CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24404|Reply: 378

Bolasepak Pra Piala Asia 2011, Malaysia 0 UAE 5, Apa La Nak Jadi?

[Copy link]
Post time 21-1-2009 11:19 PM | Show all posts |Read mode
Kengkawan, malam ni, Rabu 21 Januari 2009 Malaysia turun perlawanan sulung Pra Piala Asia 2011 menentang UAE di Kuala Lumpur. Ini perlawanan pertama selepas gagal dalam Piala AFF. janji dalam surat kabau, janji untuk membuat kejutan tinggi menggunung, tapi keputusannya MASIH SAMA - HAMPEH!

Malaysia-UAE 0-5
Single Polls, Total 180 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2009 11:19 PM | Show all posts
ok la tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 11:22 PM | Show all posts
Apalah yang boleh diharapkan dari bolasepak malaysia.............??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2009 11:23 PM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 21-1-2009 11:19 PM
ok la tu


macam haram aje...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 11:22 PM | Show all posts
teruknya...



Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 11:24 PM | Show all posts
Letak la kat sini line up team Malaysia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2009 11:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2009 11:24 PM | Show all posts
Originally posted by Neraka Bulan at 21-1-2009 11:22 PM
Apalah yang boleh diharapkan dari bolasepak malaysia.............??


aku fikir, layaknya dihukum buang daerah aje semua pemain bolasepak Meysia ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2009 11:25 PM | Show all posts
esok kalau satia tu still jadi coach malaysia.. mmg hampeh la FAM nie..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 11:26 PM | Show all posts
0-5 je.....Tahniah Pasukan Malaysia!!   aku ingat kan memang kena belasah 0-11....tetapi mereka berjaya mengawal kekalahan di peringkat minima....Tahniah sekali lagi....

...perlawan selepas ni, cuba pulak 0-4....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 11:27 PM | Show all posts
Originally posted by freebird at 21-1-2009 11:26 PM
0-5 je.....Tahniah Pasukan Malaysia!!   aku ingat kan memang kena belasah 0-11....tetapi mereka berjaya mengawal kekalahan di peringkat minima....Tahniah sekali lagi....

...perlawan selepas ni ...


Pihak lawan tak kuat sebenarnya, pasukan Malaysia yang lemah... Pernah dengar tak hujah tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2009 11:30 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 21-1-2009 11:24 PM
Letak la kat sini line up team Malaysia...


Senarai 22 Pemain Malaysia Ke Pra Piala Asia 2011
- Sebuah Lagi Barisan Kegagalan

1      Mohd Fauzie Bin Nan  Perlis      
2     Nizaruddin Yusof   Perlis      
3     Farilas Marlias  Perlis      

4     Mohd Khyril Muhymeen Zambri  Kedah
(WINGER YG BAGUS, TAPI SELALU X DPT MAIN)  

5     Thirumurugan Veeran  Kedah
6     Badrul Bin Baktiar  Kedah      
7     Shafizan Hashim     Kedah      
8     S. Subramaniam     Perak   
  
9     Mohd Hardi Jaafar     Selangor  
(SI BOTAK YG HANYA TAHU SET PIECE, TAPI X TAHU MAIN BOLA)  

10     Mohd Amirulhadi Zainal     Selangor  
   
11     Mohd Safee Sali     Selangor  
(ADALAH HARAPAN JADI PENGGANTI MOKHTAR)   

12     Norhafiz Zamani Misbah     KL Plus      
13     Mohd Fadzli Shaari     KL Plus     

14     Syed Adney Syed Hussein     UPB My Team   
(KEEPER TANGKAP TERLEPAS, HRAPAKNA LAHIR KAT LIVERPOOL AJE...)   
   
15     Norsharul Idlan Yahala     UPB My Team      

16     Kaironnizam Sahabudin Husain     UPB My Team
(BEKAS KAPTEN MEYSIA PALING BODOH PERNAH AKU JUMPA)   

17     Muhammad Shukor Adan     Negeri Sembilan      
18     Mohd Zaquan Adha Abd Razak     Negeri Sembilan   
  
19     Mohd Aidil Zafuan Abd Razak     Negeri Sembilan
(TENGAH HONEY MOON-MANA BOLEY MAIN BOLA)   

20     Indraputra Mahayuddin     Kelantan      
21     Mohd Daudsu Jamaludin     Kelantan      
22     Norfarhan Mohamad     Kelantan      
23     Mohd Ashari Samsuddin     Terengganu      
24     Mohd Marzuki Yusof     Terengganu      

