CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: acura

PTPTN...oh PTPTN!!!!

[Copy link]
Post time 25-11-2010 11:17 AM | Show all posts
tekanan jiwa tul..........


aku dh la kena black list....

ingatkan baki tinggal 400++..

dah fax surat pertanyaan baki..tapi tak hantar2 pulak...

dr forum ptptn, bila aku tanya..dia ckp baki aku dlm rm2099

WTF??!!!

nape jd mcm tu sekali....uwaaaaaaa.....nangessssssssss

mana nak cekau duit nie.....hutang study lain dok minta nie....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2010 10:49 AM | Show all posts
Reply  PrintChez


    erm...aku plak, baya tak gtau derang... maksud nyer xmintak surat pengesa ...
reewanie Post at 8-10-2010 11:08



    alaak kene mintak surat pengesahan dulu ek? apa la mangkuk sangat perkhidmatan diorang ni. org nak bayar cukup baik byk songeh pulak..aku sbenarnya plan mcm ko la..balance aku dlm rm18k aku plan nk byr rm10k jadi tinggal rm8k je la aku habiskan pelan2..hmmm hampeh tul la ptptn ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 12:16 PM | Show all posts
Reply 138# masyit


    aku rase, interest tu PTPTN stil akan charge ko tetiap bln selagi ade utang...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 12:20 PM | Show all posts
Reply 142# iman_kasih


nk mintak surat pom berjaman derang nk riplai...mau utang ko bertambah blk klu tgu dpt surat pengesahan bru nk baya...aku rase, ko baya jek. aku slalu cek kt website derang utk belen utang aku.
skang da almost 7 months da aku tgu surat pelepasan utang. tiap kali emel derang tanye mane surat pelepasan utang, tiap kali tuh derang kate dlm tindakan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 12:41 PM | Show all posts
Reply  masyit


    aku rase, interest tu PTPTN stil akan charge ko tetiap bln selagi ade utang. ...
reewanie Post at 1-12-2010 12:16



   hmm..tu ah pasal.ritu tny dia pon mmg ckp mcm tudia ckp dorg cas berdasarkan baki latest. so kita untung sikit la kot kan.huhu
tq ek
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 01:29 PM | Show all posts
Reply  masyit


    aku rase, interest tu PTPTN stil akan charge ko tetiap bln selagi ade utang. ...
reewanie Post at 1-12-2010 12:16



   dah setelbayo on9 je pkai cimb td
charge 50sen
dr berpanas nk g pjbt pos kna 2hinggit.huh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2010 02:17 PM | Show all posts
daku pom dlu bayo online jek...
lgpom, nk tgu g brator kt pjbt pos, mau aku skip baya tetiap bln...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 02:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by matbuq at 1-12-2010 15:29

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
JAWAPAN RINGKAS KEPADA PERTANYAAN BERKENAAN TAWARAN CONVERSION UJRAH
A. PERMOHONAN/TAWARAN
1. Siapakah yang layak untuk menerima tawaran Ujrah 1%?
Jawapan : Tawaran perubahan pinjaman sedia ada (3%) kepada pembiayaan Ujrah 1%
layak diterima oleh peminjam-peminjam sedia ada yang masih mempunyai baki pinjaman
PTPTN pada 1 Jun 2008 kecuali bagi kes-kes berikut :

i. Telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan undang-undang
ii. Peminjam yang telah melanggar perjanjian pinjaman terdahulu – (batal
pinjaman, gagal pengajian, berhenti pengajian dan mendapat penaja lain)

2. Saya masih belajar dan masih menerima pengeluaran pinjaman PTPTN. Bilakah saya
boleh menerima tawaran Ujrah?
Jawapan : Anda akan ditawarkan Ujrah sebaik tamat pengajian.

3. Saya mempunyai baki WPP sahaja. Adakah saya layak untuk memohon?
Jawapan : Anda tidak layak untuk ditawarkan Ujrah.

4. Apakah tindakan yang perlu diambil bagi membolehkan saya mendapat tawaran Ujrah?
Jawapan : Peminjam perlu mengambil langkah-langkah berikut :
i. Membuat pendaftaran melalui laman web PTPTN (www.ptptn.gov.my)
dengan menggunakan no kad pengenalan dan memasukkan alamat e-mel
peminjam;
ii. Mengemas kini maklumat yang diperlukan melalui link yang dihantar ke
alamat e-mel peminjam yang didaftarkan;
iii. Mencetak dan menandatangan dokumen tawaran yang dihantar ke alamat
e-mel peminjam; dan
iv. Menghantar dokumen tawaran yang lengkap (sila rujuk panduan
pengisian) kepada PTPTN dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh tawaran

5. Bilakah peminjam boleh mula membuat pendaftaran dan pengemaskinian maklumat?
Jawapan : Pendaftaran dan pengemaskinian boleh dibuat oleh peminjam mengikut
tahun kelulusan pinjaman seperti jadual berikut :
Tahun Kelulusan Pinjaman
T
Tarikh Mula Kemaskini
2006, 2007 dan 2008 20 September 2010
2003, 2004 dan 2005 1 November 2010
2002 dan tahun-tahun sebelumnya 1 Disember 2010

6. Bilakah PTPTN akan mengeluarkan dokumen tawaran Ujrah?
Jawapan : Dokumen tawaran akan dikeluarkan pada 10hb setiap bulan. Bagi peminjam
yang telah mendaftar dan mengemas kini pada bulan semasa, dokumen tawaran akan
dikeluarkan pada 10hb bulan yang berikutnya.

