CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Carta CERAI Artis

  [Copy link]
Post time 19-4-2010 11:34 AM | Show all posts
erm....kita mampu berusaha, tuhan jugak yang menentukan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2010 11:25 AM | Show all posts
Sabrina Ali Sah Bercerai




Utusan Malaysia hari ini melaporkan ‘Sabrina peserta Sehati Berdansa keenam bercerai’ – mengesahkan bahawa pasangan aktres Sabrina Ali dan Mohamad Shahrin Abdul Halim sudah bercerai sejak sebulan yang lepas. Hasil perkahwinan itu melihat mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ariyana berusia dua tahun.

Sabrina Ali

Bila diminta komennya mengenai perkara itu, Sabrina yang bernikah dengan Shahrin empat tahun lalu, memberitahu dia “perlu merahsiakan kisah penceraian”-nya kerana menghormati keluarga kedua belah pihak. Meskipun sudah tidak lagi bergelar suami isteri, namun dia Shahrin masih berkawan baik “demi anak kami”.

Artikel tersebut turut melaporkan perceraian Sabrina sebagai yang keenam dalam sejarah rancangan ‘Sehati Berdansa’. Pasangan peserta lain yang turut mengalami nasib yang serupa termasuk Asheed Def Gab C-Sharifah Noor Shima, Atilia-Ariff Johan Abdul Aziz, Dira-Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid, Radhi (OAG)-Shazlin Sharif dan Anne Ngasri-Abdul Wafi Hassan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2010 11:27 AM | Show all posts
Anne Ngasri-Wafi sah bercerai talak tiga

KUALA LUMPUR 25 Jun - Pelakon Anne Ngasri yang sedang mengandung empat bulan anak ketiga, hari ini sah bercerai talak tiga dengan suaminya, Abdul Wafi Hassan di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin mensabitkan lafaz talak yang dibuat oleh Abdul Wafi, 28, terhadap Anne, 25, pada tarikh, masa dan tempat berlainan berjumlah tiga talak tanpa kebenaran dan pengetahuan mahkamah.

Talak pertama dilafazkan oleh ahli perniagaan itu di Pulau Pinang pada awal Julai tahun lalu dengan lafaz taklik: 'Jika kau keluar rumah, jatuh talak'.

Talak kedua pula berlaku ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur pada pertengahan Julai tahun lalu dengan lafaz: 'Aku ceraikan kau, Anne'.

Sementara talak yang ketiga berlaku di rumah mereka di Shah Alam pada pukul 11 pagi, 25 Mac lalu dengan lafaz: 'Aku ceraikan kau, Anne'.

Oleh kerana Anne sedang hamil, hakim itu menjelaskan, tempoh idahnya akan berakhir selepas dia bersalin kelak.

Shaiful Azli dalam keputusannya turut mengesahkan bahawa Abdul Wafi dan Anne telah kembali rujuk sebanyak dua kali dalam tempoh idah selepas talak pertama dan kedua.

Shaiful Azli turut menasihati pasangan itu agar jangan membiarkan keburukan mereka menutup segala kebaikan yang pernah dilakukan sekalipun kemelut melanda dalam rumah tangga.

Sejurus prosiding selesai Anne yang sentiasa tenang dan tersenyum ketika ditanya berkata: ''Saya sudah bersedia dengan keputusan ini serta reda menerima apa yang terjadi dan percaya selepas ini pasti ada hikmahnya.''

Sebelum prosiding bermula, ibunya, Habibah Jaafar yang menemani Anne memberitahu bahawa Anne yang kurang sihat hampir pitam dalam tandas lebih-lebih lagi dia kurang selera makan sejak berbadan dua.

Anne dan Abdul Wafi yang pernah memasuki pertandingan tarian, Sehati Berdansa bernikah pada 26 Mei 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata, Abdul Warits, 4, dan Abdul Wafri, 2.

Pelakon drama popular Dunia Baru itu yang tidak diwakili peguam syarie selaku pemohon memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai tersebut pada 14 April lalu.

