CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4430|Reply: 23

Gunting Tersekat Di kerongkong (pic) -

[Copy link]
Post time 2-4-2009 06:42 AM | Show all posts |Read mode
Gunting tersekat di kerongkong lelaki


GAMBAR X-ray menunjukkan sebilah gunting
yang tersekat dalam kerongkong Lin.



PUTIAN - Gara-gara ketawakan jenaka rakannya ketika mencungkil gigi dengan sebilah gunting, seorang lelaki di China menerima padah apabila dia tertelan yang kemudian tersekat pada kerongkongnya, lapor sebuah akhbar semalam.


Mangsa, Kong Lin cuba memuntahkan gunting itu keluar tetapi mata perkakas itu yang tajam semakin menusuk ke dalam kerongkong menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan sebuah hospital di sini, timur China.

"Ketika lelaki berumur 27 tahun itu tiba, mukanya pucat dan dia berpeluh tanda kesakitan," kata seorang pakar bedah hospital berkenaan, Dr. Chen Wei.

"Pesakit mengalami kesukaran untuk menelan dan darah bercampur air liur keluar daripada mulut mangsa," tambahnya.

Sekumpulan pakar bedah melakukan pembedahan ke atas Lin tanpa suntikan ubat bius kerana bimbang gunting itu akan menusuk lebih jauh ke dalam kerongkongnya jika dia berada dalam keadaan tidak sedar.

"Pembedahan itu mengambil masa kira-kira 30 minit. Dia bernasib baik kerana hanya mengalami luka kecil pada kerongkongnya," kata Dr. Wei. - Agensi

*********************************************************************************

gunting dalam kerongkong... - still boleh hidup lagi..(after surgery) memang awed -
ingat kalau dah masuk kat dalam tu - boleh mati dah .. pelik macamana
orang boleh tertelan gunting in the first place - unheard of before but then
impossible is nothing sekarang ni -- ishhh.... eh -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2009 06:57 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 2-4-2009 06:42
Gunting tersekat di kerongkong lelaki

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0402/Kosmo/Dunia/du_10.1.jpg
GAMBAR X-ray menunjukkan sebilah gunting
yang tersekat dalam kerongkong Lin.


PUTIAN - Gara-gara ketawakan jenaka rakannya ketika mencungkil gigi dengan sebilah gunting, seorang lelaki di China menerima padah apabila dia tertelan yang kemudian tersekat pada kerongkongnya, lapor sebuah akhbar semalam.





biar betik???

mcmana bleh tertelan plak ek???xkanla member dia yg masukkan kot??:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 07:55 AM | Show all posts
Terbolassssss..........
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 08:09 AM | Show all posts
ni lawak april fool ni.
aku rasa la..
macam mustahil je weih
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 08:21 AM | Show all posts
erkkkk ...sakitnya x bleh ku bygkan
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 08:29 AM | Show all posts
Aku rasa dia buat2 masukkan gunting dlm kerongkong, pastu terlepas....kengkawan sekalian, juga utk diriku sendiri, perkara mustahil mungkin bisa berlaku pada diri kita, jauhkan diri anda dari benda2 tajam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2009 08:34 AM | Show all posts
ikutkan ayat 1st berita tu, dia ni tgh cungkil gigi & member dia duk buat lawak..
sambil duk cungkil gigi, dia duk bantai gelak2 skali... tup2 tertelan la gunting tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 08:34 AM | Show all posts
buat² masukkan gunting dlm kerongkong??
xde keje lain agaknye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2009 08:45 AM | Show all posts
tak de keje lain dah...tuh
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 08:46 AM | Show all posts
cungkil gigi ngan gunting.....
tu la pasalnyer..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 08:47 AM | Show all posts
dia nak tau apa rasa gunting 2 sbnarnya...
sedap ke x?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 08:48 AM | Show all posts
masa mayen seks ganas ke uolss
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 09:51 AM | Show all posts
x terpikir akal ku
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 10:58 AM | Show all posts
kedudukan gunting lam xray tu menegak..... sukar aku nak imejin dia mencungkil gigi pastu terlepas dan tertelan. hmmmmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 11:03 AM | Show all posts
menakutkannnnnnnnn....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 11:26 AM | Show all posts
hah tu lapasal,cungkil gigi pakai gunting lagi, suka sangat guna benda pelik2 buat cungkil gigi...kan dah kena padah...seriau aku tengok gunting tu kan dalam kerongkong dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2009 11:32 AM | Show all posts

Reply #14 mamia's post

gunting ni kecik jerk....so kalau dia tertelan dlm keadaan menegak tu kira logik ....tp...isyyyyyy...x dapek nak bayangkan camner le seksanya ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 11:36 AM | Show all posts
gelak besar sgt kot.... hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 12:11 PM | Show all posts
aduh...sakit tue....ngeri jer....besar gunting tue....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 12:12 PM | Show all posts
pembedahan tanpa ubat bius pulak tu!...seriau aku dgr
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.138452 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list