CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shamsadis

Anwar dan Sahabatnya - Bahagian 2

 Close [Copy link]
Post time 30-1-2009 09:59 AM | Show all posts
..gud article....

.macam citer...7 urang buta ngan gajah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2009 10:25 AM | Show all posts
keh keh keh..... banyak betul yek salah laku nuor beghaim ni, dah masuk bahagian dua dah. Boleh buat ensaiklopedia ni....prrrpftphrrrpftph

Tapi aku kurang pasti takat mana hang belajar agama dalam hal amal ma'ruf nahi munkar ni atau apa yang hang tahu tentang perjanjian dengan Allah untuk menegakkan agama Allah ni. Tuk guru aku dulu kata, yang dahulu patut di dahulukan, yang kemudian kita kemudiankan.
Kalau aku mengata pemimpin negara aku, aku hanya berdosa dengan Allah iaitu temasuk dalam dosa besar, di andaikan pemimpin aku tak buat kesilapan. *Edited* tak boleh dakwa aku kalau aku engkar dengan dia, tapi aku kene bersoal jawab dengan Allah je. Tapi kalau aku mengata (bakal)pemimpin, selagi dia tak memegang kuasa , selama mana aku dok mengata, termasukla aku dalam golongan pemfitnah atau golongan pengumpat, dosa aku dengan (bakal) pemimpin tersebut. errrr.... hang banyak pahala ka nak bayaq kat nuor beghaim nanti ni? jangan tergadai bro, nak berdakwah kene tertib, keutamaan di dahulukan... kalau takat kopi pes tukngah aku yang tengah nazak pun boleh buat, jangan jadi penyampai berita yang tak betul, klu tak paham dok dendiam, masa pilihanraya nanti hang cemolot la kertas undi tu sebelum pangkah bn.... keh keh keh

[ Last edited by  cluesan at 30-1-2009 10:57 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2009 11:10 AM | Show all posts
Originally posted by guagcore at 30-1-2009 10:25 AM
keh keh keh..... banyak betul yek salah laku nuor beghaim ni, dah masuk bahagian dua dah. Boleh buat ensaiklopedia ni....prrrpftphrrrpftph

Tapi aku kurang pasti takat mana hang belajar agama d ...


Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

Surah Al-Imran, ayat 142


"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya".
Surah Al-An'aam,(ayat 67)



untuk menyampai mmg mudah tapi menerima mmg sukar sekali...adakah salah aku berkongsi serba sedikit berkenaan Anwar Ibrahim??? maksum ker dia??? wahid ker dia??? sendri nilai....



dalam pasaraya tue banyak sekali pilihan...buat lah pilihan yang berkenan dihati...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2009 04:00 PM | Show all posts
Anwar Kecewa Buku Islam Liberal Diharamkan

Pupuk Tradisi Ilmiah, Bukan Sikap Bebal

post infoBy Anwar Ibrahim
Categories: Anwar, Isu Semasa and Soal Jawab

1. siswa_reform menanyakan:

Dato
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2009 08:22 AM | Show all posts
BILA NASA KATAK LOMPAT, HANGPA KATA BAIK DAN DEMOKRASI.BILA PKR LOMPAT HANGPA KATA RASUAH



berapa juta anwar bagi kat nasa katak tak pulak tarmizi bagi tau.hang ingat banyak sangat duit umno nak bagi 2 orang malaun di bawah ni.mana bukti.? mana akaun?duit tu ada bawah bantal ke atau katak 2 ekor ni simpan bawah tanah.Masa nizar cari mereka, mungkin mereka tengah tanam duit dengan bukit Larut....atau bawah sungai perak di Bota...Ha Ha ha......



Mereka ditawarkan RM10 juta seorang untuk melompat parti?Betul ke ? Berapa pulak anwar nak bagi pada mereka jika mereka masuk PKR balik......bodohnya analogi Raja petra dan tarmizi mat jam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2009 08:46 AM | Show all posts
KERAJAAN SELANGOR YANG ZALIM




Inilah dia abang jamal. Orang islam berbangsa melayu dan bermazhab PAS. anak kelahiran Selangor yang tidak pernah mendapat apa-apa pembelaan pun dari Kerajaan Negeri Selangor, sama ada kerajaan BN, mahupun kerajaan Berkebajikan yang sedang menipu ini. masa pilihanraya, dia adalah "raja" yang dirajakan oleh pemimpin PAS. rumah beliau di robohkan dijadikan isu berharga untuk kempen pilihanraya. Tetapi, dia dijadikan raja, hanya dalam pilihanraya sahaja. selepas dari pilihanraya sampai kini, beliau dianggap "penyusah" kepada para ahli politik.



