CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3104|Reply: 2

RUSSIA: tragedi ala ala submarine 'Red October'; 20 mati!!

[Copy link]
Post time 10-11-2008 01:19 PM | Show all posts |Read mode
Tragedi kapal selam nuklear

MOSCOW: Kemalangan sebuah kapal selam nuklear Russia menyebabkan 20 terbunuh dan 21 lagi cedera apabila sistem pemadam api menjadi aktif secara tidak sengaja ketika berada di Lautan Pasifik, kata tentera laut Russia, semalam.

"Ketika latihan diadakan di tengah laut membabitkan kapal selam berkuasa nuklear di Lautan Pasifik, sistem pemadam api tiba-tiba hidup secara tidak sengaja menyebabkan lebih 20 orang termasuk anggota dan pekerja maut," kata Kapten Igor Dygalo, jurucakap tentera laut.

Kemalangan itu, bagaimanapun tidak menjejaskan reaktor nuklear kapal selam terbabit.

"Kapal selam itu tidak rosak, reaktornya berfungsi seperti biasa dan paras radiasi ketika kejadian adalah biasa," kata Dygalo.

Dygalo memberitahu agensi berita, Presiden Dmitry Medvedev sentiasa dimaklumkan mengenai situasi itu oleh Menteri Pertahanan, Anatoly Serdyukov dan sudah mengarahkan siasatan penuh dan teliti dijalankan mengenai insiden itu.

Insiden itu mengingatkan kembali bencana Kursk 2000 apabila 118 krew maut selepas letupan berlaku dalam kapal selam nuklear menyebabkannya tenggelam di Laut Barents.

Kremlin dikutuk hebat di dalam dan luar negara kerana gagal memberitahu dengan segera bencana Kursk namun dilihat segera bertindak untuk mengelak mengulangi kesilapan itu dalam insiden terbaru.

Dygalo berkata, Medvedev juga mengarahkan Kementerian Pertahanan memberi semua bantuan dan sokongan kepada keluarga mangsa."

Kapal selam itu menjalankan latihan apabila kemalangan berlaku dan kapal selam itu diarahkan ditempatkan di sebuah pelabuhan jauh di perairan timur Russia sementara, tambahnya.

Jurucakap itu tidak memberitahu di mana kemalangan sebenar berlaku atau menyatakan dengan tepat destinasi pelabuhan kapal selam terbabit. - AFP


        
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2008 08:03 AM | Show all posts
Punca 20 krew lemas




APIMEJ yang disiarkan di sebuah televisyen Rusia semalam menunjukkan sebuah kapal selam menuju ke Pangkalan Armada Pasifik, 6,400 kilometer ke timur Moscow sejurus selepas tragedi 20 anak kapal lemas.MOSCOW - Pegawai-pegawai Rusia melakukan siasatan berhubung insiden keracunan gas dalam sebuah kapal selam nuklear milik negara berkenaan.

Siasatan itu dilakukan ketika satu upacara memperingati 20 anak kapal yang maut dalam tragedi tersebut diadakan semalam.

Pegawai-pegawai kanan Tentera Laut bertemu di Limbungan Bolshoi Kamen di mana kapal selam itu dibina iaitu kira-kira 100 kilometer ke pangkalan utama armada Pasifik Rusia di bandar Vladivostok bagi berbincang mengenai tragedi berkenaan.

"Siasatan awal menunjukkan insiden itu berpunca daripada kerosakan fungsi sistem pemadam api," kata seorang pegawai, Sergei Lelyukhin, selepas pertemuan tersebut yang turut dihadiri Panglima Tentera Laut, Laksamana Vladimir Vysotsky.

Kemalangan tersebut berlaku pada Sabtu lepas dekat perairan Rusia di Laut Jepun di mana kapal selam itu menjalani ujian sebelum disewa kepada tentera laut India di bawah kontrak bernilai ratusan juta dolar.

Berdasarkan siasatan, insiden itu bermula apabila gas freon yang beracun di dalam kapal selam itu dilepaskan secara automatik ke bahagian hadapan kapal selepas loceng amaran kebakaran berbunyi, kata beberapa pegawai.

Menurut mereka, kejadian itu menyebabkan anak-anak kapal di bahagian tersebut lemas kerana kekurangan udara.

"Terdapat 21 orang masih dirawat di hospital. Anak-anak kapal yang lain pula sedang menjalani pemeriksaan kesihatan", kata Timbalan Gabenor Primorsky Krai, di timur Rusia, Alexander Kostenkodi.

Akhbar-akhbar Rusia melaporkan kapal selam yang memiliki kapasiti 73 krew itu membawa 208 orang ketika ujian itu dilakukan selain tidak menyediakan topeng oksiden mencukupi.

Sementara itu, agensi-agensi berita Rusia melaporkan satu upacara keagamaan bagi memperingati mangsa-mangsa yang terkorban diadakan di Vladivostok dan hari ini diisytiharkan sebagai hari berkabung. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2008 05:19 PM | Show all posts
Kelalaian kelasi punca gas bocor dalam kapal selam Rusia
13/11/2008

MOSCOW 13 Nov. – Siasatan mengenai insiden yang meragut nyawa 20 orang di dalam kapal selam Rusia, Nerpa pada Sabtu lalu mendapati seorang anak kapal menghidupkan sistem pemadam kebakaran kapal tersebut tanpa kebenaran.

Apabila sistem itu dihidupkan, gas Freon dipam ke dalam kabin kapal selam dan menyebabkan mangsa mati akibat sesak nafas.

“Panel siasatan mendapati seorang kelasi telah menghidupkan sistem pemadam kebakaran di dalam kapal selam itu tanpa kebenaran dan tanpa sebab,” kata jurucakap panel, Vladimir Markin menurut laporan agensi berita RIA-Novosti.

Kejadian yang turut menyebabkan 21 yang lain dimasukkan ke hospital berlaku semasa kapal selam Nerpa yang berkuasa nuklear itu menjalani ujian di Laut Jepun.

Pihak berkuasa mengesahkan tiada kebakaran yang berlaku di dalam kapal selam itu. - AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.076837 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list