CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 44807|Reply: 37

Sejarah Kuala Kubu Baru - (berkait dgn Myth Buaya Putih Sakti)

[Copy link]
Post time 23-11-2008 07:35 AM | Show all posts |Read mode
Mitos buaya putih sakti
Oleh AMREE AHMAD


TINGGALAN rangka kereta api penjajah membuktikan Kuala Kubu
dahulu ialah pusat perlombongan bijih timah utama di negara ini.


SEBUT saja nama Kuala Kubu Baru, kebanyakan kita segera terbayangkan suasana sepi pekan kecil itu yang menjadi pintu masuk utama ke pusat peranginan Bukit Fraser di Pahang.

Juga keheningan jirannya, Ampang Pecah yang terkenal dengan pusat kemahiran belia Pertak selain maktab polis, bomba dan institut tahfiz al-Quran di bawah seliaan Jakim.

Nun tidak jauh dari pekan itu, tidak ramai menyedari hutan simpan Hulu Selangor menyimpan khazanah misteri beberapa lokomotif tinggalan penjajah Inggeris akhir kurun ke-19.

“Semua penduduk di sini tahu cerita kepala kereta api itu namun tiada siapa menemuinya hingga saya sendiri menjumpai lokomotif tersebut,” kata Abdul Rahim Noor Mohamad, 41.

Anak jati pekan itu seterusnya bercerita bagaimana bermula ekspedisi beliau mencari bangkai kereta api lama tersebut yang berjaya tersembunyi di tengah-tengah hutan tebal berkenaan.

Minat mencari lokomotif itu timbul daripada cerita mulut orang tua sejak sekian lama dan maklumat daripada seorang pembalak dikenali sebagai Sallehuddin atau Aki Udang.

“Allahyarham jumpa secara kebetulan pada 1981 tetapi dia terlupa lokasi tepat namun daripada maklumatnya, saya membuat kajian kedudukan sebenar kereta api itu,” jelasnya.

Hasilnya, Abdul Rahim mendapat kisah sebenar pekan itu yang tidak diketahui sesiapa waima Jabatan Muzium Malaysia sendiri termasuk rahsia mitos buaya putih tasik Kuala Kubu.

Hakikatnya tiada seekor buaya pun di situ namun penduduk menggunakan isu reptilia sakti itu sebagai alasan untuk enggan berpindah apabila dipaksa penjajah Inggeris pada tahun 1883.

“Ini kerana mereka tahu muslihat pihak kolonial mahu bina lombong bijih timah terbesar di pekan itu dengan usir penduduk asal Melayu ke hutan bersebelahannya,” kata Abdul Rahim.

Marah dengan kedegilan penduduk, Inggeris lalu meletupkan sebuah empangan yang berusia 100 tahun waktu itu menyebabkan kawasan tersebut dikenali sebagai Ampang Pecah.

Ironi, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Sir Cecil Ranking yang cuba membuktikan mitos buaya putih sebagai dongeng turut terbunuh malah mayatnya cuma tinggal sebelah tangan saja.

“Kubur pegawai ini masih ada di halaman Rumah Rehat Kuala Kubu di Jalan Syed Mashor dan batu nisannya mencatatkan ‘Di sinilah semadi pusara tangan Sir Cecil’,” tambah beliau lagi.

Bencana ini biarpun meragut ramai nyawa penduduk, tidak mematahkan niat jahat penjajah untuk projek perlombongan itu malah terus membawa masuk ribuan buruh imigran China.

Galian berharga itu rupa-rupanya banyak terdapat di dalam hutan tebal menyebabkan Inggeris membina landasan kereta api mudah alih untuk pengangkutan bijih tanpa kos besar.

“Malangnya setelah stok bijih habis, semua peralatan lombong termasuk lokomotif dan gerabak kereta api tersadai di tengah hutan puluhan tahun lamanya,” jelas Abdul Rahim.

Bagi mencari tinggalan itu, seseorang kena berjalan kaki selama enam hari kerana ia terletak di sembilan lokasi berselerak dekat Gunung Rajah atau 1,053 meter dari aras laut.

Penemuan pertama pada 19 Oktober 1996 juga menarik minat Jabatan Muzium Malaysia untuk terlibat dalam projek arkeologi di kawasan hutan tersebut namun ia terkandas separuh jalan.

Lucunya, kejayaan Abdul Rahim dijadikan bahan berita utama akhbar Singapura pada 11 Oktober lalu tetapi memaparkan kejayaan rakyatnya menemui artifak bersejarah itu.

