CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

- AILEBIU LAH -

   Close [Copy link]
Post time 7-4-2009 12:24 AM | Show all posts
get well soon...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2009 04:19 PM | Show all posts
x sihat lagi ker???
semoga cepat sembuh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2009 11:00 PM | Show all posts
hellooooo... i'm back
l
tenkiu utk semua petua & doa & ucapan
terharu ai......


lepas sembuh kena clear kerja yg oberdue plak, tu yg tak sempat nak sambung
harini baru free sket
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2009 11:18 PM | Show all posts
Aduh, boringnya. Lenguh satu badan, Fauziah mengeluh. Selepas solat Subuh, jari jemari kaki dan tangannya sudah di salut inai. Sudah berjam rasanya dia duduk melunjur. Kematu punggung aku! Matanya melirik ke kiri dan kanan. Saudara mara dan jiran yang perempuan kusyuk membuat bunga telur , hantaran dan lain lain perhiasan. Ini peluang aku. Sedapnya kalau dapat duduk bersila. Lututnya di tarik perlahan.

" Fuyah! Duduk diam diam! Bersememeh inai tu nanti."  jerit Mak Usu Sakinah, adik Mak berlainan ibu. Alamak, silap timing. Ingatkan the coast is clear. Mak Usu tadi leka menggubah bunga pahar. Mak Usu ni  berkongsi gene membebel macam Mak juga. Mak Usu dan abangnya Pak Ngah Shukri dengan Mak macam adik beradik kandung. Ibu tiri Mak , arwah Mak Tok tidak membezakan status Mak dengan adik adiknya. Kalau ada kenduri kendara, Mak Usu dan Pak Ngah pasti datang walaupun  Mak Usu dan keluarganya tinggal jauh di Rompin. Pak Ngah pula nun di Langkawi.

" Sabarlah. Nak dapat warna merah pekat kena tunggu lama sikit.  Mak Usu dan mak awak dulu pakai inai satu hari satu malam. Fuyah tau tak? Kalau inai tak merah, orang mengata nanti" tambah ibu saudaranya lagi.

" Kenapa?" Dahi Fauziah berkerut.

Mak Usu mengesot padanya dan berbisik" Pengantin yang tak ada dara, inai nya tak akan merah. Biarlah kat jari berapa lama pun"

Teori zaman jahiliah mana pulak ni. Fauziah ingin membantah tapi di kunci mulutnya. Nanti Mak Usu bersyak wasangka pula. Sudahlah ada orang kampung yang bergosip sebab aku kahwin mengejut, sampai tak sempat bertunang. Amboi ... amboi...amboi... Tak tahu yang mana adat, yang mana wajib ke dek non?

Suasana di luar semakin kecoh. Khemah mula di pasang dan lembu akan di sembelih. Kaum perempuan sibuk menghiris bunga rampai,  mengupas bawang,  menggiling rempah ratus. Ramai yang merewang membantu keluarga mereka. Sejak Kak Long kahwin 7 tahun lalu, baru kini Mak dan Abah nak terima menantu kedua.  Sepatutnya Wani dengan Acap kahwin hujung tahun ini, tapi jodoh aku yang sampai dulu. Fauziah tersengih bila mengimbau kembali kenangan kali pertama bertemu Uzir. Ha ha...  tak sangka " drebar" yang sombong dan kurang asam akan jadi suami aku. Donia... donia...

Saudara mara perempuan bersilih keluar masuk ke bilik pengantin yang belum di siap sepenuhnya. Warna krim  menjadi warna tema. Katil kayu bertiang empat berkelambu kain muslin putih sudah di tebar dengan cadar satin.  Permintaan Fauziah hiasan biar minima, cuma bunga bungaan segar dalam vas dan kelopak bunga mawar akan di tabur di atas katil. Tiada rambu ramba agar bilik  nampak lebih luas.  Berbagai komen di beri oleh pengkritik tak di jemput... ada yang suka, ada yang lebih suka kalau guna warna terang, ada yang suruh tukar posisi katil. Macam macam ada.

" Fuyah! My lovely cousin! I miss you " jerit Farah seraya menerpa masuk. Pipi  sepupunya di cubit. " Wow, besok you dah nak jadi isteri Uzir."

Fauziah melebarkan senyum pada sepupunya. Sudah hampir 3 tahun mereka tak bersua muka. Farah masih sexy macam dulu dengan baby T dan jeans ketat paras lutut. Tak ubah macam anak dara walaupun dah bergelar isteri.

" Sorry, I want to hug you but  tak boleh bergerak. Torture betul!"

" Kesian you. Nasib baik I kahwin kat London. Tak payah berinai, I pakai nail polish je" Farah menggamit pada seseorang. Lelaki tinggi berkulit hitam manis menjenguk dari pintu bilik.

" Ni lah my hubby, Atif. Darling, this is my cousin and best friend Fuyah."