Abdul Wafi diwakili peguam syarie, Mohd. Hamidullah Che Hassan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2010 09:45 PM | Show all posts
Joe Radzwill-Aida sah bercerai

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my


Rumah tangga yang dibina hampir 10 tahun oleh pasangan Joe Radzwill dan Aida Radzwill terlerai jua apabila Joe melafazkan cerai talak satu terhadap dramatis itu di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Joe, 40, melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Yusri Kasim dengan lafaz: "Saya Ismail Ahmad @ Mohd. Radzwill menceraikan isteri saya, Khalidah Adibah Ahmad dengan talak satu."

Mohd. Yusri kemudian membenarkan cerai tersebut dan memerintahkan mereka mendaftarkan penceraian di pejabat agama di sini.

Sebelum itu, peguam syarie, Roslizam Rahim yang mewakili Joe memberitahu mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik dengan kebenaran mahkamah mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1993.

"Saya difahamkan satu dokumen pindaan difailkan sendiri oleh plaintif (Aida) terhadap permohonan sebelum ini yang telah dibuat mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 iaitu tuntutan cerai fasakh.

"Kedua-dua pihak juga telah mencapai kata sepakat dan bersetuju dengan permohonan plaintif untuk menggugurkan hak nafkah edah dan mutaah," jelas Roslizam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 05:13 AM | Show all posts
Wah ramai sungguh?!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 08:46 AM | Show all posts
da gitu takdirnya,,,,
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-9-2010 02:56 PM | Show all posts
Published: Rabu September 22, 2010 MYT 11:16:00 AM
Updated: Rabu September 22, 2010 MYT 1:38:17 PM
Badrul Muhayat Kini Sah Bercerai

Oleh AU YEONG HOW


Badrul Muhayat enggan ditemuramah selepas prosiding berakhir. - Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH

KAJANG: Pelakon kontroversi Badrul Muhayat Ahmad Jalani, pada pagi Rabu, sah melafazkan cerai talak satu ke atas isterinya, Julia Daud, di Mahkamah Syariah di sini.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah membenarkan permohonan cerai yang difailkan oleh Julia, 29, setelah mendapat persetujuan daripada Badrul, 42.

Abdul Halim membuat keputusan tersebut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 selepas mendengar pengakuan Julia bahawa dia tidak menyayangi Badrul, lagi yang dikatakan sering memukulnya.

Selain itu, Julia memberitahu mahkamah bahawa nafkah yang diterima daripada suaminya tidak mampu menyara dirinya dan anak-anaknya.

"Saya lihat perkahwinan ini tidak wajar diteruskan. Ini kerana simbolik sesuatu perkahwinan adalah kasih sayang. Jadi dengan ini mahkamah meluluskan permohonan cerai dengan talak satu.

"Plaintif perlu beredah selama tiga kali suci," kata Abdul Halim.

Badrul yang berbaju batik berwarna biru gelap dan berbintik-bintik hadir bersama seorang kenalannya manakala Julia berbaju kurung dan bertudung serba putih. Masing-masing tidak diwakili peguam.

Julia dalam keterangannya kepada mahkamah memberitahu, dia membuat permohonan cerai itu pada 14 Julai lalu. Dia turut memberitahu dia dan suaminya tidak lagi tinggal bersama serta menjalin hubungan kelamin sejak itu.


Julia Daud akan mencari kerja selepas ini untuk mencari nafkah.

Ketika ditanya sama ada terdapat persetujuan bersama, mutaah, dan nafkah antara mereka berdua selepas perceraian termaktub, Julia berkata, mereka belum membuat apa-apa persetujuan mengenai perkara tersebut.

Sehubungan itu, Abdul Halim menasihatkan mereka berbincang terlebih dahulu selepas ini dan sekiranya tidak ada penyelesaian, mereka boleh merujuk perkara tersebut ke mahkamah.

Sementara itu, Badrul pula meminta mahkamah membenarkannya berjumpa dengan anak-anaknya.

Hakim berkata, mahkamah membenarkannya kerana dia tetap bapa mereka dunia dan akhirat.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Badrul enggan ditemuramah sambil keluar dari mahkamah dengan cepat.

"Tak boleh. Saya tidak berapa sihat." katanya ringkas.

