View: 16535|Reply: 85
|
Doctor Jumpa Pokok Dlm Paru-paru (pic)
[Copy link]
|
|
Doktor temui pokok dalam paru-paru
POKOK setinggi lima sentimeter ditemui
dalam paru-paru Sidorkin.
Gambar X-ray menunjukkan imej seperti pokok
fir membesar dalam paru-paru Sidorkin.
IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut?
Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun.
Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.
Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.
"Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain.
"Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr. Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.
Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.
"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya," kata Sidorkin.
Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia.
Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya.
Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut. - Agensi
************************************************************************
of all the things - jumpa pokok fir pula dalam paru2 -
memang pelik camana boleh ada dalam tu - or grows there -
but then.. impossible is nothing - |
|
|
|
|
|
|
|
doktor tu keluarkan paru2 dia ke tu? |
|
|
|
|
|
|
|
kuasa Allah..
ingat dulu masa kecik2, mak aku mmg pesan jgn telan biji buah nanti tumbuh pokok dlm badan.. takut dgr..
pdhal mak2 kita takut anak tercekik aje |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 dexa's post
"kun..fayakun..."..
seme kuasa Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
selalu tertelan biji limau klu minum limau ais.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 kucincomey's post
kalo ade buah,..aku nak satuupp.. |
|
|
|
|
|
|
|
kuasa Allah... erk... jaga2 la shaper yg shuker tertelan bijik limau tue.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 dexa\ catat
adakah dia telah tersedut buah fir ni dan buah/benih itu masuk dalam paru2 lalu tumbuh?..
dulu yenil ingat masa kecik2..duduk kt jb..ada orang kata ada satu pokok tepi laut pantai Lido (da takde nama tu skang) tumbuh dari orang yang makan buah limau telan biji dia.....kita yang budak2 ni pun percaya..
Sebenarnya ni sumer kuasa Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #13 BabeYSHa\ catat
huhuhu...
klu tertelan biji tembikai?
maunye menjalar tumbuh dalam perut.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg suke telan bijik jambu batu yg lembut2
warghhh....takut la |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 dexa\ catat
immposible is nothing (mcm nike nyer motto lak hehe..)
ikut logik sains mmg boleh idup psal sume nutrien wujud, kan ke pokok perlukan gas karbon dioksida untuk fotosintesis, paru2 pulak tempat oksigen disedut n karbon dioksida dihasilkan cukup lengkap dgn nutrien drp darah manusia yang mengandungi pelbagai bhn lg mudah dia dpt idup, lg satu mungkin pokok nie dh berevolusi x perlu cahaya matahari untuk proses fotosintesis, atau pokok nie fir kan idup biasanya kat altitud tinggi kurang cahaya n oksigen...salah satu yg i ckp nie mungkin boleh dijadikan alasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 intandanial\ catat
dalam perut mustahil dia boleh tumbuh sbb ada asid hidroklorik yg cukup kuat yg mengahalang sebarang pertumbuhan pokok2 nie. jgn risau bijik tu nanti dia simpam kat konyer appendiks (yg lama2 boleh burst kalo ko sik tertelan bijik2 yg bagai tu..) tu psl jadi appendisitis yg doktor potong sbb dia pecah n sebabkan jangkitan. rsnye mamat rusia nie tersedut biji benih nie through udara..kan biji benih nie halus..kuasa allah semuanya kita sebagai manusia perlu berfikir secara logik...asal x terpesong akidah sudah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|