25     Hairuddin Omar     T-Team Terengganu
(PENYERANG PALING BERAT BONTOT PERNAHKU JUMPA)   

26     Rosdi Talib     T-Team Terengganu   
  
27     Mohd Syamsuri Mustaffa  T-Team Terengganu
(PEMAKAN GULA GETAH SAMBIL BERMAIN, SAMBIL PAMER MUKA YG BODOH LAGI KUANG HAJAU)

[ Last edited by  koboi at 21-1-2009 11:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 11:31 PM | Show all posts
Tahniah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 11:31 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 21-1-2009 11:27 PM


Pihak lawan tak kuat sebenarnya, pasukan Malaysia yang lemah... Pernah dengar tak hujah tu?


pasukan malaysia kena berubah, kalau tidak di pertandingan akan datang akan kalah teruk!!! (ni pun familiar jugak )
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 11:32 PM | Show all posts
hahahahahaha....

main dalam malaysia dah la.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 11:33 PM | Show all posts
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm

Brite hari ni

Malaysia boleh menang!



SKUAD kebangsaan akan berhadapan ujian sebenar malam ini.
Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan menjadi lawan pada aksi sulungperlawanan kelayakan Kumpulan C Piala Asia 2011 di Stadium Bola SepakKuala Lumpur, Cheras.
Banyak persoalan dibangkitkan, tetapi apa yang pasti skuad negara tidak akan menyerah mudah.
Atas kertas, skuad bimbingan B. Sathianathan itu bukan lawan UAEtetapi ia bukan bermakna anak buahnya mudah diratah tanpa melawan.
Jika dinilai daripada ranking dunia, semua orang tahu di mana letaknya reputasi skuad negara.
Namun, ranking bukan penentu kekuatan sesebuah pasukan. apa yang penting ialah prestasi yang akan dipamerkan di tengah gelanggang.
Peminat tempatan juga perlu ingat bahawa prestasi skuad negara dipersada antarabangsa kebelakangan ini sememangnya terumbang-ambing.
Oleh itu, tidak usah terlalu mengharap kerana apa yang penting,skuad negara perlu disokong kerana ia boleh membantu melonjakkansemangat juang mereka.
Aksi pusingan pertama perlawanan kelayakan ini sememangnya memberi kelebihan kepada anak-anak buah Sathianathan itu.
Kekuatan bukan setakat terletak pada kesebelasan utama tetapi juga kepada penyokong.
Penyokong adalah watak penting dalam menaikkan semangat juang pemain.
Pergunakanlah sepenuhnya aksi di gelanggang sendiri ini untukberdiri teguh di belakang skuad negara seperti yang dilakukan olehpenyokong fanatik Thailand mahupun Vietnam.

SATHIANATHAN (dua dari kiri),jurulatih UAE, Dominique Batheney (dua dari kanan) dan ketua pasukanUAE, Muhamad Omar (kanan) ketika hadir pada sidang media menjelangperlawanan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Bola Sepak KualaLumpur, Cheras malam ini.