7. Apakah asas penawaran Ujrah?
Jawapan : Asas yang digunakan adalah seperti berikut :
i. Jumlah pembiayaan : Berdasarkan jumlah baki hutang pada 1 Jun 2008
ii. Tarikh kuatkuasa : 1 Jun 2008
iii. Tempoh bayaran balik baru : Baki tempoh bayaran balik pada 1 Jun 2008
berdasarkan pinjaman asal

8. Apakah yang dimaksudkan dengan baki hutang pada 1 Jun 2008?
Jawapan : Baki hutang pada 1 Jun 2008 bermaksud jumlah prinsipal dan juga kos
pentadbiran yang masih belum dijelaskan, mengambil kira semua bayaran balik yang
telah dibuat sebelum 1 Jun 2008.

9. Bagaimanakah Ujrah dikira?
Jawapan : Jumlah Ujrah = Jumlah Pembiayaan Pokok x Kadar Ujrah (1%) x tempoh
bayaran balik (tahun)

10. Saya telah cuba mendaftar mengikut jadual yang telah ditetapkan tetapi telah diminta
mengemaskini maklumat selepas 1 Januari 2011.
Jawapan : Semakan terperinci perlu dibuat ke atas akaun pinjaman sedia ada anda bagi
mengelakkan kesilapan tawaran. Walau bagaimanapun tawaran yang akan diberikan
masih berkuatkkuasa pada 1 Jun 2008.
B. BAYARAN BALIK/PENGUATKUASAAN
1. Saya telah diluluskan penangguhan bayaran balik, adakah saya layak menerima tawaran
Ujrah?
Jawapan : Peminjam yang telah diluluskan penangguhan layak menerima tawaran
Ujrah.
2. Setelah Ujrah ditawarkan, saya masih tidak mampu membuat pembayaran balik. Adakah
saya boleh membuat penangguhan sekali lagi?
Jawapan : Peminjam boleh mengemukakan permohonan penangguhan. Walau
bagaimanapun, keputusan permohonan penangguhan tertakluk kepada budi bicara
PTPTN.
3. Saya telah dikenakan tindakan penguatkuasaan tetapi masih belum dikenakan tindakan
mahkamah, adakah saya layak untuk memohon dan menerima tawaran ini?
Jawapan : Peminjam layak untuk menerima tawaran Ujrah ini selepas menjelaskan
tunggakan dan sebarang kos penguatkuasaan yang telah dikenakan kepada peminjam.
Bagi membolehkan tawaran dibuat, peminjam perlu memaklumkan kepada PTPTN
selepas pembayaran dibuat.
4. Perlukah saya meneruskan bayaran balik sepanjang tempoh proses penawaran Ujrah
ini?
Jawapan : Peminjam adalah dikehendaki untuk terus membuat pembayaran balik.
Sebarang pembayaran balik akan diselaraskan ke akaun pembiayaan Ujrah.
5. Saya telah pun mula membuat bayaran balik secara potongan gaji melalui LHDN. Apa
yang akan berlaku kepada potongan gaji saya?
Jawapan : PTPTN akan membuat pindaan amaun potongan gaji dengan pihak LHDN.
Maklumat berkenaan akan juga diberikan salinan kepada majikan dan juga peminjam.
C. LEJAR/PENYATA
1. Bilakah akaun pinjaman peminjam dikemas kini?
Jawapan : Akaun pinjaman peminjam akan dikemas kini selepas dokumen tawaran
diterima dan diproses oleh PTPTN.
2. Apa yang berlaku apabila pengemaskinian dibuat?
Jawapan : Akaun pinjaman yang lama akan diselaraskan ke akaun pembiayaan.
3. Apa berlaku kepada bayaran balik yang dibuat selepas 1 Jun 2008?
Jawapan : Bayaran balik yang telah diterima selepas 1 Jun 2008 akan diselaraskan
dengan jadual bayaran balik pembiayaan, dengan mengambil kira jumlah Ujrah (upah)
sepatutnya dan kos pentadbiran yang telah dikenakan bagi tempoh 1 Jun 2008 sehingga
tarikh semasa. Sebarang lebihan akan digunakan untuk menyelesaikan ansuran bulanan
ke hadapan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2010 02:43 PM | Show all posts
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
JAWAPAN RINGKAS KEPADA PERTANYAAN BERKENAAN TAWARAN CO ...
matbuq Post at 1-12-2010 14:37





so nak tanya sikit la....sapa kt sini dah apply untuk kurangkan 3% to 1% interest, apa mcm approved tak?

