|
salams geng!!!
sempena hari ibu, meh kita luah kan rasa terima kasih kepada org yg paling menyayangi kita.....ibu.
cuba sharekan cerita cerita/pengalaman/luahan tentang ibu anda....
kita date ngan pakwe/makwe...ibu kita 'lupa'kan.
...........tp bila susah hati pakwe/makwe blah, ibu jgak kita cari..
maybe nak share a funny story, or simply a picture pun ok!
anything about ibu! ok!
InsyaALlah, post yang menarik, akan di kunjungi kredit2 yer!*
*valid till (to be confirmed).
[ Last edited by hitamputih at 8-5-2009 12:04 ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggupmenyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggupmencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggupmengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggupmembersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggupmembuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
betapa besarnye pengorbanan ibu.. |
|
|
|
|
|
|
|
mak.................................!!! i love uuuuuuuuuu..........
aku cinta pada mu ibu ku... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 hamx25's post +Reply #3 kujakucha's post
|
|
|
|
|
|
|
skrg ni saya plk jd ibu pada 2 anak..harap2 dpt jadi ibu yg mithali yg solehah..Amin |
|
|
|
|
|
|
|
interesting topic.
sekejap yea abg tam yang baik sy menagrang meow meow |
|
|
|
|
|
|
|
Doa seorang ibu
Doa seorang ibu
Dahulukala di negeri Arab ada seorang pemuda yang sangat terhormat.
Setiap orang mencintainya kerana budi dan amalnya. Ilmunya yang tinggi menyebabkan namanya bertambah harum. Ibunya sangat bahagia sekali mempunyai anak yang dihormati oleh setiap orang. Itulah sebabnya mengapa anaknya tidak diperbolehkan menuntut ilmu ke negeri jauh.
Pada suatu hari anaknya yang sangat dicintai ini menghendaki pergi ke Mekah. Maksudnya ingin menambah ilmunya ke negeri yang sangat mulia itu.
Tentu sahaja ibunya sangat keberatan apabila anaknya merantau ke Mekah. Apalagi dia akan bermukim di sana beberapa tahun.
"Anakku!" kata ibunya pada suatu malam.
"Engkau adalah mutiara hatiku. Ibu sangat tersiksa apabila engkau pergi ke Mekah. Ibu sudah tua, maka sangat berat sekali jika berpisah dengan engkau. Batalkan niatmu nak!" Kata ibunya menasihati.
Akan tetapi kerana tekad anaknya yang sudah tak dapat dibendung lagi, berangkatlah ia ke Mekah. Nasihat ibunya sudah tak dihiraukan lagi.
Sekarang ibunya tinggal sendirian di rumah dengan deraian air mata. Hatinya menjadi sakit sekali kalau mengingatkan anaknya yang tak memperdulikan nasihatnya itu.
"Ya, Tuhan," demikian ibunya merintih.
"Sesungguhnya anakku telah membakar hati hamba, dengan pemergiannya. Turunkanlah siksa kepada anakku, ya Tuhan."
Hampir setiap malam ibunya berdoa demikian.
Anaknya pada waktu itu telah sampai di Mekah. Dengan giat sekali ia mencari ilmu dan beribadah di sana. Pada suatu malam yang buta, terjadilah satu musibah menimpa dirinya. Pada waktu itu ada seorang pencuri masuk ke rumah seorang saudagar kaya. Tetapi malang bagi pencuri kerana perbuatannya diketahui oleh tuan rumah. Pencuri itu lalu lari lintang pukang menyelamatkan diri. Tetapi jejaknya ini telah diekori oleh tuan rumah.
"Ah, cilaka aku jika aku tidak mencari akal," kata pencuri di dalam hati, "Biarlah aku masuk ke masjid, mungkin aku dapat menyelamatkan diri."
Kebetulan ketika dia sampai di masjid dilihatnya orang yang sedang berzikir. Dengan licik sekali lantas dia berteriak-teriak sambil menuding-nuding orang yang sedang berzikir.
