CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
 Author| Post time 20-7-2009 03:34 PM | Show all posts
hello semua....timakasih pada semua yg baca citer ni
maaf sbb smiley bz banget skrg, jadi lambat sikit sambung
porum pun mcm weng selalu kan jaza aka faizah

......................................................................................

" Hani, jomlah join aku masuk OC. Kita balik kampus awal dari orang lain. Boleh pilih bilik yang best."

Kening Hani bertaut menimbang cadangan Aina. Nak ke tidak? Kalau masuk Orientation Commitee atau nama Melayu nya Urusetia Suaikenal, kena balik ke kampus seminggu lebih awal. Dapat jumpa Aina dan beberapa orang kawan lain yang memang sudah confirm nak masuk OC. Taklah  aku kebosanan seorang diri di rumah Mak Tok. Tapi aku bukannya pandai memerintah pelajar junior buat itu ini. Silap haribulan aku pula yang kena buli.... hampehh!

"  Aku bukannya sesuai masuk OC. Kau tahu kan, aku ni pemalu sikit. Tak retilah macam mana nak  control  freshies yang ramai." kata Hani dengan jujur.

" Bukannya kau kena jadi komander kawad. Kau sesuai jadi Urusetia Kebajikan. Senang saja tugas kau,  pujuk freshie yang homesick, dengar masaaalah mereka. Boleh kan? Cepatlah. Aku kena bagi jawapan kat Amshar  hari ini juga. Dia ketua OC tahun ni. Kau tahulah perangai dia tu macam mana. Tak boleh give and take." suara Aina makin mendesak.

" Kalau Amshar jadi ketua OC, aku tak nak join lah. Mamat tu garang semacam. Kalah lecturer. " jawab Hani. Muka Amshar  Syafee Aboobacker semasa memberi  ceramah agama di surau kampus menyelit masuk ruang mindanya. Berapi api macam gunung berapi Krakatoa. Suara meletup letup macam senapang M16. Scary dowh! Patutlah tak ramai yang hadir bila tiba giliran anak tauke restoran makanan India Utara itu menyampaikan kuliah Subuh.

" Ala... kau ni. Si Amshar minyak sapi tu pun kau nak takut. Jangan risaulah. Aku kenyit mata kat dia , mesti dia diam punya.  Jomlah Hani. Aku, Erni, Shoba semua nak join. This is our final year. Lepas ni tak ada chance lagi dah." pujuk Aina. Dia sendiri membuat keputusan sebulat hati untuk menyertai komiti tersebut kerana ada udang galah di sebalik Mee Udang. Setiap tahun Shamil menjadi Ketua Urusetia Bahagian Sukan dan Riadah. Ha... ini peluang baik untuk aku menggoda mamat jual mahal itu. Jangan kasi chance kat freshie perempuan.

Hani memintal rambutnya. Telefon berpindah dari tangan kanan ke kiri. Payah nak buat keputusan.  Betul juga kata Aina, ini peluang terakhir. Dalam resume nanti bolehlah tayang dia pelajar yang aktif masa di kampus . Tapi macam mana dengan Mak Tok yang masih tak berapa sihat. Walaupun cuma selsema dan batuk tapi Dr Aminuddin meminta Mak Tok ke hospital sekali seminggu untuk pemantauan. Lagipun Mak Tok merancang nak bercuti ke Langkawi pada minggu terakhir cuti Hani. Rasa bersalah pula kalau dia balik awal ke kampus. Seolah  sengaja nak mengelak. Mak Tok bukan main baik lagi dengannya sejak kebelakangan ini.  Macam macam di beli untuk Hani, maklumlah nak ambil hati cucu perempuan tunggalnya.  Senang cakap sebut saja apa dia nak, mesti dapat. Pakaian, kasut, beg tangan, alat solek. Cuma Hani sendiri tidak tergamak nak ambil kesempatan. Lagipun aku bukan jenis  yang pandai bergaya macam Aina. Nanti semua barang terperosok dalam almari mengumpul habuk dan sawang.

"  Biar aku fikir dulu. Nanti aku call kau balik" usul Hani. Nisbah keputusannya  50- 50 sekarang. Kena fikir betul betul dulu. Nak juga slow talk dengan Mak Tok. Janganlah orang tua itu kecil hati pula. Pening.... pening!

" Okay. Aku bagi kau satu jam. And the answer better be YES kalau tak ... jaga kau!" gertak Aina sebelum menamatkan perbualan. Hani memuncungkan mulut. Macamlah aku tak tahu kenapa Aina beria ria sangat. Mesti sebab Shamil pun masuk OC...ha ha!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2009 03:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 20-7-2009 17:51

Post Last Edit by sang_arjuna at 20-7-2009 16:01

Post Last Edit by sang_arjuna at 20-7-2009 15:49



Hani menuang jus oren ke dalam gelas lalu mengambil tempat duduk di sebelah Mek yang sedang menyembat baju kurung  untuknya. Termasuk ini, sudah tiga pasang baju kurung baru yang di " sponsor" oleh Mak Tok. Mahal mahal semuanya. Bila dia membantah, Mak Tok mula bising.

