View: 8187|Reply: 47
|
tapak kaki 1.5 juta tahun!!!
[Copy link]
|
|
Misteri tapak kaki 1.5 juta tahun
Oleh Nurul Adlina Kamaludin
Penyelidik, Prof Mathew Bennet menunjukkan kesan tapak kaki di Ileret, Kenya.
|
Kesan ditemui di utara Kenya dipercayai kedua tertua di dunia
KAWASAN pesisiran Tasik Turkana, Ileret di utara Kenya menjadi tumpuan ramai baru-baru ini berikutan penemuan bersejarah tapak kaki manusia awal dipercayai berusia 1.5 juta tahun yang menyingkap misteri antara fasa terawal evolusi manusia.
Tapak kaki dipercayai milik seorang manusia yang mempunyai ketinggian kira-kira enam kaki itu adalah yang kedua tertua di dunia selepas penemuan sepasang tapak kaki di Tanzania tidak lama dulu yang dikatakan berusia jauh lebih lama iaitu 3.7 juta tahun yang ditemui pada 1978.
Namun demikian, penemuan tapak kaki di Kenya itu menjadi bukti tertua membuktikan manusia prasejarah sebenarnya berjalan menegak atau berdiri.
Biarpun penemuan dua tapak kaki berlainan era ini pada tempoh berbeza, ia mempunyai persamaan iaitu membabitkan kesan yang ditemui pada kedalaman lima meter dalam tanah.
Paling penting, ia menjadi bukti penting yang manusia pada ketika itu sememangnya berjalan menegak dan bukannya membongkok. Ini sekali gus dapat menyanggah Teori Evolusi Charles Darwin yang mendakwa manusia berasal daripada monyet - teori yang biarpun berusia lebih 100 tahun, tetapi masih hangat diperdebatkan kalangan saintis moden sehingga ke hari ini.
Penemuan bersejarah tapak kaki di utara Kenya itu adalah hasil gigih sekumpulan ahli arkeologi antarabangsa daripada Muzium Negara Kenya, Universiti Bournemouth (Britain), Universiti George Washington (Amerika Syarikat), Universiti Rutgers dan Universiti Cape Town di Afrika Selatan.
Kejayaan kumpulan arkeologi itu juga hanya menambahkan lagi bukti kewujudan era prasejarah di bumi Afrika.
Kalangan penyelidik itu menyifatkan penemuan tapak kaki itu membuktikan manusia zaman itu melalui proses evolusi dan menyamai fungsi seperti manusia hari ini.
揃agi kami, penemuan seperti ini sememangnya amat jarang berlaku dan ia sememangnya amat bernilai bukan saja dari segi arkeologi tetapi juga mendedahkan peradaban awal manusia," kata salah seorang penyelidik, Prof Brian Richmond, ketua saintis dari Universiti George Washington yang menyertai ekspedisi berkenaan.
Tapak kaki itu ditemui di kawasan lapisan mendapan tanah liat di Ileret. Malah tanah liat itu dikatakan menjadi antara sebab tapak kaki itu masih mampu terpelihara dengan elok biarpun sudah berusia lebih sejuta tahun lamanya.
Ia ditemui dan disahkan kumpulan penyelidik itu yang menggunakan kaedah tiga dimensi bagi menganalisis tapak kaki lama serta membandingkannya dengan tapak kaki manusia hari ini.
Permukaan tanah yang dipijak pemilik tapak kaki misteri itu disahkan berusia antara 1.51 hingga 1.53 juta tahun. Berpandukan data ini, kumpulan saintis itu membentuk model cetakan digital tiga dimensi (3D) yang menepati kiraan pecahan bagi setiap milimeter.
Kumpulan saintis itu akhirnya membuat rumusan yang tapak itu berkemungkinan besar milik Homo erectus - satu spesies manusia yang diketahui hidup di utara Kenya pada era prasejarah berkenaan.
