CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2188|Reply: 40

UMNO Mahu Gempur...Bersedialah semua...

[Copy link]
Post time 24-4-2009 10:26 PM | Show all posts |Read mode
Umno siap gempur negeri Pakatan

Abdul Rahim Sabri | Apr 24, 09 7:23pm
kemaskini 8.08pm Umno sedang mempergiatkan usaha merampas empat negeri Pakatan Rakyat dalam rombakan terbesar barisan pengerusi perhubungan negeri hari ini sejak Datuk Seri Najib Razak mengetuai parti itu, akhir Mac lalu.

Najib sendiri kini memimpin Selangor dan melepaskan jawatan tersebut di Perak - tugas itu diserahkan kepada Datuk Zambry Abd Kadir, menteri besar selepas negeri itu dirampas kembali BN, Februari lalu.

Tan Sri Muhammad Muhd Taib digugurkan daripada pengerusi perhubungan Selangor dan juga ketua penerangan Umno Malaysia.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih pengerusi perhubungan Wilayah Persekutuan - sebuah lagi negeri yang dikuasai Pakatan dalam pilihanraya umum 2008.

Beliau menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang tidak dikekalkan dalam kabinet dalam rombakan awal bulan ini.

Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kini mengetuai badan perhubungan Umno Kedah, menggantikan bekas menteri besar Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Seorang lagi naib presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini mengepalai Umno Pulau Pinang, melepaskan jawatannya sebagai timbalan pengerusi Perak.

Beliau menggalas tugas yang dahulunya dipegang oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara di Terengganu yang menyaksikan pergeseran dua kumpulan - antara Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dengan tokoh yang digantinya Datuk Seri Idris Jusoh - diambil alih oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, seorang naib presiden Umno.

Perlis yang turut mengalami pergeseran dalaman juga menyaksikan pertukaran ketua perhubungan negeri - kini diketuai menteri besarnya Datuk Seri Md Isa Sabu, menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilantik menganggotai Majlis Tertinggi (MT).

Kelantan - yang dikuasai PAS selama 19 tahun - turut mendapat ketua perhubungan baru Datuk Mustapa Mohamed, menggantikan Tan Sri Annuar Musa.

Mustapa, yang mendapat jumlah tertinggi undi untuk anggota MT, pernah memimpin negeri itu dalam usaha Umno merampas Serambi Mekah itu

Selain lapan perubahan ini, lima ketua perhubungan negeri dikekalkan di Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Rombakan besar-besaran itu diumumkan Najib selepas mesyuarat pertama MT sejak pemilihan parti hujung bulan lalu di bangunan Umno petang ini.

Selain pengerusi perhubungan, Umno juga melantik Ahmad Maslan,  seorang timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebagai ketua penerangan.

Manakala Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dilantik menggantikan Datuk Azim Zabidi sebagai bendahari agung.

Ahmad Husni, yang dilantik menteri kewangan kedua awal bulan ini, juga memegang jawatan timbalan pengerusi perhubungan Perak.

Berikut ialah pelantikan jawatan Umno yang diumumkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
  
Setiausaha agung:    Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
   
Bendahari agung:    Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
   
Ketua penerangan:    Ahmad Maslan
   
Pengerusi perhubungan Umno negeri
        
PERLIS: Datuk Seri Md Isa Sabu
Timbalan: Datuk Zahidi Zainul Abidin
      
KEDAH:      Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan:  Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah
   
PULAU PINANG:   Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:  Datuk Zainal Abidin Othman
   
PERAK:  Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Timbalan:  Ahmad Husni Hanadzlah
   
SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan:   Datuk Noh Omar
   
WILAYAH PERSEKUTUAN:  Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:  Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
   
NEGERI SEMBILAN:  Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan: Datuk Shaziman Abu Mansor
   
MELAKA:  Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop
     
JOHOR:  Datuk Abdul Ghani Othman
Timbalan: Datuk Latiff Ahmad
   
PAHANG: Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan: Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin
   
TERENGGANU: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:       Datuk Ahmad Said
   
KELANTAN:  Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:   Datuk Awang Adek Hussin
   
SABAH: Datuk Seri Musa Aman
Timbalan:  Datuk Salleh Said Keruak

Najib turut mengumumkan semiblan ahli Majlis Tertinggi yang dilantik, iaitu: Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Nazri Aziz, Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Seri Ali Rustam, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Ghani Othman dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Presiden Umno itu juga mengumumkan pelantikan tambahan tiga lagi ahli MT dari kalangan sayap parti itu, iaitu Naib Ketua Wanita, Datuk Kamaliah Ibrahim; Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim dan ketua Puteri Umno Perak, Dr Wan Norashikin Wan Nordin.
   
