CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: poshbabe01

Perihal Penyakit Busung...

[Copy link]
Post time 8-12-2009 04:50 PM | Show all posts
Aku ada tengok kat testemoni jus mate 5 tu, katanya busung beransur hilang, korang gi la try jenguk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2009 04:51 PM | Show all posts
15# fariepari
kalau nak diberi markah rasanya yang di kanan boleh bagi markah lebih sebab dia ada expose something else....amacam setuju ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 04:55 PM | Show all posts
Punca gejala dan penyakit BusungBusung


WARNA cecair yang disedut keluar akan menerangkan punca penyakit busung. Foto ihsan DR. AHMAD SHUKRI.
--------------------------------------------------------------------------------
Oleh: AIZAWATI AHMAD

PENYAKIT busung sering dikaitkan dalam masyarakat Melayu dengan kepercayaan kepada kewujudan ilmu hitam.

Keadaan pesakit yang menderita berikutan perut mereka membesar sepertiwanita mengandung turut menyumbang kepada tanggapan negatif masyarakatterhadap pesakit, lebih-lebih lagi jika si penghidap itu seorang lelaki.

Tanggapan umum akan bertambah buruk sekiranya pesakit itu juga mengalami muntah darah.

Bagi mencari jalan penyelesaian, bomoh selalu dijadikan tempat untukmendapatkan rawatan dengan harapan penyakit yang dikatakan akibatbuatan orang ini dapat diubati segera.

Kepercayaan karut ini tanpa disedari telah menyebabkan nyawa pesakitturut terancam hanya semata-mata kerana mereka enggan merujuk masalahkesihatan mereka kepada doktor pakar.

Pakar Perunding Perubatan dan Gastroenterologi Hospital KualaTerengganu, Dr. Ahmad Shukri Datuk Md. Salleh berkata, busung bukanpenyakit buatan orang seperti yang menjadi kepercayaan masyarakatMelayu selama ini.

Menurut beliau, busung atau asites merupakan satu keadaan di mana airterkumpul di dalam abdomen pesakit berpunca daripada penyakit tertentu.

``Biasanya pesakit yang menghidap sirosis hepar berisiko tinggi untuk memperoleh penyakit busung,'' katanya.

Gejala penyakit ini boleh berlaku secara cepat atau perlahan dan puncayang paling kerap ialah apabila berlaku kerosakan hati (sirosis hati)hingga menyebabkan fungsi hati terganggu. Ini kemudian menyebabkanberlaku pengumpulan cecair dalam badan yang masuk ke abdomen.

Dr. Ahmad Shukri menjelaskan, biasanya pesakit busung akibat sirosishepar akan mengalami penurunan berat badan akibat kurang selera makandan kekurangan kandungan protein di dalam badan.

Mereka juga berhadapan dengan masalah limpa yang membesar. Punca utama sirosis hepar adalah virus Hepatitis B yang kronik.

Beliau berkata, 80 peratus daripada pesakit hepar yang kronik boleh mengalami busung semasa jangka hayat pesakit berkenaan.

Selain sirosis hepar, ada segelintir pesakit mengalami masalah buahpinggang yang menyebabkan kehilangan protein melalui air kencing.

Malah setiap kali bangun pagi, mereka akan mendapat kebengkakan disekeliling mata dan pada waktu petang pula, kaki mereka menjadi lebihbengkak.

Busung akan terjadi akibat kekurangan kandungan protein di dalam darah.

``Jika busung ini berpunca daripada masalah jantung pesakit akan berasa sesak nafas,'' ujarnya.

* Tanda-tanda

Dr. Ahmad Shukri menasihati orang ramai supaya lebih peka terhadappenyakit busung kerana ia boleh menjadi tanda bagi penyakit yang lebihserius seperti barah.

Katanya, barah yang berpunca daripada usus, hepar dan organ dalamanyang lain boleh merebak ke permukaan peritoneum dan menyebabkan busung.

Antara tanda-tanda busung ialah:

* Pembengkakan dan ketidakselesaan di bahagian abdomen

* Penurunan berat badan.

Apabila busung tersebut semakin membesar ia akan menyebabkan berlakunyaumbilical hernia iaitu pusat menjadi besar dan tersembul keluar.

Jika busung berpunca daripada sirosis hepar, pesakit juga mungkinmengalami muntah berdarah disebabkan oleh pembengkakan saluran darah diesofagus yang dikenali sebagai esophageal varices.

