CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Konspirasi : USA Tipu Dunia Tentang Pendaratan Di bulan -

[Copy link]
Post time 26-2-2009 08:46 AM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 26-2-2009 01:22 AM
ini kena cek kenapa intensity berkurang bila makin jauh, aku pun tak tahu alasannya...

dan can you konform me for this....

saya nak tanya, adakah ruang vakuum menyerap haba? kalau benar, ma ...


Kita kena faham bahawa pembakaran atau api matahari tak sama dengan bakaran api kat bumi. Api yang biasa kita tengok memerlukan oksigen, membebaskan haba, karbon dan sebagainya melalui udara. Di matahari tak ada oksigen. So tak ada api. Yang ada hanyalah proses perlakuran hidrogen menjadi helium yang ditrigger oleh tekanan yang terlampau tinggi. Matahari adalah logi nuklear semulajadi rasaksa. Dalam proses nuklearnya ia membebaskan haba dan tenaga dalam bentuk radiasi sinaran elektgromagnetik yang sangat besar jumlahnya.

Proses penjanaan tenaga melalui pelakuran nuklear oleh matahari/bintang-bintang menjadikan alam semesta ini bersih. Bayangkan kalau angkasa lepas mengandungi oksigen dan matahari terbakar melalui proses seperti terbakarnya suratkhabar lama dah tentu alam semesta penuh dengan asap dan jelaga. Bayangkan.

Haba yang dihasilkan matahari walaupun mencapai beribu darjah C di permukaannya dan berjuta-juta darjah C di sebelah dalamnya, tidak pergi ke mana-mana. Sebab matahari di kelilingi oleh ruang vakum. Kalau tidak kerana radiasi sinaran elektomagnetik yang juga dihasilkan oleh matahari, kita sebenarnya boleh pergi dekat ke bintang itu tanpa merasa apa-apa kesan panas kecuali kalau kita sentuh permukaannya.

Ini berbeza dengan sinaran radiasi elektromagnetik. Ia boleh bergerak di dalam vakum. Sinaran elektromagnetik yang tersebar di seluruh alam inilah yang menjadikan alam ini boleh dilihat dan didiami oleh kita. Ia menjadi sumber tenaga kepada seluruh alam, planet, haiwan dan tumbuhan. Bagaimanapun oleh kerana spektrum sinaran elektromagnetik adalah luas dan pelbagai, kita tidak perlukan semuanya. Sama seperti makan gula terlebih ia akan memudaratkan. Kena sinaran radiasi solar terlebih pun memudaratkan. Tapi tak ada pun tak boleh.

Kenapa intensiti radiasi elektromagnetik matahari semakin berkurangan apabila ia bergerak semakin jauh dari sumbernya? Kita ambil contoh peluru. Peluru yang baru keluar dari muncung senapang mempunyai tenaga-tenaga tertentu yang sangat tinggi tapi akhirnya tenaga-tenaga itu berkurangan di sepanjang perjalanannya dan akhirnya habis terus. Sama dengan radiasi elektromagnetik matahari, tenaganya amat kuat semasa ia terbebas dari permukaan matahari tetapi semakin berkurangan apabila semakin jauh. Kalau ini tak berlaku tentulah alam semesta ni terang benderang dek kerana radiasi bintang-bintang yang tak pernah pudar-pudar sejak 13-14 billion tahun lepas.

[ Last edited by  paparock at 26-2-2009 11:01 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2009 08:54 AM | Show all posts

Balas #161 paparock\ catat

oo.....thanks paparock....

sy tak sakit kepala sikit pun baca ur explaination....

hell nice...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 09:06 AM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 26-2-2009 08:54 AM
oo.....thanks paparock....

sy tak sakit kepala sikit pun baca ur explaination....

hell nice...


Tq. Einstein kata, apa yang paling hebat tentang alam ini adalah iaboleh difahami. Ini semua kerja Tuhan yang maha bijaksana. Tapi daripenjelasan aku tu, kita tahu tenaga tak akan hilang, cuba boleh berubahbentuk. Kalau peluru habis tenaga kinetiknya, ia akan jatuh dan kitaboleh amik dia sebiji. Tapi tenaga dari sinaran elektromagnetik yang'hilang' tu pergi mana? Sikit mungkin diserap tumbuhan bumi untukfotosintesis. Tapi kita-kita ni kalau pakai pun sikit sangat la, kan,banding dengan jumlah yang dihasilkan. So yang banyak-banyak tu apajadi? Tentulah tak boleh lenyap begitu saja...

