CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: limau_nipis

[Pelbagai] ACARA BUKU + SASTERA Februari - Ogos 2020

[Copy link]
Post time 25-6-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sakinahxpdc replied at 24-6-2019 02:02 AM
BIG BAD WOLF SEREMBAN

You're next on my list, Seremban! Get ready, because I'm bringi ...

@seribulan yang ni pun dah letak gambar dah

Comments

dah rate  Post time 3-7-2019 04:10 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2019 10:34 PM | Show all posts
PESTA BUKU HASANI ARAU, PERLIS

Tarikh : 26 Jun 2019 - 07 Julai 2019
Waktu : 10 pagi - 10 malam
Tempat : Dewan Sivik Arau, Arau Perlis
.

Dapatkan pelbagai jenis bahan bacaan yang pastinya bermanfaat untuk anda.
  • Buku-buku sekolah
  • Alatulis
  • Novel
  • Agama
  • Buku Cerita Kanak-Kanak
  • Komik
  • Dan pelbagai bahan bacaan yang lain.
  • .

Harga termurah dan diskaun istimewa disediakan. Pakat datang ramai-ramai. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 10:39 PM | Show all posts
Pesta Buku DBP
22  hingga 28 Julai 2019..

Dijemput orang ramai terutama yg berada di sekitar bandar Kuching, Serian, Kota Samarahan, Bau dan Lundu datang ke Balai Budaya DBP Kuching bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 10:32 PM | Show all posts
The journey that marks the 10th year of the Big Bad Wolf Book Sale in Malaysia began in the East Coast, moved to the Southern region and crossed the South China Sea to East Malaysia.
.
And now, the Wolf heads north!
.
Northern Malaysian book hunters, are you ready for the Wolf?
75%-95% DISCOUNT
18 - 28 JULY 2019
10 AM-12 MIDNIGHT
MYDIN MALL, BUKIT MERTAJAM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 12:54 PM | Show all posts
Hello Ipoh! The Big Bad Wolf Book Sale is coming and YOU ARE INVITED.


I’ll be available for 11 days, so there’s no excuse for you not to visit me! Tell your friends, I want to meet them too!


75% - 95% DISCOUNT

🔥6 Sep - 16 Sep 2019

10 AM - 12 MIDNIGHT

Mydin Mall, Meru Raya


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 06:14 AM | Show all posts
Fwd- jualan gudang kat pejabat Utusan Taman Shamelin hingga 31 Disember ni

Info @sharlenetexas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2019 11:00 AM | Show all posts

Kredit foto: Twitter/Asrul Muzaffar





"Demi kelangsungan hidup bekas pekerja Utusan setelah tiga bulan tidak mendapat gaji."



Demikian kenyataan seorang pengguna Twitter bernama Asrul Muzaffarmengenai Jualan Murah Sempena Penutupan Gudang Utusan yang bermula 2 Disember hingga 31 Disember 2019 di Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur.









Melalui ciapannya juga, Asrul berharap selain orang ramai, pihak kerajaan terutama sekali Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa boleh membeli buku-buku yang dilelong untuk disedekahkan kepada rumah kebajikan, sekolah-sekolah dan pusat tahfiz.
























Melalui gambar-gambar yang dikongsi oleh salah seorang 'personal shopper' (pembeli peribadi) bernama Miss Emptor, didapati buku-buku yang dijual masih dalam keadaan baru, dalam pelbagai genre dan sangat murah-sehingga ada yang dijual pada harga 50 sen sahaja.









Miss Emptor yang telah ke sini turut berkongsi sedikit tips sekiranya anda berminat untuk memeriahkan lagi jualan penutupan gudang ini. Antaranya, anda dinasihatkan untuk membawa topeng muka kerana keadaan gudang yang berdebu dan panas serta bawa kerusi untuk orang tua dan bawa beg beroda sekiranya ingin membeli buku dalam jumlah yang banyak.




Kredit foto: Telegram/Miss Emptor




Dengan sokongan orang ramai, diharapkan dapat membantu meringankan sedikit beban kesulitan bekas pekerja-pekerja Utusan yang terkesan akibat penutupan syarikat akhbar tertua Malaysia itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2019 11:27 AM | Show all posts
Fwd- Alhamdulillah, sudah boleh diakses secara online.