Homo erectus atau Homo ergaster ini sememangnya dikenali sebagai manusia pertama yang mempunyai ciri berkaki panjang dan bertangan pendek, sama seperti Homo sapiens atau manusia moden.
Bukti paling ketara kaitan rapatnya tapak kaki milik manusia prasejarah itu dengan manusia moden adalah ibu jari kaki beserta jari kaki lainnya selain mempunyai buku lali serta tulang kaki.
Berikutan itu, mereka percaya tapak kaki awal yang ditemui di Tanzania itu dimiliki spesies manusia dikenali Australopithecus afarensis, spesies awal manusia yang diketuai mendiami kawasan timur Afrika kira-kira tiga hingga lima juta tahun dulu.
Hasil analisis saintifik saintis yang menggunakan teknologi imejan 3D dan butiran saintifik lain, membuktikan perbezaan tapak kaki di Kenya dengan yang ditemui di Tanzania.
Apa yang pasti, penemuan terbaru di Kenya itu membuktikan manusia awal sememangnya tidak jauh bezanya dengan manusia hari ini dan ia pasti menjadi antara bukti penting bagi menyanggah teori Darwin yang mengaitkan manusia dengan binatang.
Ia juga membuktikan, kemajuan teknologi hari ini bukan setakat mampu mengesan lokasi fosil penting manusia lama, tetapi dapat memberi butiran seperti usia serta peradaban ketika itu. Paling penting, ia mendedahkan satu lagi bukti bagi menyingkap satu demi satu misteri peradaban manusia terawal dunia.
INFO: Sejarah penemuan tapak kaki
- 2009 - Tapak kaki manusia 1.5 juta tahun di Kenya
- 2008 - Tapak kaki haiwan 570 juta tahun dipercayai tertua di dunia, di Nevada, Amerika Syarikat.
- 2007 - Tapak kaki manusia 2 juta tahun di gurun di barat Mesir
- 1978 - Tapak kaki 3.7 juta tahun ditemui di Tanzania
worang jaman dulu kan bagak2 sumer.. tengok yg tapak nabi ibrahim a.s pun kita taw yg worang jaman dulu besaq tinggi..... aku tak taw ler apa depa makan... kurma ajer kot.... tapi mmg besar ler worang nyer.... sama gak binatang jaman dulu pun bagak2 gak....
sekarang sumer tinggal kecik ajer.... baik worang atau binatang.... fact jumpa tapak kaki worang 1.5 juta tahun nih... mmg interesting ler.... aku yg pakai kasut size 12 ni pun rasa mcm besaq dah... tengok tapak kaki tu..... rasa kecik ler pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
err..betul ke sampai berjuta2 tahun...btw tu teori omputis jer..x pasti bumi boleh bertahan sampai main juta2 smpai skg ni..WalllahuAklam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah2 tu tapak kaki gorila kot.. x pon planet of the apes.. |
|
|
|
|
|
|
|
Adam dah muncul lbh 400 juta tahun lalu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pengembara_masa at 8-3-2009 15:55
Adam dah muncul lbh 400 juta tahun lalu
betul ke? dari sumber ape ko dpt? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by afezal at 8-3-2009 11:12
err..betul ke sampai berjuta2 tahun...btw tu teori omputis jer..x pasti bumi boleh bertahan sampai main juta2 smpai skg ni..WalllahuAklam..
Bumi sudah berusia lebih 4 billion tahun mengikut teori dan perkiraan saintis omputih tu..
Walaupun mungkin ianya perkiraan manusia, tetapi setakat ini ianya adalah yang paling menyakinkan sekali.. |
|
|
|
|
|
|
|
Terdapat fossil yg berumur lbh 200,000 tahun di Amerika Selatan yg menunjukkan manusia dgn pakaian moden berperang dan juga jet-jet pejuang
Dikatakan Adam bapa manusia sekarang adalah yg ke 81 kali.