Sementara itu, Julia yang turut ditemui selepas prosiding berakhir melahirkan rasa lega berikutan permohonannya telah selesai.

Kata Julia, perasaannya kini berbaur sedih dan gembira kerana masalah itulah yang sangat membebankannya selama ini.

"Siapa tak sedih apabila rumah tangga kita tidak berkekalan tetapi ia bukan kehendak kita," katanya yang akan mencari kerja selepas ini untuk menyara anak-anaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 03:45 PM | Show all posts
tak abih2 si badrul muhayat nie!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2010 04:17 PM | Show all posts
pasal beego n his x-wife..ni makcik aku yg cite..kiranya kami ni ade pertalian saudara la..dulu tiap kali raya..mesti kitorg n sedara mara aku g beraya umah nenek si beego ni..so kiorg mmg kenal la..ermm..family si shahirah ni mmg tak suke ngn beego..mayb sebb darjat..n then beego pi singapore..pas balik singapore..bini dia terus tak nak dok ngn dia..n mak bapak bini dia tak bagi beego jumpa dia..sian gak lah kat beego..mase wedding dia..mak bapak aku g lah ..time tu wat belah pompuan..mak aku cite..bapak mertua si beego siap sound2 beego tu..pastu family lelaki sume kena dok kat meja belakang..mmg disisihkan betul la..sian kat beego..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 05:28 PM | Show all posts
cerailah sblm anda diceraikan
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 06:10 PM | Show all posts
tak abih2 si badrul muhayat nie!!!
samshik Post at 22-9-2010 03:45 PM


Sam, leh tgl carikan x artikel NH cerai AA 1st time? Ke dah ada..malas nak selak2....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 06:15 PM | Show all posts
Sam, leh tgl carikan x artikel NH cerai AA 1st time? Ke dah ada..malas nak selak2....
Lailawati Post at 22-9-2010 18:10



    banyak yang 2nd time jer la kak?? nak ker??
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 06:22 PM | Show all posts
banyak yang 2nd time jer la kak?? nak ker??
samshik Post at 22-9-2010 06:15 PM


yg 2nd time tu bnyk kali dah akak baca...yg 1st time tu akak nak baca sbb bnyk kata2 manis dari seorang 'lelaki' bernama Norman Hakim...nak imbas kembali..heheheh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 06:24 PM | Show all posts
banyak yang 2nd time jer la kak?? nak ker??
samshik Post at 22-9-2010 06:15 PM


Sam, akak dah jumpaaaaaaaaaaaaaaa....*seronok*


Norman-Abby ber ‘dating’ semula

Radin Sri Ghazali



Keluarga bahagia... Norman dan Abby belajar daripada kesalahan yang lalu
(The Star)

Memori duka yang tercatit pada 5 Mei 2006 merupakan satu pengajaran yang cukup bermakna buat pasangan popular, Norman dan Abby.

Pasangan Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 30 telah berkahwin dengan Abby atau  Arbaieyah Abdul Manan, 28 pada 8 Januari 2002. Namun disebabkan oleh orang "ketiga" dan tekanan keadaan ketika itu, cinta yang terjalin terputus dan mereka terpaksa bercerai buat seketika.

Ketika ditemui di majlis harijadi pertama anak bungsu mereka, Marissa Dania Hakim pada hari minggu lepas, pasangan ini menunjukkan ketulusan serta keikhlasan percintaan mereka yang kembali bertaut dan tetap utuh setelah  rujuk semula di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 18 Mei 2006.

Kini, kedua pelakon popular yang sering mendapat jolokan pasangan bahagia hanya mahu melupakan detik hitam itu dan menjalani kehidupan normal sebagai pasangan suami isteri.

Ramai para jemputan yang tersentuh apabila Norman membaca doa untuk meraikan ulangtahun kelahiran Marissa yang dibidaninya sendiri pada 2 Julai 2005.

"Kenduri kesyukuran ini bertujuan untuk meraikan ulangtahun pertama Marissa dan tamatnya isu penceraian kami," jelas Norman.

