CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pentaga

PRK Penanti : BN tak bertanding

[Copy link]
Post time 20-4-2009 10:27 AM | Show all posts

Reply #32 DTECCONAN's post

terimakasih mod
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2009 11:16 AM | Show all posts

Balas #36 kekbelacan\ catat

ya.. betul khalid ni bermain silap mata..pemberian daging entah ikhlas atau tidak itu hanya dia sendiri yg tahu..sebelum jd mb takda pulak si khalid ni nampak cam dermawan ,walaupun ia dikotogerikan org yg banyak duit.
drama sudah bermula belakon jd baik plak..wat org rasa pelik aje klu wa sendiri termakan khalid punya lembu sudah pasti wa terhutang budi..dan terus memangkah parti keadilan rakyat tanpa toleh ke belakang.prfttttttttttttttttttttttt.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 08:50 AM | Show all posts
kalu tak dak pemilu kecil kat penanti bagus juga...letih wooo...
hangpa ni puak PR ingat nak bertanding dan berpolitik jer...
ingatlah petugas-petugas lain yang terlibat secara tak langsung...

ari tu kat BK. Gantang letih giler...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 10:28 PM | Show all posts
jgn jadi Bacul la.. lawan tetap lawan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 01:58 PM | Show all posts
UMNO Permatang Pauh akan cadang seorang calon
23/04/2009 12:18pm

BUKIT MERTAJAM 23 April
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 07:49 AM | Show all posts
altantuya mnanti tolong kmpen PKR kalahkn najib.. huhu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2009 09:37 AM | Show all posts
Originally posted by hilawatie at 20-4-2009 11:16 AM
ya.. betul khalid ni bermain silap mata..pemberian daging entah ikhlas atau tidak itu hanya dia sendiri yg tahu..sebelum jd mb takda pulak si khalid ni nampak cam dermawan ,walaupun ia dikotogerikan org yg banyak duit.
drama sudah bermula belakon jd baik plak..wat org rasa pelik aje klu wa sendiri termakan khalid punya lembu sudah pasti wa terhutang budi..dan terus memangkah parti keadilan rakyat tanpa toleh ke belakang.prfttttttttttttttttttttttt.


nak bg derma mana boleh heboh2 mcm UMNO haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 09:39 AM | Show all posts
Originally posted by gede-bab at 21-4-2009 08:50 AM
kalu tak dak pemilu kecil kat penanti bagus juga...letih wooo...
hangpa ni puak PR ingat nak bertanding dan berpolitik jer...
ingatlah petugas-petugas lain yang terlibat secara tak langsung...
...


yg letih tu sebab BN bertanding haha
tak yah ler bertanding, BN pon tak penat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2009 09:59 AM | Show all posts
Tanding di Penanti? Biro Politik Umno akan putuskan - Najib         

                      Oleh ARIFUDDIN ISHAK
KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razakberkata, sebarang keputusan mengenai pilihan raya kecil kawasan DewanUndangan Negeri (DUN) Penanti akan diputuskan oleh Biro Politik partiitu.
Mandat tersebut diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat hari ini.
"Kita serah mandat mengenainya (pilihan raya kecil Penanti) kepadaBiro Politik untuk buat keputuan," kata beliau selepas mempengerusikanmesyuarat MT hari ini.
Mengulas lanjut mengenai peletakkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1Pulau Pinang dan bekas ADUN Penanti, Mohamad Fairus Khairuddin, Najibberkata, pada prinsipnya seseorang wakil rakyat itu tidak bolehmeletakan jawatan tanpa sebarang sebab munasabah.
"Apabila kita tawarkan diri untuk bertanding, (maknanya) kitasanggup untuk berkhidmat kepada rakyat sepanjang tempoh penggalberkenaan.
"Jadi kita tak boleh setelah setahun kita nak letak jawatan,melainkan atas sebab-sebab tertentu yang diperuntukkan olehPerlembagaan," katanya.
Selain itu Perdana Menteri juga berkata, setiap wakil rakyat perluberpegang teguh kepada akujanji yang dibuat kepada pengundi-pengundi disesuatu kawasan berkenaan iaitu bersedia untuk berkhidmat kepada mereka.
"Itu adalah semangatnya, kita tak boleh letak... kita mesti balik kepada akujanji kepada pengundi-pengundi kita," katanya.
Ditanya mengenai tarikh Biro Politik akan mengadakan mesyuarat bagimembincangkan mengenai pilihan raya kecil berkenaan, Najib yang jugaPengerusi biro berkenaan enggan mendedahkannya.
"Tak mengapa, kita tahu bila mesyuarat itu akan diadakan," katanya ringkas.
         