" Mak Tok nak tengok cucu Mak Tok pakai baju cantik cantik. Kalau bukan Hani, kat siapa lagi Mak Tok nak belanja duit Mak Tok? Mak Tok dah tua, pakai apa pun dah tak cantik dah. Orang muda macam Hani kena pandai bergaya. Pilih baju yang warna cerah, jangan yang kusam. Pakai mekap sikit. Rambut tu, awat dok ikat ekor kuda macam budak sekolah. Gunting lah stail baru." Pot pet pot pet mulut Mak Tok memberi tip fesyen padanya. Tuhan bagi cucu yang silap pada Mak Tok lah. Kalau dia jadi nenek Aina barulah ngam. Memang tak di nafikan, Mak Tok ketika muda bergaya sakan. Rambut stail sarang tebuan dan kebaya pendek dengan kain batik menjadi trademark nya. Tak ketinggalan cermin mata Catwoman. Kira vogue habis lah zaman itu! Kejang perut  Hani menahan tawa bila tengok album gambar lama .

Lamunannya di kejutkan bila terdengar bunyi hon kereta di hadapan rumah. Siapa pula yang datang bertandang? Hani menjenguk dari tingkap ruang tamu. Seorang wanita sebaya Mak Tok berdiri di depan pintu. Hani memincing mata. Tok Putih rupanya. Dia menebar luas daun pintu untuk menyambut kawan karib Mak Tok.

" Assalamualaikum. Hani, Mak Tok hang ada?" tanya Hajjah Putih dengan senyuman lebar. Matanya di larikan dari hujung rambut ke hujung kaki Hani yang berkemeja lengan pendek warna jingga dengan seluar jeans putih. Budak Hani ni tak payah bersiap pun dah sedap mata memandang. Sederhana tapi cukup manis. Patutlah Nazrin menggelitis tak senang duduk.

" Mak Tok ada dalam bilik. Jemputlah duduk, Tok Putih. Hani panggil Mak Tok." pelawa Hani sebelum menuju ke bilik tidur utama. Sebaik saja kelibat Hani hilang, Hajjah Putih memberi isyarat supaya Nazrin dan Nadia masuk. Hati Nazrin bergetar kencang menanti kelibat Hani muncul semula.

" Mak Tok tengah  ....." kata kata Hani tergantung bila Nadia menjerit dan menerpa ke arahnya. Tubuh Hani di rangkul erat.

" Kak Hani... I miss you! Rindu sangat kat Kak Hani!". Kedua mereka meloncat kecil disusuli tawa. Macam kanak kanak Ribena. Ada juga orang rindu kat aku... desis Hani dalam hati.

" Akak pun rindu kat Nadia" balasnya ceria.

" Rindu Nadia seorang jer? " Tawa Hani terhenti bila padangan matanya bersabung dengan si pemilik suara. Mukanya terus terasa pijar. Degupan jantungnya sudah tak mengikut ritma. Macam mana aku tak perasan dia ada di sini? Alahai malunya ! Meloncat macam beruk Mat yeh.  Rasa nak sembunyi bawah kerusi.

" Hi... hi... " tegur Hani tersekat sekat. Azabnya nak keluarkan bunyi dari kotak suara. Pitching pun lari lintang pukang. Nazrin melemparkan senyuman yang membuatnya makin haru biru. Nasib baik Mak Tok keluar dari bilik ketika itu.

" Hani pergilah buat air untuk tetamu kita. Letak sekali kuih tako yang Hani dengan Mek buat tadi" usulnya.  Lega! bisik hati Hani sambil berpaling menuju dapur. Kalau tak pengsan aku berhadapan dengan Nazrin. Inikah yang di kata angau?

Mata Hajjah Mariam dan Hajjah Putih bertembung. Naluri  orang tua mengatakan ada suatu tindakbalas kimia yang sedang berlaku di antara cucu mereka.  Bibir masing masing menguntum senyuman penuh makna.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2009 03:46 PM | Show all posts
aiyooo.... naperlah forum ni???????

ada satu n3 hilang:@
nanti jap kena edit balik....grrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 04:27 PM | Show all posts
223# sang_arjuna

edit...jgn tak edit..... jaza dah lama cari pintu nak masuk tapi tak leh ..... tak tau le....
dah ramai yg bagi advice pun tak leh jugak.... akhirnya hari ni baru dpt masuk mcm biasa.....
jenuh jugak le masuk pintu baru tapi tak de apape pun...... nak kena cari RA baru tuuuu......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2009 06:18 PM | Show all posts
Hani menuang jus oren ke dalam gelas lalu mengambil tempat duduk di sebelah Mek yang sedang menyembat baju kurung  untuknya. Termasuk ini, sudah tiga pasang baju kurung baru yang di " sponsor" oleh Mak Tok. Mahal mahal semuanya. Bila dia membantah, Mak Tok mula bising.