[ Last edited by  paparock at 26-2-2009 09:10 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 09:13 AM | Show all posts

Balas #163 paparock\ catat

so menurut blastoff yg main peranan ialah ruang vakuum....

i dun agree yet i dun know....tp explaination dari you tak sebut kehilangan tenaga tu kerana ruang vakuum since ruang vakuum tak serap haba....

so, ke mana ia pergi?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 09:32 AM | Show all posts
Originally posted by blastoff at 25-2-2009 08:31 PM


Kita tak nak lari dari topik , so lets focus on the issue at hand .

Camera hasselblad tu adalah camera electric dan body camera tu di buat dari metal tanpa ada apa-apa vacuum dalam body c ...


Kalau dibuat dengan kaedah tebatan yang betul, boleh. Tak complicated mana pun. Pernah pakai microvave oven? Microvave oven guna microvave, sejenis sinaran elektromagnetik gak tu.. Ia memanaskan masakan kita lebih dari 120C. Tapi badan oven tu panas tak? Tak panas, kan? Sebab apa?

Pasal kamera tu pulak, ia tak perlu divakum dalamnya. Kalau dah dok dalam vakum, secara tak langsung dalam kamera pun vakum sama la. Lagi pun proses tangkap gambar tak kisah ada udara atau vakum. Yang penting ada cahaya. Filem atau sensor hanya memerlukan cahaya untuk merakamkan gambar.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 09:40 AM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 26-2-2009 09:13 AM
so menurut blastoff yg main peranan ialah ruang vakuum....

i dun agree yet i dun know....tp explaination dari you tak sebut kehilangan tenaga tu kerana ruang vakuum since ruang vakuum tak sera ...


Soalan yang sama dengan soalan aku kat atas. Aku pun tak tau. Tapi aku RASA ia menjadi dark matter. Dark matter inilah yang menjadikan alam semesta ni stabil. Sebab kita tau walaupun alam semesta ni vakum, tapi ia tidaklah vakum yang bermaksud kosong total tanpa sebarang elemen. Ia mengandungi banyak elemen, yang nampak dan yang tak nampak. Dan elemen yang tak nampak inilah yang membolehkan yang nampak tu berada dalam keadaan organized. Misalnya, einstein kata graviti bukan dihasilkan oleh sesuatu objek tapi ia adalah akibat lenturan (curvature) ruang yang berlaku di sekelilingnya. Mana boleh ada lenturan kalau tak ada mediumnya. Kan?

[ Last edited by  paparock at 26-2-2009 09:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2009 09:52 AM | Show all posts

Balas #166 paparock\ catat

hehehe.....to understand gravity as curvature of space is really something else....

tepikiaq gak camna diorang boleh memandang benda nie dari sudut berbeza...memang interesting......

so vacuum tak serap haba tetapi mereka(vacuum) bukanlah kosong sangat...

maybe kena guna mata orang kasyaf baru boleh tau kot.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 26-2-2009 09:52 AM
hehehe.....to understand gravity as curvature of space is really something else....

tepikiaq gak camna diorang boleh memandang benda nie dari sudut berbeza...memang interesting......

so vac ...


Memang menarik. Cuba kita tengok kemungkinan ni. Alam semesta bermula dengan satu letupan besar (big bang). Letupan besar ini menghasilkan tenaga kinetik yang amat tinggi. Tenaga kinetik ini menjana perkembangan dan pembentukan alam semesta. Dalam masa yang sama proses itu juga menghasilkan banyakkk radiasi elektromagnetik di mana semuanya, dalam tempoh tertentu akan bertukar menjadi elemen dark matter. Dark matter ini kemudiannya membantu menstabilkan alam semesta. Apabila tenaga kinetik dari letupan besar habis, dark matter inilah yang meneruskan perkembangan dan penstabilan alam kerana ia masih tetap dihasilkan oleh bintang-bintang melalui pelepasan sinaran elektromagnetik. Tapi lama-lama nanti sumber tenaga bintang-bintang pun akan habis juga, dan akibatnya radiasi elektromagnetik semakin kurang dan secara tak langsung penghasilan dark matter juga semakin kurang. Akhirnya apabila tidak ada lagi bintang yang mampu bersinar, alam ini akan mengecut kerana dark matter yang menampung alam semakin berkurang dan luput. Macamana tau dark matter akan luput jugak? Sebab semua benda dalam dunia ni memang ada tempoh luputnya. So bila semua ini berlaku alam akan kembali kepada satu titik macam sebelum berlakunya big bang.

[ Last edited by  paparock at 26-2-2009 10:33 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2009 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 26-2-2009 09:52 AM
hehehe.....to understand gravity as curvature of space is really something else....

tepikiaq gak camna diorang boleh memandang benda nie dari sudut berbeza...memang interesting......

so vac ...


