CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1617|Reply: 13

Kena Elephantiasis: Sapu Najis Gajah Pun Tak Sembuh -

[Copy link]
Post time 23-3-2009 06:32 AM | Show all posts |Read mode
Lumur najis gajah pun tak sembuh

Oleh SHAMSHUL FITRI MAJID


ROZAIDY menunjukkan kakinya yang membesar
di rumahnya di Tebong, Alor Gajah, Melaka semalam.


ALOR GAJAH - "Pernah seorang dukun suruh saya lumur najis gajah pada kaki untuk pulihkan penyakit yang saya hidapi ini.

"Saya pun minta najis gajah di Zoo Melaka, tapi bila saya ikut suruhan dukun itu, tiada sebarang perubahan pun," ujar Rozaidy Abdul Rahim, 28, yang menghidap penyakit Elephantiasis atau kaki gajah sejak 10 tahun lalu.


Menurutnya, selain nasihat dukun itu, dia telah mencuba pelbagai kaedah rawatan tradisional untuk mengubati penyakitnya.

Akibat penyakit itu, Rozaidy hanya mampu duduk di rumah bersama bersama tiga adik-beradiknya yang lain di Taman Seri Cahaya, Tebong dekat sini dengan saiz kaki kirinya kini mempunyai ukur lilit hampir 90 sentimeter.


***********************************************************************************

bawa lah jumpa doctor - kena penyakit 'elephantiasis' - kaki gajah tak semestinya kena sapu
dengan najis gajah nak baik... lagi pun najis.. apa yang bagus nya sapu najis kat tempat penyakit
lagi besar adalah... dah nama pun najis - dengan bacteria kuman kat najis tu... ada pula sapu kat situ -

kalau dari mula - bawa jumpa doctor - boleh buat operation etc... ni makin lama makin besar
tak silap seorang ex stewardess pun kena macam ni - lagi besar kaki dia dari rozaidy punya
kaki.. -

dah 10 tahun.. takkan cuba ubat tradisional aje - jumpa la doctor yang berkenaan -
patutnya penyakit2 serious macam ni.... kena cepat dapatkan rawatan doctor -
bukan sapu najis gajah -


[ Last edited by  dexa at 24-3-2009 05:30 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2009 06:43 AM | Show all posts
Ini sama kes ngan ex-stewardess tu ekk...tinggi kos dier kalau nak buat operations tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 06:52 AM | Show all posts
tu penyakit untut.....berpunca dari nyamuk..kalu tak salah la...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 07:23 AM | Show all posts
bile la pemikiran orang kite nak berubah..

aku rasa kalu dukun tu cakap kena boh taik rimau mengandung 2 bulan pon mamat ni akan ikot..

nape la tak jumpe doktor awal2..

tak terhantok baru terngadah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 07:44 AM | Show all posts

Balas #4 zaujahzauji\ catat

taik rimau ngandung??

payah nak cr tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 07:53 AM | Show all posts
"Kena Elephantiasis: Sapu Najis Gajah Pun Sembuh -"

tajuk retarded...
adaka patut kene sapu taik gajah..leh sembuh kaki org tu


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2009 08:35 AM | Show all posts
ex-stewardess yang kena penyakit untut tu kesian sangat..ada baca kisah dia dalam majalah harmoni..dia dah kena lama tapi tak tahu apa khabar dia sekarang sebab dengarnya nak jalani pembedahan..kiranya husband dia memang bagus sebab dia kena sebelum kahwin dan sehingga sekarang husband dia masih lagi bersama dia dan anak-anaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 07:15 PM | Show all posts


Kelakar jugak tgk perangai manusia ni..percaya bulat bulat cakap dukun tu...
Kot nya dukun tu suruh biar gajah pijak kaki pun, mau diikutnya..
Memanglah dah terdesak, dah sakit, tapi gunakan akal yg tuhan bagi...kalau ilmu(akal) tu kurang, dpt kan ia drpd org yg lebih berilmu, dlm kes ni, doktor..

Elephantiasis ni penyakit bawaan nyamuk..
Nama saintifiknya LYMPHATIC FILARIASIS.
Nyamuk ni membawa parasit yg menyebabkan penyakit ni...
Parasit ni namanya:

1. Wuchereria bancrofti   2. Brugia malayi

Bila parasit ni masuk ke dlm badan, ia akan melepak dlm sistem limfatik...

So, sistem limfatik kita akan tersumbat, menyebabkan bengkak kaki, badan, dan boleh jugak bengkak pada kemaluan..


Boleh juga jadi kes untut ni TANPA JANGKITAN parasit..
Ia dipanggil Non-Filarial Elephantiasis...
Byk kes ni dkt area Afrika such as dkt Kenya, Tanzania, Somalia..

Sebab ia jangkitan parasit, ubat antti-parasit berkesan utk merawat, pada peringkat awal..
Tapi kalau dah besar kakinya mcm kes ni, aku sarankan go for surgery..and guess what, the best place in the world for this kind of surgery is in India..(sebab byk kes filariasis kat sana)..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2009 08:09 PM | Show all posts
lepas ni kena sapu taik babi ler kat org2 yg ada penyakit gile babi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 08:12 PM | Show all posts
itew musti dukun tak bertauliah...tau nak menipu duit org jek...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 08:13 PM | Show all posts

Reply #9 luvly_eone's post

klu demam kura-kura bleh tepek taik kura-kura kat dahi ek....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 08:59 PM | Show all posts
sapu dgn C4......... semua hilang....... dgn pesakit skali hilang......
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 09:29 PM | Show all posts
Originally posted by Pocahontas at 23-3-2009 20:13
klu demam kura-kura bleh tepek taik kura-kura kat dahi ek....



kelakar ko nie.ye la,time sakit la kan,kite nak sakit kite sembuh,kdang2 x logik jugak pe yang tok bomoh tu bagiktaw,tapi usaha je la.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 09:30 PM | Show all posts
Originally posted by shazuyi at 23-3-2009 21:29



kelakar ko nie.ye la,time sakit la kan,kite nak sakit kite sembuh,kdang2 x logik jugak pe yang tok bomoh tu bagiktaw,tapi usaha je la.


usaha mcm ni yg bahaya
patut la ramai anak gadis Melayu kena rogol dgn bomoh semasa 'berubat'.
Usaha yg tak menggunakan akai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.047418 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list