Norman dan Abby ‘dating’ semula

Norman serta Abby mengakui bahawa mereka kini ber‘dating’ semula dalam usaha untuk menghangat dan memulihkan kembali rumahtangga mereka yang hampir hancur dilanda gelombang yang tidak disangka-sangka.

"Kami hanya memberi fokus terhadap anak-anak kami sehinggakan kami alpa terhadap perasaan masing-masing," ujar Norman tersenyum sambil memberi punca tercetusnya masalah dalam rumahtangga mereka.

"Merekalah tulang belakang kepada diri saya. Saya akan melakukan apa sahaja untuk mereka," ujar Norman mengenai keluarganya
(The Star)

Pasangan suami isteri ini dikatakan menonton wayang setiap minggu serta sering mengunjungi pusat karaoke untuk menghabiskan masa bersama-sama.

"Itulah aktiviti yang kami lakukan sebelum berkahwin dan aktiviti itulah yang kami lakukan sekarang untuk menyemai kembali perasaan kasih sayang di antara kami agar ianya akan senantiasa terjalin erat," jelas Norman.

Aksi Norman yang tidak teragak-agak untuk mencium pipi isterinya ketika sesi bergambar bersama media jelas menunjukkan betapa romantisnya hero layar perak ini dan sekaligus membuktikan keharmonian rumahtangga pasangan ini.

Abby pula hanya mampu tersenyum dengan tindakan spontan suaminya itu.  

"Norman sudah berjanji’… Abby

Bagi Norman, isu orang ketiga yang mengakibatkan kepincangan rumahtangganya pada bulan Mei lalu telah diperbesar-besarkan oleh sesetengah pihak.

"Saya tidak menafikan kejadian ‘sms’ memang berlaku di antara saya dengan orang ketiga itu.

Namun, terdapat banyak pihak yang menokok tambah cerita sehingga memburukkan lagi keadaan yang ada," ujar bapa kepada Mohd. Danish Hakim, 3 tahun, dan Marisa Dania Hakim, setahun.

Setelah mengharungi pahit getir hidup di ambang penceraian, Norman tersentak dan mengakui bahawa keluarganya amat penting di dalam hidupnya itu.

"Merekalah tulang belakang kepada diri saya. Saya akan melakukan apa sahaja untuk mereka," ujar anak kelahiran Pahang ini yang begitu menyayangi sebuah institusi keluarga di dalam hidupnya.

"Hidup saya terlalu sepi sehinggakan saya sanggup tidur di dalam kereta selama dua malam terturut-turut ," ujar Norman mengimbau detik-detik hitam yang berlaku ketika Abby serta anak-anaknya berpindah keluar dari rumah mereka, Teratak Abadi di Ukay Perdana.

"Saya mahu mencari pendapatan yang lebih untuk menjamin masa hadapan anak-anak serta isteri saya. Biarlah perniagaan ini diteruskan sehingga ke generasi seterusnya," ujar Norman mengenai perniagaannya MDH Trading and Services
(The Star)

"Saya terlalu merindui mereka sehinggakan saya melihat bayang-bayang serta mendengar suara mereka di dalam rumah ini," tambah Norman yang jelas menunjukkan keikhlasan akan perubahannya sebagai seorang bapa serta suami yang lebih bertanggungjawab.

Abby yang enggan berbicara mengenai peristiwa penceraian itu hanya berkata, "Norman sudah berjanji kepada saya bahawa dia tidak akan mengulangi kesalahan yang lalu".

"Siapalah saya untuk memberi nasihat ataupun komen?," jawab Norman yang enggan mengulas dengan lanjut ketika disuruh memberi komen mengenai penceraian Yusry dan Erra baru-baru ini.

"Biarlah penceraian menjadi jalan penyelesaian yang terakhir. Kalau boleh, elakkan daripada bercerai kerana akibatnya amat memilukan," kata Norman yang menggunakan pengalaman sendiri sebagai panduan untuk hidupnya.

Tunggak utama siri Gerak Khas itu begitu terbuka ketika ditanya mengenai isu penceraiannya.

Dia turut mengakui bahawa perkara-perkara sedemikian tidak boleh diselindungi daripada orang ramai terutamanya pihak media.