dulu masa belum dapat kuasa.......kata nak tolong.Kesian orang miskin Selangor



Macam ni punya rumah negeri kebajikan.Laknat punya pemimpin....Cambry boleh beli.Rakyat terus miskin.Kebajikan apa macam ni...Kebajikan perut pemimpin PKR dan PAS dan DAP
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-2-2009 08:58 AM | Show all posts
Anwar operator CIA

Kemasukan secara tiba-tiba ADUN Bota, Dato Nasaruddin Hashim ke dalam PKR menguatkan spekulasi bahawa CIA telah bantu Anwar beli calon-calon BN.

Dikhabarkan Anwar telah hubungi tujuh ADUN BN di Perak, tetapi yang bersetuju untuk melompat hanyalah ADUN Bota. Anwar beri jaminan ada tiga ADUN BN lagi akan melompat.

Di Negeri Sembilan, cerita sama juga berlaku. Dikhabarkan tiga ADUN BN akan melompat ke PKR. Khabarnya, jika tiga ADUN ini melompat, PR akan boleh membentuk kerajaan dan seorang Menteri Besar dari PKR akan dipilih, berkongsi kuasa dengan DAP.

Sekali lagi Anwar berperanan di sebalik pembelian calon-calon itu.

Anwar operator CIA

Inilah wajah sebenar Anwar Ibrahim. Menjelajah ke luar negara bercakap topic DEMOKRASI, kecam Sadam Hussien perlu ditumbangkan kerana tidak demokrasi. Kecam Iran tidak demokrasi, kecam Osama Laden sebagai teroris, tetapi dalam masa sama membela Wolfowitz , si zionis Amerika yang membunuh beribu-ribu umat Islam di Iraq. Walhal kalau Anwar bukan operator CIA, yang sepatutnya dikecam bukannya Osama Laden, tetapi si Zionis Wolfowitz yang secara jelas membunuh umat Islam yang tidak berdosa di Iraq, ketika menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika.

Jadi memang patut seorang wartawan Iraq lempar kasut kepada Presiden Bush, sebagai melambangkan kebencian rakyat Iraq di atas serangan Amerika.

Anwar kata dia bantah cara Wolfowitz serang Iraq. Tetapi dalam masa sama mempertahankan Wolfowitz sebagai kawan baiknya, meskipun seluruh dunia mengecam Wolfowitz. Bukankah itu lidah bercabang!

Anwar kata dia bantah Wolfowitz di Pentagon. Betulkah dia bantah, sedangkan Stephen Sackur wartawan BBC HARD TALK pun seperti tidak percaya Anwar bantah Wolfowitz.(lihat video di atas)

Kenapa Stephen Sackur tidak percaya kata-kata Anwar ?

Pertama kenyataan media susulan daripada Anwar yang menyatakan kecaman itu selain dari cakap satu pihak sahaja (Anwar).

Kedua, perjumpaan Anwar dan Wolfowitz di Pentagon, pusat CIA. Seseorang yang dikenali sebagai identiti Muslim akan disoalsiasat dengan rapi ketika mahu masuk ke Amerika, apatah lagi masuk ke Pentagon yang merupakan pusat CIA Amerika. Tidak siapapun muslim dapat masuk ke pusat CIA itu, kecuali telah dikenalpasti sebagai rakan atau operator atau talibarut Amerika.




Wolfowitz, si zionis itu akan menghalau Anwar, jika dikenalpasti Anwar sebagai musuh, sebaliknya akan mengalu-alukan jika Anwar adalah tali barut Timbalan Setiausaha Amerika itu.

Ketiga, selepas pertemuan, Anwar disogok pelbagai 抙abuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2009 09:02 AM | Show all posts
Anwar gagal Pengerusi Anti-Korupsi

Oleh Yahaya Ismail

Cuba tanya kepada Anwar apakah tindakan yang maha besar dan maha penting yang pernah ia lakukan sebagai pengerusi jawatankuasa anti korupsi dan penyelewengan yang dilantik oleh kabinet? Bila dipecat dari kabinet dan parti dia berkokok mengatakan kerajaan BN korup, mengamalkan nepotisme dan kronisme dan koliusme dan asthma-asma yang lain. Baiklah kita akur dengan kenyataannya. Memang terdapat korupsi kelas gajah dan juga kelas ikan puyu. Memang terdapat amalan kronisme dan nepotisme. Memang ada pilih kasih dan pilih bulu.