Walaupun bola sepak mengalami zaman kejatuhan di dua negara tersebut tetapi penyokongnya tetap berdiri teguh di belakang.
Penyokong tempatan memang sudah lama mengetahui kelemahan bola sepaknegara tetapi jika sokongan dihulurkan tanpa berbelah-bahagi, pemainakan tampil hebat untuk mempamerkan yang terbaik.
Mengulas perlawanan malam ini, Sathianathan berjanji untuk mempamerkan apa yang termampu.
Menurutnya, komitmen pemainnya setakat ini sangat memberangsangkan dan berharap agar ia diterjemahkan untuk melakar kejutan.
"Mengimbas pencapaian di gelanggang sendiri sepanjang tahun lalu,kita sentiasa beraksi dengan baik, cuma kita tewas sekali kepadaChelsea. Saya berharap rekod cemerlang ini dapat dikekalkan.
"Saya juga minta pemain mempamerkan disiplin serta komitmen di ataspadang, main mengikut seperti yang diarahkan dan saya harap merekadapat mempamerkan aksi terbaik esok (malam ini).
"Tiada yang mustahil untuk kita mencatat kemenangan. Apa yangpenting kita perlu yakin pada kemampuan diri," kata Sathia pada sidangmedia di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.
Sathia turut juga mengumumkan 18 pemain yang bakal disenaraikanmalam ini dengan menggugurkan sembilan pemain daripada 27 pelatih yangdipanggil Khamis lalu.



Mereka yang digugurkan terdiri daripada Farizal Marlias (Perlis), Badrul Bakhtiar (Kedah), Fadzli Shaari (KL Plus).
Norsharul Idlan Talaha (UPB-MyTeam), Nizaruddin Yusof (Perlis),Norfarhan Mohamad (Kelantan), Shukor Adan (Negeri Sembilan), RosdiTalib (T-Team) dan Marzuki Yusof (Terengganu).
"Kita gugur Farizal sebab sudah ada dua penjaga gol manakalaNorshahrul, Nizaruddin, Norfarhan, Shukor dan Rosdi pula mengalamikecederaan.
"Marzuki pula, ibu mertuanya sakit sementara Badrul dan Fadzli belum cukup cergas selepas pulih daripada kecederaan.
"Mereka yang digugurkan ini bukan bermaksud mereka tidak bagus tapisaya pentingkan kecergasan. Mereka mestilah boleh beraksi selama 90minit," tegasnya.
Ditanya siapakah yang akan menjadi jeneral mengemudi jentera tengahskuad negara selepas ketiadaan Shukor, Sathia memberitahu: "Dua pemainiaitu Hardi Jaafar dan Indra Putra Mahayuddin bakal menggalas tugastersebut.
"Saya percaya Hardi dan Indra dapat menjalankan tugas Shukor itudengan baik. Hardi seorang pemain yang bijak manakala Indra agresif.Saya harap kedua- duanya akan beraksi cemerlang."
Syamsuri Mustafa pasti menjadi pilihan Sathia untuk menjaga gawang.
"Dia (Syamsuri) pemain berpengalaman. Secara keseluruhan saya lihatdia seorang penjaga gol yang bagus. Kita harap pengalamannya itu dapatmembantu pasukan melakar kejutan," jelas Sathia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2009 11:32 PM | Show all posts
sape keeper ni??

syamsuri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 11:33 PM | Show all posts
Originally posted by koboi at 21-1-2009 23:30


Senarai 22 Pemain Malaysia Ke Pra Piala Asia 2011
- Sebuah Lagi Barisan Kegagalan

1      Mohd Fauzie Bin Nan  Perlis      
2     Nizaruddin Yusof   Perlis      
3     Farilas Marlias ...


Aku cuma kenal indraputra sahaja, yang lain tu haram aku tak kenal..

Bolasepak malaysia di ambang kepupusan dari segi populariti..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 11:34 PM | Show all posts
Originally posted by freebird at 21-1-2009 11:31 PM


pasukan malaysia kena berubah, kalau tidak di pertandingan akan datang akan kalah teruk!!! (ni pun familiar jugak )


Siapa kata pemain Malaysia sombong? Kalau depa sombong, saya tak amik jadi pemain Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 11:35 PM | Show all posts
Originally posted by freebird at 21-1-2009 23:31


pasukan malaysia kena berubah, kalau tidak di pertandingan akan datang akan kalah teruk!!! (ni pun familiar jugak )


Takkan berubah punyalah freebird, dari dulu macam tu jugak...

Zaman kita dah jadi tok nek cucu ramai pun aku rasa tak ke mana bolasepak malaysia ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.945116 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list