CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Banjir/Ribut Kat Pantai Timur - Update: 30 rumah rosak kat kuantan (p8)

[Copy link]
Post time 8-12-2008 07:19 PM | Show all posts
Originally posted by baby_bro85 at 8-12-2008 01:25 PM
aku nak update kwsn rumah aku banjir dah..

aku tinggal area selangor dekat2 morib... x pernah2 banjir tiba2 banjir dah..
umah aku dah masuk air skrg nie duduk kat MIL punya rumah..


ada g ...



baby...
umah nenek saya dah start air naik......
area kanchong darat...
tp nasib baik parit besar...
hopefully lps ni hujan tak turun ngan lebat...
coz level air dah maximum...
last sini banjir dlm area 70 an...
tak sangka 2008 catat sejarah...
umah mak cik saya pulak air dah masuk ke rumah...
plus banyak umah org kg pun air dah start naik...
tak sangka hujan lebat kali ni boleh membawa kpd banjir...
sikit sebanyak dpt rase camner dugaan banjir nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2008 09:59 PM | Show all posts
luckily kg haku tak pernah banjir...
mati la riak
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 10:59 PM | Show all posts
malam ni banjir di katil ku
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 12:25 AM | Show all posts

Reply #142 ashna's post

ekceli saya pun pernah buat statement camtu...
coz sepanjang hidup...
kawasan sini tak pernah banjir...
almaklumlah kat selangor...
tapi kuasa tuhan...
hari ni banjir melanda kawasan yg tak pernah kena banjir...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 07:31 AM | Show all posts
kg aku pon tak penah banjir..tp on d way ke KB ada bbrp tpt yg ada tendency naik air..mcm kg BAung..so susah gak la pergerakan..esok nak balik KL,harap2 perjalanan lancar..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 08:40 AM | Show all posts
1,000 penduduk terputus hubungan akibat banjir


PENDUDUK, Nangteh Salleh menunjukkan rumahnya
yang dinaiki air di Kampung Jambatan Batu Balai, Jerantut.



KUANTAN: Lebih 1,000 penduduk Kampung Seberang Kenau dan perkampungan Orang Asli Sungai Mas di Sungai Lembing, di sini terputus hubungan apabila jambatan Kuala Kenau yang menghubungkan perkampungan itu ke Jalan Sungai Lembing-Kuantan dinaiki air kira-kira satu meter.

Hujan lebat yang melanda sebahagian besar negeri ini sejak malam Rabu lalu menyebabkan jambatan kayu yang merentangi Sungai Kenau dinaiki air.

Berikutan itu penduduk terpaksa menggunakan jambatan gantung yang hanya boleh digunakan pejalan kaki dan motosikal untuk meneruskan aktiviti harian.

Selain itu, dua kawasan lain iaitu di Kilometer (KM)32 dan KM36 Jalan Kuantan-Sungai Lembing turut dinaiki air kira-kira 0.7 meter menyebabkan kenderaan ringan tidak dapat menggunakan laluan itu.

Air deras yang mengalir di laluan berkenaan menyebabkan kenderaan ringan terpaksa berpatah semula menggunakan laluan alternatif di Kampung Kawah untuk ke Sungai Lembing dan Kuantan.


*****************************************************************************

sungai lembing kat kuantan ni.. boleh dikatakan setiap tahun sokmo
banjir... takkan every year penduduk kat situ asyik face the same problem -
apa yang kena dilakukan supaya tak ada kemusnahan harta benda.. mungkin
kawasan tu memang tak sesuai adakan petempatan - sebab bahaya banjir sokmo -
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2009 09:14 AM | Show all posts






50 tahun merdeka.... jambatan taraf perang jepun... kesian org sungai lembing...


sungai pun yg teramat cetek, dah berpuluh tahun tak pernah di korek. kapasiti air yg turun menyebabkan berlakunya banjir. ditambah pula, sungai kenau yg mengalir masuk ke sungai kuantan, yg mana , sg kuantan ini keluar kelaut. disebabkan sg kuantan dipengaruhi pasang-surut air laut, maka dibina pintu air yg dikenali sebagai kobat. pintu kobat ni, menjadi salah satu faktor sg lembing selalu banjir, utk selamatkan bandar kuantan dari banjir, aliran air dari hulu (sg lembing, pasir kemudi) telah disekat. maka banjir lah sg lembing.

ini bukan cerita 1-2 tahun... berpuluh tahun punya cerita, amazingly, semua calon BN yg diletak area sg lembing menang besar. org sg lembing gembira time banjir kut...? seronok tengok lembu dan itek hanyut... rumah hanyut... jambatan hanyut...

che gu che gu sg mas musti sedang bergumbira... tak payah pegi sekolah!!!! nanti aku nak apply jadi guru besar sana lah...