“Walhal dua rakyat negara jiran itu yang kononnya dilaporkan membuat 28 kali ekspedisi mencari lokomotif tersebut pun terpaksa bergantung ihsan daripada saya,” katanya kesal.

Beliau seumpama kamus bergerak sejarah Kuala Kubu kini membantu krew paranormal PSI Uncle Seekers menerbitkan dokumentari televisyen 13 siri mengenai lokomotif terbabit.

“Program Onomostik ini mendedahkan kisah sebenar saya menemui rangka tersebut berbanding propaganda akhbar jiran yang mendakwa mereka jumpa dulu kereta api itu,” tegasnya




************************************************************************************



masa saya pergi jong croc farm kat sarawak sana - memang ada white crocodile - ada tangkap gambar dia semua -
dan yang tu rupa dia ---   tapi bukan sebab sakti ke apa... tak silap sebab dia tu albino -

regarding KKB - saya dah pergi 2 kali... ni kira macam hulu selangor - kalau nak gi ulu yam -
ha ... dah tak jauh dengan bandar kkb la tu ---  tak tahu lak pasal locomotive tu.. pernah
baca sejarah tu sikit2 dulu... -- but a great findings though -
mesti best kalau dapat jungle trekking kat hutan di hulu selangor ni -- macam2 benda
sejarah di sini -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2008 08:17 AM | Show all posts
Kalau cite satu lagi...memang dah ada dah lombong tu...cuma pecah akibat banjir...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2008 08:58 AM | Show all posts

Reply #2 alphawolf's post

hence - ampang pecah ...?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 10:16 AM | Show all posts

Balas #3 dexa\ catat

yup  !!  ampang pecah.. and ada nm taman kt KKB .. TAMAN AMPANG PECAH  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2008 10:40 AM | Show all posts

Reply #4 katana83's post

ah...make sense...

ampang pecah = empangan pecah -

so - nama district AMPANG - from the word empangan juga -

thanks katana -
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 11:56 AM | Show all posts
kg kat KKB.... besh tempat ni, sunyi sejuk.....
tp bukit sekitar sini, yg kat blakang padang golf dah d buang hutan sebahagian nya...

kata nya nak bangunkan kaw. bukit ni...
aiyo..........

kisah singaporean yg wat ekspidisi tu mmg merugikan kita.....kesian member tu mcm d pergunakan, org lain dpt untung....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2008 06:37 PM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

sebenarnya .. sejarah kuala kubu baru ni ..
banyak gak fakta yg disembunyikan oleh pihak tertentu ..

sebagai contoh : kisah empangan yg 'pecah' tu ..
dalam banyak buku & sumber sejarah - even wikipedia pun - kata empangan tu pecah
padahal sebenarnya empangan tu diletupkan .. dalam tahun 1883 rasanya ..
toksah cakap aa berapa ramai penduduk kampung yg mati
semata2 sebab sifat tamak manusia .. yeahh .. semata2 kerana tamak ..

tempat empangan pecah tu - memang betul ampang pecah ..
nama asal kuala kubu baru ialah 'kuala kubu'
dan bila empangan tu dibaiki & dibina balik - dapat aa nama kuala kubu baru
yes .. baru = empangan baru ..

harap lebih banyak 'kebenaran' akan terbongkar ..
cukup2 aa kita semua selalu disogokkan dgn 'sejarah yg dikarang pihak tertentu' ni ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 09:04 AM | Show all posts

Reply #7 naen's post

diletupkan???  mengapa? sape yg terlibat??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2008 11:44 AM | Show all posts

Reply #8 katana83's post

baca post #1 - artikel yg dexa post tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 05:27 PM | Show all posts
kalau ikutkan orang orang kuala kubu tu memang ada buaya pun kat ampang pecah tu... tak tahu laa putih ke tak..

kawasan ampang pecah memang cantik dikellilingi dengan bukit,  sungai.. lombong-lombong bekas bijih timah ... memang sesuai untuk aktiviti lasak..
ampang yang pecah tu sekarang dah jadi tempat orang mandi manda...

kawasan ampang pecah ni dulu kawasan perkampungan.. tapi disebabkan kejadian banjir besar dikawasan tu.. sebahagian kampung tenggelam (sekarang ni atas kawasan tu orang dah buat kawasan perumahan bangglo sebijik-sebijik) termasuk DO mat salleh kawasan tu pun tenggelam sekali.. kubur orang putih tu ade dekat depan jalan depan kem tentera.. tapi mengikut orang lama kat situ, keranda mat salleh tu dah dipindahkan. yang tinggal hanya tugu peringatan sahaja.
lepas tu british buka Kuala Kubu Bharu.. yang mana penduduk yang terselamat dalam banjir tu sikit-sikit berpindah ke KKB. lama kelamaan ampang pecah ni dilupakan menjadi semak samun.. yang tinggal masjid ampang pecah.. tu pun 10 tahun sudah baru dibaiki balik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 10:56 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 23-11-2008 07:35 AM