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2009 09:31 AM | Show all posts
Hadi cabar BN tanding di Penanti         

                      BACHOK:Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar BN supaya bertandingpada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti sambilmenyifatkan BN bersikap defensif kerana belum memutuskan sama ada untukmeletakkan calonnya atau tidak pada pilihan raya kecil itu.
Katanya, BN kini serba salah untuk berbuat demikian berikutankemenangan pakatan pembangkang dalam beberapa siri pilihan raya kecildi Permatang Pauh, Bukit Selambau dan di Bukit Gantang.
Berdasarkan kemenangan sebelum ini, Abdul Hadi yakin parti pakatan pembangkang boleh menang dengan mudah di Penanti.
Terdahulu beliau merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-52 Pas kawasan Bachok, di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti, Isnin ini.
Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata,keputusan sama ada pihaknya akan bertanding di Penanti ataupunsebaliknya akan diputuskan oleh Biro Politik Umno kelak.
Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut Abdul Hadi berdolakdalik berhubung usaha mengadakan perbincangan dengan pemimpin Umnomengenai cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang sebenarnyamendapat tentangan daripada anggota parti itu sendiri.
Menurutnya, hasrat untuk membincangkan cadangan kerajaan perpaduanialah dengan kepimpinan dahulu iaitu sewaktu pentadbiran bekas PerdanaMenteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau berkata, kini perbincangan dengan pemimpin Umno berhubungcadangan itu terpaksa ditunda kerana beliau perlu menilai terlebihdahulu kepimpinan baru Umno dan Barisan Nasional (BN) yang diterajuiPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan kononnya beliau menarik balikcadangan itu adalah bagi menjaga kepentingannya dalam mempertahanjawatan Presiden parti yang mungkin dicabar dalam muktamar agung partiJun depan.
"Cadangan ini (kerajaan perpaduan) semasa Abdullah, tetapi sekarang(Umno) di bawah pimpinan baru (Datuk Seri Najib). Pada masa itu, padadasarnya saya setuju, tapi sekarang lainlah ceritanya apabila Umno dibawah kepimpinan baru," katanya.
Sebelum ini, Hadi dalam temu bual dengan lidah rasmi PAS, Harakah,mengumumkan beliau menarik balik cadangan penubuhan kerajaan perpaduanyang melibatkan semua parti politik atas alasan ia tidak difahami orangramai termasuk anggota PAS sendiri.
Hasrat Abdul Hadi berhubung cadangan itu juga dibantah Mursyidul AmPas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyatakan cadangan itubertentangan dengan keputusan Muktamar Agung PAS di Ipoh tahun lalu.
Nik Aziz berkata, sebarang keputusan mestilah berdasarkan keputusanyang diambil dalam muktamar agung parti dan keputusan lain hendaklahdibuat melalui satu mesyuarat khas yang dipersetuju oleh Pakatan Rakyat.
         
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2009 10:29 AM | Show all posts
alah mana politik pun kotor
jgn nak tipu la ckp pas, pkr, senang
ckp pakatan rakyat tak amal rasuah
kerat jari la aku berani ckp
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2009 11:10 AM | Show all posts
Rupanya Aminah sudah sedia menanti di PENANTI...

Takkan sorang saja kot?

Bagi cukup 20 orang lagi meriah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2009 03:10 PM | Show all posts
Larangan Kempen Pada Hari Mengundi Dikuatkuasakan Di Penanti


PUTRAJAYA, 27 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu semua parti politik dan penyokong parti terlibat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang mematuhi larangan berkempen pada hari mengundi mengikut Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata larangan berkempen itu termasuk meraih undi dan mendirikan 'pondok panas' bagi membolehkan pemilih keluar mengundi dengan tenang tanpa sebarang gangguan.

Katanya tempoh lapan hari berkempen perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh parti-parti politik tetapi kempen perlu dihentikan pada tengah malam 30 Mei seperti peruntukan undang-undang yang menetapkan kempen dihentikan pada pukul 12 malam menjelang hari mengundi.

"Saya mahu di Penanti ini (larangan) dimulakan, pengundi keluar dengan aman dari rumah dan tidak ada orang mengganggu pengundi, dan jika boleh, kita mahu ia dijadikan budaya dalam pilihan raya yang lain selepas ini.