Okay apakah yang Anwar lakukan sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut untuk mengurangkan segala kejelekan dan kebobrokan amalan tersebut? Dalam membisu sejuta bahasa? Tidak terdengar satu kes besar mengenai korupsi yang dikemukakan Anwar untuk dihadapkan ke mahkamah. Mengapa jadi begitu? Tak ada kes bertaraf ikan paus ke?

Memang ada beberapa menyalahgunakan kuasa yang dilakukan oleh beberapa orang menteri kabinet baik dalam pemberian saham kepada kaum keluarga dan juga sahabat handai dan juga pemberian projek gergasi yang bernilai beratus juta ringgit kepada pihak tertentu tanpa melalui tender. Sebagai pengerusi jawatankuasa anti korupsi dan penyelewengan tentulah Anwar mempunyai berbagai maklumat dan bukti yang kukuh untuk mengheretkan mereka yang terlibat maklumat dan bukti yang kukuh untuk mengheretkan mereka terlibat ke mahkamah. Tapi mengapa tidak ada satu pun kes yang penting dan besar didedahkan oleh Anwar?

Misalnya adiknya sendiri pernah mendapat saham lebih dari satu juta dari MITI tetapi tidak ada pun siasatan terperinci mengenainya. Apakah Anwar juga mempunyai kepentingan diri bila mana dia tidak bertindak untuk mendedahkan perbuatan nepotisme dan kronisme itu? Apakah kerana adiknya sendiri mendapat faedah dari pemberian saham maka tidak timbul lagi soal kronisme dan nepotisme?

Pelek tetapi benar hanya bila hilang kuasa dan disingkir dari UMNO dan kabinet baru timbul ilham kepada pejuang Islam ini untuk mendedahkan korupsi, penyelewengan, kronisme dan nepotisme dalam kepimpinan Mahathir. Apakah sewaktu dalam kabinet dan UMNO dia tidak bebas menyuarakan rintihan batinnya? Atau dia juga tumpang sekaki dalam berbagai amalan nepotisme dan kronisme sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Seorang pemimpin yang benar-benar berpegang dengan prinsip agama, yang berlagak sebagai pendakwah, yang mengangkat martabat akhlak yang mulia dan nawaitu yang tidak pernah gelong maka ia mestilah berani mengambil tindakan demi kesucian agama dan kebaikan ummah.

Sewaktu dalam kabinet dia boleh bertindak tegas untuk mengurangkan perbuatan-perbuatan rasuah, nepotisme dan kronisme kalau dia mahu dan kalau dia berani. Rupa-rupanya Anwar hanya berani bercakap mengenai korupsi, kronisme dan nepotisme. Bercakap lagi bercakap untuk mengkhayalkan rakyat bahawa dia, Anwar bin Ibrahim, sudah pun bercakap mengenai maudhuk-maudhuk yang digemarinya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2009 09:02 AM | Show all posts
Selain dari saham dia juga memberikan projek2 yang bernilai beratus-ratus juta ringgit setiap satu kepada orang-orang yang mengampunya. Ada antara kroninya mendapat lesen stockbroking. Oleh itu dia tidak boleh mendabik dada dan menganggap dirinya lebih bersih dari Mahathir ataupun mana-mana menteri dan pemimpin politik dalam UMNO dan BN.

Mereka yang cerdik akan bertanya kalau dulu ada kuasa dan menjadi pengerusi jawatankuasa kabinet anti korupsi dan penyelewengan pun dia hanya banyak bercakap dan bercakap dan bercakap, tanpa tindakan, bagaimanakah dia hendak melaksanakan mimpi reformasinya bila kuasa pocik? Apakah reformasi cuma bersemangatkan kata-kata kosong untuk meyakinkan rakyat bahawa dia, walaupun tanpa kuasa, boleh melaksanakan reformasi!

Apakah dia mempunyai kuasa sakti yang boleh menggerakkan reformasi sosial, politik dan ekonomi walaupun terkeluar dari kabinet? Lazimnya bila seorang pemimpin hilang kuasa politik, terutama sekali kalau dia menjadi seorang menteri, maka janganlah mengharapkan dia boleh melaksanakan berbagai reformasi dalam masyarakat. Kalau reformasi dalam angan-angan itu memang boleh dan memang banyak berlaku termasuklah apa yang dimimpikan Anwar itu.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dia boleh memainkan peranan penting dalam reformasi untuk membaiki imej negara, memberi kesejahteraan yang lebih baik kepada rakyat sekiranya dia membantu melaksanakan dasar dan idea-idea reformasi yang dicetuskan Perdana Menteri. Janganlah nak melebihi tauke atau melawan tauke. Insaflah bahawa dia hanya timbalan dan bukan bos nombor wahid. Tidak siapapun yang boleh menerima sikap seorang timbalan yang cuba menggerhanai ketuanya. Lihat saja sikap dan kedudukan orang nombor dua dalam kerajaan-kerajaan asing. Al-Gore, Naib Presiden Amerika, tidak terlalu menonjol untuk menggerhanai Clinton.

