CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: WonBin

Siapa yang Akan Masuk Syurga ??

[Copy link]
Post time 5-2-2009 11:42 PM | Show all posts
Rasanya Islam n kristian mempunyai pandangan yang agak sama dlm syurga n neraka........ i nak masuk tengah2 la   antara syurga n neraka..PEACE:victory: :victory: :handshake:

or ada pendangan lain lagi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2009 01:47 AM | Show all posts
ad-din (cara hidup) yang diturunkan oleh TUHAN sejak penciptaan manusia hanya ader satu aje...
TUHAN tak pernah turunkan apa2 agama kepada manusia...
DAN, apa yang TUHAN perintahkan bukanlah agama..
tidak ada agama Islam, agama Kristian, agama Yahudi, agama Hindu dan lain2...
pecahan agama ni terjadek disebabkan kebodohan, ketamakan dan kejahatan manusia tu sendiri..

seseorang yg percaya dia BERAGAMA Islam biler mati belum tentu mati dalam keadaan Muslim...
seseorang yg percaya dia BERAGAMA Kristian biler mati belum tentu mati dalam keadaan Kristian..
seseorang yang percaya dia BERAGAMA Hindu biler mati belum tentu mati dalam keadaan Hindu..
and so on...

jadek, kalau ko tanya pendapat aku siapa yang akan dapat masuk syurga..
sekali lagek aku menjawab - hanya orang MUSLIM dan mereka yg mendapat rahmat dari TUHAN yang akan masuk ke dalam syurga..
dan sesungguh, TUHAN itu Maha Penyayang, Maha Adil dan Maha Mengetahui..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 10:54 AM | Show all posts

Reply #62 cabang's post

Rasanya Islam n kristian mempunyai pandangan yang agak sama dlm syurga n neraka........ i nak masuk tengah2 la   antara syurga n neraka..PEACE


Atas pagar tu milik si iblis... saudara, Jadi akan masuk sebelah neraka..

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 11:06 AM | Show all posts

Balas #64 kompia23\ catat

walaupun saya dan kompia berlainan agama..

tetapi saya membenarkan statement kompia daripada konteks Islam...

dalam Islam, samada kamu menerima Islam, atau kamu menafikan Islam.. takde tengah2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 12:22 PM | Show all posts

Reply #63 karengkang's post

jadek, kalau ko tanya pendapat aku siapa yang akan dapat masuk syurga..
sekali lagek aku menjawab - hanya orang MUSLIM dan mereka yg mendapat rahmat dari TUHAN yang akan masuk ke dalam syurga..
dan sesungguh, TUHAN itu Maha Penyayang, Maha Adil dan Maha Mengetahui..

Adil untuk orang yang mengikut islam n hambanya je.

Jadi kompia pun masuk neraka la bagi islam?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 12:27 PM | Show all posts

Balas #66 cabang\ catat

aper masalah kau nih cabang?

kami menafikan kebenaran agama Kristian, ini bukan kes Kristian pun betul, Islam pon betul.

Kami menafikan segala ajaran lain yang menyimpang daripada agama Islam.

Pada kami, adil lah itu, kerana orang itu menafikan kewujudan Allah yang memberi dia segalanya.

So apa masalah kau nih? Adakah kau memang tak faham, atau kau PURA2 tak faham?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2009 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by shalom at 5-2-2009 04:36 PM


...kalau tidak menemui kebenaran di dunia ini, sr. akan menemuia kebenaran di sana.


kebenaran di sana maksudnya..kebenaran di akhiratlah....
kebenaran yg diperolehi akhirat hanya membawa penyesalan yang tiada gunanya lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 01:35 PM | Show all posts

Balas #62 cabang\ catat

Macam ni sahaja le cabang...

Aku pon tak reti sangat pasal ini.

Perkara yang lebih utama, ko kajila mana-mana agama yang mungkin ko pertimbangkan yang mana ko nak masuk.

Pedulikan dakwaan sesetengah pihak...ko masuk agama aku..agama lain sesat etc..Sebab perkara ini akan lagi memeningkan kepala...Setiap penganut dan agama akan claim dorang le yg benar etc..

