CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9326|Reply: 3

Empangan Chereh - Penebat Banjir -

[Copy link]
Post time 11-2-2009 08:26 AM | Show all posts |Read mode
Empangan Chereh penebat banjir
Oleh MOHD SHUKRI ISHAK



KAWASAN tadahan air empangan Chereh seluas 16.2 kilometer
ini terletak kira-kira 64 kilometer dari Kuantan, Pahang.




MASALAH banjir di Kuantan berjaya dikurangkan selepas
empangan Chereh beroperasi pada 29 Julai 2008. -


RAMAI yang berkata, kewujudan empangan Chereh di Sungai Lembing, Pahang berjaya mengurangkan kesan banjir di daerah Kuantan pada musim tengkujuh yang baru lalu.


MENARA pintu takungan air empangan
Chereh di Sungai Lembing, Pahang.


Berbanding kejadian banjir pada musim hujan tahun sebelumnya, jumlah mangsa banjir yang berpindah ke pusat-pusat pemindahan turut berkurangan.

Menurut kenyataan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, jumlah mangsa banjir yang berpindah pada musim tengkujuh lalu iaitu hujung tahun 2007 dan awal tahun 2008 ialah kira-kira 4,000 orang.

Tetapi pada musim tengkujuh kali ini yang bermula pada hujung tahun 2008 sehingga awal tahun 2009, kurang daripada 2,000 orang telah dipindahkan.

Sedangkan mengikut laporan Jabatan Meteorologi, taburan hujan adalah sama pada kedua-dua musim tengkujuh iaitu 950 mm selama 40 hari.

Rekod yang dicatatkan menunjukkan hujan yang mencurah turun pada 1 Disember 2007 hingga 9 Januari 2008 adalah 949.4 mm. Untuk tempoh yang sama juga iaitu antara 1 Disember 2008 dan 9 Januari 2009, jumlah hujan yang direkodkan adalah sama seperti sebelumnya.


Malah, tidak seperti musim tengkujuh yang lalu, musim kali ini mencatatkan taburan hujan yang tinggi bagi tempoh tiga hari berturut-turut dengan bacaan 456 mm iaitu 117.4 mm pada Khamis (1 Januari 2009), 136.6 mm (2 Januari) dan 202mm (3 Januari).

Taburan 202 mm dan 136.6 mm itu adalah yang tertinggi dan kedua tertinggi pada musim tengkujuh kali ini. Ia mengatasi taburan tertinggi dan kedua tertinggi bagi musim tengkujuh lalu yang merekodkan 125 mm pada 11 Disember 2007 dan 111.2 mm sehari sebelumnya, 10 Disember 2007.

Fungsi Empangan Chereh

Menurut Pengarah Jabatan Bekalan Air Pahang, Datuk Ismail Mat Noor, empangan Chereh ini bertindak menakung air dan ini menyebabkan jumlah air yang melalui Sungai Chereh yang bercantum dengan Sungai Kuantan, tidak jauh dari Kampung Jarau, Sungai Lembing menerima jumlah air yang tidak banyak.

Ia sekali gus menghindarkan daerah Kuantan daripada menerima limpahan air yang boleh menyebabkan banjir.

"Inilah antara fungsi utama empangan Chereh yang bernilai RM76 juta. Selain berperanan sebagai empangan untuk menakung air bagi maksud minuman dan kegunaan harian, fungsi yang tidak kurang pentingnya ialah sebagai penebat banjir," katanya.

Beliau berkata, sejak ditutup (plug-in) pada 29 Julai 2008, jumlah air di empangan seluas 1,620 hektar (atau sepertiga keluasan Wilayah Persekutuan Putrajaya) telah mencecah 50 peratus atau 130 juta meter padu.

"Bayangkanlah, jika jumlah air sebanyak itu dibiar mengalir kerana tiada empangan, sudah tentu ia boleh menyebabkan keadaan lebih buruk dalam bencana banjir di Kuantan," katanya.