Boleh dikatakan kebanyakan orang nombor dua dalam kerajaan tidak mahu melebihi ketua masing-masing kerana itu adalah adat dan tradisi pemimpin yang menghargai ketua mereka. Sama juga dengan sahabat karib Anwar, Estrada dan Habibie. Waktu mereka menjadi Naib Presiden banyak orang kurang mengenali mereka dan mereka juga tidak menonjolkan diri hingga menggerhanai ketua masing-masing. Tapi Anwar lain dari orang lain. Dia merasakan dirinya sama taraf dengan Perdana Menteri walaupun sedar dia tidak mampu menandingi kebijaksanaan dan keintelektualan Mahathir.

Kalau dia benar-benar jujur untuk melaksanakan berbagai reformasi yang bermain dalam kepalanya besar kemungkinan Mahathir akan menerima idea-ideanya yang baik itu. Bukankah dia anak mas Mahathir? Mengapakah Mahathir sanggup melantiknya sebagai pengerusi jawatankuasa anti rasuah dan penyelewengan sekiranya Mahathir tidak yakin dengan kemampuannya? Ini bukan sebarang jawatankuasa. Ia ada oomph, ada kesan mendalam kepada kerajaan dan juga kepimpinan parti. Bahawa Mahathir sanggup menubuhkan jawatankuasa tersebut membuktikan kepada rakyat dia terbuka dan tidak gentar menghadapi apa saja tindakan yang dianggap wajar oleh jawatankuasa itu.

Soalnya kalau kuasa untuk bertindak ada di tangan mengapa pula Anwar tidak bertindak untuk membendung korupsi, nepotisme dan kronisme dalam kerajaan? Siapakah harus disalahkan? Mahathir dan ahli-ahli kabinetnya ataupun Anwar sendiri? Tanyalah pada diri sendiri dan tanyalah kepada Anwar mengapakah dia tidak membuat reformasi untuk mengurangkan korupsi, nepotisme dan kronisme sewaktu menjadi pengerusi jawatankuasa tersebut?

Anwar juga harus jujur dan telus dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang menteri. Benar atau tidak sewaktu dia menjadi pengerusi jawatankuasa KLIA dan Putrajaya dia banyak memberikan projek bernilai beratus-ratus juta kepada kroni-kroninya tanpa tender? Benar atau tidak ada antara projek-projek yang diberi kepada kroni-kroninya itu melambung tinggi harganya melebihi dari anggaran perbelanjaan yang sebenarnya. Benar atau tidak projek-projek yang diberikan kepada kroni-kroninya itu bernilai sekitar RM3,800 juta semuanya?

Tentulah banyak rakyat dan geng reformasi tidak tahu kisah dalaman kerana mereka lebih terpukau dengan slogan-slogan kosong dan retorika-retorika yang gemerincik dengan elusan kata-kata yang bergema, keprihatinan terhadap golongan miskin dan daif, serta kata-kata besar ala buntal tentang reformasi, keadilan dan ketaqwaan serta lontaran kata-kata yang membawa kebencian seperti amalan kronisme, nepotisme, koluisme dan lain-lain 搃sma

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 07:43 AM | Show all posts


mak oi...camni ker jeling anak kat pak dia yang kunun2 nyer baik tahap dewa..???

macam kes tak percaya jerk dengan pak dia ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 07:48 AM | Show all posts
Tabika Kemas di Balik Pulau ditutup - tindakan zalim




Bangunan Tabika Ditutup Dipercayai Bermotif Politik

BALIK PULAU, 2 Feb (Bernama) -- Dua puluh dua pelajar Tabika Perpaduan Kemas Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau terpaksa belajar di bawah pokok dengan beralaskan tikar selepas tabika itu ditutup hari ini.

Tabika yang beroperasi di bangunan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) sejak 2003 dilaporkan telah ditutup dua kali sebelum ini atas alasan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai kuasa terhadap bangunan itu.

Tindakan kali ketiga pihak berkuasa JKKKN itu dipercayai bermotif politik yang secara tidak langsung mengganggu proses pembelajaran kanak-kanak yang datang daripada keluarga susah.

