CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Ikan sungai mahal ke?

[Copy link]
Post time 12-6-2009 08:12 PM | Show all posts
Ikan sungai yang mahal selalunya ikan baung... ikan nie banyak kat pasaran, minima RM 18 sekilo.

Ikan sunhock/ketutu/ubi pun mahal, kalau liar leh cecah rm60 sekilo, kalau gong xi facai leh cecah rm 120 sekilo....

Kelah, temoleh, Sebarau, Kelisa semua tu jangan cakaplah, jarang org wat makan sebab susah nak dapat.

Ikan keli tu ikan low class, tak yah makan ler, ikan tu makan taik kalau bela...

Ikan patin plak murah ajer kalau bela kat kolam...... kalau liar sungai harus mahal.. tapi ikan patin nie terlalu overated sebab ikan nie bukannyasedap pon.... dan ianya satu group dengan keli iaitu buleh hidup dalam kondisi air yang tak berapa bersih

[ Last edited by  peace at 12-6-2009 20:13 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2009 04:37 PM | Show all posts
13# Syd
meh cni aku jwb syd,
keli ngan ruan kategori ikan darat,
jarang mancing sungai dpt keli n ruan,
kat belah2 air kat daratan jer depa lepak
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 09:05 AM | Show all posts
kat pahang ni...

ikan begahak pun mahal juga... rm40-50 1kg...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2009 10:47 AM | Show all posts
suci murni jerk rupa bentuk ikan itieww
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 04:00 PM | Show all posts
ikan paling mahal...ikan KELISA......

ikan kelah
ikan patin buah

ni semua spesis mahal...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 02:52 AM | Show all posts
geng_tx hg dok pahang musti kenai kat kenerak,
mahai gak ikan neh,
walaupun xhensem dan nampak brutal



p/s: bukan aku lam gmbr nih,
kang xtau tanya port lak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2009 02:54 AM | Show all posts
kenerak dgr2 leh cecah rm 50 sekilo,
kayo2, pak cik din kayo
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 10:25 PM | Show all posts
baru mkn ikan patin di restrn ..... lupe plak nk ambil nm restrn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2009 01:31 PM | Show all posts
ikan kelah aku rasa mahal....
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2009 03:39 PM | Show all posts
nak tau mahal ker x cuba g kat Pasar Besar Termeloh..baung sajer dah dekat 30 hengget sekilo....
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2009 05:10 PM | Show all posts
tp bnyk2 ikan air tawar, talapia goreng gak sedap..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 10:47 PM | Show all posts
Ikan patin sungai langat sedap gila kalau buat masak tempoyak. umpan dia buah ara sungai tu juga harga kat situ kalau orang kampung tu jual tak mahal lebih kurang rrn 10 sekilo mana nak dapat beb. kalau sungai pahang maunya 50-60 hinggit sekilo.patin buah sungai punya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 05:19 PM | Show all posts
ikan patin hak bela tak mahal mcm hak pancing....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 11:53 PM | Show all posts
ikan kelah merah lah paling mahal...............esok kami p cari.masuk sana 2 hari.naik 4x4.
kami bawa balik ikan hidup2.....letak dlm aquarium....cantik......kalau dah nak mati kami makan.he...he......korang penah rasa ke......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2009 05:36 PM | Show all posts
Harga ikan kelah RM80 hingga RM100 sekilogram berpatutan

KUALA TERENGGANU: “Mungkin dia baru pertama kali makan ikan kelah dan tidak tahu kenikmatannya yang setanding dengan harga,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar ini semalam selepas seorang pengurus hotel di Mersing, Johor mendakwa tertipu apabila harga ikan Kelah dinyatakan di sebuah kedai makan di Kampung Gaung, Kuala Berang RM80 sekilogram.

Bagaimanapun, sebaik selesai makan dan bertanyakan harganya kepada pembantu gerai, dia terkejut apabila diberitahu ikan itu yang tidak sampai setengah kilogram berharga RM100.