Tentang vakum "yang tak kosong sangat". Konsep vakum hanya wujud di atas muka bumi kita yang ada udara atau atmosfera ni. Di mana-mana tempat yang tak ada atmosfera, konsep vakum adalah asing. Kepada mahluk yang tinggal di angkasa lepas, di mana tidak ada atmosfera (udara), ruang mereka penuh dengan sinaran elektromagnetik dan bermacam-macam elemen dark matter. Kita tak nampak elemen-elemen tu sebab kita sibuk dengan udara kita. Macam ikan, bila mereka tengok kita, mereka kata kita hidup di ruang kosong. Tak macam mereka yang hidup dalam air. Tapi hakikatnya kita tau kita tak hidup dalam ruang kosong. Kita hidup dalam atmosfera yang nyaman.

[ Last edited by  paparock at 26-2-2009 10:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 10:44 AM | Show all posts

Balas #169 paparock\ catat

haha....thanks mr.paparock,

ill save my comment , ade class jab lg.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 12:50 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 26-2-2009 01:17 AM
satu lagi daripost ko nombor 150, aku tak sure but aku rasa selagi kita tak sentuh cahaya kat ruang tu, haba tu takkan ada di situ....sebab ia radiate menuju ke depan menuju ke objek baru panas....

selagi tak sentuh, buatpa nak buang energy kat ruang vakuum, sapa nak amek....dia nak singgah atas apa?


in my opinion when the sun's heat starts its journey from the sun travelling through the vacuum space , along the way, berlaku serapan haba at a constant rate di ruang vacuum space yang ia lalui  ,  jadi the sun's heat kehilangan tenaganya secara berterusan semakin jauh ia travel dari matahari  

Kenapa some of the heat tu perlu di buang ? Sebab the sun produces cukup banyak haba sebenarnya , jadi kalau ruang vakum bertindak cuma untuk transport aje haba tu dan bukan menyerapnya sama, maka the sun's heat yang sampai di permukaan ke semua 9 planet akan menjadi terlampau extreme la dan seragam , sama macam haba yang berada di kawasan sekitar matahari !   Ish, tak gitu kan , makin jauh planet from the sun maka makin kurang the sun's heat yang sampai ke planet tu  , the nearer the planet to the sun maka makin tinggi pulak the sun's heat yang sampai ke planet , kan . Ini jelas memperlihatkan berlaku kehilangan tenaga haba sepanjang perjalanan energy dari matahari ke planet-planet .

Satu lagi persoalan yang perlu kita fikirkan adalah bulan tiada atmosphere , maka apabila the sun's heat from the sun reaches the moon , kalau ruang vacum space cuma hantar aje the heat tu tanpa menyerap , then sepatutnya the heat that reaches the moon should be at the same temperature macam the heat around the sun ! Tapi kenapa bulan cuma menerima 120 C aje the sun's heat ? Takkan haba around the sun  tu cuma 120 C aje ? Sejuk nya matahari kita kalau gitu

[ Last edited by  blastoff at 26-2-2009 12:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 26-2-2009 08:12 AM
Blasty,

Ussop tak cakap ruang vaccum serap haba, napa your statement cakap ruang vacuum serap haba?


Bukan uols yang cakap tapi iols yang cakap la , I'm challenging the well known theory and presenting my own theory instead
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 01:04 PM | Show all posts
Originally posted by paparock at 26-2-2009 10:39 AM

Tentang vakum "yang tak kosong sangat". Konsep vakum hanya wujud di atas muka bumi kita yang ada udara atau atmosfera ni. Di mana-mana tempat yang tak ada atmosfera, konsep vakum adalah asing. Kepada mahluk yang tinggal di angkasa lepas, di mana tidak ada atmosfera (udara), ruang mereka penuh dengan sinaran elektromagnetik dan bermacam-macam elemen dark matter. Kita tak nampak elemen-elemen tu sebab kita sibuk dengan udara kita. Macam ikan, bila mereka tengok kita, mereka kata kita hidup di ruang kosong. Tak macam mereka yang hidup dalam air. Tapi hakikatnya kita tau kita tak hidup dalam ruang kosong. Kita hidup dalam atmosfera yang nyaman.