Dalam banyak2 agama yg ko kaji, baca kitab dorang etc..the ko pilihla yg mana satu sesuai dengan jiwa ko...

Pada masa yg sama, ko doa secara general kepada TUHAN, minta bagi pertunjuk..

Kalau dapat hidayah ko masuk Islam

Kalau dapat rahmat ko masuk Kristian

Kalau dapat pencerahan ko masuk Budhha..

(etc etc mana2 la term yg digunakan oleh setiap agama)


Selepas ko rasa dah jumpa mana agama yg serasi dengan jiwa ko, masuklah agama itu..Jadi la penganut yg baik..jangan jadi hantu...

Sama ada ko masuk neraka ke surga...terserlah kepada TUHAN..TUHAN Maha Adil tau.,..manusia boleh pok pek pek pok...cakap apa sahaja, tapi TUHANlah yang menentukan segalanya...

Kalau ko ikhlas mencari kebenaran, TUHAN pasti akan memimpin ko..itu sahaja..

Aku dulu pon camtu..dari keluarga pagan..x pernah tau pon pasal benda2 semua ini.

Tetiba satu hari, terdetik kat ati...siapa cipta aku etc..pada masa itu, aku x pikir pon masuk surga masuk neraka..Cuma aku terfikir sapa cipta aku..

Kedian aku belajar agama..Islam Kristian,. Quran aku baca, Alkitab pon aku baca. Pasa masa yg sama, aku pon berdoa secara umum..tunjukkan jalan kepada aku..

Then selepas pencarian dalam masa beberapa tahun..aku yakin dengan pilihan atau..dengan datangnya rahmat TUHAN, aku pon dibaptis.

Walaupun aku yakin dengan apa yg aku pilih, namun aku juga diajar supaya jangan senang nak hakimi org lain. Jangan senang2 cakap aku masuk surga...ko masuk neraka..

Jadi la manusia yg baik..x semestinya trus jd malaikat..


Itu aja yg aku nak storykan..

Peace..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2009 02:04 PM | Show all posts
Originally posted by cabang at 6-2-2009 12:22 PM
Adil untuk orang yang mengikut islam n hambanya je.

Jadi kompia pun masuk neraka la bagi islam?
...


cabang...

memula sekali, berapa percent kepercayaan ko yang kiter nih berasal dari bangsa yang samer ?
(berasal dari bangsa manusia, bukan bangsa beruk ataupun cipan)

ko, aku dan mereka lahir2 aje dah MUSLIM...
setiap manusia TUHAN bekalkan dengan akal dan kemampuan yang sama...
kepada manusia yang tidak siuman atau tidak pernah tahu mengenai ajaran langit pulak, ader pengecualian untuk mereka..
belum cukup adil ke lagek ke kalau macam tu ?

seperti yang aku cakapkan sebelum ni...
TUHAN tak pernah turunkan apa2 agama..
kitab2 yang diturunkan pun menjelaskan tentang cara bagaimana manusia harus hidup dalam dunia..
tak kira lar dari segi tauhid ke, dari segi hukum ke, dari segi ibadah ke dll...
sebab tu kalau kita kaji maner2 kitab sekalipun, cara hidup dan syariat untuk setiap bangsa adalah lebih kurang samer...
sehinggalah datangnya al-Quran untuk melengkapkan kehidupan manusia yang bergelar MUSLIM..
jadek, tidak ada agama A atau agama B yang diturunkan dari langit..
biler ko boleh paham tu, bermakna takde istilah agama A lar yang benar atau agama B lar yang benar..
yang ader cuma samada orang tu beriman ataupun kafir..
yang menjadi masalah adalah biler manusia mula 'mencipta' agama2..