" Mak Tok nak tengok cucu Mak Tok pakai baju cantik cantik. Kalau bukan Hani, kat siapa lagi Mak Tok nak belanja duit Mak Tok? Mak Tok dah tua, pakai apa pun dah tak cantik dah. Orang muda macam Hani kena pandai bergaya. Pilih baju yang warna cerah, jangan yang kusam. Pakai mekap sikit. Rambut tu, awat dok ikat ekor kuda macam budak sekolah. Gunting lah stail baru." Pot pet pot pet mulut Mak Tok memberi tip fesyen padanya. Tuhan bagi cucu yang silap pada Mak Tok lah. Kalau dia jadi nenek Aina barulah ngam. Memang tak di nafikan, Mak Tok ketika muda bergaya sakan. Rambut stail sarang tebuan dan kebaya pendek dengan kain batik menjadi trademark nya. Tak ketinggalan cermin mata Catwoman. Kira vogue habis lah zaman itu! Kejang perut  Hani menahan tawa bila tengok album gambar lama .

Lamunannya di kejutkan bila terdengar bunyi hon kereta di hadapan rumah. Siapa pula yang datang bertandang? Hani menjenguk dari tingkap ruang tamu. Seorang wanita sebaya Mak Tok berdiri di depan pintu. Hani memincing mata. Tok Putih rupanya. Dia menebar luas daun pintu untuk menyambut kawan karib Mak Tok.

" Assalamualaikum. Hani, Mak Tok hang ada?" tanya Hajjah Putih dengan senyuman lebar. Matanya di larikan dari hujung rambut ke hujung kaki Hani yang berkemeja lengan pendek warna jingga dengan seluar jeans putih. Budak Hani ni tak payah bersiap pun dah sedap mata memandang. Sederhana tapi cukup manis. Patutlah Nazrin menggelitis tak senang duduk.

" Mak Tok ada dalam bilik. Jemputlah duduk, Tok Putih. Hani panggil Mak Tok." pelawa Hani sebelum menuju ke bilik tidur utama. Sebaik saja kelibat Hani hilang, Hajjah Putih memberi isyarat supaya Nazrin dan Nadia masuk. Hati Nazrin bergetar kencang menanti kelibat Hani muncul semula.

" Mak Tok tengah  ....." kata kata Hani tergantung bila Nadia menjerit dan menerpa ke arahnya. Tubuh Hani di rangkul erat.

" Kak Hani... I miss you! Rindu sangat kat Kak Hani!". Kedua mereka meloncat kecil disusuli tawa riang. Macam kanak kanak Ribena .  Ada juga orang rindu kat aku... desis Hani dalam hati.

" Akak pun rindu kat Nadia" balasnya ceria.

" Rindu Nadia seorang jer? " Tawa Hani terhenti bila padangan matanya bersabung dengan si pemilik suara. Mukanya terus terasa pijar. Degupan jantungnya sudah tak mengikut ritma. Macam mana aku tak perasan dia ada di sini? Alahai malunya ! Terloncat loncat macam beruk Mat Yeh.  Rasa nak sembunyi bawah kerusi.

" Hi... hi... " tegur Hani tersekat sekat. Azabnya nak keluarkan bunyi dari kotak suara. Pitching pun lari lintang pukang. Nazrin melemparkan senyuman yang membuatnya makin haru biru. Nasib baik Mak Tok keluar dari bilik ketika itu.

" Hani pergilah buat air untuk tetamu kita. Letak sekali kuih yang Hani dengan Mek buat tadi" usulnya.  Lega! bisik hati Hani sambil berpaling menuju dapur. Mata Hajjah Mariam dan Hajjah Putih bertembung. Naluri  orang tua mengatakan ada suatu tindakbalas kimia yang sedang berlaku di antara cucu mereka.  Bibir masing masing menguntum senyuman penuh makna.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 09:04 PM | Show all posts
sambung lg yer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2009 10:09 PM | Show all posts
tindakbalas kimia ...hehehehh...
sambung lagi ye arjuna...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 10:21 AM | Show all posts
Mak tok pun pandai chemistry ye. hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2009 11:29 AM | Show all posts
227# cmf_norb_ina


best sgt n3 yg last tu kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 12:48 PM | Show all posts
yeah yeah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 04:42 PM | Show all posts
best...
cuma x puas lak nak baca n3nya...
nanti kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 10:57 AM | Show all posts
nak lagi!!!!!!!
x cukupla....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 11:01 AM | Show all posts
hari ni ade new n3  tak smiley ??