"Dan tidak ada 'pondok panas' sebab ia adalah tempat untuk semak saluran dan tempat mengundi yang sebenarnya SPR telah sediakan kemudahan itu. Untuk tujuan ini, kita akan menambah kaunter semakan," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan tarikh pilihan raya bagi DUN Penanti, di sini, Isnin.

SPR hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi DUN Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 31 Mei.

Abdul Aziz berkata SPR akan mengadakan mesyuarat dengan polis pada minggu ini bagi membolehkan larangan itu dapat dilaksanakan, termasuk membincangkan untuk menghadkan jumlah penyokong pada hari penamaan calon dan pengumuman keputusan.

Beliau berkata cadangan menghadkan itu tiada dalam peruntukan undang-undang tetapi sebagai usaha untuk mengelak berlakunya sebarang kekecohan pada hari berkenaan.

Mengulas lanjut Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata larangan mendirikan 'pondok panas' dibuat kerana ia dianggap sebagai "pusat ketegangan di pusat pengundian" kerana ia sebenarnya menjadi tempat berkempen.

Beliau berkata SPR memaklumkan kepada semua parti politik dalam pertemuan dengan wakil parti berkenaan Khamis lalu dan polis, Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pegawai-pegawai SPR boleh menghalang sesiapa yang mendirikan pondok panas kerana ia termaktub dalam undang-undang.

Wan Ahmad berkata kesalahan mendirikan 'pondok panas' menjadi tanggungjawab calon dan ejen pilihan raya manakala kesalahan berkempen pada hari mengundi merupakan tanggungjawab individu iaitu penyokong.

"Mengikut Seksyen 27 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, tiap-tiap orang yang melakukan sesuatu perbuatan menyalahi undang-undang boleh didenda sebanyak RM5,000 dan dia tidak boleh oleh sebab sabitan itu didaftar atau disenarai sebagai seorang pemilih atau mengundi dalam mana-mana pilihan raya atau dipilih sebagai calon dalam mana-mana pilihan raya sehingga tamat tempoh lima tahun dari tarikh sabitan itu.

"Dan jika pada tarikh itu dia telahpun dipilih dalam mana-mana pilihan raya maka kerusinya hendaklah dikosongkan dari tarikh sabitan itu," katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=407081

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 03:54 PM | Show all posts

Reply #52 pentaga's post

alahai..bekas orang kuat PKR nak lawan PKR...apsal hah??? dah tak caya kat DSAI ker???

rupanya PKR walau usia setahun jagung penuh skandal dan sepak terjang politik...tak pasal-pasal Fairus letak jawatan oleh sebab orang PKR sendiri..

Miss Eli terdedah bogelnya  pon sebab orang PKR sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 03:56 PM | Show all posts

Reply #51 hyun's post

kalu tidak Fairus tak akan bagi kata dua...bersihkan nama saya atau saya akan dedahkan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2009 04:06 PM | Show all posts
Fairus tak lompat parti kira ok lah tu... itu tandanya dia masih tak memusuhi PKR..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2009 06:40 PM | Show all posts
Tanding Penanti: Biro Politik Umno temu waktu terdekat         
            Isnin April 27, 2009         
         
                      Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PUTRAJAYA: Biro Politik Umno akan bermesyuarat dalam masaterdekat bagi menentukan sama ada wakil parti itu akan bertanding padapilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang.
"Nantilah, kita akan bermesyuarat dalam sedikit masa lagi," kataPresidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BiroPolitik Umno pada sidang akhbar mengenai langkah kerajaanmeliberalisasi sektor kewangan, di sini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas status Umnodan Barisan Nasional sama ada akan bertanding pada pilihan raya kecilitu.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassinberkata, keputusan sama ada BN akan bertanding pada pilihan raya kecilkawasan Penanti akan ditentukan oleh Najib.
Menurut Muhyiddin, Najib akan mengadakan perbincangan dengan BiroPolitik parti yang dipengerusikannya dalam tempoh terdekat ini sebelummengambil keputusan tentang perkara itu.
"Sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno, PerdanaMenteri akan berbincang dengan Biro Politik dalam tempoh terdekat inidan akan membuat keputusan yang sewajarnya," katanya kepada pemberitaselepas merasmikan Majlis Penutup Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 diPlaza Angsana di Johor Bahru hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaancalon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti,Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan hari mengundipada 31 Mei.
Kerusi DUN Penanti itu kosong berikutan peletakan jawatanpenyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin, 33 daripada Parti KeadilanRakyat (PKR) pada 16 April lepas.
Fairus sebelum ini turut meletakkan jawatannya sebagai TimbalanKetua Menteri 1 Pulau Pinang berikutan dengan tuduhan terlibat denganrasuah.
Khamis lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)bagaimanapun menjelaskan ia tidak ada asas untuk mendakwa beliau.Padapilihan raya umum tahun lalu, Fairus memenangi kerusi tersebut dengan7,346 undi menewaskan calon BN Datuk Abdul Jalil Abdul Majid denganmajoriti 2,219 undi.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno turut ditanya tentangpandangan daripada pelbagai pihak termasuk daripada bekas PerdanaMenteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Umno Bahagian Permatang Pauh yangmahukan BN bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti itu.
"Kita akan mengambil kira semua pandangan," jawab beliau.
Selain pandangan mahukan BN bertanding pada pilihan raya kecil DUNPenanti itu, terdapat juga pihak yang berpendapat parti tidak perlubertanding untuk mengelak daripada terlibat dalam permainan politikpembangkang.
         