TUHAN dah hidupkan kiter semua dalam keadaan MUSLIM dan keterangan2 yang jelas dah pun diberi...
sekarang kiter sendiri pilih, samada nak hidup sebagai seorang MUSLIM atau sebagai seorang KAFIR..
masalah siapa yang dapat masuk syurga atau pun neraka tu urusan Yang Maha Mengetahui...
mungkin ader orang yang mendapat hidayah sebelum dia mati ..
dan mungkin dia mati dalam keadaan MUSLIM...

yang PENTING bukan bagaimana kiter bermula..
tapi bagaimana kiter BERAKHIR..
cumanya, kalau kiter tak berusaha dari hari ini..
agak2 ko lar berapa percent yang ko yakin ko boleh masuk ke syurga ?

kiter kalau nak tengok concert pun kena beli tiket..
tu pun belum tentu dapat..mungkin sold out, mungkin tiket tu expired, mungkin tiket tu rosak kena air ke...
ni nak masuk syurga beb.....trillion times better than concert..
dan tiket dia lak takde jual kat memaner

anyway, aku doakan agar ko 'berjumpa' dengan apa yang ko carek..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

[ Last edited by  karengkang at 6-2-2009 02:10 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 02:24 PM | Show all posts
Originally posted by tickmeoff at 5-2-2009 09:59 AM

2. Kristian - semua yang tidak percaya kepada Isa al-masihi akan masuk ke neraka Kristian, umat islam dan kafir lain termasuk


Salam sr..

Adalah salah kalau org Kristian berkata demikian.

Kalau org Kristian agama mereka yg benar etc..itu adalah hak mereka utk berkata demkian..

Kalau kalau ada org Kristian senang2 nak cop sapa masuk surga..sapa masuk neraka...Lebih baik sr tanya balik kpd org Kristian ini.

Awak ni Kristian jenis gandum ke Kristian jenis lalang....?

Dlm injil, Yesus terang2 dah cakap benda ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 03:01 PM | Show all posts
Bagi buddhist., semua manusia bila meninggal  dunia masuk syurga atau neraka or (six states of existence), adalah ikut karma sendiri. Jadi nak pergi tempat mana adalah urusan Tuhan atau urusan sendiri. Mungkin dua2 pun ada. Bila  aku mati = mati , takde mati dgn agama apa2. Hanya mati dengan keadaan manusia.

Tentang reincarnation  aku percaya memang belaku di dunia ni setiap hari di setiap tempat dan di setiap direction. Tiap hari ada manusia lahir dan mati. Ada manusia bila dilahir dia jadi cacat, otak tak betul..... kalau Tuhan tu memang belas kasihan kenapa nak jadikan hidup dia macam ni sebab nak uji dia atau sebab karma dia. I dont know, tapi ia memang berlaku tak boleh dielakkan... bila jadi ia tetap dijadikan. Sebab ada karma sebab ada reincarnation. Sebab karma aku wujud di bumi ni.

Islam dan kristian ada cara dia masuk ke syurga. Buddhist pun ada cara dia masuk ke syurga atau become buddha, bodhisattva and no need to reincarnation lagi.
Cuma ikut kepercayaan masing masing.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 11:16 PM | Show all posts
CARA-CARA MENDAPATKAN IMAN

SETELAHkita tahu tentang iman dan peringkat-peringkatnya, tentu timbul di hatikeinginan untuk menambah dan meningkatkan iman yang telah ada. Harusdisadari bahwa kita dan mayoritas umat Islam bukalah orang soleh, jauhsekali dari taraf muqarrobin. Paling tinggi kita baru berada diperingkat iman ilmu. Kita baru sebatas tahu tentang Allah, belum lagikenal dengan Allah. Kita sadar Allah itu ada tetapi belum cintapada-Nya. Akibatnya kita masih durhaka, banyak lagi suruhan-Nya yangkita ingkari dan larangan-Nya yang kita langgar. Maka jadilah kitaorang-orang yang berdosa. Dan kalau kita mati dalam keadaan sepertiitu, ada kemungkinan Allah masukkan dulu ke Neraka.