Aku tak rasa ruang space mengalami perfect vakum , well tak ada la udara for sure, tapi itu tak bermakna tak ada apapun , mungkin kita aje yang tak mampu detect lagi jenis molecules yang wujud di ruang "vakum" space tu sebab molecules tu mungkin terlampau alien nature nya yang menyebabkan tak ada satu pun tool kita yang dapat detectnya buat masa la ni   lalu kita kata la ia kosong ... well, esok-esok ni teknologi makin canggih maka mungkin saja manusia akan mampu detectnya lalu semua orang akan pakat-pakat terkejut beruk apabila mengetahui bahwa space yang di katakan vakum tu sebenarnya penuh berisi
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 01:21 PM | Show all posts
Originally posted by paparock at 26-2-2009 08:46 AM

Haba yang dihasilkan matahari walaupun mencapai beribu darjah C di permukaannya dan berjuta-juta darjah C di sebelah dalamnya, tidak pergi ke mana-mana. Sebab matahari di kelilingi oleh ruang vakum. Kalau tidak kerana radiasi sinaran elektomagnetik yang juga dihasilkan oleh matahari, kita sebenarnya boleh pergi dekat ke bintang itu tanpa merasa apa-apa kesan panas kecuali kalau kita sentuh permukaannya.


There you go again, paparock percaya haba tak boleh bergerak atau di pindahkan melalui ruang vakum space , sedangkan memana website yang aku baca mengenai heat transfer semua kata haba boleh ditransfer melalui ruang vakum ! Then kenapa kita panggil haba yang kita rasa bila berada di tengah cahaya matahari sebagai the sun's heat ? If the sun's heat could not travel through vacum then kita semua tak sepatutnya boleh rasa habanya di bumi la ! Mana mai haba kat bumi ni bila kita duduk tengah cahaya matahari ? Takkan haba tu jadi sendiri kot kalau haba tu tak travel dari matahari ke bumi , source heat tu terletak di matahari kan , maka heat tu kena travel la untuk sampai ke bumi ! Kalau the sun's heat stays around the sun aje then semua planet dalam our solar sistem sepatutnya sejuk beku la tanpa apa-apa haba !Bukankah the sun is the source of all the heat yang ada di semua planet dan bulan kat sistem solar kita ni ?

theory ni  , bahwa kalau kita duduk dekat dengan matahari pun kita takkan sesekali rasa panasnya matahari tu melainkan kalau kita sentuhnya saja  , macam mana saintis come to that conclusion ? Apa bukti yang depa ada untuk support theory ni ?

Ni website kat bawah ni menyatakan dengan jelas bahawa heat boleh travel through space vakum !


}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}

http://www.qrg.northwestern.edu/projects/vss/docs/thermal/1-how-does-heat-move.html

How does heat move?

Heat moves in three ways: Radiation, conduction, and convection. Radiation happens when heat moves as energy waves, called infrared waves, directly from its source to something else. This is how the heat from the Sun gets to Earth.  In fact, all hot things radiate heat to cooler things. When the heat waves hits the cooler thing, they make the molecules of the cooler object speed up.  





When the molecules of that object speed up, the object becomes hotter.   

Infrared waves are part of a spectrum of energy waves known as the electromagnetic spectrum. The electromagnetic spectrum includes all kinds of energy that can travel in waves, including light, heat, x-rays, radio waves, ultraviolet waves and microwaves.


All of these kinds of waves contain a lot of energy. Also, they can all travel through deep space. That's why we can see sunlight from stars billions of light years away. The light from them radiates to us.

[ Last edited by  blastoff at 26-2-2009 01:55 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 02:32 PM | Show all posts
Originally posted by paparock at 26-2-2009 09:32 AM

Kalau dibuat dengan kaedah tebatan yang betul, boleh. Tak complicated mana pun. Pernah pakai microvave oven? Microvave oven guna microvave, sejenis sinaran elektromagnetik gak tu.. Ia memanaskan masakan kita lebih dari 120C. Tapi badan oven tu panas tak? Tak panas, kan? Sebab apa?

Pasal kamera tu pulak, ia tak perlu divakum dalamnya. Kalau dah dok dalam vakum, secara tak langsung dalam kamera pun vakum sama la. Lagi pun proses tangkap gambar tak kisah ada udara atau vakum. Yang penting ada cahaya. Filem atau sensor hanya memerlukan cahaya untuk merakamkan gambar.


Microwave oven cuma memancarkan long wavelength radiation pada 12 cm aje , jadi itu cuma merupakan satu controlled environment , dan sesekali tak sama macam electromagnetic waves yang sampai di bulan . Environment bulan takkan sama macam yang kat dalam microwave kecik cinonet tu kot ? Macam mana la kau boleh compare keduanya pulak !


Originally posted by paparock at 26-2-2009 09:32 AM

Pasal kamera tu pulak, ia tak perlu divakum dalamnya. Kalau dah dok dalam vakum, secara tak langsung dalam kamera pun vakum sama la. Lagi pun proses tangkap gambar tak kisah ada udara atau vakum. Yang penting ada cahaya. Filem atau sensor hanya memerlukan cahaya untuk merakamkan gambar.