"Mereka ada hak untuk mengetahui. Saya terima hakikat ini sebagai seorang artis," ujarnya mengenai campur tangan pihak media dalam kehidupan peribadi selebriti-selebriti tanahair.

Kerja keras untuk kesenangan Danish dan Marissa

"Selain daripada berlakon, saya turut membuat peniagaan yang berunsurkan event management ," kata Norman mengenai syarikatnya yang telah mengendali ‘Maxis: Oscar Night’ baru-baru ini.

Norman yang mempunyai sebuah firma bernama MDH Trading Services, mahu membina sebuah empayar perniagaan bagi menjamin kesenangan keluarganya di masa hadapan.

"Saya mahu mencari pendapatan yang lebih untuk menjamin masa hadapan anak-anak serta isteri saya. Biarlah perniagaan ini diteruskan sehingga ke generasi seterusnya," ujar Norman lagi.

Bagi Abby pula, dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya untuk drama bersiri Gerak Khas, di bawah produksi pengarah terkenal, Datuk Yusuf Haslam.

"Saya tidak dapat bayangkan hidup tanpa Gerak Khas," katanya lagi yang bakal berlakon dalam siri slot Samarinda yang berjudul ‘Nuraishah’ bersama-sama Rita Rudaini serta Redzuan Hashim.

Abby turut mengatakan bahawa dia tidak akan menyanyi lagi demi memantapkan lagi kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Pelakon yang pernah menganggotai kumpulan remaja sensasi, Elite hanya ketawa mesra apabila ditanya jika dia serta suaminya sudah bersedia untuk menimang cahaya mata ketiga.

"Mungkin lima tahun lagi... biarlah Danish dan Marissa membesar dulu," ujarnya tersenyum.




Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2010 11:46 AM | Show all posts
Sam, akak dah jumpaaaaaaaaaaaaaaa....*seronok*


Norman-Abby ber ‘dating’ semula
Radin Sr ...
Lailawati Post at 22-9-2010 18:24



eh pic barukah???ciap berpelok n cam nak bercium pp bagai??? saja nk bg sememeh jeleskah??? adek zul bagaimanakah???
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2010 11:50 AM | Show all posts
Reply 215# luvly_snow8608

Ni pic lamela...pic pas diorg rujuk semula after cerai yg pertama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2010 11:53 AM | Show all posts
Reply  luvly_snow8608

Ni pic lamela...pic pas diorg rujuk semula after cerai yg pertama
patik Post at 24-9-2010 11:50



owhhh, 2la yang aku dok pelik...xkn la rela abby die pelok n dicium oleh normiang neh pas cerai kan...unless nk bg sememeh jeles tp xkn die dodol sgt nk buat cmtuh kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2010 06:33 AM | Show all posts
Debaran Ramlah Ram

Oleh JESSABELL SOO

RAMLAH RAM teruja menanti tanggal 9 Oktober ini.

UMUM mengetahui penyanyi Ramlah Ram sudah bercerai dengan Penerbit Sukan RTM, Kamal Roslim sejak Julai lalu. Meraikan sambutan raya kali ini tanpa bekas suaminya, Ramlah bagaimanapun tidak banyak merasakan perbezaannya.

Beraya di rumah ibunya yang terletak di Muar, Johor, Ramlah memberitahu, satu-satunya perbezaan raya tahun ini adalah dia tidak pulang ke rumah bekas mertuanya. “Tahun ini saya beraya sepenuhnya di rumah ibu. Perceraian itu tidak membuatkan sambutan raya saya kurang meriah.

“Apa yang berlainan cuma saya tidak pulang ke rumah mertua. Nasib baik keluarga saya juga sudah mengetahui dan mereka memahami situasi saya. Jadi tidak ramai yang bertanya mengenainya,” kata Ramlah ketika ditemui di studio Utusan, baru-baru ini.

Mahu memberi fokus kepada kariernya, Ramlah yang popular menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu kini sedang bersedia untuk Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram yang bakal berlangsung pada 9 Oktober di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur.

“Setakat ini lebih 50 peratus meja sudah habis dijual. Atas permintaan ramai di laman sosial Facebook, kami juga membuka ruangan baru yang mana peminat hanya membayar RM50 untuk berhibur tanpa menjamu selera. Cuma ruangan itu hanya akan memuatkan lebih kurang 70 peminat,” tambah Ramlah.