Penyelia Kanan Kemas Balik Pulau, Rozhan Che Din berkata kebanyakan kanak-kanak yang belajar di tabika itu merupakan anak nelayan dan petani.

Beliau berkata JKKKN tidak mempunyai hak menutup bangunan itu kerana terdapat arahan daripada pegawai daerah melalui Pejabat Ketua Menteri bahawa tabika kemas di seluruh negeri ini tidak boleh diganggu.

"JKKKN ada hantar notis supaya mengosongkan bangunan ini pada 31 Jan lepas, notis dihantar melalui JKKK Kuala Sungai Pinang, kedua-dua notis itu bagaimanapun diabaikan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Selain dijadikan sebagai tabika, bangunan itu juga menjadi pusat aktiviti penduduk. Atas nasihat polis bangunan itu dibuka semula selepas dua kali ditutup sebelum ini.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 07:52 AM | Show all posts
Herald Jangan Cabar Islam



Pada 2 Januari 2009, Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh DAP) menyatakan "Home Ministry Hijacks Allah Decision" dalam blognya. Sila baca di sini. Mengapa Teresa Kok beriya-iya benar mahu mempertahankan tindakan Herald Catholic untuk menggunakan kalimah Allah dalam edisi bahasa melayunya? Pemimpin-pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat harus menegur Teresa Kok berhubung isu ini. Bernard Dompok (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) juga harus diperjelaskan oleh pemimpin Melayu dalam Barisan Nasional agar jangan terlalu mudah membuat sesuatu keputusan tanpa mengambil kira sensitiviti umat Islam.



"Sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- 慉llah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 07:59 AM | Show all posts
SI LUNCAI DAN SI KELADI BUNTING

Goli ati Atuk nengok bebudak PKR kek Perak tu. Apo tak eh, ari tu dengan penuh rasa rendah diri (most humble) dio menorimo sedokah yang tak ponah dibuek kek orang iaitu sodokah seks. Kan main riang agak eh bilo dapek sodokah tu. Sampai putih bijik mato agak eh lah. Agak yo, Atuk tak tengok pun. Gilo kau, kok tengok kang jadi tiger show plak. Bilo dah kono tangkap, mulolah dio monyalah semuo pehak. Kono fitnahlah, orang dongkilah, orang nak sabotajlah. Yo lah, orang gilo nak bokuaso katokan. Macam boruk dapek bungo.

Duo ari yang lopeh dio orang pun anta surat melotakkan jawatan. YDP pun kato dio dah torimo surat tu. Tup-tup masuk suratkoba dio menafikan yang dio orang tak lotak jawatan pun. YDP pun tak torimo tapi sebolum tu cakap dah seminggu dio orang menghilangkan diri. Alo kawan..(metafora yo tu, dio orang bukan eh kawan atuk doh) apa sulah jadi? Sikijap ale, sikijap sulah hilang maa. Ini macam selupa itu olang main silap mata oo.

Ari tu kan main banggo dan riang lagi bilo si kiambang Nasarudin tu masuk PKR. Yaloh, kiambang, kok kulu air mako kulu lah dio, kok kilir air, mako kilir lah dio. Tapi Atuk raso sodap lagi kalau kito panggil keladi bunting. Tompek nyamok botolur, peh tu hisap darah orang, peh tu kaki orang tu kono untut. Tu lah deh, takdo kojo lain, menyakitkan oraang jooo. Jadi, takdo pekdah eh nyimpan keladi bunting ni.

Apo yang atuk dapek rumuskan kek sini, Nuar ngan Nizar maso ni macam kucing nak boranaklah agak eh. Raso macam nak tokoncing tapi koncing tak keluar. Raso macam nak toberak, tapi yang koluar angin jo. Ari tu cakap ado 30 orang MP BN nak masuk PKR. Sampai sekarang adolah seko keladi bunting yang hanyut masuk lubuk eh.

Mako, bilo si luncai torjun ngan labu eh, biarkan. Sok kok kito jumpo labu eh tu, kito buek pongat campur gulo anau. Gulo pasir payah nak cari. Tah apo dibuek kek Muhyiddin tu.

http://paneh.blogspot.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 08:49 AM | Show all posts
Penggunaan Bahasa Malaysia dan Kalimah Allah Di Buletin Kristian : Anwar dan Dewan Ulama Pas Sudah Beri " Lampu Hijau " PUM Membantah, KDN Haramkan!