MendengarNeraka, semestinya timbul ketakutan di hati kita. Apakah kita mau dansanggup diazab sedemikian pedih dan hina. Tentu tidak. Jadi sesuai bilakita berazam kuat dari sekarang untuk sama-sama menyelamatkan diri dankeluarga kita dari api Neraka. Allah pun telah menyarankan hal itudengan firman-Nya:

Terjemahan: Peliharalah dirimu dan keluargamu dari siksa api Neraka.
(At Tahrim: 6)


Faktor utama dan penting yang perlu disediakan adalah kesadaran,kemauan dan kesungguhan kita untuk mencapainya. Tanpa faktor-faktoritu, ceramah dan ilmu sebanyak apa pun tidak akan mampu mengubah kita.

Allah memberi peringatan tentang itu dengan firman-Nya:

Terjemahan:Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang terdapat pada sesuatukaum sehinggalah mereka sendiri yang mengubah apa yang ada dalam diri(hati) mereka.
(Ar Ra'du: 11)


Sikap kita hari ini kalau tidak diubah akan membahayakan. Kitahanya bersungguh-sungguh untuk mendapatkan uang, harta, pangkat dansejenisnya, yang belum tentu kita peroleh, dan kalaupun dapat belumtentu akan membahagiakan kita. Dan bila dalam kesibukan itu, kitasampai terlupa untuk mencari iman, sesuatu yang sudah pasti akanmenyelamatkan kita di dunia dan di Akhirat.  

Kenapa kita tidakbersungguh-sungguh berusaha untuk mendapatkan iman? Apakah yangmenghalang kita dari berbuat begitu? Apakah karena kita kurang yakinbahwa dengan iman saja kita dapat melepaskan diri dari kebencian Allahdan siksaan-Nya di Akhirat nanti? Ataukah karena kita tidak begituyakin tentang adanya Hari Pengadilan di Padang Mahsyar nanti? Kalaubegitu, iman kita lebih buruk. Bukan lagi iman ilmu, tetapi iman orangkafir.

Firman Allah SWT:

Terjemahanan sesungguhnya, jika kamu (Muhammad) tanyakan kepada mereka (orangkafir), siapakah yang mencipta langit dan bumi? Tentu mereka akanmenjawab, "Allah." Katakanlah, "Segala puji bagi Allah, tetapikebanyakan manusia tidak mengetahui."
(Luqman: 25)


Firman Allah lagi:

Terjemahanan jika kamu tanyakan kepada mereka, "Siapakah yang menciptakan langitdan bumi?" Niscaya mereka akan menjawab, "Semuanya diciptakan oleh yangMaha Perkasa lagi Maha Mengetahui.
(Az Zukhruf: 9)


Terjemahan:Katakanlah (kepada orang kafir), "Siapakah yang di tangan-Nya beradakekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi. Tetapi tidak adayang dapat dilindungi dari azab-Nya jika kamu mengetahui?" Mereka akanmenjawab "Allah." Katakanlah, "(kalau demikian) maka dari jalan manakahkamu ditipu?'
(Al Mukminun: 88 - 89)


Janganlah hendaknya kita biarkan pikiran kita ditipuselama-lamanya. Sadar dan yakinlah bahwa kian hari kita kian dekat padaHari Kiamat sebagaimana kian hari kita kian jauh dari dunia ini. Danbagi siapa saja yang cerdik dan waras, dia akan senantiasa takut danberdebar-debar menanti tibanya hari yang sangat dahsyat itu. Rasulullahtelah memberitahu kita dalam sabda baginda:

Terjemahan: Orang yang paling cerdik adalah orang yang banyak mengingati mati dan terlalu membuat persiapan untuknya.


Orang yang paling cerdik adalah orang yang tidak akan melepaskanpeluang untuk merebut sebanyak-banyaknya kebaikan yang mampu dibuat,selama ia masih diizinkan untuk terus hidup di atas dunia ini.Kelapangannya, kesehatannya, waktunya, kekayaan dan hidupnya dijadikanmodal yang sebaik-baiknya untuk berusaha keras, membina keuntunganhidup di Akhirat. Kalau begitu barulah sesuai dengan kehendakRasulullah sebagaimana sabda baginda:

Terjemahan:Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidup sebelum mati,sehat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, muda sebelum tua dan kayasebelum papa.
(Al Baihaqi)


Demi kebahagiaan hidup di dunia dan di Akhirat, marilah kitakorbankan segala nikmat yang Allah berikan untuk berbakti kepada-Nya,supaya nanti Allah ganti dengan nikmat yang berlipat-ganda lezatnya.