Najib berkata semua menteri besar dari Umno yang tidak dilantik ke jawatan MT akan dijemput hadir mesyuarat.

Najib juga berkata, beliau mempengerusikan biro politik manakala Muhyiddin dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Umno dan juga pengerusi biro pendidikan.

Manakala pelantikan pengerusi biro-biro yang lain, tambahnya, akan dibuat dalam mesyuarat yang akan datang.

Ditanya mengenai pelantikan Rafidah dan Shahidan menganggotai MT, Najib berkata, mereka masih boleh memberi sumbangan kepada parti.

"Jadi kita ada kesinambungan dan pembaharuan," tambahnya.

Mengenai pertukaran pengerusi badan perhubungan Terengganu, Najib berkata: "Soal MB (menteri besar) itu lain, ini soal politik parti."


yang merah tue saje je aku buat cam tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2009 10:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 10:34 PM | Show all posts
Originally posted by syafiqrahim at 24-4-2009 22:26
Umno siap gempur negeri Pakatan

Abdul Rahim Sabri | Apr 24, 09 7:23pm
kemaskini 8.08pm Umno sedang mempergiatkan usaha merampas empat negeri Pakatan Rakyat dalam rombakan terbesar barisan p ...


pasukan gempor...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 10:38 PM | Show all posts
geng2 pkr/pas/dap berduka ker bergumbira dgn berita2 tuh???
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 10:43 PM | Show all posts
takutnyaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 10:46 PM | Show all posts

Balas #2 zulq24\ catat

nape bro...bro takut ke bile umno bersedia nak gempur nie...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2009 10:46 PM | Show all posts
wait and see
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 10:47 PM | Show all posts
nak rampas mcm MB haram ka hahahahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2009 10:48 PM | Show all posts
mengapa sekarang baru nak gempur? napa tak gempur di semua pilihanraya kecil baru2 ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 10:53 PM | Show all posts
eh jap2 najib jadi ketua perhubungan kat selangor...
aku rase x sedap hati jer...
skang nie pun zamry dah amik alih ketua perhubungan perak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 10:54 PM | Show all posts
buat apo gempur?
jentik skit pun dah goyang
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 11:00 PM | Show all posts
[img]
Originally posted by syafiqrahim at 24-4-2009 22:26
Umno siap gempur negeri Pakatan

Abdul Rahim Sabri | Apr 24, 09 7:23pm
kemaskini 8.08pm Umno sedang mempergiatkan usaha merampas empat negeri Pakatan Rakyat dalam rombakan terbesar barisan p ...

ketua gempor...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 11:04 PM | Show all posts
apa pun tauke judi tengku adnan masih dipilih setiausaha agong

dah lama gak dia jadi setiausaha agong dan walaupun dia ada kes mahkamah atau ditolak rakyat,umno masih lantik dia jadi setiausaha agong.

mungkinkah dia tidak diapa-apakan kerana jasanya menyumbang duit judi toto pada umno?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 11:06 PM | Show all posts

Balas #12 hammer\ catat

sape tu bro...
x kenal la...
info la sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 11:07 PM | Show all posts
Originally posted by golok mail at 24-4-2009 23:04
apa pun tauke judi tengku adnan masih dipilih setiausaha agong

dah lama gak dia jadi setiausaha agong dan walaupun dia ada kes mahkamah atau ditolak rakyat,umno masih lantik  ...


lagipun dia sorang tengku...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 11:12 PM | Show all posts
kalau betul tengku adnan tauke judi menjadi penderma wang kpd umno,aku terpikir gak adakah duit itu yg umno guna utk beli mi hoon goreng dan karipap pusing yg aku makan masa mesyuarat umno kg aku dulu??????

harap umno guna duit halal kaaaa.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2009 11:18 PM | Show all posts

Reply #16 golok mail's post

ko anggap ler bahagian mee hoon goreng & karipap pusing tu derma dari tan sri mokhtar albukhary
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 11:23 PM | Show all posts
muka2 lame kebal tol..ntah tangkal pe dieorg pki..xpuas2 lg telan duit rakyat ke..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 11:27 PM | Show all posts
Originally posted by zackmuska at 24-4-2009 11:23 PM
muka2 lame kebal tol..ntah tangkal pe dieorg pki..xpuas2 lg telan duit rakyat ke..


hek elehhh...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 11:31 PM | Show all posts

Reply #12 hammer's post

kaki gempor umno....



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.132848 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list