Hakikatnya tiada seekor buaya pun di situnamun penduduk menggunakan isu reptilia sakti itu sebagai alasan untuk enggan berpindah apabila dipaksa penjajah Inggeris pada tahun 1883.


orang baru terjumpa 3 versi citer pasal buaya putih kuala kubu baru ni
so nak share aa ngan dexa & yang lelain ..

versi 1 :

+ cecil ranking cuba track & nak bunuh buaya putih tu ntok buktikan penduduk kampung tu menipu
+ buaya putih tu dipercayai sebagai penunggu/spirit guardian
+ cecil ranking dikatakan 'hilang' & tak dapat dikesan
+ beberapa hari kendian, ada flash flood menghentam kubu (empangan) tu, sampai pecah
+ kuala kubu ditenggelami oleh lumpur, hasil daripada flash flood tu
+ dikatakan sebagai 'balasan' sbb mengganggu buaya putih tu aa
+ lepas air & lumpur tu surut, mayat cecil ranking ditemui kat atas pokok
   so dapat agak tak banjir tu tinggi mana?

versi 2 :

+ cecil ranking dikatakan membunuh seekor buaya (normal) yg sangat besor
+ buaya tu dikatakan sangat ganas + mengganas .. sampai takutkan orang kuala kubu
+ tak lama lepas buaya (normal) tu mati, sekor buaya putih plak muncul
+ dikatakan (lagik), buaya putih tu boyfren kepada buaya (normal) tu tadi aa
+ buaya putih tu mengamuk sakan sampai ke tahap yg amat bahaya
+ sampai satu hari, buaya putih tu sampai kat bahagian pintu air kat kubu (empangan) tu
+ ngamuk punya ngamuk, dia hentakkan badan & libaskan ekor dia kat dinding kubu tu aa kan
+ last2, dinding tu pecah & kuala kubu pun dilanda banjir
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 10:58 AM | Show all posts

source : arkib negara

Pada hari ini 29.10.1883, banjir besar telah berlaku di Sungai Selangor. Banjir itu telah menyebabkan robohnya Empangan Kuala Kubu lalu menenggelamkan seluruh pekan Kuala Kubu. Peristiwa penting ini dicatatkan dalam sejarah kerana bertolak dari peristiwa inilah lahirnya pekan Kuala Kubu Bharu yang ada sekarang. Empangan yang roboh itu panjangnya kira-kira 1.6 kilometer dan lebarnya melebihi 91.4 meter. la dibuat dari batang-batang kayu dan ditambak dengan tanah merentangi Sungai Kubu iaitu anak Sungai Selangor.

Daerah Kuala Kubu sering dilanda hujan. Ini menyebabkan kerap berlaku banjir di Sungai Selangor. Sungai itu pula menjadi cetek oleh takungan tanah dan pasir yang mengalir akibat hujan dan kegiatan melombong di bahagian hulu sungai. Lama-kelamaan Sungai Selangor menjadi sebak dan apabila hujan lebat turun menyebabkan sungai banjir dan empangannya tidak dapat lagi membendung arus air yang deras serta menyebabkan empangan itu roboh.

Kejadian itu telah mengorbankan nyawa dan harta benda.  Seramai 33 orang termasuk Cecil Ranking, Pegawai Daerah dan Majistret pertama Inggeris di daerah itu telah terkorban; 38 buah rumah hanyut dan satu-satunya mata pencarian penduduk kawasan itu iaitu mendulang bijih timah juga turut terjejas. Tragedi pecahnya Empangan Kuala Kubu itu juga dikenali sebagai 'Sejarah Kuala Kubu'.

Kuala Kubu dibuka pada kurun kelapan belas oleh orang-orang Melayu dan mereka merupakan perintis kepada kegiatan melombong bijih di daerah itu, sehingga dapat membina empangan besar untuk kerja-kerja mendulang bijih. Daerah itu juga pernah menjadi kubu pertahanan Raja Mahadi dan Syed Mashor menentang angkatan perang Tengku Kudin dalam Perang Saudara di Selangor pada tahun 1867-1874.