Dengansaran itu, baru sekarang akan saya uraikan bagaimana caranya menambahdan meningkatkan keimanan kita. Sebenarnya, jalan untuk mendapatkaniman sangat banyak, yaitu setiap sesuatu yang diperintahkan olehsyariat. Ada yang berbentuk fardhu ain, fardhu kifayah, sunat muakkad,sunat ghairi-muakkad dan semua perkara-perkara yang mubah kalaudilakukan dengan memenuhi lima syarat yang telah saya sebutkansebelumnya. Rasulullah SAW meringkaskan uraian tentang bagaimanamendapatkan iman dengan sabda baginda:

Terjemahanman itu lebih tujuh puluh cabangnya. Yang setinggi-tingginya adalahmengucapkan "Lailahaillallah" dan yang serendah-rendahnya adalahmembuang duri di jalan.
(Muslim.)


Maknanya, apa saja yang Allah perintahkan, tujuannya semata-matauntuk mendapatkan iman. Supaya dipahami, akan saya berikan beberapacontoh secara terperinci bagaimana iman itu dapat kita peroleh. Dibawah ini akan saya bentangkan jalan-jalan yang dapat kita lalui.



kukuhkan iman maka syurga lah balasannye....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 11:21 PM | Show all posts
Originally posted by cabang at 3-2-2009 12:00 PM


Nimasalahnya ni, kenapa dia menutupi hati orang......... sedangkan diayang menciptanya...Dia boleh menutup, sepatutnya dia juga boleh membukahati walau ape jenis pon orang itu[dia adalah MAHA.....]

Mengapa juga dia cipta neraka untuk bahan ciptaannya.....bukan kah kejam n tak adil?

mengape tuhan juga mencipta kejahatan?





MELAWAN HAWA NAFSUAllah SWT telah berfirman:

Terjemahan:Orang-orang yang bermujahadah pada jalan Kami, Kami tunjukkan jalanKami. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang baik.
(Al Ankabut: 69)


Dan dalam ayat yang lain:

Terjemahan:Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan kefasikan danketakwaan). Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwa(nafsu) nya itu. Dan sesungguhnya merugi (celaka) lah orang yangmengotorinya.
(Asy Syams: 8 - 10)


Untuk mendapatkan iman, Allah memerintahkan kita melawan nafsu.Karena nafsu yang bersarang di hati itu senantiasa mengajak kita supayamendurhakai Allah.

Firman-Nya:

Terjemahan: Sesungguhnya nafsu (amarah) itu sangat menyuruh pada yang jahat.
(Yusuf: 53)


Dalam usaha melawan nafsu itu kita dikehendaki untuk menempuh tiga peringkat:
  • Takhalli (mengosongkan, membuang ataupun menyucikan)
  • Tahalli (mengisi atau menghias)
  • Tajalli (terasa kebesaran dan kehebatan Allah).



sucikan jiwe bru nmpk kebenaran islam......
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 11:25 PM | Show all posts
TAFAKUR
Kemudian kita lewati jalan tafakur. Bersabda Rasulullah SAW:

Terjemahan: Berpikir satu saat itu lebih baik dari ibadah setahun.


Anjuran berpikir bertujuan menyadarkan manusia tentang sifat wujuddan Maha Kuasanya Allah. Perkara-perkara yang bisa dipikirkan adalahtentang diri sendiri. Allah mulakan kejadian kita hanya dari setitikmani. Harga setitik mani lebih rendah dari harga sebiji padi, kalausaja Allah tidak menanamkannya ke dalam rahim wanita. Tidak juga akanberharga kalau Allah tidak memelihara, menghidupkan dengan memberisegala keperluan untuk tinggal di dalam rahim. Belum juga akan berhargasekiranya Allah tidak memudahkan jalan keluar baginya ke atas bumi, danbelum juga akan berharga kalau  tidak dibesarkan Allah serta diberiakal pikiran.