Persembahan itu juga hanya menjual 26 buah meja dengan harga di

antara RM200, RM300, RM500 dan RM700. Dianjurkan oleh kelab peminatnya, Ramlah Ram Group (RRG), persembahan kali ini dikirakan antara majlis terbesar dalam sejarah pembabitannya sebagai penyanyi.

Memandangkan tarikh persembahan semakin dekat, Ramlah mula membuat persediaan lebih terutama dari segi stamina. “Sekarang musim batuk dan demam. Jadi saya kena jaga dari segi pemakanan kerana ada kalanya tekak saya tidak sihat.

“Selebihnya saya hanya akan berlatih dengan band seminggu sebelum persembahan. Band saya telah berlatih selama tiga bulan. Latihan perlu dibuat rapi kerana ini merupakan persembahan paling penting saya dengan peminat.

“Lagipun saya tidak pernah menyanyi begitu banyak lagu dalam satu malam. Memang saya rasa berdebar dan risau. Tapi memikirkan saat menghiburkan peminat itu memberikan saya semangat,” ujarnya lagi.

Bakal menjemput mereka yang pernah membantu dalam kariernya, Ramlah sudah memilih seleksi lagu yang ingin disampaikan malam tersebut. Ada juga di antara lagu yang dipilih merupakan permintaan peminat di laman sosial Facebook.

“Selain daripada permintaan peminat, saya juga akan menyampaikan lagu daripada album pertama serta beberapa lagu semasa awal penglibatan saya dalam industri. Menariknya, lagu-lagu lama itu akan diberi gubahan baru dan lebih segar,” katanya yang akan menyampaikan lebih 25 buah lagu.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli tiket persembahan Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram, anda boleh menelefon Mirul di talian 016-288 2891, Rizal di talian 012-300 9928 atau Fazli di talian 019-215 2306. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web www.ramlahram.com.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2010 06:35 AM | Show all posts
Kami sudah bercerai Mei lalu - Kamal

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Foto KOLEKSI UTUSAN

WANITA ini sangat baik dan tinggi budi pekerti sepanjang melayari rumah tangga bersama.

DIA bukan lagi isteri saya lagi. Kami tiada jodoh,’’ katanya lelaki bernama Kamal Roslim itu dalam

bicara kami Khamis

lalu. Satu kenyataan yang cukup mengejutkan kerana dua hari sebelumnya, Ramlah Ram mengumumkan tentang tuntutan cerai yang dibuatnya di Mahkamah Shah Alam pada Mei lalu. Sebaliknya pendedahan Kamal kepada Pancaindera berbeza sama sekali apabila lelaki itu mendakwa bahawa mereka bukan lagi suami isteri semenjak Mei lalu. Meminta Kamal untuk mengulas perkara itu, awalnya dia berkeras tidak mahu. Kata Kamal, dia menolak untuk bercerita kerana semuanya telah diperjelaskan oleh Ramlah sendiri.

‘‘Sungguh, saya tidak pernah mengharapkan kisah rumah tangga saya dijaja atau menjadi bahan bualan dari saat awal perkahwinan sehingga ke hari ini. Tambahan pula, saya sedar asal usul diri ini, hanya orang biasa sahaja. Cuma bertuah kerana beristerikan penyanyi wanita yang cukup terkenal pada tahun 80-an,’’ katanya yang hanya mahu berkongsi cerita ini melalui talian telefon.

Diminta untuk merakamkan gambar terbarunya, penerbit Rancangan Unit Sukan TV di Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu berkeras enggan kerana merasakan tidak perlu berbuat sedemikian.

Katanya, cukuplah publisiti dari media kepadanya sebelum ini dan ia tidak diteruskan lagi.

“Jujurnya saya amat bencikan perpisahan. Acap kali saya berdoa agar rumah tangga kami berkekalan walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, tetapi takdir membawa kami kepada perpisahan.

‘‘Bohonglah kalau saya tidak sedih dengan penceraian itu. Ia umpama mimpi ngeri dan berulang kali saya mengatakan pada diri bahawa saya bukan lagi milik dia.