Tidak puas hati dengan harga itu, dia berjumpa pemilik gerai makan yang kemudiannya mengesahkan harga ikan berkenaan RM100 dan harga RM80 yang dipamerkan itu harga lama.

Mohd Zawawi berkata, bagi penggemar ikan kelah, mereka tidak kisah dengan harga ditawarkan kerana ia munasabah dengan statusnya sebagai raja ikan selain sukar ditangkap, malah beliau juga tidak pernah mendengar sebarang rungutan mengenai harga ikan berkenaan sebelum ini.

Katanya, mungkin berlaku salah faham apabila harga RM80 dinyatakan ialah bagi ikan kelah mentah dan apabila dimasak ia dijual dengan harga RM100 sekilogram.

“Saya dimaklumkan harga ikan kelah yang dijual di sekitar kawasan ini (Kuala Berang) berpatutan. Kalau orang yang faham kenikmatan raja ikan itu, mereka tidak akan merungut kerana sedar ia sukar didapati selain dikawal ketat pihak berkuasa sekarang.

“Malah bukan semua lokasi di Tasik Kenyir yang berhampiran Kuala Berang dibuka kepada umum untuk menangkap ikan kelah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.

Menurutnya, meskipun ada pihak mendakwa harga ikan itu mahal, namun beliau mendapati kedai makan di Kuala Berang yang menyediakan juadah itu masih tetap dikunjungi ramai pelanggan termasuk dari Kuala Terengganu, Marang dan Dungun semata-mata untuk menikmati ikan berkenaan.

Selain itu katanya, harga antara RM80 hingga RM100 bagi sekilogram ikan Kelah adalah berpatutan dan kadar sama juga dijual di tempat lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2009 10:45 AM | Show all posts
Hebatnya ikan Sg. Tembeling

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


Seorang penduduk memegang ikan kelah antara spesies yang mahal di Kampung Pengau, Tembeling, Jerantut, Pahang, baru-baru ini. – UTUSAN/ HARIS FADILAH AHMAD

JERANTUT 9 Nov. – Percaya atau tidak, seorang peniaga ikan Sungai Tembeling dekat sini mampu meraih pendapatan sehingga RM400 sehari!

Bayangkan jika dalam sebulan, pendapatannya mungkin boleh mencecah sehingga RM12,000 dengan hanya menjual ikan darat yang disalai di tepi-tepi jalan atau di pasar tani.

Begitulah hakikatnya bagi seorang penduduk Kampung Tempan dekat sini, Adenan Nipah, 56, yang menjalankan perniagaan ikan sungai salai secara komersial berikutan permintaan yang amat tinggi di pasar-pasar tani dan pekan sehari di bandar Jerantut.

Menurutnya, ikan air tawar Sungai Tembeling merupakan antara menu utama bagi penduduk di sini terutama bagi juadah tengah hari atau malam.

Katanya, keenakan ikan-ikan sungai itu memberi peluang kepada peniaga untuk memperoleh pendapatan yang berbaloi.

‘‘Syukurlah, setiap hari sebanyak 20 hingga 30 ekor ikan salai habis dijual dengan memperoleh pendapatan hampir RM400 sehari.

‘‘Itu tidak termasuk yang ditempah oleh pengusaha resort di Taman Negara, Kuala Tahan untuk dimasak kepada pelancong yang gemar masakan kampung,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Kampung Tempan, Tembeling, baru-baru ini.

Menurut bapa kepada lapan anak itu, ikan salai Sungai Tembeling boleh dimasak lemak pedas, asam tempoyak, dibakar atau digoreng sehingga rangup.

Adenan memberitahu, aktiviti menangkap ikan sungai biasanya dilakukan selepas solat subuh setiap hari.

Beliau akan turun ke Sungai Tembeling untuk menangkap ikan yang terdiri daripada ikan patin, jelawat, kelah, temoleh, lawang dan lampam.

Bagi sesetengah nelayan sungai, mereka tidak menjual hasil tangkapan sebaliknya dibawa pulang untuk dimasak pais tempoyak, gulai asam tempoyak, asam rom, masak lemak cili api, pekasam, salai atau goreng.