Menghairankan mengapa puak Kristian mahu gunakan kalimah ALLAH dan Bahasa Malaysia didalam penerbitan majalah mereka selepas lebih 50 tahun merdeka. Adakah ini peluang terbaik bagi mereka apabila melihat orang Melayu yang beragama Islam sesama sendiri berbalah. Adakah disebabkan sokongan ( lampu hijau )yang diberikan oleh Khalid Samad,Anwar dan Dewan Ulama Pas untuk menggunakan nama Allah membuatkan mereka semakin besar kepala.

Tidakkah mereka-mereka ini manusia yang bertopengkan ugama boleh dianggap petualang bangsa dan ugama sehingga membuatkan puak Kristian sudah berani cuba memijak kepala umat Islam dinegara ini . Adakah dengan kemenangan mereka didalam pru-12 lepas memberi mereka " lesen besar " untuk menyakitkan umat Islam dinegara ini? Ditambah pula dengan sokongan hebat petualang-petualang bangsa dan ugama ini?

Khalid Samad ( Parlimen Shah Alam ) tanpa segan silu semasa berceramah di dalam sebuah gereja Kristian di Shah Alam selepas kemenangannya, menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'.

"Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- 慉llah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 08:49 AM | Show all posts
Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 08:53 AM | Show all posts
Mengapa Majlis Gereja suka berdialog antara agama dengan Anwar Ibrahim ?

Mengapa Majlis Gereja suka berdialog antara agama dengan Anwar Ibrahim ?

Berikut adalah terjemahan artikel tulisan Rev Dr.Duncan Reid dari the Victorian Council of Churches ( Majlis Gereja-gereja Victorian ), terbitan The Victorian Unity Newsletter ( Council of Churches ). Artikel asal bertajuk, "Current Issues: Dialogue of Civilisations..."

Anwar Ibrahim bersama the Rev Dr Duncan Reid dari the Victorian Council of Churches (Majlis Gereja-gereja Victorian), Mr Malcolm Thomas, Presiden the Islamic Council of Victoria, Professor Camilleri, dan Dr Mich醠is Michael,dari Centre for Dialogue Research Fellow

Dato'Seri Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri Malaysia menyatakan dengan ironi bahawa globalisasi yang menjurus kepada penyatuan sedang berlaku di era pemulihan agama dan pembangunan identiti budaya. Lebih daripada lain-lain desakan budaya, agama merupakan faktor tunggal yang paling penting dalam menghalang keseragaman.

Pada hari Jumaat, 21 Julai, Dr. Anwar Ibrahim ( panggilan yang diberi )memberikan ucapan di hadapan 100 tetamu yang terdiri dari orang-orang Kristian dan Islam di dalam sebuah forum yang ditaja bersama oleh Victorian Council of Churches, The Islamic Concil of Victoria, The Centre for Dialogue di La Trobe University dan juga Bandar Darebin, mengenai "Dialog Peradaban".

Beliau amat berkelayakan untuk menghuraikan theori pergeseran Antara Tamadun-Tamadun' oleh Samuel Huntingdon.

Di dalam forum tersebut, Anwar menceritakan mengenai didikan Islam yang ketat oleh masyarakat Melayu yang membentuk kepercayaan dan identiti agamanya (" Saya tidak minum arak walaupun semasa berada di Melbourne "), dan juga mengenai minatnya terhadap sastera barat. Beliau baru saja kembali dari Persidangan Shakespeare sebagai penceramah dasar dan sudah mampu untuk memetik kata-kata Daante, Akhmatova dan Tagore dengan fasih.

Beliau memberitahu, sepanjang tempoh 6 tahun di penjara, beliau bukan hanya menghafal surah-surah dalam al_Quran, tetapi juga membaca korpus Shakespere sebanyak empat setengah kali, " dan jika Perdana Menteri membenarkan saya tinggal dipenjara untuk tempoh 6 bulan lagi, jumlah tersebut akan menjadi lima kali ".

" Saya bertanya kepada Brutus mengapa beliau membiarkan Mark Antony berkata-kata? Sebelum ini, saya tertanya-tanya mengapa Hamlet bertafakur sekian lama tanpa apa-apa tindakan, namun apabila berada dipenjara, saya memahami keadaan tersebut," kata beliau.

Mesej yang cuba disampaikan oleh Dr. Anwar Ibrahim adalah ringkas: idenditi kita sebagai manusia tidak boleh diasing-asingkan. Kita memerlukan rasa rendah hati untuk mengakui bahawa diri kita adalah sebahagian dari tradisi budaya yang hebat, lebih hebat daripada tradisi yang tertentu dan kita memainkan peranan dalam proses pembinaan kematangan insan.