Usaha-usaha untuk membangunkan semula Kuala Kubu telah dibuat dan pada tahun 1931, maka lahirlah pekan Kuala Kubu Bharu yang kekal hingga ke hari ini sebagai pusat pentadbiran daerah Hulu Selangor, menggantikan Kuala Kubu Lama yang kini tinggal dalam kenangan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 11:32 AM | Show all posts

alignment lari sat ..

banyak lagi tempat yg ada kaitan atau diceritakan tentang buaya putih ni
antaranya :

kampung seri kemudi; bachok (kelantan)

+ dikatakan, orang dedulu percaya ada sebuah kemudi emas yg timbul kat pantai bersama2 ngan sekor buaya putih
+ buaya putih tu dipercayai buaya sakti aa
+ pastu, buaya tu ambik sorang budak pompuan kat kampung tu ntok jadi anak angkat
+ buaya tu punya aa sayang kat budak tu sampai dia sentiasa bagi barang2 kemas kat budak tu sampai aa dia dewasa


kampung kok pasir & kampung kok keli; kota baru (kelantan)

+ dikatakan, seorang ulama' terkenal pada masa tu - tuan guru selehor - membela buaya putih sakti
+ buaya putih tu dilepaskan kat sungai (antara dua kampung tu) ngan tujuan ntok jadi 'penjaga'
+ sblom tu, banyak buaya2 kat sungai tu yg dok kacau penduduk kampung2 tu nak mancing, menjala & mandi
+ dikatakan jugak, buaya putih tu masih lagik menjaga sungai tu sampai hari ni


tasik dayang bunting; langkawi (kedah)

+ dikatakan, dedulu, ada sorang puteri dari kayangan yg selalu gi tasik tu untuk mandi manda suka ria
+ nama puteri kayangan tu ialah puteri dayang sari
+ sorang putera yg bernama putera teja dah tergoda ngan kecantikan puteri dayang sari tu
+ so dia pun mintak tolong dari sorang orang tua - ntok ngorat puteri tu aa
+ orang tua tu kata, putera teja kena sapu air mata duyung kat muka dia - confirm puteri tu terjatuh cinta
+ lepas putera tu dah sapu; puteri tu pun terpikat aa .. konon2 macam love at 1st sight aa kan
+ tak lama pastu deme pun kawen aa (play mp3 - kompang pengantin)
+ tapi deme bahagia tak lama .. seminggu lepas puteri tu beranak, anak lelaki dia tu mati sbb penyakit misteri
+ masa tgh dok sedih2 tu, terkantoi aa pulak yg putera teja tu guna helah air mata duyung ntok ngorat dia
+ frust punya frust, marah punya marah; puteri dayang sari tu pun tenggelamkan (mayat?) bayi dia kat dalam tasik
+ dikatakan, bayi dia tu telah bertukar menjadi buaya putih
+ dan dikatakan lagik, buaya putih tu masih ada sampai sekarang - kawal dan jaga tasik tu


rasanya ada banyak lagi tempat yg ada lagenda buaya putih ni
bukan je kat malaysia .. rasanya kat indonesia pun ada
jadiknya .. memang kat nusantara ni memang 'percaya' kpd wujudnya buaya putih sakti
cuma - 'kenapa mesti buaya & kenapa mesti buaya tu warna putih'?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2008 08:15 AM | Show all posts

Reply #13 naen's post

cuma - 'kenapa mesti buaya & kenapa mesti buaya tu warna putih'?


sebab buaya ni - binatang yang banyak misteri  - yang dah hidup
berjuta2 tahun dulu  -  keturunan dia dari dinosaur juga -
cuma dia hidup mostly di air - dan buaya sekarang jauh lebih
kecil dari mega buaya zaman tok kadok dulu --

yang terbesar saya pernah tahu zaman sekarang kat - australia
33 feet - kawan saya kat adelaide cerita -- tapi rasanya
depa tangkap (not sure kill or not) --

putih tu --  albino;  macam manusia juga -
ada satu pakcik bawa teksi kat tempat saya ni
(tak sure dah meninggal or masih hidup) tapi dia pun albino
warna kulit tu - nak kata kusta - bukan kusta - just
kulit jadi putih..  semua macam putih - macam sakit kulit
tapi tak sakit kulit -

saya suka buaya... tapi saya tak suka buaya... ha camtu la -
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 01:47 AM | Show all posts
Originally posted by zulyusoff at 28-11-2008 12:02 PM

aku pernah melihat buaya putih di sebuah zoo di New Orleans Lousiana USA.
aku tak percaya yg buaya putih ada sakti
yg aku yakin buaya tu ada masalah kulit


hahahahaha .. tu sbb kita (skarang) memang dah tau wujudnya istilah - "albino"
cuba bayangkan kalau istilah albino tu takde?