" Hello Atif. At last , dapat juga jumpa you. Sorry, tak boleh salam. " Farah mengangkat kedua belah tangannya yang penuh inai ke arah Atif. Not bad looking suami Farah ni. Tapi hensem lagi Uzir... cewahhh Fuyah! Baru nak mengaku Uzir tu hensem.

Farah  rancak bercerita pasal majlis perkahwinan mereka di London dan kehidupan berumahtangga.  Berseri seri wajah Farah. Yalah... Atif first love Farah. Bertahun mereka bercinta, berbagai onak duri dilalui sebelum kahwin, macam Romeo dan Juliet tapi happy ending.  Aku tak tahu aku ni cinta yang keberapa dalam hidup Uzir. Tak pernah terfikir untuk tanya pun. Mana tahu kot kot dia ada sejarah hitam?  Aku ni macam si Luncai , terjun dengan labunya.... Isshhh, jangan dengar bisikan syaitan.

Adakah aku juga akan bahagia macam Farah dan Atif? Macam Kak Long dan Abang Lokman? Macam Mak dan Abah?  Insyaallah. Uzir caring dan boleh tahan romantik, setiap malam mesti telefon sejak aku balik kampung.  Very the remaja tua, bergayut feeling feeling kat telefon. Kalau dulu mesti aku naik loya. Tapi sekarang dah lain. Kalau tak dengar suara nya , rindulah. Inilah penangan cinta agaknya.

Selain memperbaiki skill memasak, masa senggangnya  di habiskan membaca buku. " Ciri Isteri Solehah",  " Isteri yang baik untuk suami yang baik", "Wanita Solehah dalam Sejarah Islam", " 100 Ways to keep romance alive in your marriage"  dan banyak lagi buku aku khatam. Wakakakakaka... gigih betul !  

" Hoi... mengelamun kah?!"  Tersentak Fauziah bila Farah menampar bahunya. " Mak Usu cakap dah boleh basuh inai kau tu"

Yahooo...leganya. Tapi lepas ni kena mandi bunga dan mandi lulur buat kali yang ketiga.  Ini semua propa Mak andam, supaya naik seri konon. Leceh betul nak kahwin ni!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2009 11:22 PM | Show all posts
Kemerduan qasidah memuji Rasulullah saw membuai Fauziah yang sedang menyusun gula gula dalam saputangan, untuk di beri pada para tamu. Sementelahan semua sanak saudara sudah berkumpul, majlis cukur jambul anak bungsu Kak Long, Ahmad Irfan , di adakan lepas Asar. Tapi bakal pengantin kena berkurung dalam bilik. Nanti "basi" kata Mak. Macam macam lah pantang larang orang tua ni. Sejak seminggu lalu dia tidak di benarkan keluar ke bandar, darah manis kata orang. Sejak tiga hari lalu, nak pijak tanah pun susah. Adehh... macamlah kulit aku boleh jadi putih macam Wani kalau aku berkurung setahun pun.

Senyap senyap dia menapak ke dapur membawa dulang berisi buah tangan yang sudah siap. Makcik Zaidah dan Mak Usu sedang membancuh teh untuk di hidang pada tetamu. Muka Makcik Zaidah muram sejak kebelakangan ini. Ada sesuatu berlaku pada ahli keluarganya kah? Fauziah bertanya dalam hati.

" Ni gula gula yang Fuyah dah bungkus. Ada 40 bungkus. Cukup tak?"

Mak Usu mengangguk " Cukuplah tu. Fuyah nak kuih?"

Kuih serimuka, bengkang ubi dan karipap pusing sudah di atur dalam piring untuk di hidang pada para tamu. Fauziah mencapai sebiji karipap.

" Mmm... sedap. Makcik Zaidah yang buat, kan?" Karipap jirannya itu memang enak. Lebih lagi bila makan panas panas. Ingat lagi dia dengan Acap mengendeng tepi kuali setiap kali  Makcik Zaidah goreng karipap. Karipap yang panas di letak dalam poket, kemudian makan atas pokok di dusun belakang rumah sambil berborak borak. Nostalgia zaman kanak kanak riang...

" Bila Acap nak balik Makcik?" soal Fauziah. Sejak Ashraf ke Jepun cuma sekali dua mereka berbalas email. Masing masing sibuk dengan tugas. Mak  Usu menjeling tajam. Esok nak kahwin , tanya hal anak teruna orang pula. Memang nak kena Fuyah ni!

" Fuyah tak jumpa dia lagi? Dia dah sampai Kuala Lumpur tiga hari lepas.  Semalam baru dia balik sini dengan Ajib. Itu ha... dia ada kat khemah belakang, tengah tolong Pak Ngah kamu."