" Mengapa tidak kita - Muslim, Kristian, Hindu, Budha- menjadi matang? Ini adalah lebih dari dialog kepercayaan yang merangkumi nilai, budaya-mengenai manusia secara menyeluruh. Konsep utama bukanlah tolak ansur, tetapi bagaimana untuk mengetahui, memahami dan menghargai antara satu sama lain, termasuk kepercayaan masing-masing."

Anwar, dalam mengenal pasti apa yang beliau lihat sebagai kegagalan pemerintahan dalam kebanyakan negara-negara Islam juga menyamakan situasi kritikal tersebut dengan keengganan neo-con untuk mempercayai keserasian Islam dan demokrasi.

" Anda tidak boleh memaksa demokrasi ke atas rakyat, tetapi keangkuhan kuasa telah menyebabkan berlakunya penolakan terhadap suara hati yang mempunyai dimensi spiritual dan laungan untuk keadilan dan hak samataraf bagi kedua-dua jantina, walaupun kadang kala ia muncul dalam panggilan yang asing seperti rundingan dan kerjasama ".

Memetik kata-kata mendiang Herb Feith, Anwar Ibrahim berkata bahawa demokrasi berpelembagaan telah diterima sebagai sesuatu yang tulen kepada Negara-negara Islam.
Apa yang diperlukan sekarang ialah galakkan yang berterusan dengan kesabaran untuk menuju kearah undang-undang dan kebebasan badan kehakiman bagi Negara-negara Islam.

Apabila ditanya mengenai penggunaan kuasa secara beretika, Anwar Ibrahim menjawab bahawa itu adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk menerapkan pengaruh yang baik semasa berada didalm kerajaan.

" Semasa menjadi Pemangku Perdana Menteri, isteri saya selalu memberitahu yang saya tidak perlu mengingatkan rakyat bahawa saya pernah menjadi pemangku Perdana Menteri. Saya telah memperkenalkan undang-undang anti rasuah di Malaysia pada tahun 1997, di mana ia amat popular dikalangan rakyat, tapi tidak popular di kalangan menteri yang kononnya bersih."

Dr. Anwar Ibrahim juga memberitahu bahawa beliau tidak bersetuju dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir di atas kedudukan Australia dalam Asia, dan mengalu-alukan rakyat Australia untuk melihat kita sebagai sebahagian dari Asia dan dalam masa yang sama, tidak menafikan warisan kebudayaan Kristian dan Eropah.

" Australia dan New Zealand harus menjadi sebahagian dari kumpulan itu ", bukan sebagai entity yang berasingan, tetapi sebagai komuniti antarabangsa dalam era kebangkitan Asia"

Anwar Ibrahim bukanlah seorang secularist. Dia adalah pembela kepada kepercayaan dan nilai agama di dalam dunia yang menuju kearah globalisasi. Hanya dengan cara ini, sebagai jawapan kepada persoalan, bolehkah trend kehidupan kini yang menitikberatkan wang dari kualiti kehidupan diubah sebaliknya. Dia berkata " Saya seorang yang optimis. Saya percaya pada kekuatan, kebijaksanaan dan kebaikan rakyat ".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2009 08:53 AM | Show all posts
Begitulah buah pandangan daripada Rev Dr. Duncan Reid Presiden Majlis Gereja-gereja Victorian, Australia iaitu pandangan seorang paderi kepada 'muslim moderate', Anwar Ibrahim bahawa Anwar bukan secularist tetapi seorang yang amat percaya persefahaman antara agama, terutamanya Muslim, Kristian dan Yudaisme ( Yahudi ).

Sebab itulah Anwar berani berkata " Sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- 慉llah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 08:54 AM | Show all posts
Kenapa Anwar bersunguh-sungguh mahukan Pilihanraya Kecil Perak ?


Melihat dari foto diatas, perhatikan wajah kelat Nurul Izzah! Bila 慶lose up

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 08:55 AM | Show all posts
Isu Perak : Semuanya silap percaturan Anwar


MACAM BIASALAH -bila ada hal saja maka keluarlah akuan bersumpah.Hari ini Ketua Bahagian PKR Ipoh Barat Fauzi Muda buat sidang akhbar di Ipoh dengan surat akuan itu dakwa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lalu pernah tawar dia RM 50 juta untuk pujuk ADUN PKR sertai BN.Anihnya dia mengaku tak ada bukti kukuh sebagai sandaran pada dakwaanya- 2/2/2009 (AGENDADAILY)

di atas gap petik daripada artikel pendek agendadaily. memang ada banyak lagi cerita tokok tambah berkenaan 'akuan bersumpah' beliau dalam web dan go-blog pakatan.