Kamal dan Ramlah bernikah pada 3 November 2000 pada ketika Ramlah berada di singgahsana populariti sebagai artis ternama.

Kenapa bercerai?

Sebenarnya bukan mudah mengajak Kamal membuka mulut bercerita tentang perceraian dirinya dan Ramlah. Justeru lelaki yang cukup dikenali dengan imej pendiam, tidak banyak cakap dan ‘penyimpan’ ini sama sekali tidak akan menjelaskan secara terperinci kenapa dan mengapa mereka berpisah.

Apa yang hanya dijelaskan lelaki berusia 41 tahun ini bahawa dia tidak sesekali menuding jari kepada Ramlah berkaitan hal perceraian itu.

“Saya meletakkan semua kesalahan di atas bahu sendiri, tentang apa sahaja tanggungjawab yang telah terabai buat dia atau apa sahaja.

“Biarlah hanya saya dan dia saja yang tahu kerana sebab musabab itu adalah rahsia rumah tangga kami. Terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum,” beritahunya lagi.

Bagi Kamal, adalah lebih baik sekiranya berfikir untuk mencari kehidupan yang lebih baik selepas kembali solo.

Telan derita sendiri

Diterjah dengan macam-macam spekulasi yang kurang enak didengar termasuklah keupayaannya sebagai suami, Kamal juga tidak peduli dengan kata-kata kejian atau pandangan serong diberikan masyarakat. Bisik hatinya, tanggungan penderitaan di jiwa, biarlah dia seorang yang mengetahui, tidak perlu dikecohkan.

Maka seboleh-bolehnya, dia mahu tunjukkan kepada semua orang keceriaan meskipun terpaksa berbuat sedemikian. Kehidupan mesti diteruskan dan dia tidak boleh terus mengenang kisah lampau.

Pengubat terbaik untuk melupakan seketika permasalahan tersebut adalah menyibukkan diri dengan tugasan harian. Apatah lagi dengan suhu darjah Piala Dunia 2010 yang semakin meningkat memaksanya untuk bekerja lebih masa. Macam-macam program yang diterbitkan untuk unit sukan sejak April lalu setelah diamanahkan sebagai penyelaras program. Kamal perlu memastikan penonton RTM merasai Sorakan 1Malaysia 1Dunia. Apatah lagi selepas RTM menjadi penyiar berlesen untuk acara sukan berprestij tersebut.

‘‘Kini, hidup saya hanya untuk kerja sahaja. Tidak ada yang lain. Kerja adalah kaedah paling berkesan untuk memastikan diri saya tidak berfikir bukan-bukan. Kerja seminggu tujuh hari pun saya rela kerana ini adalah bidang yang paling diminati. Fokus kini tertumpu kepada program Fiesta Sokker Koors yang disiarkan setiap 12.30 malam hingga 1.30 pagi. Ia seperti rancangan hiburan melibatkan artis tempatan tetapi penuh dengan kuiz berkaitan Piala Dunia 2010.

‘‘Saya bertuah kerana mempunyai teman rapat yang banyak memberi sokongan dan semangat kepada saya. Boleh usir sedikit memori sedih saya bukan seketika,’’ katanya.

Ditanya apakah rancangan Kamal selepas ini, dengan nada gembira dia memberitahu tentang tugasan ke Johannesburg, Afrika Selatan pada 29 Jun hingga 14 Julai nanti. Ia merupakan lokasi impian buat peminat tegar Piala Dunia 2010 untuk melawat ke situ.

Apa yang diharapkan Kamal agar dia mendapat ketenangan dan menghidupkan semangat baru sekembali pulang ke tanah air.

Pun dalam masa yang sama, ada doa dihantar untuk wanita bernama Ramlah Ram. Pengharapannya, biarlah wanita yang pernah menghuni hatinya itu terus sukses, dimurahkan rezeki dan dalam keredaan Illahi sentiasa.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 12:48 PM | Show all posts
sila sambung lagi list...sampai hujung tahun..sekarang ni pon dah banyak yang bergolak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.575690 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list