Fauziah berlari ke tingkap dapur dan menjengah ke luar.  Ashraf  dengan beberapa orang pemuda kampung sibuk membantu Pak Ngah memasak. Pak Ngah memang tukang masak yang handal. Dua buah restorannya di Langkawi cukup laris.  Rendang daging tengah menggelegak atas dapur arang. Bau nya sungguh mengecurkan airliur.

" Hoi.. Acap! "

Ashraf berpaling dan mengorak senyuman terpaksa. Pilu hatinya bagai di siat. Fauziah akan menjadi milik Uzir besok. Hendak ku capai tangan tak sampai. Hasrat nak sunting kini berkecai. Dia mengelap peluh di dahi dan menyuak rambut ke belakang. Fauziah sedang menopang dagu di jendela sambil tersengih.

" Apa khabar? Macam mana perasaan orang nak jadi pengantin?" Ashraf  berbasa basi. Tekaknya rasa berpasir

" Nervous nak mampus... he! he!  Banyak eksyen ya awak, balik tak bagi tau orang pun. Aku nak kirim barang"

" Laa... kau nak apa? Kenapa tak cakap awal awal?"

" Takeshi Kaneshiro. Kalau takde, Sorimachi atau Takuya pun boleh"

" Gatal! Repot kat laki kau !" gertak Ashraf. Mulutnya berat nak sebut nama Uzir. Mamat tu betul main kotor. Mentang mentang lah dia boss merangkap dua pupu Fuyah. Unfair advantage betul!

Tawa Fauziah pecah. " Takde modal lain. Dari kecil sampai tua, asyik nak mereport "

Mak Usu mendengus sambil menyibukkan diri mengatur piring berisi kuih ke dalam dulang. Anak buah yang seorang ni memang tak reti adab. Besok nak kahwin tapi perangai macam samseng Kampung Dusun. Masih nak bergurau dengan lelaki ajnabi. Nak di tegur, takut si Zaidah kecil hati. Acap tu anak dia dan kawan rapat Fuyah. Kisah Fuyah - Acap - Wani bukan rahsia lagi di kalangan keluarga terdekat.

" Fuyah, aku ada beli wedding present untuk kau. Nanti esok aku bagi" janji Ashraf.  Set cincin dan loket mutiara Mikimoto itu sepatutnya dia beri bersama dengan ucapan cinta dan lamaran. Tapi kini semuanya sudah terlambat. Biarlah Fauziah simpan buat kenangan saja; kenangan persahabatan dan kasih seorang sahabat karib. Masa akan merawat hati ku yang luka.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 12:32 AM | Show all posts

Reply #1045 sang_arjuna's post

wuuuu sedeyh2..kecian acap... ape pula kisah selanjutnya?tak sabar nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2009 12:38 AM | Show all posts
thx. arjuna... jadi 1st reader.. esok ada n3 lagi ke?
sian acap.. hancur berkecai jadinya..
nak buat macammana ya..
macam lagu MLTR... terlewat 25minutes..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 01:21 AM | Show all posts
suker.... suker ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2009 08:11 AM | Show all posts
jgan lupa sambung panjang2 yeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 08:14 AM | Show all posts
agaknya cter nie ada smbgngan lg tak......
sian kat acap...., merana la dia..., tapi tak per janji Uzir ngan fuyah...hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 10:15 AM | Show all posts
thanks arjuna... harap2 n3 seterusnya bakal menyusul cepat2..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 10:28 AM | Show all posts
Alhamdulillah dah sihat ya bang arjun..
tak sabo nak tunggu ending..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 10:36 AM | Show all posts
wah...bestnyer ada sambungan, cepat lah lagi sambung ye. x sabar nk tunggu hari nikah dan sandingnyer..

emmm..sian gak kat acap. sedihnyer rasa kan bila cinta x berbalas . tapi nk wat cemana, hati dan perasaan ni bukan boleh dipaksa2 kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 11:19 AM | Show all posts
Huhuhu... shian lak kat Acap!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 11:23 AM | Show all posts

Balas #1045 sang_arjuna\ catat

..sedih lak aku kat acap...wpun aku nak Fuyah ngan Uzir tercapai...tapi sian lak kat Acap..

tq smiley...harap harap dah 100% sembuh...ngan petua petua yg diberikan disini..kalo x sembuh gak..x tau ler..roopanya ramai pakar kat sini ya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 11:55 AM | Show all posts
suka fuyah n uzir nk kawen..
tp cian lak kat acap......
xkn la acap xde sangkut ngan awek jepun kut....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2009 11:59 AM | Show all posts
waaa....bestnyer.....
sambung g erk...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 01:22 PM | Show all posts
sian acap.. tu la.. lambat lg ckp kat fuyah.. kan dah melepas.. hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 02:05 PM | Show all posts
sian plak kat acap...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 01:47 AM | Show all posts

Reply #1055 kaypo's post

bila nk smbung ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.081794 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list