Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
32917
View
33
Reply

Ilmu motosikal

[Copy link]

Author: dune1989       Show all posts   Read mode

Author
Post time 28-4-2009 01:14 AM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum dan salam sejahtera kome..

teman nak bukak thread ini untuk teman jadikan suatu thread yang membantu para penunggang motor berkongsi ilmu
tentang jentera bernama motor ini. bukan apa, niat teman tidak mahu di kalangan penunggan motor ini ditipu dan dipermainkan oleh orang2 yang pakar tentang motor yakni orang2 di bengkel atau siapa2 sahaja. Jadi dialu-alukan untuk manusia2 di sini berkongsi ilmu bagi kesejahteraan dan kemakmuran penunggang motor di CARI Forum ini..

Biar saya mulakan..

Kalau rasa motor handling dah tak sedap dan lari..
saya syorkan anda periksa tiga perkara iaitu:-

1. Tayar depan
2. shaft depan (besi yang menyokong tayar pada rim dan diapit oleh fork depan)
3. bearing depan (alat yang mempunyai bola besi yang menyokong putaran rim ketika bergerak)

tayar yang botak mengakibatkan pemanduan mudah tergelincir dan tayar tidak cengkam. dan dalam buku panduan modenas juga mengatakan 90% kegagalan kawalan motor adalah disebabkan bunga tayar yang sudah botak.

shaft depan ini merupakan perantaraan diantara rim dan fork. andai shaft ini bengkok walau sedikit. ia akan meyebatkan
handling motor mudah lari dan ketika lap, anda akan rasa tak stabil. elakkan dari langgar lubang2 dalam kerana dikhuatiri
mampu membengkokkan shaft.

kerosakkan bearing juga mampu menyebabkan handling tidak baik. bearing yang rosak juga akan menyebakan rim terasa gelong dan sukar dikawal. ianya akan membuat penunggang merasakan handlenya itu seolah2 ingin kekiri dan kekanan
dalam sedikit perubahan tatkala ssedang menunggang. justeru ia mempercepatkan tayar untuk botak kerana putaran bearing tidak selari dengan rim.

saya ceritakan ini berdasarkan pengalaman yang baru saya dapat. lagipun saya pernah kemalangan motor dengan
bertembung kereta di hadapan. setelah banyak bengkel saya temui, satu mekanik Melayu di kedai Ah Hong kat sentul
berjaya membaiki motor saya dan memberikan handling kembali seperti baru beli. sekian, jika ada ilmu lagi saya akan kongsikan. InsyaAllah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 01:35 AM | Show all posts
wasalam..

motor aku dapat dari abang aku so aku x sedar until one of my friend bgtau lepas pinjam moto aku..

aku x sedar yang handle aku nampak sikit crooked to the left kalo bawak lurus.Tapi so far, xde plak rasa gelong sangat pon.lap pon ok jek.

Should i worry?
Btw,dah 2 tahun aku sedar it's a bit crooked and so far,xde jatuh,accident kecuali one time x sempat brek keta tengah melintas lefturn time ujan lebat depan aku..seb baik langgar spoiler die je..Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-4-2009 01:51 AM | Show all posts

Balas #2 InVendeTTa\ catat

lagipun part motor ini semua berkait rapat.
andai one komponen problem.
it may cause other problem.
lagipun teman ini agak detail dan sensitif bab motor.
ada rasa kurang baik dah risau.
suruh orang check.
dan teman selalu jalan jauh macam KL-Ipoh gitu..
jadi condition motor is the highest priority..

tentang motor kome tuh
kalau teman jadi kome.
even crooked sket teman suh pi repair..
khuatir ia akan jejas perjalanan teman jika long distaance.
and it may pendekkan jangka hayat sesetengah part motor..
just nak elakkan maintenancce jadi tinggi.