Semoga mereka yang sukar mendapat majalah Dewan Sastera dan Dewan Bahasa, dapat membaca keluaran Julai hingga Disember 2019 dengan melayari laman http://lamanweb.dbp.gov.my/

Tatal sehingga ke bahagian skrin paling bawah, anda akan temui semua majalah yang disebutkan.

Boleh dibaca dengan peranti telefon pintar, tablet dan juga komputer peribadi.

Selamat membaca!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2020 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 01:26 PM | Show all posts



Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia17 Disember 2019 jam 1:15 PG ·








Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) akan melaksanakan Sayembara Penulisan Kreatif Mastera. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Februari 2020.


Borang penyertaan boleh diperoleh melalui laman sesawang DBP www.lamanweb.dbp.gov.my

#GerakanDekadBahasaKebangsaan
#DekadMembacaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 01:28 PM | Show all posts
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia6 Januari jam 12:33 PG ·




Berita baik buat semua pembaca!
Majalah Dewan Bahasa dan Dewan Sastera boleh didapati di http://lamanweb.dbp.gov.my/

#GerakanDekadBahasaKebangsaan...
Lihat Lagi








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 08:12 AM | Show all posts
                                    Ada apa dengan KLWBC 2020?               
                                                                                        Zainal Rashid Ahmad Zainal Rashid Ahmad merupakan wartawan dan penulis sastera.
                                                        Februari 10, 2020 17:16 MYT                        
                    
                                                                                                                                                                                        

                    
               
            
            
                                                                                                                                                                                KLWBC 2020 menyediakan lebih 300 acara berorientasikan budaya membaca dan akses perbukuan. - Gambar hiasan/BERNAMA
                           
                                                                                        (Siapa kata KLWBC 2020 dipenuhi acara skematik dan berkonsepkan idea "sekolah tua"?


Penganjuran Festival Filem, Sayembara Novel & Puisi Bebas Tema, Gig Digital, Book On The Street dan Maskara Kambek tanda linggonya khusus buat generasi milenial)

Sepuluh minggu lagi akan bermula rali sambutan Festival Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia (KLWBC) 2020.

Mulai 18 hingga 23 April, Dataran Merdeka akan menjadi lokasi induk bagi meraikan minggu pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai WBC ke 20.

Mulai 23 April juga, Kuala Lumpur secara rasmi diiktiraf sebagai Ibu Kota Buku Dunia hingga 22 April 2021.
                                                        

*Siapa yang isytihar?

Pengisytiharan akan dilakukan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Warisan PBB (Unesco).                                                        

Kuala Lumpur menjadi tuan rumah ke 20 pada tahun 2020.

Acara WBC diperkenalkan Unesco pada 2001 dan Madrid dipilih Ibu Kota Buku Dunia yang pertama.

Pada masa ini, hak tuan rumah masih dipegang kota Sharjah, UAE sebagai tuan rumah WBC ke 19.

*Bila tarikh pengisytiharan?

23 April setiap tahun. Tarikh ini dikhaskan Unesco dalam tradisi pengisytiharan WBC. Ia bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

Kuala Lumpur akan meraikan minggu pengisytiharan KLWBC 2020 mulai 18 April.

Terdapat hampir 50 acara akan dijalankan sepanjang Festival KLWBC 2020 sehingga 23 April.

Acara kemuncak pada 22 April jam 9 malam, apabila arca rasmi WBC akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir akan menerima Arca WBC daripada wakil Sharjah selaku tuan rumah ke 19.

Selepas festival dan pengisytiharan, untuk tempoh setahun, lebih 300 acara sudah diatur bagi mengisi sambutan KLWBC 2020 dan akan tamat pada 22 April 2021.

*Siapa pemegang taruh KLWBC 2020?

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perdana Menteri, selaku pemangku Menteri Pendidikan menjadi Pengerusi Bersama KLWBC 2020 dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula mengetuai kempen besar-besaran pelaksanaan KLWBC 2020.

Status DBKL sebagai agensi tuan rumah mewakili Kementerian Wilayah Persekutuan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan bertindak sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Pelaksana KLWBC 2020.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku agensi utama Kementerian Pendidikan, menyediakan hampir 50 acara sepanjang KLWBC 2020.

Selain itu Majlis Tindakan Buku Negara (MTBN), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Perbadanan Kota Buku (PKB) dan 150 NGO ikut membantu.

*Apa matlamat KLWBC 2020?