Dengan akal yang Allah karuniakan, manusia menjadiraja, menteri, ahli pikir, profesor, insinyur, dokter, hakim,pensyarah, guru dan lain-lain yang menjadikan manusia itu pandai, kuat,kaya dan hidup lepas bebas. Dengan akal pikiran, manusia telah dapatmeratakan gunung, membelah angkasa, menyelami lautan dan memperkosabumi semau-maunya. Tetapi tidak selamanya begitu. Kita tidak akan bisasemau-maunya dan tidak selamanya memperoleh apa yang kita kehendaki.  

Kitapasti mati. Bagaimana mati itu dapat dihalangi? Tidak mungkin. Sepertitidak mungkinnya kita mendatangkan diri kita ke dunia pada awalkejadian kita dulu.

Firman Allah di dalam Al Quran:

Terjemahan:Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Diamenjadikan kamu sesudah lemah ita menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan(kamu sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban, Dia menciptakan apayang dikehendaki-Nya. Dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Perkasa.
(Ar Rum: 54)


Sesudah mati, Allah berjanji untuk menghidupkan dan membangkitkankita kembali di Hari Kiamat. Apakah alasan untuk kita percaya akanjanji Allah itu? Siapakah kita untuk menolak kedatangannya? FirmanAllah:

Terjemahan:Tidaklah mencipta dan membangkitkan kamu (dari dalam kubur) itumelainkan hanyalah seperti (mencipta dan membangkitkan) satu jiwa saja.Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Luqman: 28)


Pikirkan pula nikmat-nikmat Allah yang kita gunakan saat ini. Mata,telinga, kaki, tangan dan semuanya sangat penting untuk keperluanhidup. Allah karuniakan tanpa menagih bayaran sepeser pun dari kita.Padahal harga sepasang kaki palsu saja berjuta-juta rupiah. Gigi palsujuga mahal. Apa lagi harga mata, telinga, lidah, hati dan akal yangAllah karuniakan, sesungguhnya tidak ternilai. Dengan apa akan dibalaspemberian yang begitu besar? Pikirkan pula apakah kita sudah berterimakasih kepada Allah? Sudahkah kita tunaikan suruhan-Nya? Sudahberhentikah kita dari membuat perkara-perkara yang dilarang-Nya?Cukupkah sudah bakti kita sebagai hamba, untuk membalas pemurah dankasih sayang Allah pemelihara kita itu?

Diceritakan bahwa telahmeninggal seorang abid. Allah memanggil untuk diberitahu bahwa dia akandimasukkan ke dalam Syurga, sebagai satu rahmat dan pemurah Allahuntuknya. Mendengar itu si abid merasa tidak puas hati karena mendapatSyurga melalui belas kasihan Allah, sedangkan di dunia dia begitu kuatberibadah. Si abid lalu memohon agar dimasukkan ke Syurga yang setimpaldengan amal ibadahnya yang banyak.

Maka Allah SWTmemerintahkanmalaikat menghitung dan menilai ibadah si abid. Setelah selesai, Allahmengumumkan bahwa ibadah-ibadah yang dibuat oleh si abid tidakpun cukupuntuk membayar harga sebelah matanya, apalagi untuk mendapat Syurga. Siabid pun tersipu-sipu, lalu memohon agar berpeluang masuk ke Syurga.

Demikiansatu contoh bagaimana nilai bakti kita itu masih belum sesuai denganharga pemberian Allah pada kita. Bahkan bila setiap saat dari umur kitadigunakan untuk menghambakan diri pada Allah, belumlah sesuai. Apa lagikalau seseorang yang sombong, ingkar dan durhaka pada Allah. Sangatsesuai bila Allah lemparkan dalam api neraka, tersiksa selama-lamanya.