[ Last edited by  dune1989 at 28-4-2009 01:53 ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 02:02 PM | Show all posts

Kekadang abg dini ada gak rasa macam tergoyang-goyang masa bawak
Tapi rasanya sebab diri sendiri tak terer kontrol handle
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 12:47 AM | Show all posts

Balas #2 InVendeTTa\ catat

ohhh macam tu ke....skru hendel kau kena ketatkan balik..benda tu kat dalam,kena bukak cover set kepala baru nampak,kat area kunci tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 12:53 AM | Show all posts
ni bab spoket lak...biasenye motor kalu standat kuar kilang spoket musti kaw2 besar gile,macam modenas kris pakai 42/14.tujuan nye nak bagi pickup lebey la konon...tapi spoket besar camni menyebabkan tadak/kureng top speed seolah bila dah final gear tu masih nak masuk gear lagi..

aku mengesyorkan tukar ke saiz yang lebey kecik tapi jangan la kecik sangat...sedang2 je macam 38/15 ke,36/14 ke.gear 1,2 pun panjang sket dan final gear takde la mintak gear je...

selamat bereksperimen ngan spoket anda
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-5-2009 02:33 AM | Show all posts

Balas #6 zaujahzauji\ catat

terima kasih zauji..
ada idea lain tak yg boleh sebabkan motor jadi tak belen selain apa yg teman utarakn?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 09:48 AM | Show all posts

Balas #7 dune1989\ catat

body dah lari la tu...kau double stand kan motor kau...

hendek kasi lurus..

pastu kau mancangkung,tengok dari tayar blakang,kalu straight je ngan tayar depan means ok...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-5-2009 09:53 AM | Show all posts

Balas #8 zaujahzauji\ catat

kalau body lari takleh wat pe ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 10:04 AM | Show all posts
blehh...dismantle everything bagi tinggal rangka je...pastu ketuk la..

slalu kedai wat camtu..kos aku taktau plak bape hengget...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-5-2009 10:25 AM | Show all posts

Balas #10 zaujahzauji\ catat

cam mahal aje sebab banyak keja..
harap2 tak lari la..
jap dekat handle pon ada bearing kan?
itu pon leh jadi problem ke?
ade mekanisme lain dalam handle yg leh jejas kesedapannye?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 08:37 AM | Show all posts

Balas #11 dune1989\ catat

hendel kau ketat ke lari ke ape??

fork bengkok tak??

ni kemungkinan je...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-5-2009 10:02 AM | Show all posts

Balas #12 zaujahzauji\ catat

handle rase bile pusing time statik tak la ketat..
fork aku tuh dah lurus dah.sbb masa eksiden bengkel tuh dh welding..
cume yg msh perasan kepala mudguard tuh bile pusing kena wing kiri kanan..
sebab mudguard aku posisi dia dah senget sket dan terdongak sket..
dan kepak aku tuh yg tak ori..
dia nampak tak rapat bile pasang kt body..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 11:40 PM | Show all posts
Originally posted by zaujahzauji at 1-5-2009 00:53
ni bab spoket lak...biasenye motor kalu standat kuar kilang spoket musti kaw2 besar gile,macam modenas kris pakai 42/14.tujuan nye nak bagi pickup lebey la konon...tapi spoket besar camni menyeba ...


kalau zaman aku pkai kriss..aku pnah trun smpai
33/15..tp plg sedap 34/15..pick up cukup..top melentok..buat ulang alik kl-melaka..rekod pencapaian KL melaka 55mins campur bnti isi minyak ..pas tu oberhaul..huk2....kes2 emergency
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-5-2009 08:03 PM | Show all posts
Originally posted by t0m at 22-5-2009 11:40 PM


kalau zaman aku pkai kriss..aku pnah trun smpai
33/15..tp plg sedap 34/15..pick up cukup..top melentok..buat ulang alik kl-melaka..rekod pencapaian KL melaka 55mins campur bnti isi minyak . ...


mcam mane nak cakap ngan mekanik tuh?
brand aper ek yg better?
aper makna 33/15 tuh?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-6-2009 10:39 AM | Show all posts
nih aku petik dari satu website nih..
aku nak share ngan korang..

Petua tingkat prestasi enjin motosikal

ADA pemilik motosikal termasuk jenis kapcai tidak berpuas hati dengan prestasi enjin yang kadang kala tersekat-sekat apabila meluncur antara 60 hingga 90 kilometer sejam.

Ada juga yang mengalami gangguan ketika menukar klac baru, malah sesetengahnya risau kerana enjin mati di pertengahan jalan.