Mudah. Ia mesti selaras dengan agenda Unesco. Matlamat KLWBC 2020 ialah meningkatkan minat membaca dan akses perbukuan di Malaysia.

Dalam erti kata lain, KLWBC 2020 bertangggung jawab mempromosi proses membina budaya membaca serta membangunkan akses perbukuan kepada masyarakat.

Sekali gus meraikan kadar celik literasi di negara ini agar berfungsi sebagai sumber penyebaran ilmu.

Matlamat Unesco menjadikan proses pembacaan dan perbukuan sebagai asas meningkatkan kualiti peradaban sosial dan tamadun minda negara bangsa.

Tidak hairanlah, KLWBC 2020 menyediakan lebih 300 acara berorientasikan budaya membaca dan akses perbukuan.

Namun, jangan berprasangka melulu. KLWBC 2020 bukan acara berbentuk skematik dan "sekolah tua".

KLWBC 2020 secara relatif disesuaikan dengan minat dan trend generasi milenium.

Ia bukan lagi senario tepu yang dimonopoli mentaliti zaman boomers.

Pembaharuan dan perubahan harus dilakukan dalam membina dan memperkasakan budaya membaca.

Imej perbukuan harus dijenamakan semula dan tidak dilihat menyerong jauh dari aspirasi gaya hidup anak muda.

KLWBC




Di seluruh dunia, membangunkan minat membaca menjadi cabaran besar terutama bagi negara membangun.

Malaysia sendiri mengalami krisis defisit membaca. Inddustri buku semakin suram kerana generasi muda mula meminggirkan bacaan fizikal.

Lebih buruk lagi, pemikiran "sekolah tua" gagal memahami gaya hidup generasi digital.

Era kandungan digital dan ledakan penggunaan media sosial yang memuncak dalam sedekad ini, menjadikan gaya hidup membaca produk fizikal terjejas teruk.

Jumlah pengguna Internet domestik kini mencecah 26 juta orang. Secara populasi, 79 peratus rakyat Malaysia berada atas talian digital.

Secara purata pula, 75 peratus rakyat Malaysia menghabiskan masa selama tiga jam sehari di laman media sosial.

Laporan Digital 2018 Hootsuit dan We Are Social memberi gambaran jelas: budaya membaca secara fizikal mahu pun digital telah dan sedang mengalami defisit minat yang teruk.

Media sosial menguasai budaya atas talian dengan terbentuknya koloni netizen.

Manakala penguasaan kandungan penstriman mula mengisi gaya hidup di paltform digital sejak teknologi 4G diperkenalkan pada 2008.

Kesan digitalisasi makin meminggirkan pengaruh buku dan bahan bacaan fizikal.

Secara purata rakyat Malaysia hanya membaca 1.7 muka surat sehari. Jauh di belakang syarat Unesco untuk mencapai 15 buku setahun.

Kajian The World’s Most Literate Nation (Negara Paling Celik Huruf Sejagat) meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-53.

Sekadar bandingan, Singapura berada di kedudukan ke-36.

*Kalau KLWBC 2020 bergaya milenial, apa buktinya?

Anak muda semakin menyisihkan diri daripada minat membaca. Namun, realiti tidak bererti buku sedang menuju jalan mati.

Kita akui, di kalangan anak muda, angka penggila filem dan muzik sangat tinggi.

Selain itu, di negara kita, sejak 2006 telah lahir gerakan pengarah filem generasi muda mandiri (indiependent).

Koloni visual ini menjadi entiti unik yang mewarnai landskap baharu perfileman melalui kerja kreatif silang seni.

Mereka berminat menghasilkan filem bermanifestasikan karya sastera atau muzikalisasi puisi.

Cuma, gerakan silang seni antara pembikin filem muda dan karya sastera jarang diberikan sokongan.

KLWBC 2020 melantik Kuman Film dan pelopor indie, Amir Muhammad bagi menganjurkan Festival Filem KLWBC 2020.

Projek Festival Filem KLWBC 2020 adalah yang pertama seumpamanya di negara ini.

Projek ini khas untuk pembikinan filem pendek yang diangkat daripada karya sastera.

Festival ini menawarkan hadiah filem terbaik dan pelbagai award sampingan.

Sebagai pendorong, KLWBC 2020 menyediakan tujuh geran tajaan untuk membantu pengarah muda menghasilkan karya bagi menjayakan festival filem ini.