.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 06:40 PM | Show all posts
Pilihan raya kecil Penanti: Mesyuarat pertama PKR bincang calon Rabu         
                                                         Isnin April 27, 2009         
         
                      Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
PETALING JAYA: Badan Perhubungan Parti Keadilan (PKR) PulauPinang akan mengadakan mesyuarat pertama mengenai calon yang akanmewakili parti itu pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) Penanti Rabu ini.
Menurut Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk ZahrainMohamed Hashim beliau akan mempengerusikan mesyuarat tersebut bagimendapatkan maklum balas awal mengenai calon daripada ketua-ketuabahagian di negeri tersebut.
"Sekarang ini saya masih di Kuala Lumpur, insya-Allah kita akanadakan mesyuarat pertama Rabu ini. Dalam mesyuarat itu nanti kita akanbincangkan mengenainya (calon-calon yang sesuai)," katanya kepada mStar Online hari ini.
Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusan akhir mengenai calon yanglayak mewakili parti itu akan diputuskan oleh Ketua Umum PKR, DatukSeri Anwar Ibrahim.
Ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan PAS juga akanbertanding di kerusi tersebut, beliau yakin masalah itu akan dapatdiselesaikan dengan kaedah musyawarah.
"Selepas mesyuarat pertama PKR, kita akan adakan mesyuarat denganbarisan kepimpinan Pakatan (bersama-sama DAP dan PAS) untukmembincangkan mengenai isu calon mana yang akan mewakili Pakatan.
"Saya yakin pucuk pimpinan Pakatan akan dapat mencapai keputusan terbaik mengenai isu ini," katanya.
Jelas beliau, walaupun mengikut tradisinya kerusi tersebut milik PKRnamun perbincangan bersama dapat menyelesaikan isu tersebut.
Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Alimengizinkan sekiranya ada cadangan untuk meletakkan calon parti itupada pilihan raya kecil kawasan berkenaan.
Hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Penanti di Pulau Pinang akan diadakan pada 31 Mei ini.
Penamaan calon pula ditetapkan berlangsung 23 Mei, demikiandiumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di Putrajayapagi ini.
         
   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 06:41 PM | Show all posts
SPR larang adakan pondok panas dan peraih undi
                      Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
PUTRAJAYA: Parti-parti politik tidak lagi dibenarkanmengadakan barung atau pondok panas selain dilarang memancing undiketika hari pengundian.
Langkah ini akan dikuatkuasakan mulai pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kerusi Penanti bulan depan.
Ia diputuskan susulan pertemuan dengan parti-parti politik di sini Khamis lalu.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan langkah itu sebentar tadi.
"Bila kita buat (undang-undang larangan berkempen) selepas 12 tengahmalam, maknanya tidak ada kempen pada hari berikutnya sehingga pukul 5petang.
"Kita tak boleh tahan orang nak masuk... itu hak individu. Tetapikalau dia berkempen atau mendirikan pondok parti serta berkempen dipondok parti, itu yang menjadi fokus penguatkuasaan ini.
"Kalau kita dapat laksanakan budaya aman dan tenang dalam pilihan raya di negara kita ini, kita sudah berjaya," katanya.
         
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 12:38 PM | Show all posts

Reply #56 pentaga's post

tak memusuhi PKR tu ok ler..tapi tanda tanya kenapa dia dituduh rasuah (oleh orang PKR sendiri)..dan didapati namanya bersih...kan patut dia kekal kat penanti dari buat pemilu kecil...

ada apa-apa kot???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.568099 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list