CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

PRK KT; PAS MENANG (post #1, keputusan seluruhan)

[Copy link]
Post time 17-1-2009 10:20 PM | Show all posts

Reply #76 putrihanglipo's post

beb..hehe

kena belanje watie ah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2009 10:22 PM | Show all posts
tgu komen Najib ngan Pak lah ....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 10:35 PM | Show all posts
kemenangan PAS kali ni membuktikan Pakatan Rakyat kukuh bersatu padu.. tak macam dacing.. dh senget.. ahli berpecah belah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 10:37 PM | Show all posts
Originally posted by timeoutzone at 17-1-2009 10:18 PM


mlm ni penyokong BN berkabung..


hohohoh.
a'ah...
mmg akan berkabunglah kan..
hik.hik.hik..
kita tgk plk komen najib ngan pak lah..
hahaha.
apa plk alasan kalah kali nier?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 10:43 PM | Show all posts
Sabtu Januari 17, 2009
Calon PAS menang pilihan raya kecil Kuala Terengganu

Oleh G. MANIMARAN





MENANG... Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat tangan calon partinya, Mohd Abdul Wahid Endut (kiri) selepas diumumkan pemenang Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen Kuala Terengganu di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Stadium Negeri di sini, hari ini.


MENANG... Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat tangan calon partinya, Mohd Abdul Wahid Endut (kiri) selepas diumumkan pemenang Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen Kuala Terengganu di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Stadium Negeri di sini, hari ini.

KUALA TERENGGANU: Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut hari ini telah memenangi kerusi pilihan raya kecil Kuala Terengganu dengan majoriti yang lebih besar.

Mohd Abdul Wahid,52, memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 30,252 undi.

Beliau menang dengan majoriti 2,631 undi.

Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekaligus kehilangan wang deposit.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan di Stadium Negeri di sini, pada pukul 9.30 malam tadi.

Hanya Mohd Abdul Wahid yang berada di dewan ketika keputusan tersebut diumumkan tanpa kehadiran dua lagi calon yang bertanding.

Selepas keputusan diumumkan, beliau disambut oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa.

Abdul Hadi ketika ditemui wartawan berkata, pihaknya telah menjangka majoriti yang lebih besar kali ini.

Ketika ditanya mengenai undi daripada pengundi Cina yang tidak memuaskan pada hari ini, Abdul Hadi berkata, perkara itu tidak benar.

Mohd Abdul Wahid yang kemudiannya mencelah berkata, bilangan undi yang diterima daripada kaum Cina pada kali ini adalah lebih tinggi daripada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

"Kami akan membuat post-mortem untuk melihat arah aliran penyokong Cina," katanya.

Mengenai isu yang hendak dibawa ke Parlimen, Mohd Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam selama lima penggal berkata, beliau akan menumpukan kepada isu royalti minyak kepada Terengganu dan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

"Ini (isu) yang saya akan tumpukan dan akan dijelaskan kemudian," katanya.

Sementara itu, di luar tempat penjumlahan undi di Stadium Negeri di sini, kira-kira 2,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berkumpul untuk meraikan kejayaan pemimpin mereka.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam amalan demokrasi, BN menghormati keputusan rakyat.

"Sudah tentu ia merupakan satu kekecewaan kepada BN, kami akan terus berkhidmat dan tidak akan melemahkan semangat kami," kata beliau kepada media di kediama Menteri Besar di sini, sebentar tadi.

Ketika ditanya sama ada kekalahan itu akan memberi impak kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang, Najib berkata: "Tidak ada impak."

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian ahli Parlimennya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada 28 Oktober lalu ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

Pada pilihan raya umum lalu, Razali berjaya mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

Razali memperoleh 32,562 undi, manakala Mohamad (31,934 undi) dan Maimun (685 undi).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 10:46 PM | Show all posts
uwaaaa....

camna amen0k leh kalah nih...

pas guna pengungi hantu kali nih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2009 10:46 PM | Show all posts

Balas #81 pressor\ catat

nk banjer kt KT.......jom3.......      tp watie dh ilang ler......cmne nk banjer ni....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 10:47 PM | Show all posts

Balas #86 kiuts\ catat

hehehe........  cik kiuts...   pengundi antu dh undi PAS......          nasib ler BN........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2009 10:48 PM | Show all posts
Pas rampas Parlimen Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU: Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) apabila calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut, menang dengan majoriti 2,631 undi.

Abdul Wahid yang juga Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu memperoleh 32,883 undi menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mendapat 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, hanya menerima 193 undi, sekali gus hilang deposit.

Undi rosak pula sebanyak 665 undi manakala peratusan keluar mengundi ialah 79.9 peratus atau 63,993 pengundi.


Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan, di Stadium Negeri jam 9.30 malam tadi.

Sebanyak 144 saluran di 36 pusat pembuangan undi dibuka mulai jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang bagi membolehkan 80,229 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands, 28 November lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 11:05 PM | Show all posts

Reply #89 amazed's post

win-win situation.. PAS dpt satu kerusi, Terengganu dpt royalti minyak balik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 11:40 PM | Show all posts

Reply #90 timeoutzone's post

newspaper esok:

BN akan rampas balik kerusi KT di PRU 13...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2009 07:35 AM | Show all posts
BN kalah di Kuala Terengganu





KUALA TERENGGANU - Calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 2,631 undi semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam itu mendapat 32,883 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang memperoleh 30,252 undi.

Calon Bebas, Azharudin Mamat pula hilang wang pertaruhan apabila sekadar mendapat 193 undi. Sebanyak 665 undi rosak direkodkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2009 07:36 AM | Show all posts
Kuala Terengganu milik PAS

KUALA TERENGGANU 17 Jan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 08:02 AM | Show all posts

Reply #87 putrihanglipo's post

watie g anto memorandum kot...nak suh buat undi semula..hehe

walpun mcm propaganda dan fitnah timbul...rakyat dah tak buta...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 08:26 AM | Show all posts
Chinese KT

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 02:22 PM | Show all posts

Reply #53 abangwaja's post

memang ye pun ahmad farid tu kroni Pak Lah..

Memang BN silap besar letak calon tu......sokong 100% che det

Biasalah  Pak Lah kan syok sendiri jek...Memang padan muka BN kalah...Tak reti2 nak berubah walaupn dah kalah besar 2008

Mcamana pun tahniah kpd calon Pas kerna menang...ALLAHU AKBAR!!
Sejuk hati pandang muka Abdul Wahid nih..muka jernih n beriman..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2009 02:48 PM | Show all posts
kenapa aku rasa undi POS terlebih?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 06:08 PM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 18-1-2009 02:48 PM
kenapa aku rasa undi POS terlebih?


lebih pon still kalah......
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 06:18 PM | Show all posts
Originally posted by t@t at 18-1-2009 06:08 PM
lebih pon still kalah......


nak tipu pon bg ler real sikit, ada ker undi POS boleh dapat banyak drpd undi sebenar
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 06:20 PM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 18-1-2009 06:18 PM


nak tipu pon bg ler real sikit, ada ker undi POS boleh dapat banyak drpd undi sebenar


mentaliti lebey kurang dgn totoks kat CI nung.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.101990 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list