‘‘Masakan ini cukup menyelerakan apatah lagi menjadi hidangan pada majlis kenduri, berbuka puasa dan meraikan orang kenamaan.

‘‘Ikan sungai salai mendapat perhatian di kalangan mereka yang gemar masakan kampung untuk hidangan tengah hari dan majlis-majlis jamuan meraikan orang kenamaan yang singgah ke kampung kami,” katanya.

Di daerah Jerantut, jelas Adenan, masakan berasaskan ikan air tawar jenis patin, jelawat, kelah, lawang dan temoleh juga boleh ditemui di pasar tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

‘‘Jika ingin membeli gulai asam tempoyak ikan kelah dan patin di restoran di sekitar bandar Jerantut, poket perlulah tebal dengan duit.

‘‘Ini kerana, harga seketul ikan kelah dicampur masakan asam tempoyak mencecah antara RM25 hingga RM30. Begitu juga masakan ikan sungai yang lain, tidak kurang juga mahalnya,” ujarnya.

Adenan memberitahu, petua untuk makan ikan air tawar di restoran bandar Jerantut dan Taman Negara Kuala Tahan, seseorang itu perlu bertanya dahulu sama ada ikan tersebut diternak di kolam atau yang ditangkap di Sungai Tembeling.

Menurutnya, perbezaan habitat ikan air tawar itu memberi kesan daripada segi harga dan kelazatan isinya.

‘‘Kebiasaannya, ikan air tawar yang ditangkap di Sungai Tembeling lebih mahal harganya,” katanya.

Adenan menambah, menangkap ikan di Sungai Tembeling tidak boleh dilakukan sesuka hati kerana ia bersalahan dari segi undang-undang.

Sehubungan itu, katanya, beliau memohon lesen daripada pihak yang berkenaan bagi membolehkan aktiviti tersebut dilakukan di Sungai Tembeling.

Seorang suri rumah dari Kampung Bantai, Siti Khatijah Ahmad, 60, berkata, masakan pais ikan Sungai Tembeling antara sajian tengah hari di rumahnya kerana makanan berkenaan cukup menyelerakan.

‘‘Saya menyediakan pais ikan sungai dan masakan asam tempoyak untuk hidangan tengah hari. Maklum sajalah, hendak ke bandar Jerantut membeli ikan basah (laut) jauh dari kampung ini,” katanya.

Menurut Siti Khatijah, memasak pais ikan berkenaan memang mudah dengan hanya menyediakan ikan, daun pisang, asam tempoyak dan bahan-bahan lain untuk menyedapkan masakan itu.

Rakannya, Azizah Embong, 61, pula berkata, sejak dari turun-temurun lagi, masakan tradisional Pahang berasaskan ikan air tawar menjadi menu utama mungkin kerana faktor tempat tinggal penduduk yang berdekatan sungai.

‘‘Wanita di sini juga boleh mendayung perahu dan menangkap ikan di sungai, bukan hanya orang lelaki sahaja. Setiap kali turun selepas subuh, tangkapan yang diperoleh sudah cukup untuk menyediakan hidangan sekeluarga itu hari tersebut,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2009 07:42 PM | Show all posts
ikan air tawar nie memang mahal harganya. Kelah, temoleh. baung kenerak. ikan ubu(ketutu) antara ikan yang sedap dan mahal harganya. Sebagai kaki pancing kenikmatan merasai ikan2 jenis ni menjadi buruan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 09:47 PM | Show all posts
KELISA la paling mahal.cecah 20 ribu woo
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 02:58 PM | Show all posts
ketutu la mahal..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 05:36 PM | Show all posts
Jangan lupa, ada lagi ikan yg mhl....ikan tapah...kt kg aku kalau member dpt ikan tu dah cecah RM40/kilo....kalau dh masuk psr x tau le plk brp harga dia. Kalau ada lauk ikan tapah semua lauk2 lain aku tolak tepi.....msk rebus asam cili kampung tumbuk pun dah cukup sedap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.170631 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list