Sebenarnya, banyak perkara boleh dibuat untuk meningkatkan prestasi enjin. Selain pengubahsuaian karpekpekor dan ekzos penukaran kotak gear standard kepada kotak gear perlumbaan boleh dibuat walaupun kosnya tinggi.

Begitu juga dengan pengubahsuaian sistem penyalaan enjin. Palam pencucuh walaupun hanya satu komponen kecil enjin dapat menyumbang kepada peningkatan kuasa dan ini membabitkan komponen berkaitan seperti kabel plug dan gegelung utama atau main-coil menghasilkan api kepadanya.

Pada peringkat awal pengubahsuaian mungkin boleh menumpukan perhatian kepada bahagian asas dulu seperti penukaran piston perlumbaan (racing), porting atau pengilatan salur masuk bahan api untuk melawaskan kemasukan bahan api dan pengeluaran gas ekzos.

Selain itu, pengubahsuaian kotak udara menggunakan penapis udara "free-flow" lebih cekap seperti K&N juga boleh dipertimbangkan.

Jangan dibuang terus penapis udara kerana ini menyebabkan kerosakan pada dinding piston dan silinder yang serius.

Peningkatan kuasa enjin harus disesuaikan pada semua bahagian enjin dan jentera itu sendiri.

Peningkatan pengeluaran kuasa daripada pembakaran memerlukan sistem ekzos lebih lawas dan ini memerlukan sistem brek lebih cekap, tayar lebih baik serta suspensi untuk memberi kawalan sepatutnya pada jentera secara keseluruhan, terutama apabila keadaan memerlukan seperti mengambil selekoh tajam dan membrek kecemasan.

Pemilihan palam pencucuh sebenarnya mengikut corak pemanduan individu dan perlu berpandukan keadaan palam pencucuh berkenaan. Buka dan perhatikan keadaan palam pencucuh motosikal sama ada ia terlebih panas dan mempunyai kesan seperti warna putih dan tukar kepada yang lebih panas jika ini terjadi.

Ada juga bukan berpunca daripada palam pencucuh tetapi lebih kepada campuran bahan api yang terlalu banyak atau rich, kerana letusan terjadi sewaktu memperlahankan jentera membayangkan bahan api tidak habis terbakar sewaktu pembakaran. Ia mungkin sebab mengapa motosikal anda tersekat-sekat sewaktu pemanduan.

Masalah ini juga boleh menggambarkan penapis udara tersumbat dan perlu diganti. Harus dinyatakan bahawa panduan hanya panduan pengeluar dalam keadaan pemanduan biasa.

Jika menunggang motosikal dalam keadaan ekstrem seperti jalan yang banyak habuk, penukaran penapis udara perlu dilakukan lebih kerap untuk disesuaikan dengan keadaan pemanduan anda.

Bagi enjin yang melahu atau idle turun naik selalunya menggambarkan masalah bahan api yang tidak sekata.

Masalah ini mungkin disebabkan karpekpekor kurang baik atau mengalami kebocoran angin yang disedut masuk, menyebabkan campuran bahan api menjadi tidak sekata sewaktu melahu.

Kebocoran ini mungkin datang dari kotak udara atau dari sisi silinder karpekpekor yang haus. Kemungkinan juga melalui getah penutup atas karpekpekor yang rosak.

Timing chain yang rosak selalunya amat bising dan jarang menghasilkan kelajuan melahu turun naik walaupun kemungkinan ia terjadi pada timing chain yang terlalu memanjang dan tidak lagi dapat ditegangkan oleh penegang atau tensioner.

Ada juga yang ingin tahu mengenai jangka masa penyimpanan motosikal hingga berbulan-bulan.

Kemungkinan terjadinya kerosakan tetap ada walaupun risikonya rendah. Sebaik-baiknya, tanggalkan terminal atau kepala bateri anda untuk melindungi bateri dari mengecas (discharging) dan pastikan bateri dicas semula sebelum anda menggunakan kembali motosikal.

Tutup motosikal dengan baik untuk mengelakkan serangga daripada bersarang di tempat yang tidak dikehendaki seperti kotak udara (airbok) dan pastikan tempat penyimpanan motosikal bebas dari gangguan tikus dan lipas yang mungkin berselera melihat jalinan wayar yang berwarna warni.