Tapi sebenarnya Adam itu satu-satunya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pengembara_masa at 9-3-2009 00:05
Terdapat fossil yg berumur lbh 200,000 tahun di Amerika Selatan yg menunjukkan manusia dgn pakaian moden berperang dan juga jet-jet pejuang
Dikatakan Adam bapa manusia sekarang adalah yg ke 81 ...
Sumbernya mana? |
|
|
|
|
|
|
|
sumber rujukan
Originally posted by Neraka Bulan at 9-3-2009 06:31
Sumbernya mana?
Tak ingat buku apa tapi terbaca dalam 8 tahun dulu ditulis oleh salah seorang professor yang terkenal yang menjadi pemimpin sebuah persatuan saintis antarabangsa yang terdiri 40,000 ahli. Tapi kami dah menyaksikan banyak bukti tersebut secara kajian peribadi. |
|
|
|
|
|
|
|
bumi dah tua dah.......
setakat tapak kaki manusia 1.5 juta taon... tarak mustahil.... dinosaur pun dah extinct lebey dari 65 juta tahun dulu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 pengembara_masa\ catat
KAMI tu siapa lak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 pisang69's post
Berhati-hati bile hendak membicarakan sejarah. Sesuatu fakta seeloknya disokong dengan sumber. Kalau main cakap jer tak ubah la cam lepak2 minum kedai kopi..betul tak bro? |
|
|
|
|
|
|
|
Huhu...ade time traveller la kat sini..
Erm...bekas tapak kaki lyg didakwa laksamana hang tuah yg dekat2 dgn perigi dia tu...pun besar gak kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 rurouni_khairul\ catat
Kami setuju.Tapi tak semua perkara-perkara penting ada fakta sejarahnya.
Kami nak tanya dalam asbabun nuzul, adakah setiap ayat Al-Quran ada tarikhnya yang tepat? berapa haribulan dan bulan berapa?..
Satu lagi, sejarah ibarat penemuan sains..contohnya; Batu bersurat Terengganu adalah bukti paling awal menunjukkan wujudnya pemerintahan Islam di tanah Melayu. Adakah kita perlu berpegang bahawa Islam tiba dan bertapak di TM pada kurun ke-14? Adakah kemungkinan lebih awal?
Jadinya, bukti sejarah ibarat bukti saintifik. Jadi sesiapa yg berpegang semata2 bukti sejarah samalah dengan golongan darwinisme atau scientology
Ayat-ayat dalam Quran tak disebutkan tarikh setiap peristiwa sejarah dalam Al-kahfi, Musa dan Firaun dan lain2..
Cuba-cubalah berfikir 'out of box'
[ Last edited by pengembara_masa at 10-3-2009 20:25 ] |
|
|
|
|
|
|
|
adam sebelum adam?? cam dlm buku Bey Ariffin tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #15 super_nova\ catat
Salam,
apa cite dalam buku bey ariffin tu? Adam sebelum adam? tak faham .... ada tak tajuk bukunya,
boleh kita refer... tq |
|
|
|
|
|
|
|
dijumpai 5 meter dalam tanah means terkambus la kan?
bleh plak tapak kaki tu tak tertimbus..camne ekk... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 pengembara_masa's post
Pada fikiran aku, post R.Khairul mempertikaikan kesahihan awak atau "kami" yang telah:
a) Membaca tulisan seorang Prof. terkenal yang menjadi pemimpin kumpulans saintis antarabangsa yang mempunyai ahli seramai 40 ribu orang.
b) Menyaksikan banyak bahan bukti itu.
Sebelum awak berjaya sekurang-kurangnya memberitahu tajuk buku serta nama Prof yang terkenal itu maka eloklah kami bersikap skeptikal dahulu terhadap pandangan anda itu..
[ Last edited by Neraka Bulan at 11-3-2009 18:50 ] |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 nya la kan... saintis2 ni buat perkiraan cmner ya utk menentukan usia sesuatu penemuan tu...cam nk tau sesangat |
|
|
|
|
|
|
|
Adam baru berusia 10,000 tahun kan??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|