Tujuh pengarah muda yang bakal dipilih akan diberikan tanggung jawab memindahkan teks sastera ke nuansa filem.

Ini momen penting bagi membina landskap baharu migrasi bahan pembacaan ke filem.

Kita berharap, filem mampu mempromosi karya sastera dan menjadi medium publisiti baharu untuk nenghidupkan demand perbukuan.

Ledakan populariti karya sastera yang difilemkan diharap mampu mengalihkan minat anak muda untuk mencari karya asal.

Filem harus dilihat sebagai alat promosi buku. Ia tidak mudah, tetapi ini satu usaha.

Mati bermandi peluh mencari pembaharuan, jauh lebih baik dari mati beragan kerana enggan berubah.

Selain ditayangkan pada Minggu Festival Filem KLWBC pada Oktober nanti, semua filem ini akan dimuat naik ke platform digital.

Usaha ini sebagai pencetus untuk meyakinkan pelabur filem lauar lebar dan operator stesen TV.

Matlamatnya ialah penyediaan lebih banyak slot siaran drama atau telefilem berasaskan karya sastera yang berkualiti.

Ini bukan idea baharu. Usaha memindahkan karya sastera ke filem sudah lama mengubah landskap perbukuan dunia.

Ia sudah berlaku lebih setengah abad yang lalu.

Cuma, di negara kita usaha migrasi ini tidak diusahakan secara agresif.

Kalaulah ibarat enjin bot - ia sangat perlahan hingga sebelum tidur dan selepas bangun tidur pun - botnya masih di tempat yang sama.

*Sayembara PENA

Persatuan Penulis Nasional (PENA) diberi hak menganjurkan Sayembara Novel dan Puisi KLWBC 2020.

Pertama kali, Presiden Pena, Dr Saleeh Rahmad menjadikan sayembara ini bebas tema.

Tema sayembara sudah dianggap naratif didaktik dan mendokong budaya skematik.

Ketika generasi milenial bersikap anti doktrinisasi, tema yang ditentukan dalam sayembara dianggap warisan lapuk yang memusnahkan explorasi idea kreatif.

Sayembara Menulis Novel dan Puisi KLWBC 2020 dibuka mulai 1 Februari hingga 30 Ogos 2020.

Hadiah berjumlah RM105 ribu dikhaskan untuk sayembara ini.

PENA diberi hak eksklusif sebagai penganjur untuk menentukan kaedah pengurusan manuksirp, agihan hadiah, penjurian dan mengumumkan pemenang.

KLWBC 2020 terus mencari dimensi kreatif untuk menjenamakan acara ini sebagai merunut, merakyat dan membumikan kempen membaca.

Malah, medium komunikasi awam juga diperluaskan.

Kempen kesedaran KLWBC 2020 menggunakan strategi promosi popular.

*Funky raggae Papa Rock

Elemen lagu tema pula berkonsepkan irama "funky raggae" dengan linggo pop Melayu ciptaan dan nyanyian Papa Rock Datuk Ramli Sarip.

Lagu berdurasi 4 minit 30 saat berjudul Lagu Cinta Kuala Lumpur akan direlis Mac nanti.

Selain versi radio, lagu ini juga dimuat naik ke Youtube dan platform media sosial sebagai pengkongsian promosi.

Buku memang budaya ilmu. Cuma, ilmu tidak tepu. KLWBC 2020 akan kekal mendokong aspirasi murni Unesco.

Namun, kita mahu meraikan kempen merakyatkan buku cara Malaysia.

Selamat datang KLWBC 2020. Ayuh berjuang membina budaya membaca dan akses perbukuan di negara kita!


* Zainal Rashid Ahmad merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain. Zainal Rashid Ahmad juga pernah memenangi 38 hadiah sastera.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2020 02:29 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2020 02:30 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 08:33 PM | Show all posts

adeh, cancel la ye semua ni ye?
sedih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2020 12:38 PM | Show all posts
ipes2 replied at 3-4-2020 07:33 PM
adeh, cancel la ye semua ni ye?
sedih

Kan tangguh dulu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 3-4-2020 07:33 PM
adeh, cancel la ye semua ni ye?
sedih

Jgn sedih, online kan ada

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2020 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
#stay@home

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2020 05:20 AM | Show all posts

people tak realize kan, how good malaysia is.
kalau lah mereka tahu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.733236 second(s), 60 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list