tak bleh gak nak salahkan atau kata orang2 dulu tu cepat percaya benda karut
kena fikir jugak perbezaan antara faktor zaman, ruang & masa ..
jauh berbeza .. even 2008 dgn 1950 pun jauh sangat bezanya kan

dengan pengetahuan & pendedahan yg 'amat kurang',
eorang dulu tend to mengaitkan sesuatu yg 'lain dpd yg lain' dgn mistik/kesaktian
either deme tafsir & terima ia sebagai sesuatu yg positif atopun negatif;
tu bergantung kpd kumpulan eorang tu jugak kan

sebagai contoh : mungkin ada eorang yg pandang buaya putih sebagai 'pelindung'
mungkin ada jugak yg anggap ia sebagai 'pembawa bala bencana'
bergantung aa kan - cemana deme tafsir & terima
dan bergantung gak kpd bagaimana buaya putih tu bertindak & 'pembawaan dirinya'

even, sesama manusia pun - memacam tafsiran & penerimaan yg bleh timbul
tak perlu jadik albino .. cuma ngan gaya atau penampilan yg 'lain' je pon;
eorang akan menilai & seterusnya menghukum jugek
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 01:51 AM | Show all posts

Reply #16 dexa's post

pernah tetengok dokumentari yg deme jumpa tulang buaya zaman dinosaur
memang besar ya`amat! pastu deme siap ukur kekuatan rahang buaya tu lagik
sangat aa mengagumkan + menakutkan

ehh dexa? [off topic] orang albino bleh bawak kereta ke?
sori kalau soklan cam ngOkngEk .. tapi dulu orang pernah kenal sorang yg albino ni
dia kata - tak bleh ambik lesen memandu pun, jpj tak bagik - tol ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2008 08:46 AM | Show all posts

Reply #18 naen's post

ehh dexa? [off topic] orang albino bleh bawak kereta ke?
sori kalau soklan cam ngOkngEk .. tapi dulu orang pernah kenal sorang yg albino ni
dia kata - tak bleh ambik lesen memandu pun, jpj tak bagik - tol ke?



apa tanya soalan ngokngek ni...(bukan saya yang cakap - naen yang cakap)
napa tak leh....semalam kat newspaper ada orang tak ada tangan pun leh bawak kereta  ha -
setakat albino tu... semua pun depa boleh buat okay......

hmmm naen tak dapat licence kereta tu sebab naen albino ke? macam tak caya aje -
cakap aje kat orang jpj tu.... 'tuan, walaupun saya albino, saya pun reti bawak kereta...
lain la kalau buta' -


*kawan saya yang duk kat sarawak cerita - kat kampung dia - depa mandi kat
sungai -- ada buaya  kat sebelah sana tu - tapi buaya2 tu tak pernah kacau depa -
sebab tau aje territory depa... dekat mukah - tak tahu la kalau tu sungai
batang lupar juga - tapi dengar cerita dia best... macam2 saya dengar pasal buaya ni -
juga... camana bomoh buaya 'SERU BUAYA' ...    buaya putih tu ada myth juga cakap
macam jelmaan - sebenarnya orang.. tapi tetiba jadi macam buaya...  yang tu
saya kena tahu lagi lebih lanjut apa maksud dia tetiba jadi buaya -  

ada tengok rouge?? best cerita dia kan -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2008 08:57 AM | Show all posts









*************************************************************

eh... baru teringat... ni thread tentang sejarah KKB  ... apa cerita2 buaya ni...
maaf ye... tapi saya memang suka buaya.. kalau cerita pasal buaya rasa tak habis
seminggu pun...

anyway tu gambar2 buaya albino  dan yang mula tu - lakaran buaya zaman dino dulu -

okay - lepas ni kita back to topic ye -
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 09:27 AM | Show all posts
Wei apasal crita Ampang Pecah jadi cerita boye putih?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 01:12 PM | Show all posts

Reply #21 alphawolf's post

takpe aa .. 2 in 1 .. lagikpun dexa boh tajuk - (berkait dgn Myth Buaya Putih Sakti)
ape aa salahnya melalut sikit ke bab al boya kan kan

berbalik kepada topik ..

kejadian 'banjir' 1883 tu, memusnahkan hampir 2000 bangunan kat kuala kubu
termasuk aa fasiliti kat pekan tu skali; musnah yg tahap tak bleh nak baiki lagik aa
tapi .. [DIKATAKAN] .. dalam 'banjir' tu, ada DUA BANGUNAN yg survived
iaitu - sebuah masjid & sebuah kuil buddha ..

menarik, kan?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.291470 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list