"Pencuri, pencuri....." teriaknya keras sekali.
Tuan rumah ketika sampai di masjid langsung sahaja menangkap orang yang disebut pencuri itu. Tanpa fikir panjang lagi dia lalu diseret dihadapkan kepada raja. Malang bagi dia, kerana raja memberi hukuman kepadanya dengan dipotong tangannya, kakinya dan dicungkil kedua matanya. Setelah itu raja memerintahkan kepada hulubalangnya untuk mengarak pencuri itu di hadapan umum.
"Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang," kata pegawai raja di sepanjang jalan.
Sewaktu arakkan sampai di pasar berkatalah orang yang dituduh mencuriitu kepada pegawai raja:
"Wahai pegawai! Janganlah engkau berkata begitu tetapi katakanlah begini: Inilah balasannya kalau orang durhaka kepada ibunya. Ayuh, katakanlah begitu!"
Para pegawai pun menjadi hairan sekali mendengarkan saranan yang dituduh itu.. Hatinya menjadi ragu, apakah betul ucapannya itu atau pura-pura. Ternyata setelah diselidiki lagi orang yang didakwa sebagai pencuri itu betul-betul bukan pencurinya. Para pegawai raja kemudian membebaskannya untuk dihantar ke rumah ibunya.
Ketika sampai di rumah maka para pegawai raja meletakkannya di muka pintu rumahnya. Keadaannya yang cacat ini menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali hanya memanggil-manggil dari luar. Dari dalam rumah dia mendengar ibunya sedang beroda:
"Ya Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya hamba dapat melihatnya." Doa ini diucapkan oleh ibunya berulang-ulang kali sampai ada suara anaknya yang berpura-pura menjadi pengemis, "Ya tuan, berilah hamba sedekah."
"Datanglah ke sini mendekat pada pintu," terdengar suara dari dalam.
"Bagaimana tuan saya dapat mendekat, padahal saya tak punya kaki," jawab anaknya.
"Kalau begitu hulurkan sahaja tanganmu," jawab ibunya dari dalam.
"Tuan, maafkanlah hamba kerana hamba tak punya tangan, tangan hamba telah dipotong."
"Jika demikian bagaimana aku dapat memberimu, padahal aku bukan muhrimmu?" jawab ibunya.
"Tuan, janganlah tuan khuatir sebab kedua mata hamba telah buta," jawab anaknya.
Ibunya yang belum mengerti bahawa pengemis itu sebetulnya adalah anaknya sendiri, terpaksa keluar dengan membawa sepotong roti. Tetapi ketika roti itu diberikan, tiba-tiba pengemis merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis.
"Ibu...... maafkanlah ibu! Sebetulnya hamba adalah anakmu sendiri yang telah mengalami nasib seperti ini, Ibu, hamba merasa berdosa kepada ibu, maafkanlah ibu."
Ibunya yang setelah mengetahui nasib anaknya yang mengerikan itu lalu berkata:
"Ya Tuhan, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah hamba maafkan. Tetapi sungguh mengerikan siksa anakku ini ya Tuhan. Hamba tak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa. Ya Tuhanku, akhirilah hidupku ini bersama-sama anakku sehingga kami tidak menanggung malu lagi."
Doanya dikabulkan oleh Allah, dia dan anaknya mati bersama-sama. Demikian nasib anak yang tidak menuruti kepada orang tua, dan orang tua yang kurang reda kepada anaknya di dalam mencari ilmu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kekasih aku sekarang adalah ibuku... forever n ever..
girlfriend aku takdak lagi...buat masa ni malas nak cari... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 kujakucha's post
nice story, tp sy galakkan mengarang tentang IBU sndiri, nak rasa keikhlasan seorang anak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #5 hitamputih\ catat
mak saya wkt kami adek beradik still sekolah,garang & tegas.mak saya bekerja..dulu saya dok hostel dari form1-form5.hujung minggu je saya mtk dorg dtg jenguk saya..