[ Last edited by  geng_tx at 3-1-2009 09:15 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 09:31 AM | Show all posts
Originally posted by baby_bro85 at 8-12-2008 01:25 PM
aku nak update kwsn rumah aku banjir dah..

aku tinggal area selangor dekat2 morib... x pernah2 banjir tiba2 banjir dah..
umah aku dah masuk air skrg nie duduk kat MIL punya rumah..


ada g ...


sama sama lah kita berharap agar songai songai yg tercemar dengan najis babi yang di ternak secara berleluasa.... hasil jasa UMNO semasa berkuasa dolu....dapat dikurangkan dan dibersihkan dengan limpahan air banjir ini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2009 09:49 AM | Show all posts
Bile ujan nak berenti nih, dari smlm sampai laa ni ujan sokmo, kain baju aku dah berbakul tak basuh nih
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 09:57 AM | Show all posts
LAGI BERITA UNTUK TV3......BAHAGIAN PERHUBUNGAN AMENO......MEMBERI SUMBANGAN....MCM DIA SAJE LAH YG MEMBANTU...........
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 02:36 PM | Show all posts
Beberapa daerah di Kelantan mula dinaiki air
03/01/2009

KOTA BHARU 3 Jan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 03:15 PM | Show all posts

Pahang, Kelantan dilanda banjir lagi


Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 03:35 PM | Show all posts
Originally posted by geng_tx at 3-1-2009 09:14 AM
http://bp3.blogger.com/_x-hwmWI_Rmw/RpF12D4EaNI/AAAAAAAAAIE/xFQlkZx6IIE/s1600-h/Picture%2824%29.jpg


http://www.utusan.com.my/utusan/album/20061224/images/prevs/prev56.jpg


50 tahun merde ...


Bukan kah empangan yg baru siap di bina dan telah di buka rasanya empangan chenereh kat sg lembing..so kuantan takkan banjir besar lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 06:05 PM | Show all posts
air sungai kelate dah naik banyak ptg ni
sejam naik sekaki
- laporan dari jeti boat
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 06:15 PM | Show all posts
kat luar tgah hujan lebat, cmne la aku nak gi keja ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 07:02 PM | Show all posts
huhu..umah aku ujan tak renti2...mcmane nak g keje esk.huhu  nasib si pemandu motr..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2009 02:57 PM | Show all posts

lagi citer banjir kat pantai timor!!

Kemaman dan Setiu kembali dilanda banjir

KUALA TERENGGANU: Daerah Kemaman dan Setiu kembali dilanda banjir apabila beberapa buah kampung di kedua-dua daerah berkenaan dinaiki air malam tadi menyebabkan seramai 471 orang terpaksa dipindahkan sehingga jam 9 pagi ini.


Mangsa banjir di Pahang meningkat 2,514 orang

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di seluruh Pahang meningkat kepada 2,514 orang pagi ini berbanding hanya 246 orang petang semalam.


18 mangsa banjir Pasir Puteh pulang ke rumah

PASIR PUTEH: Seramai 18 daripada 29 mangsa banjir yang dipindahkan kerana rumah mereka dinaiki air di sini semalam pulang ke rumah masing-masing pagi ini selepas keadaan hampir pulih seperti biasa hari ini.


10 terperangkap di kawasan air terjun Sungai Bekelah diselamatkan

KUANTAN: Seramai 10 pelancong tempatan termasuk seorang wanita yang terkandas selepas paras air sungai meningkat secara mendadak ketika sedang berkhemah di kawasan Air Terjun Sungai Bekelah, Gambang, dekat sini, berjaya diselamatkan, malam tadi.





Pengantin redah air: MOHD Azrul Azmi dan pasangannya
Khairalnisa Ismail melangsungkan majlis perkahwinan dalam
banjir di Kampung Baru Chendering, Kuantan, semalam.  


banjir banjir jugak... kawen jangan lufe... :victory:

[ Last edited by  amazed at 4-1-2009 02:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 02:58 PM | Show all posts
kat depan rumah aku dah jadi mcm sungai mekong dah, bila air naik samap kepala, takleh la aku nak forum lg ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 07:29 PM | Show all posts

Reply #158 sekngucing's post


04 Januari, 2009
Mangsa Banjir Diminta Utamakan Keselamatan Dan Kebersihan

KUANTAN, 4 Jan (Bernama) -- Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu penduduk di negeri ini yang terbabit dengan bencana banjir supaya memberi perhatian serius terhadap aspek keselamatan dan kebersihan.


Baginda bertitah keselamatan diri dan anak-anak perlu dijaga bagi mengelak kejadian tidak diingini yang boleh membahayakan nyawa mereka.

Bencana banjir bukanlah satu pesta dan boleh dipandang ringan kerana ia boleh mengundang musibah kepada sesiapa sahaja yang cuai, titah Tengku Abdullah.

"Perkara paling penting yang saya hendak ingatkan ialah kita hendaklah memastikan keselamatan bukan sahaja anak-anak kita, tetapi juga anak saudara-mara dan jiran-jiran," titah baginda ketika melawat dan menyampaikan kit bencana kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Fakeh Abd Samad, Batu 8 Jalan Gambang di sini hari ini.

Sejumlah 300 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan menerima kit bencana berupa kelengkapan asas seperti berus gigi, ubat gigi, sabun dan pelbagai barangan kegunaan harian.

Tengku Abdullah turut menasihatkan mangsa yang dipindahkan di pusat pemindahan banjir supaya menjaga kebersihan persekitaran, tandas dan tempat tidur bagi mengelak penularan wabak penyakit berjangkit.

"Jika ia kotor sudah pasti penyakit akan datang, sekali gus boleh memudaratkan keluarga kita," titah baginda.

-- BERNAMA

***************************************************************************************************

ohh tempat sekn banjir ke.. ---
kalau hujan berterusan hari ni --- jadi mekong la nanti kat sana -

dah bersedia ke kalau banjir nanti  ---
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 08:48 PM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 3-1-2009 06:15 PM
kat luar tgah hujan lebat, cmne la aku nak gi keja ni



usually razhar ada latest tentang banjir ni -  hopefully kalau
dia online nanti boleh update kan juga -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.080281 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list