Menurutnya, empangan itu sekadar menakung air dan tiada proses rawatan dilakukan di situ.

Ismail juga berkata, air dari empangan Sungai Chereh disalurkan ke Sungai Kuantan, memasuki beberapa loji di tebingnya seperti Loji Air Pasir Kemudi, Loji Air Sungai Lembing, Loji Air Bukit Sagu, Loji Air Panching, Loji Air Kampung Padang, Rumah Pam Kampung Kobat sebelum disalur ke Loji Semambu dan Loji Air Bukit Ubi untuk membekalkan air ke rumah-rumah di daerah Kuantan.

Musim akan datang


Menurut perancangan, empangan itu akan mencapai kapasiti 260 juta meter padu air bertakung bagi tempoh dua atau tiga musim tengkujuh daripada tarikh ia ditutup.

"Musim tengkujuh baru-baru ini ialah yang pertama (plug-in) dan itupun sudah mencapai tahap 50 peratus. Perancangan lain akan bermula pada bulan Jun ini. Pada bulan itu, musim panas dan kemarau dijangka melanda dan air dalam empangan akan dilepaskan supaya air itu kekal pada paras 50 peratus," katanya.

Beliau juga berkata, tindakan ini dilakukan supaya apabila musim tengkujuh tiba, empangan Chereh akan terus mempunyai cukup ruang untuk menerima taburan air hujan yang berlebihan sekali gus mengelak banjir buruk melanda daerah Kuantan.

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa Sungai Kuantan menerima air yang bukan sahaja dari Sungai Chereh tetapi juga dari Sungai Kenau.

"Faktor itu menyebabkan pekan Sungai Lembing pada musim tengkujuh kali ini, masih mengalami banjir yang melibatkan beberapa kampung sekitarnya. Namun tahapnya tidaklah kritikal seperti mana tahun-tahun sebelum ini apabila air naik sehingga menghampiri paras bumbung rumah," katanya. - Bernama


***********************************************************************

masa pergi bercuti di impiana dulu.. lalu sungai lembing.. dan
memang tengok pembinaan empangan chereh ni...
masa tu tak compute pasal penebat banjir ni -

now come to think of it - a good investment --
lagi pula dengan keadaan cuaca yang tak menentu -

this few weeks pun saya masih buat discussion tentang
phenomena - and flood plus forest fire and about acre people
plus machakos miracle.. semua tu - ada juga kena mengena
dengan prevention dari bencana2 alam ini .. -

walaupun chereh dam ni tak sebesar di perak sana or terengganu -
tapi ianya dapat prevent banjir besar.. di kawasan2 kuantan basin -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2009 08:53 PM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

syukur Alhamdulillah ..

projek empangan sebegini dapat menghalang PROJEK MELURUSKAN SUNGAI BAGI MENGURANGKAN BANJIR
- idea bOombastic oleh ###### tuh

btw .. last year kat bernama ada mention pasal .. '10 pulau kat empangan chereh'?

agak2 tak sesabor ndak tunggu air empangan neh penuh .. ndak aa tengok camner ke ghopenyer pulau tuh
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 09:09 PM | Show all posts
empangan chereh 2007 : credits 2 dellipo.multiply







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2009 09:50 AM | Show all posts
Originally posted by naen at 13-2-2009 08:53 PM
syukur Alhamdulillah ..

projek empangan sebegini dapat menghalang PROJEK MELURUSKAN SUNGAI BAGI MENGURANGKAN BANJIR


* nak offtopik jap.. post ni aje ye ---

alhamdollillah....... bila sebut syukur ni... mesti teringat
cerita hikmah tu.... sokmo sebut alhamdolillah...alhamdolillah..
(ada slang indon sikit...)  - rasanya hari tu pun naen sebut
macam tu... macam pelakon tu - at least pandai gak dia berlakon
tak ada macam kambing semua --
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.097101 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list