Kalau setakat pakai warna aje cukup then kenapa semua component spacecraft kalut NASA tebat sana sini dengan special material ? Why not depa guna warna silver aje macam kat camera tu ? Hai camera yang kecik cinonet tu kalau boleh survive dengan hanya warna , then apa sibuk perah otak untuk cari heat shield coating segala untuk orion ! Itu menandakan warna silver aja tak cukup laa !  

Heat transfer mesti berlaku dari body camera tu yang kena haba radiasi pada suhu 120 C ke bahagian dalaman camera. Electric motor dalam camera tu mana boleh berfungsi pada suhu setinggi itu tanpa ada apa-apa cooling system yang boleh menurunkan suhu tu secara drastik jadi rendah   , mesti haru biru la motor dalam camera tu jadinya pada suhu setinggi itu  . Lagikan engin kereta pun memerlukan cooling system itu ini baru nak dapat berfungsi dengan baik !


}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}

http://techrepublic.com.com/2346-1035_11-157621-8.html
The most exciting mission for Orion will be when it will take humans to the moon scheduled before 2020. One of the biggest hurdles to Orion is developing a heat-shield coating. Scientists are attempting to produce the materials used in the Apollo program of the 1960s but have found it difficult without the help of its inventors.
Due to its larger size, Orion's heat shield must withstand a 30 percent temperature increase over what the Apollo capsule experienced.

}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}]]]]

Article kat atas ni betul-betul lawak, kalau betul wujudnya heat shield coating yang boleh tahan temperature kat bulan yang di gunakan dalam misi apollo , then sudah tentulah saintis la ni tak da lah nak anggap "biggest hurdles" untuk develop benda yang sama untuk di guna pada spacecraft orion , hai takkanlah NASA boleh simply biar aje inventor heat shield coating untuk apollo dulu tu mati macam tu aje tanpa mengetahui apa-apa mengenai teknologi tu ! Tak logik nya ! Nampak sangat bahwa semua tu satu pembohongan terancang aje . Depa tak pernah ada benda tu sebenarnya itu la yang depa rasa payah benar nak develop teknology tu la ni, kalau benda tu dah ada dulu maka depa cuma perlu duplicate aje la apa susah !

[ Last edited by  blastoff at 26-2-2009 03:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 02:45 PM | Show all posts
Originally posted by paparock at 26-2-2009 09:40 AM

Soalan yang sama dengan soalan aku kat atas. Aku pun tak tau. Tapi aku RASA ia menjadi dark matter. Dark matter inilah yang menjadikan alam semesta ni stabil. Sebab kita tau walaupun alam semesta ni vakum, tapi ia tidaklah vakum yang bermaksud kosong total tanpa sebarang elemen. Ia mengandungi banyak elemen, yang nampak dan yang tak nampak. Dan elemen yang tak nampak inilah yang membolehkan yang nampak tu berada dalam keadaan organized. Misalnya, einstein kata graviti bukan dihasilkan oleh sesuatu objek tapi ia adalah akibat lenturan (curvature) ruang yang berlaku di sekelilingnya. Mana boleh ada lenturan kalau tak ada mediumnya. Kan?


jadi macam mana kau boleh pasti sangat yang ruang vakum space tak boleh pindah haba atau serap haba ? Kau sendiri mengaku banyak elemen yang kita tak tahu lagi yang mungkin wujud di ruang vakum space tu .

[ Last edited by  blastoff at 26-2-2009 02:57 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2009 03:21 PM | Show all posts
satu lagi
-kesan peninggalan lunar probe takde kat bulan
-sut angkasawan yg nipis
-kelajuan film pendaratan tu, kononnya dislowkan, kalau kita lajukan, nampak mereka berjalan2 dan berlari2 mcm biasa je
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 03:26 PM | Show all posts

Reply #175 blastoff's post

Err bukan depa nak buat better shield?

And besides probe dah sampai ke Mercury...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 03:28 PM | Show all posts

Reply #177 sekngucing's post

Laser reflector dah ada
Project SELENE Jepun ada ambik gambar blast ring lander...tapi wa tak jumpa gambar dia la wa baca aje....
Tang tiga tu...cuba dilajukan semula speed.....
Dan pasal suit nipis tu apasal ramai angkasawan yang buat EVA tak kiok kena radiasi pun?

[ Last edited by  alphawolf at 26-2-2009 03:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 03:47 PM | Show all posts

Reply #161 paparock's post

Hi ..Papa it 's nice to see  you back here. Bless you.

MH-
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.084850 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list