* Punca

* Sirosis hepar

* Radang hepar

* Kegagalan jantung

* Sindrom nephrotic iaitu penyakit buah pinggang yang menyebabkankehilangan protein pada air kencing dan menyebabkan pengumpulan air dibahagian abdomen

* Radang pankreas akan menyebabkan berlakunya pengeluaran cecair.Pesakit juga akan berasa sakit di ulu hati yang boleh merebak dibahagian belakang badan di mana pesakit akan mengalami sakit belakang

* Barah yang merebak ke peritoneum yang berpunca sama ada daripada usus, hepar, ovari, pankreas dan organ dalaman yang lain

* Tuberculosis

* Trauma

* Sindrom Budd-Chiari

* Komplikasi

* SBP iaitu radang pada permukaan peritoneum di sebabkan oleh infeksi

* Pleural effusion iaitu satu keadaan apabila cecair terkumpul pada lapisan luar paru-paru

* Pusat membesar serta tersembul keluar (Umbilical hernia)

* Kegagalan buah pinggang.

* Pemeriksaan

Pemeriksaan fizikal termasuk di bahagian abdomen dan jantung pesakitadalah penting untuk mengenal pasti punca yang menyebabkan busung.

Ultrasound dilakukan bagi melihat keadaan hati dan organ-organ dalamanyang lain seperti pankreas, ovari. Ia juga akan dapat mengesan tahapbusung atau pengumpulan cecair di dalam abdomen.

CT scan abdomen mungkin perlu dilakukan sekiranya ultrasound gagal memberi sebarang maklumat yang dikehendaki.

Diagnostik tap iaitu pengambilan contoh cecair di bahagian abdomenuntuk pemeriksaan lanjut bagi mengetahui punca busung di mana lebihkurang 10 hingga 20mls cecair akan dibuat secara aspirasi.

Warna cecair akan menerangkan punca penyakit busung.

Sekiranya warna cecair jernih ia disebabkan oleh radang. Jika cecairitu berwarna kemerah-merahan seperti darah ia berkemungkinan besardisebabkan oleh barah.

Pemeriksaan darah juga akan dilakukan ke atas pesakit bagi ujian hepatitis, fungsi hati dan keupayaan buah pinggang.

* Rawatan

Setelah punca busung dikenal pasti, rawatan untuk mengubati busungdirancang. Sekiranya ini tidak berjaya, rawatan akan diberikan untukmengurangkan kandungan cecair di dalam abdomen.

Air akan dikeluarkan dari abdomen dengan mengalirkannya keluar melaluisaluran tiub. Proses ini di kenali sebagai paracentesis atau drainage.

Pengeluaran cecair dengan cara ini boleh mencapai sehingga 5-10 liter dalam masa beberapa jam.

Human Albumin akan dimasukkan melalui darah sekiranya didapati parasprotein dalam tubuh pesakit terlalu rendah bagi mengelakkan penurunantekanan darah semasa proses paracentesis.

Ada juga rawatan yang menggunakan ubat-ubatan untuk mengeluarkan cecair melalui air kencing.

Bagi memperlahankan proses pengumpulan semula cecair, ubat diuretic akan diberi kepada pesakit.

Jika busung disebabkan sirosis hepar dan tidak dapat dirawat ataudikawal melalui drainage dan ubat diuretic, maka kaedah pemindahan hatiboleh di lakukan bergantung kepada punca penyakit hepar berkenaan.

Selain itu, pesakit juga dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilangaram kerana pengambilan garam boleh menyebabkan cecair berkumpul dibahagian abdomen.

* Ubat

* Diuretic digunakan untuk mengeluarkan cecair melalui air kencing

l Human Albumin akan diberi jika didapati paras protein dalam tubuh pesakit terlalu rendah

* Pesakit akan diberi antibiotik kalau terdapat tanda-tanda infeksi pada peritoneum.

* Pemakanan pesakit busung

Secara umumnya pesakit perlu mengamalkan pemakanan yang mengandungikandungan garam yang rendah iaitu 22mmol sehari. Pengambilan air pulatidak boleh melebihi 1 liter sehari.

Mendapatkan rehat yang mencukupi amat penting untuk pesakit busung.Mereka juga perlu memantau berat badan. Sekiranya berat badanbertambah, ini menunjukkan pengumpulan semula cecair di dalam abdomen.