Lihatpula padi yang kita jadikan nasi untuk makanan harian kita. Dapatkahpohon itu tumbuh sendiri kalau Tuhan tidak menurunkan hujan, dan kalautanah tidak digemburkan untuk mendapat air dan tidak digemburkan supayabiji di dalam tanah itu dapat menembus naik untuk mendapatkan cahayamatahari? Dapatkah manusia membuat air? Dapatkah manusia melubangitanah dengan sehalus-halusnya hingga akar pohon itu dapat menjalarmencari makan dan minumnya? Manusia menanam, tetapi siapa yangmenumbuhkannya?

Sesudah berpikir dan membuat kesimpulan, hatiterus terbuka, terasa kewujudan, kepemurahan dan kekuasaan Allah SWT.Selanjutnya hati akan menyadarkan akal tentang perlunya Allah itudisembah. Hati selanjutnya akan mengarahkan kaki, tangan dan seluruhanggota lahir menunaikan perintah Allah dan berhenti dari mengerjakanlarangan-larangan-Nya. Kalau tidak begitu, sangat sesuailahditangiskan, karena butanya hati sebenarnya lebih parah dari butanyamata.

Kemudian dongakkan muka ke langit! Lihat matahari yangnaik dan turun, memberi panas dan menjadikan waktu bermusim-musim,bulan yang mengecil dan membesar, menjadikan malam kadang-kadang gelap,kadang-kadang terang, menjadikan air laut pasang dan surut. Lihatbintang-bintang yang berkerdipan, menghias langit indah berseri-seri.Lihatlah semua itu. Sebutlah Allah! Resapkan di hati betapa kuasanyaDIA. Pemurahnya DIA. Dengan itu mudah-mudahan akan lembutlah hati untuktunduk menyembah dan mengabdikan diri pada-Nya.

Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Siapayang mendongak ke langit, melihat bulan dan bintang, kemudian terasa dihatinya betapa kuasa-Nya Allah, maka sebanyak jumlah bintang-bintangitulah dosanya diampunkan.”
Seseorangyang melihat alam, kemudian berpikir tentang Allah lalu terasa olehnyakehebatan Allah, hingga lembut hatinya sehingga mau tunduk menyembahAllah dengan sadar dan khusyuk, itulah manusia yang sempurna. Dia sadardirinya sebagai makhluk ciptaan Allah dan mau menyerahkan kembalipemberian Allah itu kepada-Nya. Berjayalah dia di dunia dan di Akhirat.


Di dalam Al Quran, Allah telah berulang-ulang kali menyuruh manusiaberpikir, menggunakan akal yang diberikan untuk menyaksikan wujud danperkasanya Allah. Firman-Nya:

Terjemahan:Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya  Allah telah menundukkan (untukkepentinganmu) apa yang di langit dan apa yang di bumi danmenyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan diantara manusiamasih ada yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan ataupetunjuk dan tanpa kitab yang memberi penerangan.
(Luqman: 20)

Terjemahanan di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah menciptakan kamu daritanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak(menguasai bumi).
(Ar Rum: 20)

Terjemahanan diantara kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteridari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteramkepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yangberpikir.
(Ar Rum: 21)

Terjemahanan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah diciptakan langit danbumi berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yangdemikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yangmengetahui.
(Ar Rum: 22)

Terjemahanan di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah tidurmu di waktu malamdan siang hari dan usahamu mencari sebagian dari karunia-Nya.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tandabagi kaum yang mendengar.
(Ar Rum: 23)

Terjemahanandi antara tanda-tanda kekuasaanNya Dia memperlihatkan padamu kilatuntuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan air hujandari langit; lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tandabagi kaum yang mempergunakan akalnya.
(Ar Rum: 24)

Terjemahanan di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah berdirinya langit danbumi dengan indah-Nya. Kemudian apabila Dia memanggilmu sekali panggildari bumi, ketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur).
(Ar Rum: 25)


Satu hal lagi yang patut dipikirkan adalah tentang dosa. Berapabanyak dosa kita pada Allah dan sesama manusia? Selamatkah kita darisiksaan dan kemurkaan Allah di dunia dan juga di Akhirat? Mampukah kitaberhadapan dengan Mungkar dan Nakir di dalam kubur nanti? Tahankah kitadengan bakaran api Neraka?  