Seeloknya tutup lubang ekzos dan lubang kotak udara untuk mengelakkan kelembapan udara dari masuk ke bahagian enjin.

Mampatkan juga kebuk pembakaran dengan menekan penghidup tendang atau starter supaya piston berada di kedudukan paling teratas (top dead centre). Ini bertujuan melindung udara lembap daripada memasuki kebuk pembakaran dan menyebabkan karat.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-6-2009 10:41 AM | Show all posts
lagi satu:-

Sistem tekanan tayar tidak sama

Soalan

BERAPAKAH tekanan tayar motosikal JRD bagi tayar depan dan belakang? Bolehkah saya menukar saiz tayar JRD bagi depan ke saiz 70/90 dan belakang 80/90? Jika saya menggunakan tayar saiz 70/90 bagi tayar depan adakah ia menyebabkan bacaan speedometer kurang tepat?

Saya ingin tahu sama ada saiz tayar 70/90 17 sama saiz dengan 2.50 17 dan saiz tayar 80/90 sama saiz dengan saiz tayar 2.75 17. Bagaimanakah pula tayar 60/90 17?

Selain itu, bolehkan saya menukar klac automatik motosikal JRD 110 sport kepada Honda EX5 kerana yang asal mengeluarkan bunyi bising?

Jawapan

TEKANAN tayar perlulah disesuaikan mengikut panduan manual motosikal dalam lingkungan 35 psi bergantung penggunaan dan bebanan. Penukaran tayar kepada saiz lebih besar atau kecil menyebabkan bacaan tidak tepat pada speedometer kerana sukatan kelajuan berdasarkan pusingan dan diameter tayar asal.

Ini selalunya tidak memberi kesan amat ketara, kecuali jika menukar saiz rim tayar. Saiz tayar selalunya diberikan dua angka seperti 80/90.

Angka pertama merujuk kepada kelebaran tayar dan bagi kes ini ia selebar 80 milimeter (mm) ataupun 3.20 inci. Angka kedua pula merujuk kepada nisbah ketinggian berbanding lebar tayar dalam peratus.

Angka 90 bermaksud ketinggian tayar adalah 90 peratus daripada kelebaran tayar. Saiz 2.50 17 ialah ukuran tayar dalam inci, manakala 80/90 17 pula adalah ukuran dalam metrik atau mm.

Saiz ini ialah kelebaran maksimum tayar. Sistem ukuran tayar ini berbeza daripada satu jenama dengan jenama lain malah ada jenama hanya menggunakan kod huruf untuk saiz tayar mereka.

Periksa dulu pembekal tayar untuk kepastian kerana tidak dapat dijelaskan secara terperinci di sini.

Penukaran klac disyorkan diganti dengan peralatan asal walaupun mungkin klac jentera lain boleh digunakan. Pastikan kesesuaian dulu sebelum menjalankan pengubahsuaian.

terima kasih kepada Hamba Allah SWT yang membuat artikel ini..
harap ia berguna utk umat manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 08:28 AM | Show all posts
biasanya brand RKM, kalau takde SSS pun boleh juga... sama je company...

saiz / bil gerigi
Front 15
Rear 33
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 06:01 PM | Show all posts
6# zaujahzauji

bab spoket modenas...cun la tu 36/14 bagi mesin stenderd n nk buat jalan jauh..tp klu dlm KL tak sedap sgt kot..
kalo yg dah modi mcm kriss aku dulu buat pkai highway..pnah trun smpai 33/15..sedap la buat jalan jauh...juga belumbe dlm KL...rindu plak kt kriss...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2015 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk tnye nie kpd abe2 legend kt forum nie, ada siapa tahu n boleh bgtau cara utk adjust handle dan kaki tiga lurus kembali tkde senget atau lari? Nie kes motosikal lepas excident mesti kepala@tayar depan@handle lari kan. Semua expert motosikal tahu kot apa yg saya sampaikan ni. Persoalannya, boleh kah ianya dibaiki seperti baru sedia kala. Adjust lurus kembali seperti baru? Kalau boleh bukak semua component kaki tiga n handle kt dlm tu ke? Sebab kalau adjust hentak kiri kanan still tak boleh lurus cun cun jgk. Jadi cmne tu? Sesiapa saja.. TOLONG!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.101604s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list