apa nak cite ye..saya dah xde abah.abah saya meninggal 2005.waktu tu saya tgk keadaan mak, mmg rasa mcm x nak blk dah KL,nak jaga mak..mak terlampau sedih wkt tu.selama ni dia terlalu bergantung pada arwah abah..x dpt bayangkan kalo mak x de |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 kujakucha's post
hmmmm so camna awak mnjaga dia? |
|
|
|
|
|
|
|
hurm...
actually xpandai bercerita dengan menaip.
kalau depan2 sure banyak je mulut ni nak mengkepohkan.
tapi i will try my best nak mengecohkan thread mod t kita
o2 dilahirkan dalam keluarga yang semuanya lelaki.
cuma perempuan dalam keluaraga o2 mak o2 dan o2 sndr.
mak o2 adalah mak, adalah kawan, adalah kakak, dan juga teman dan musuh
boleh kata semua benda o2 akan cerita kat mak o2.
as for me, mak o2 adalah seorang yang sporting sebab o2 boleh disucss apa sahaja dengan dia.
in fact kadang-kadang o2 pula yang rasa o2 xberapa nak open minded
o2 dan mak selalu pergi shopping sama2.
selalu pergi vacation bertiga (mak ayah dan o2)
and mak faham apa kesukaan o2
dia sellau support o2 dengan apa je.
tapi bila dia xsuka dia akan ckp
masa o2 masih kanak-kanak, mak o2 memang jadikan o2 macam perempuan sungguh.
o2 dipaksa pakai gaun, pakai skirt dan pki segala barang kemas semua.
masa tu ada juga adegan memberontak.
sebab o2 xselesa.
bila dah masuk sekolah, o2 sgt2 cerewet orangnya
nak pergi sekolah, rambut o2 akan ditocang dua.
bila part ni o2 mmg jadi ganas sikit.
sebab o2 nak tocang tu betul2 kemas dan lawa.
dan centre
so banyak kali mak kena buatkan.
tapi mak o2 sabar...
ayah suruh potong rmbt, mak xbagi sebab mak kata sayang.
rambut o2 masa tu pnjg sgt.
smpi o2 sndr xselesa sebenarnya
tapi mak sebab nak tengok satu2nya ank pmpn dia jadi pmpn mak ikutkan je karenah o2.
bila masuk sklh menengah,
o2 mengaku o2 adalah anak yang sgt spoil.
dah masuk sklh menengah semua benda mak kena uruskan lagi.
dari baju sekolah semua mak gosokkan
walau usia mak waktu o2 sekolah menengah dah banyak
mak masih gunakan semua tenaga yang mak ada siapkan sarapan untuk o2,
bangunkan o2
dan tunggu o2 balik makan sama-sama.
mak sgt penyabar
dan o2 jua mengaku dulu o2 xsama dengan o2 yang skrg
o2 suka marah2.
o2 suka memerintah
o2 suka mengamuk.
tapi mak sabar...
mak tetap layan o2.
dengan segala karenah o2.
masa o2 form 4, o2 dapat masuk asrama.
tapi mak o2 xbagi o2 pergi masa ni.
mak kata o2 xready lagi untuk hidup sndr.
masa 2 o2 merajuk 2mggu dengan mak.
sebab o2 mmg nak sgt masuk asrama
sebab masa o2 form 4 abg2 o2 semua dah bljr kat uni.
so o2 tggl seorg je dirumah
o2 xnak.
kawan2 pown rmi yang pergi ke asrama.
tapi o2 ikutkan juga bila pihak yang bekuasa ayahanda dah keluarkan arahan.
bila habis sekolah, o2 masuk uni.
o2 baru sedar... yang o2 mmg xmampu hidup tanpa mak ayah dengan o2.
first few months o2 kat uni, o2 hari2 menangis.
hari2 o2 akan call mak.
lagi2 bila bulan puasa datang
baru o2 sedar.