Pikirkan itu selalu, insya-Allah hati akan lembut.

Kemudianterapkan keyakinan yang sungguh-sungguh bahwa mati itu adalah benar,memasuki liang kubur itu adalah benar. Pertanyaan Munkar dan Nakir ituadalah benar. Dihidupkannya manusia kembali untuk diperiksa amalannyaadalah benar. Melalui Siratal Mustaqim adalah benar, pembalasan siksaNeraka dan nikmat Syurga adalah benar belaka. Pasti terjadi tanpa syakdan ragu.



berfikir la CABANG.....

bru tau kebenaran islam.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2009 03:37 PM | Show all posts
AHLI KITAB JUGA MASUK SYURGA

Tapi apa benar demikian?

揝esungguhnya orang yang beriman, orang-orang Yahudi, Sabiin, dan orang-orang Nasrani; barangsiapa yang beriman kepada Allah, kepada Hari Kemudian, dan berbuat kebaikan, maka tidak ada rasa khawatir padanya dan tidak perlu bersedih hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2009 03:45 PM | Show all posts
Aku tidak minat bercakap mengenai Islam sahaja kerana ISLAM SUDAH PERFECT.



Aku mahu bincang pasal ketuhanan. kepercayaan kepada tuhan yang ESA.




macam mana dengan orang di tengah2 pulau pasifik yang tak pernah ada agama? tetapi mereka percaya ada tuhan yang buat semua ini?
kamu mahu campak mereka FREE sahaja ke dalam neraka bila mati sebab mereka BUKAN ISLAM?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2009 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by cabang at 4-2-2009 07:46 PM
Antara penganut Islam n Kristian, yang mana confirm masuk neraka  (penganut agama lain dah cofirm masuk neraka bagi pandangan islam n kristian)




CONFIRM MASUK SORGA?

ORANG PAS lerrrrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2009 03:54 PM | Show all posts
WAHAI ORANG ISLAM,

Sesungguhnya telah aku kemukakan kepada kamu petikan ayat Al-Quran yang benar lagi jelas, TETAPI KAMU RAGU-RAGU DAN TIDAK BERANI MENERIMA KEBENARANNYA.

Tidak kah kamu sedar kamu telah MENOLAK AL-QURAN dan KAMU TELAH ROSAK AKIDAH kerana TIDAK YAKIN KEPADA KEBENARAN AYAT AL-QURAN DI ATAS?

kamu tidak boleh hanya MENERIMA APA YANG KAMU SUKA  dan MENOLAK APA YANG KAMU TAK YAKIN ......Kamu perlu yakin, terima dan percaya kepada semua ayat Al-Quran.... iman, akidah dan keislaman kamu sudah rosak jika kamu tak yakin denngan Al-Quran tidak kira dengan apa2 alasan untuk membutakan mata, hati dan telinga kami.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 04:10 PM | Show all posts
jadi "orang kafir" yang mengakui kewujudan Allah juga akan masuk syurga?

dan "orang kafir" yang memegang kepada kitab2 terdahulu juga masuk syurga?

bagaimana pulak dengan penjelasan bahawa kitab2 terdahulu telah dirombak oleh mereka yang tidak bertanggungjawab? adakah mereka yang mempercayai bulat2 akan kitab2 ini, masuk syurga?

atau jika kita balik kepada pokok perbincangan, adakah SYURGA matlamat kita?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2009 04:14 PM | Show all posts

Reply #80 gunblade712's post

Kafir ada banyak jenis kafir .......................


Kafir Iblis: kafir tanpa agama, di dalam syurga sedang cakap dengan Allah pun tetapi dapat status kafir


Kafir manusia: sembah berhala (bodoh bangang)

hanya Allah yang tahu ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.082978 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list