Lagi info pasal busung..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 05:08 PM | Show all posts
my aunty kena busung.. orang yang buat tu.. sekampung... hmmm katanye nak buat sampai my aunty mati... kenapa tatau. sebab orang tu boleh kata dengan semua orang dia dengki...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 05:09 PM | Show all posts
my aunty kena busung.. orang yang buat tu.. sekampung... hmmm katanye nak buat sampai my aunty mati... kenapa tatau. sebab orang tu boleh kata dengan semua orang dia dengki...
fawabi Post at 8-12-2009 05:08 PM


Cerita la detail..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 05:16 PM | Show all posts
hiks, i'm not the right person to citer detail la, sebab aku tak folo sangat sejarah penyait macik aku ni. lagipun mak aku kata "orang tu" boleh tau if we talk about it/her.. serun la pulak...
what my mom told me.. lebih kurang camni lah, kononnye "orang tu" suka kat x-hb macik aku ni.. macik aku pun cerai dgn x-hb dia (for better lah) sebab banyak sangat problem derang, laki malas nak keja, kena sepak terajang la bagai.. makan pakai nak yang bergaya aje, anak bini kelaparan kat umah, nasib baik lah macik aku dok dgn atok aku.. tu pun si x-hb ni tak sedor diri.. dah duduk free kat umah mentua still tanak carik keja sara anak bini...
so, camana "orang tu" TERsuka kat x-hb ni tatau lah... sedangkan "orang tu" bukannye takde laki sendiri.. dah bercucu pun..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2009 05:23 PM | Show all posts
So cerita la sejarah mula2 aunty kene busung sampailah dia hembuskan nafas terakhir, berapa tempohnya dan apa simptom2 yang terjadi, pastu kalau buatan orang mesti ada perkara2 misitk berlaku kan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 05:25 PM | Show all posts
sambong..
sebab hasad dengki "orang tu" maka dia hantar "tentera" dia kat macik aku. but then again, i'm a bit sceptical about this thing ye lah sebab tak nampak kan...
(bila bawak berubat.. tak de sorang yg berani nak sembuhkan even testimoni sebelom macik aku nak pegi berubat tu semua dakwa macam gah gila lah.. berubat tak sampai 3 bulan dah boleh sembuh blah blah blah... )
news from my mom said, "orang tu' tak puas hati bila dapat tau macik aku pegi berubat sana-sini.. so dia tambahkan lagi sakit kat macik aku sampai keras perut macik aku itew. tak cukup tu.. dia tujukan kat adik beradik macik aku merangkap mak aku dan adik-adik dia yang lain lah.. sob sob....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2009 05:26 PM | Show all posts
Fuh dahsyat.. sambung lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 05:30 PM | Show all posts
benar... penyakit busung ada dua kategori, penyakit yang datangnya dari pemakanan atau juga dari kalangan JIN.... kita tak boleh sangkal perkara itu.... pernah dengar JIN boleh jadikan penyakit batu karang dan ependix??? banyak kupasan kalau kita nak kupas mengenai JIN....

anyway, orang yang benar2 pakar dalam bidang masing2 sahaja yang boleh menentukan keadaan diri pesakit... doktor dgn bidang kedoktorannya... cuba suruh doktor kupas pasal JIN.. mungkin sesetengahnya mampu tapi kebanyakan tidak kerana itu bukan bidangnya... atau suruh ahli matematik melukis... entah jadi lukisan apa... setiap orang ada kepakaran dalam bidang masing2.... rujuklah pada pakar2 yang benar2 pakar dalam bidangnya....

tanya orang fekah mengenai tasawwuf memang dia kata orang tasawwuf tu SESAT.... macam tuhh laa kiranya... diharap anda tidak tertipu oleh mana2 pakar... penipu makin ramai kat atas dunia nii... semakin banyak penipu, semakin cepatlah DAJJAL muncul....

nauzubillah minzalik...