mak xada, o2 jadi hilang.
setiap kali buka atau sahur o2 akan menangis.
tapi o2 masa tu nak exam.
jadi o2 kuatkan semangat
dan o2 tahu masa tu mak ayah juga rasa apa o2 rasa
sebab mak ayah akan call o2 waktu sahur
dan waktu buka tanya makan apa semua.
dan waktu kat uni mmg setiap mggu o2 balik.
bila o2 balik, mak mesti masak apa yang o2 suka.
bila nak exam, o2 akan jadi takut sgt2.
o2 takut gagal
dan setiap kali exam o2 akan menangis smpi lebam2 mata
dan emaklah yang selalu ada
dan emaklah org yang pujuk o2
emaklah yang tenangkan hati o2
emaklah yang peluk o2.
emak xpernah tgglkan o2.
masa tahun pertama kat uni...
as semua orang yang kenal otakotak waktu otak2 mula reg dlm forum ni...
maklah org yang paling banyak tlg o2.
selama 2 tahun o2 hilang diri o2
o2 jadi org lain
o2 xberkwn dengan sesiapa.
maklah yang selalu ada untuk o2
terima kasih mak.
samapilah saat skrg mak masih ada untuk o2
dan smpi skrg mak masih risau ttg keadaan o2 walaupun skrg o2 dah cukup tua untuk mak risaukan.
sejak berlakunya peristiwa itu,
o2 sedar,
mak segala-galanya untuk o2.
sekarang alhamdulilah.
o2 bukan lagi o2 yang dulu yang spoil yang memberontak yang marah and suka mengamuk.
sekarang o2 xlagi bergaduh dengan mak atau merajuk
gaduh2 manja 2 adalah
lagi-lagi klu mak asyik layan crt indon je smpi xlayan o2 nak mengada mengadu kat dia
selebihnya o2 harap o2 dapat bls semua jasa mak.
buat masa skrg apa yang o2 mampu buat hanyalah sikit sgt.
sgt2 sedikit.
xakan terbls jasa mak...
maklah yang mengandungkan o2
berjuang melahirkan o2
menyusukan o2
mendukung o2
mengajar o2
membelai o2
melimpahkan o2 dengan semua kasih syg yang ada
sh'e smy everything.
buat puan **** ****** bonda yang tersayang
She used to be my only enemy and never let me be free
Catching me in places that I knew I should'nt be
Every other day I crossed the line I didn't mean to be so bad
I never thought you would become the friend I never had
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All that you did was love
Mama I love you.Mama I care
Mama I love you . Mama my friend. You're my friend
I didn't want to hear it then but I'm not ashamed to say it now
Every little thing you said and did was right for me
I had a lot of to think about,about the way I usedto be
Never had a sense of my responsibility
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes, all that you did was love
Mama, I love you. Mama, I care
Mama, I love you. Mama ,my friend. You're my friend
But now I'm sure I know why,
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All I can give you is love is love
Mama I love you. Mama, I care
Mama, I love you. Mama, my friend,You're my friend
Mama, I love you, Mama ,I care
Mama, I love you, Mama, my friend, You're my friend
thx ma for being my friend. my enemy, my sis, my teacher, and the one and only my mother. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 hitamputih\ catat
saya baru je sebulan kawen waktu arwah abah meninggal tu & still ada 1 sem lagi nak abeskan.saya nak ambek cuti 1 sem,nak jaga mak,tapi hubby x bg waktu tu..dia kata,alang2 tinggal 1 sem je lagi.adek saya siap quit dari Unisel yg sorg tu quit dari keje..
saya x dptla nak jaga,tp slalu blk ujung minggu tgk keaadan mak..tp Alhamdulillah,mak dah ok skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Ibu.. kau ratu hatiku.... LOve U.. |
|
|
|
|
|
|
|
mama.... i love u. dirimu terlalu tinggi nilainya di hatiku..... |
|
|
|
|
|
|
|
dh post....dh dpt kedit....tp nk post lg.....
