CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10924|Reply: 4

tarik tali (tug of war)

[Copy link]
Post time 8-3-2009 02:29 PM | Show all posts |Read mode
Tarik tali


Tarik tali  merupakan salah satu Permainan]permainan yang popular pada banyak majlis kesukanan.

Cara permainan




Pertandingan melibatkan dua regu, dengan 5 atau lebih peserta. Dua regu bertanding dari dua sisi berlawanan dan semua peserta memegang erat seutas tali. Di tengah-tengah terdapat garisan.

Masing-masing regu berupaya menarik tali sekuat mungkin agar regu yang berlawanan melepasi garis batasan. Regu yang melepasi garis batasan dikira kalah.

Taktik permainan terletak pada penempatan pemain, kekuatan tarik dan pertahanan tumpuan kaki di tanah. Pada umumnya pemain dengan kekuatan paling kuat ditempatkan di hujung tali, untuk menahan hujung tali ketika bertahan atau menghentak pada saat penarikan.





jom main tarik tali nak!!!!  ni aku punya feveret  game masa buat open day kat  kerja aku.... dept A vs dept B  tug of war......  happening mate!!!! :victory:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2009 02:31 PM | Show all posts
March 07, 2009

Kejohanan Tarik Tali Terbuka USIM 28 Mac



NILAI, 7 Mac (Bernama) -- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berhasrat membangunkan dan mempromosikan sukan tarik tali, buat julung kalinya akan menganjurkan Kejohanan Tarik Tali Terbuka di Kompleks Sukan USIM, di sini pada 28 Mac ini.

Pegawai Sukan USIM Nur Ekmal Buhary berkata lebih 25 pasukan dari seluruh negara termasuk daripada agensi kerajaan, kelab, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan pasukan badan beruniform dijangka menyertai kejohanan itu.

"Dua kategori akan dipertandingkan iaitu Kategori Awam dan Kategori Terbuka Beruniform," katanya di sini, Sabtu.

Pengerusi kejohanan itu Abdul Wahab Mat Zin berkata kejohanan itu sebahagian dari program persediaan kepada pasukan tarik talik USIM dan IPTA yang lain untuk menyertai Kejohanan Sukan Staf IPTA kali ke-35 di Universiti Malaysia Terengganu Jun depan.

"Kita optimis kejohanan seperti ini bakal memberi pendedahan kepada pasukan yang akan bertanding untuk kejohanan yang lebih besar lagi," katanya.

Katanya johan setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai RM2,000, medal dan hadiah iringan.

Pasukan yang berminat boleh menghubungi setiausaha kejohanan Rozaimi Kamarudin di talian 012-6731638 atau talian 06-7988065/7988062/7988070 atau layari laman web Pusat Sukan USIM di http://infosukan.usim.edu.my.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 04:04 PM | Show all posts
mmmm... lama xtgk org main tarik tali ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 02:03 AM | Show all posts
1# amazed

huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 10:22 AM | Show all posts
ni acara wajib sukaneka sekolah haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.055148 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list