makin banyak cerita co-insiden yang berlaku maka makin jelas gambaran betapa tertekannya anwar ketika ini. anwar semakin lemas, apa sahaja yag difikirkan logik dan boleh dijadikan modal tambahan menguat hujah, maka sang algojodesperado anwar sanggup lakukan.

sumber dalaman pkr memberitahu gap, anwar sudah kehilangan arah. sewaktu kes saiful , keluarga anwar berada dalam situasi yang tegang. anak lelakinya memberontak. ihsan sudah lama berubah dan dia cuba lari jauh dari terpalit dalam isu politik bapanya. ada yang memberitahu sewaktu kes sumpah lahanat saiful mencapai kemuncak, ihsan anak lelaki anwar sudah berani 'berantakan'.untuk mengelak dikesan media dan internet, anwar cepat-cepat mengalih cerita krisisnya dengan ihsan, keesokannya anwar mempamirkan 'gambar' mesra beliau,wan azizah dan cucunya dalam keadaan 'mesra'...itulah anwar , sang desperado yang sanggup menarik sesiapa sahaja yang boleh demi menyelamatkan maruahnya.

kes kedua, selepas saiful mencabar anwar untuk menjadi 'anak jantan' dengan menyahut cabaran sumpah lahanat, anwar mengulangi drama yang sama. ramlan porigi bukan mangsa liwat tetapi telah 'dipaksa' berlakon untuk menyelamatkan maruah anwar sekali lagi. kes ramlan porigi di gembur-gembur seluruh penang sewaktu kempen permatang pauh. maka 'cabaran sumpah lahanat' saiful semakin jauh dan hilang di mata umum. begitulah anwar bijak menukar persepsi. ramlan porigi kabarnya mempunyai kaitan dengan ustaz kategori bahalol badrul amin, seorang manusia yang sudah lupa asas islam !

hari ini, setelah perang saraf mengatakan 2 adun pkr meletak jawatan semakin tidak menyengat, maka keluarlah satu lagi watak tambahan. seorang manusia bernama fauzi muda telah membuat akaun bersumpah 'kononnya' ditawarkan wang sebanyak RM50 juta oleh ds najib untuk beliau menjalankan operasi lompat.

sayang cerita badut sarkis fauzi muda ini tiada kekuatan justifikasi, hanya bersandarkan persepsi 'penceritaan' sahaja.

siapa fauzi muda ini ? dia seorang bekas polis tetapi bukanlah dalam kategori polis yang baik. fauzi telah digantung tugas sebagai polis kerana punyai masalah disiplin. fauzi memerlukan wang untuk menyara 2 bini. dalam keadaan telah dibuang kerja dan terpaksa menanggung 2 isteri, apa sahaja yang boleh mendatangkan wang, dia sanggup lakukan. hutangnya keliling pinggang dan kabarnya kerap meminjam wang daripada adun behrang yb jamal. fauzi seorang yang boleh dikategorikan sebagai manusia pemalas dan tidak rajin untuk mencari rezeki halal. susah hidupnya hingga ke tahap terpaksa menggunakan air paip jiran untuk memandikan jenazah keluarga, ini semua gara-gara bil air tidak mampu dibayar.

hari ini kita diajak untuk mempercayai 'akuan sumpah' bertaraf pelacur oleh anwar. cerita kita mudah, kalau benar fauzi muda ini 'BENAR' mari ramai-ramai kita cabar dia untuk melakukan cabaran sumpah lahanat di masjid. tetapi dengan bersyarat..

fauzi muda mensti bersumpah mengikut bait-bait yang kita minta

KITA MINTA FAUZI BERSUMPAH LAHANAT DALAM MASJID, KITA MINTA FAUZI MENYATAKAN PENGLIBATAN DS NAJIB, KITA MINTA FAUZI MENYATAKAN SEMUA INI ADALAH ARAHAN ANWAR, KIRANYA SALAH SATU DPD PERKARA DIATAS TIDAK BENAR, KELUARGA NAJIB ATAU ANWAR DAN KELUARGA FAUZI AKAN DILAKNAT OLEH ALLAH SWT.

ADA BERANI KA FAUZI MUDA ?
sila baca posting terbaru MEDAN INFO...secara jelas mengatakan anwar divert isu.

sumber - gerakan-anti-PKR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 08:56 AM | Show all posts
Kes Perak : Betulkah wujud krisis PKR, DAP dan PAS ?



Kemelut politik di Perak semakin menarik kerana selepas pilihan raya umum ke-12, inilah kali pertama pakatan pembangkang yang selama ini mempunyai banyak peluru melakukan serangan, kini berada dalam keadaan 慿epungan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.093521 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list