HAPPY MOTHER'S DAY!!! |
|
|
|
|
|
|
|
xtahu mcmna nak cite psl ibu
ibu aku bks seorg staff nurse
kawin dgn ayah ms umur 17thn ms mengikuti kursus kejururawatan
dia satu2nya anak pompuan yg abis belajar & bekerja
dtg dr keluarga yg agak berada
umur dia 20 thn aku dilahirkan
aku ni anak no2 dr 7 org anaknya
aku gak anak pompuan sulung
mmg rapat dgn ibu
muka pun sama je
ibuku ini mmg garang orgnya
kami adik beradik selalu kena rotan, cubit, marah dan bebel
prnh aku bertanya nenek samada aku ni anak ibu ke atau anak tiri
jht tul aku coz pikir camtu
ms form 4 aku kena rotan blh thn gaklah sebabnya aku tlh buatkan makmal sek hampir terbakar coz aku meniru ala2 mac gyver tu
bkn takat kena rotan je tp kena grounded dan x leh mkn ari tu
salah sendiri tanggung ajelah
lps result spm kuar, aku dpt offer ke london utk further study kat birmingham tp ibu x bagi coz aku ni pompuan, suruh aku buat form 6 je, aku redha dan ikut tanpa bantahan
entahlah x rasa apapun bila dia x bagi
ms umur 20 thn ibu bg hadiah adik bongsu yg kini berusia 21 thn
kesian kat ibu ms ngandungkan adik selalu x sihat
ibu yg disiplinkan kami, didik kami dan juga menjaga kami bila kami demam
ibu sanggup x mkn asalkan kami adik beradik dpt mkn
ibu menjaga maruah ayah sebg suaminya
x prnh ibu menceritakan hal ehwal ayah pd org lain
ibu seorg yg sabar dan tabah bila kwn ayah beritahu yg ayah kawin satu lg dan ms tu ibu tgh ngandungkan adik bongsu
ibu x prnh kongkong ayah tp dia selalu awasi pergerakan anak2nya
ms kat u, aku pasti akan call ibu 3 hari sekali
pagi, tengahari dan mlm wlpun cuma 3 min xpelah
klu stress je aku pasti cari ibu
klu sedih pasti aku cari ibu
klu marah pun aku pasti cari ibu
bila tension yg dah xtertahan, aku pasti call ibu beritahu, tup2 ptg tu ibu dtg dgn bawak kuih kegemaran lg
ibuku mmg pandai msk
namun kenangan indah itu dah berlalu bila ibu pulang kerahmatullah tahun 1995
gelapnya hidupku tanpa ibu
bila kurindu, pasti akan ku ziarah kuburnya
bacakan fatihah buat dia
bacakan yassin utknya
setiap tahun bila menjelang syaaban past ku adakan kenduri sebg sedekah bg pihaknya
hasil didikannya, abgku adalah org penting dlm PIDF, aku sorang lawyer, adik lelakiku sorang engineer, adik pompuanku sorang analysist, sorang lg adik pompuanku kat TM, adik lelakiku seorg technician dan yg bongsu br menerima diploma smlm
Tiada kata2 yg dpt membayangkan betapa aku amat menyayangi dan mencintai ibuku |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum..sy pn nk t'pang b'rita.pasal ibu..sy dh xde ayah,ayah m'ggal dunia dlm 30 taun mak sy lah yag m'jaga kami adik-beradik seramai 6 org..mcm2 dugaan yg menimpa mak tap mak tetap tabah besabar me'hadapi segala dugaan..ms tu umur sy 5 taun tap s'rg ni dah 30an..tapi 2 la ingat la ms kami kecik2 dulu susah mak nk cari duit utk kami belajar..betapa perit seorg ibu hendak menangung ank2 yg masih kecil rasa sedih sgt bila t'ingat2kn ms dulu..tap klu tengok anak2 s'rg mcm x m'hargai p'bonan s'org ibu.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|