninggal dunia.

``Selepas saya habis membacakan surah Yassin di sisinya, suami saya kelihatan diam tanpa berkata apa-apa, tetapi saya melihat air matanya mengalir. Tidak lama selepas itu barulah beliau meninggal dunia,拻 ujarnya.
Allahyarham yang dilahirkan pada 17 Januari 1953 sewaktu hayatnya terkenal sebagai aktivis teater dan merupakan Presiden Grup Teater Arts Kreatif yang ditubuhkannya pada 1989 dengan aktif berlakon serta mengarahkan teater.
Antara teater lakonan dan arahan beliau berjudul Jebat, Orliana, The Three Sister, Mac Back, Konvensyen Gila, Pran, Bus Stop dan Orang-Orang Kecil, selain turut berlakon filem seperti Mekanik, Hingga Hujung Nyawa dan Senario The Movie.
Tambah Kadariyah lagi, sepanjang karier sebagai pelakon, antara kejayaan Allahyarham ialah beliau pernah diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa menerusi drama Kurnia pada tahun 1995 dan Esah Swinger (1996).

Malah, Allahyarham juga pernah mengungguli anugerah Pengarah dan Pelakon Teater Terbaik pada 1987 menerusi teater berjudul Pran.

Nasir Ali atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Ali memulakan kerjayanya sebagai pelakon teater pada tahun 1974 dan Liku-Liku Hidup merupakan teater pertama lakonannya yang dipentaskan di Kompleks Budaya Negara (sekarang dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Drama terbaru lakonan Allahyarham berjudul Alahai Anak Omak dan Kepadamu Kekasih telah menjalani penggambarannya sebelum bulan Ramadan lalu dan ia akan ditayangkan di televisyen tidak lama lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2008 03:34 PM | Show all posts
nasir ali>? yg mne eh?
takziah
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 03:35 PM | Show all posts
tak kenal leee...ada picture takk??
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 03:36 PM | Show all posts
al-fatihah...........
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 03:36 PM | Show all posts
takziah..alfatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 03:36 PM | Show all posts
yg jadi tukang buat roti canai dalam Senario The Movie tu ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2008 03:36 PM | Show all posts
takziah......
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 03:37 PM | Show all posts
Al-Fatihah...

takziah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2008 03:38 PM | Show all posts
slalu dpt watak crook..muka semak2 jek gitu...tapi in person dia baik ramah... pakcik ni duduk kat bandar tun razak kat lrg umah emak kita...alfatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 03:38 PM | Show all posts

Reply #6 gelugugu's post

yup..aku pun rasa orang tu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 03:39 PM | Show all posts
terkejut aku....sekali bacer ingatkan Nasir Bilal Khan

yang maner satu yer?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 03:39 PM | Show all posts
innallillah.... tapi sapa erk... tak kenal... ada gambo??
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 03:39 PM | Show all posts
al-fatihah ............
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 03:42 PM | Show all posts
innalillahiwaiinailaihirojiuuuun... alfatihah...

which one ye? yg kulit gelap, mcm mamak tu ke? yg selalu dpt watak jahat, & rambut keriting serabai tu ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2008 03:43 PM | Show all posts
haah.. aku pun rase yang itu.. yg tebar roti tu kot... yang peluh jurai2 tu ek
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 03:43 PM | Show all posts
al-fatihah.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2008 03:43 PM | Show all posts
innalillahirojiun.................
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 03:44 PM | Show all posts
Al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 03:44 PM | Show all posts
alfatiha....
sesape ade pic???
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 03:44 PM | Show all posts

Reply #10 gjoy_chester's post

takziah pada famili nyer...



wesss..abatar ko tuh buka DBSK mirotik ker??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.211371 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list