pelik tul la ptptn nie nak turun pun kena apply, better automatik ja kurangkan, then hantar notis, kan senang, mana ada org suka nak bayar 3% tu....saja nak susahkan peminjam...:@
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 05:33 PM | Show all posts
so nak tanya sikit la....sapa kt sini dah apply untuk kurangkan 3% to 1% interest, apa mcm ...
matbuq Post at 1-12-2010 14:43


haha! tau xpesy da apply sblm kena stat bayar ptptn
pastu dia ckp:
   
Tuan / Puan,

Permohonan tuan/puan untuk pertukaran kos pentadbiran pembiayaan pendidikan PTPTN daripada 3% setahun kepada 1% setahun ditangguhkan sementara waktu kerana jadual bayaran balik pinjaman tuan/puan belum bermula. Pertukaran kepada pembiayaan ujrah ini akan ditawarkan semula sebaik sahaja jadual bayaran balik bermula.

Sekian, terima kasih.



kejadah siot.huh!
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 02:18 PM | Show all posts
nak tanya u olls kat sini...apa link forum ptptn yang anda2 semua sebut2 kan tue...patutnya ai da bleh abis bayar ptptn by last month. Tp masa call HQ, ppuan karek tukang angkat tipon tu marah then kata x bleh bayar terus n kena tunggu depa check system berapa actual bal ynag ai ada....sblum call HQ ai da try anta mail tanya balance..tp email tu return balik...tu ynag call HQ....sbb akan kekerekkan ppuan tu sampai la i hold dulu balance tue.....nak langsaikan utang pun susaH....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 11:48 PM | Show all posts
nak tanya u olls kat sini...apa link forum ptptn yang anda2 semua sebut2 kan tue...patutnya ai da bl ...
nur82 Post at 2-12-2010 14:18



    pergi je kaunter dia...klu u hold, alamatnyer bertambah la baki u dengan interest nyer sekalikk
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 12:12 PM | Show all posts
Reply 151# nur82


aku dlu, baya jek smpai abes. xtanye derang pom brape belen. sbb aku tgk belen kt website derang. klu nk tgu derang kompom baki utang brape, entah bile ko nk setel baya. kos pentadbiran tu akan tambah tau selagi tak abes baya.

ko g jek kaunter derang nuh, mintak trus dan dan tu gak baki utang brape.

cm pelik kn...nk setelkan utang pom kene mintak permission derang dlu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 02:30 PM | Show all posts
NEM dah pegi buat full settlement 2 Nov hari tu. Kena isi borang and fax kan ke HQ untuk dapatkan balance amount yang kena bayar. Bila dah bayar amount yang stated in the form from HQ, the staff cakap tunggu sebulan lagi baru dapat Release Letter. Last week call tanya kenapa tak sampai2 lagi surat tu. Diorang jawab "ooo... nak kena dapat confirmation dari HQ dulu sama ada balance yang I dah settlekan tu betul ke tidak". Tah apa2 punyer procedure la yang diorang ni pakai!
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 04:55 PM | Show all posts
Reply 153# reewanie
   ingt aritu mmg nak terus bank in jer balance dia....kot2 ada plak serbis charge ke apa2 yang x update lagi...so i p tanyaalah ppun kaunter tue....duit ynag ada i hold dulu then bayau bulan2 mcm biasa....by early next year x satel lagi.....nanti i buat surat kat paper...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 05:02 PM | Show all posts
Reply  PrintChez


    erm...aku plak, baya tak gtau derang... maksud nyer xmintak surat pengesa ...
reewanie Post at 8-10-2010 11:08



   Tuan hamba, nak tanya..surat pelepasan hutang tu untuk ape ye?? :re:


pastu ptptn ada kuarkan stament tak kawan2??
mcm mana nak mintak ek??
kot2 la bleh reduce tax o zakat (ntah btul ke x sy ckp ni )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2010 08:18 AM | Show all posts
Reply 156# masyit


surat pelepasan utang tuh, surat yg nk kompemkan yg kita da tadek utang ngn PTPTN. kasi clear name kite dr list penghutang PTPTN.

psal statement tuh kurang pasti la...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 12:09 PM | Show all posts
Reply  masyit


surat pelepasan utang tuh, surat yg nk kompemkan yg kita da tadek utang ngn PTPT ...
reewanie Post at 10-12-2010 08:18



   ooh gitu..mg bertaun la lagi br leh apply.hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 12:06 PM | Show all posts
Aku pun xleh kemaskini lagi gak ,bila masuk IC ngan emel,keluar....

Makluman.
Rekod pinjaman anda dalam proses semakan. Permohonan boleh dibuat mulai 1 Januari 2011.

xpala,tahun depan aku try la lagi sekali....:re:
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 01:09 AM | Show all posts
sy baru je g byq semua utang kat depa n....sy g byr kat kaunter dia....mmg kena tggu depa kluaq surat dulu dlm 1/2j...n dok tggu surat pelepasan..x dpt2 lgi....dia kata dlm smggu..n dah 2mggu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 1.021919 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list