wallahualam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 05:38 PM | Show all posts
So cerita la sejarah mula2 aunty kene busung sampailah dia hembuskan nafas terakhir, berapa tempohnya dan apa simptom2 yang terjadi, pastu kalau buatan orang mesti ada perkara2 misitk berlaku kan..
princebrunei Post at 8-12-2009 17:23


erk PB.. macik aku alhamdulillah belum padam lagi.. hang ni...
i think she suffers for quite some times lah.. makan tahun.. hangpa bayangkanlah dari sekecik-kecik tubuh sekarang ni dah macam humpty dumpty dah tau.. kesian sangat sebab dia cam susah nak bernapas, selalu mengah and sakit badan... muka dia dah naik sembab dah..
any mystical thingy tak pernah pulak aku nampak depan mata.. and aku plak tak berani nak soal siasat macik aku..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 05:44 PM | Show all posts
erk PB.. macik aku alhamdulillah belum padam lagi.. hang ni...
i think she suffers for quite some times lah.. makan tahun.. hangpa bayangkanlah dari sekecik-kecik tubuh sekarang ni dah macam hum ...
fawabi Post at 8-12-2009 05:38 PM


Sorry.. aku salah pahaman, aku ingat posting yang mula2 tu ko cakap sampai my aunty mati, tapi rupanya nak buat sampai my aunty mati..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 05:46 PM | Show all posts
X try jdm5 tu ke, dengarnya orang busung pun leh elok, ada tengok testemoni begambar kat web dia..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 06:09 PM | Show all posts
teringat kat paklong pu3 sekarang ni..menderita sakit busung....muka cenkung.tapi perut menboyot..dengar cerita disebabkan ade PHD dikalangan rakan sekerja...paklong pu3 ni dok kampung je..amik upah menukang rumah jiran tetangga..hasil kerja dia mmg memuaskan lah...tapi disebabkn PHD yg semakin menular dia..sekrg kkdg sakit..kkdg ok..dlm proses pengubatan....ritu dh pergi berubat...abglong pu3 kate...ade kuar paku berkarat...pas berubat nmpak surut sikit perut tu..bebaru ni....kene lagi.....

dh cuba bawa g berubat secara moden..tapi hmpa...doc xdpt cari punca n sebbnya...dikategorikn sebagai angin dlm perut sahaja.....sekrg ni....paklong pu3 dlm tempoh pengubatan..moga2 semuanya ok...aminn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 06:10 PM | Show all posts
sorii TT tumpang rumah jap...utk bercerita....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 06:21 PM | Show all posts
Sama2, tapi ada kes tiba2 dalam sehari terus membusung dah akhirnya simangsa meninggal, dengan perut merekah dan mengeluarkan bau hanyir seakan nanah dan bau air longkang.. yang tu x de pen ...
princebrunei Post at 8-12-2009 16:23

mungkin citer zombie kampung pisang kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2009 06:44 PM | Show all posts
hurmm..takut kalo citer busung ni ade ketan ng black magic..
sbb kalo xdpt diubati..mmg bwk mati ler...
ya ALLAH hai.....PHD mnusia ni xsurut2 kn....
mati nanti nk mengadap Tuhan nk ckp pe....
hmmm....
gerun kalo tgk o bc kesah busung sbb perbuatan mnsia durjana nie....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 06:48 PM | Show all posts
Betul tu dh banyak kisah dipaparkan..tetiba teringat cite long kong tu....adehhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 07:56 PM | Show all posts
long khon???
gli la pu3.....
ms mula2 crita 2..tgk x...yg mata kail kuar dari tubuh dio..

pstu yg diorang mkn sup berlaukkan kwn dia....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 08:02 PM | Show all posts
long khon???
gli la pu3.....
ms mula2 crita 2..tgk x...yg mata kail kuar dari tubuh dio..

pstu yg diorang mkn sup berlaukkan kwn dia....
jie_kumiko Post at 2009-12-8 19:56




jie...depe mmg pakai ilmu hitam pun utk melakonkn watak2 cm tu..same gak ngn citer org2 seberang tu..sume pakai ilmu kebatinan.....

bab kisah busung ni...bukn cite yg kecil utk diambil ringan...bnyak perihal yang xdpt kite jangka
dulu pernah pu3 baca 1 kisah..kes wanita tu  badan kecik..perut memboyot seolah2 mengandung anak kembar 9org....ermm..bayangkan lah..bertapa besar nye....bila di scan mmg nmpak kelibat 2 kepala tengkorak.....bila gi berubat..ternyata..dia bukan mengandung tapi busung...sekrg ni Alhamdulillah suma nya dh ok....perut dia kembali mengecil...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.110879 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list