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 01:47 PM | Show all posts
arini..xde N3 ke..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 04:16 PM | Show all posts
besh citer nie....bile nk ade n3 nie
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 09:14 AM | Show all posts
Huhuhuhuhu still no entry
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2009 10:09 AM | Show all posts
" Kak Hani tak rasa boring kah? Nadia baru dua hari di sini pun dah mati akal. Tak happening langsung tempat ni." cebik Nadia sambil memerhati sekeliling restoran KFC. Mereka berdua mengecop meja kosong sementara  Nazrin beratur di kaunter untuk memesan makanan.

" What do you expect? Ini kan Sungai Petani. Takkan Nadia tak pernah datang sini. Teruk teruk pun kampung sendiri juga. Tapi Sungai Petani jauh lebih " happening" dari Tanjung Malim. Sekurang kurangnya ada shopping centre, kedai makan fast food pun banyak. Kalau Nadia belajar di tempat Kak Hani  mesti mati kutu. " tingkah Hani.

Nadia tersengih sumbing. Kena sebijik. " Selalunya Kak Hani habiskan masa buat apa?"

" Macam macam. Belajar masak, ikut Mak Tok pergi surau, jaga anak jiran. Kalau hujung minggu bawa budak budak tu jalan jalan atau berkelah di Pantai Merdeka.  Kak Hani dah biasa dengan slow pace macam ni. Dulu arwah emak Kak Hani pernah jadi cikgu di tempat yang lagi terpencil. Sg Petani ni dah kira okay juga. " jelas Hani. Matanya meliar. Ini waktu pekerja pejabat keluar makan. Separuh meja sudah pun penuh. Nazrin masih menunggu giliran. Jejaka ber Tshirt kuning air dan berjeans lusuh itu leka berbual di henfon dengan senyuman lebar.  Hani akui , siang dan malamnya makin ceria sejak Nazrin tiba. Patutlah Sg Petani sudah tak boring lagi. Hai, angau tahap maksima lah aku ni. Tak malu!

" Petang nanti jom kita pergi Pantai Merdeka. Nadia dah lama tak mandi laut. Kita suruh Abang drive kita ke sana."

" Tok Putih tak ada plan nak bawa Nazrin pergi jumpa calun isteri lagi ke?" tanya Hani. Tak di nafikan, hatinya bagai di siat mendengar cerita Tok Putih pada Mak Tok semalam tentang Dr Adila, Syazlin dan entah siapa calon calon lain. Siapalah yang bertuah nanti? Yang pasti, orang macam aku tak payahlah berangan masuk list Tok Putih. Bakal isteri Nazrin mestilah orang berkelulusan luar negara, berkarier, pandai memasak, sofistikated. Bukan gadis hingusan macam aku.

"Entahlah, Tok tak cakap apa apa pun. Dah habis stock kot." balas Nadia sambil tergelak. Suara Hani lain macam saja. Dia cuba menebak perasaan yang sedang bergelumang di hati Hani. Apa sebenarnya perasaan Hani pada Abang Ajin? Mungkinkah masing masing suka sama suka? Wow..... i liiikkkkeee!

" Agaknya abang Nadia suka yang mana satu?" cungkil Hani lagi. Mukanya di tempek dengan senyuman plastik. Apa pun jawapan Nadia, dia harus pasrah. Nazrin bukan untuk aku.

" Oi... mengumpat nampak" Nazrin mencelah dengan nada sinis. Dulang  yang penuh dengan makanan di letak di meja. Hani terus cuak. Alamak! Nampak sangat aku ni minah kaypo.

" Eh... tak adalah. Bukan mengumpat. I tanya jer. Kalau awak nak kahwin kena bagitau awal awal. Nak  kena tempah baju cantik nak pergi kenduri awak. Nak kena simpan duit beli hadiah. He! he!" balas Hani dengan tawa yang di paksa. Dia dengan Nadia pantas mengambil makanan yang di pesan; Snack plate original untuk Nadia dan Snack Plate Spicy untuk dirinya. Yum...Yum... kecur airliur .

" Kalau I kahwin, siapa kata I nak jemput you? Buat perabih nasi minyak saja." usik Nazrin. Tawanya terlepas bila melihat muka Hani mencuka. Pengantin perempuan tak payah nak dijemput lah, cik adik oi, katanya dalam hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2009 10:15 AM | Show all posts
" Abang, petang nanti kita pergi Pantai Merdeka nak? Lama Yaya tak mandi laut. "Cepat Nadia menukar topic. Kesian tengok muka Kak Hani mengendur. Abang aku ni kalau sakat orang memang nombor satu.

" Tak payahlah. Tadi Tok baru call. Dia kata Tok Ki dah book chalet kat Langkawi. Besok pagi kita pergi sana ......."

" YESSS! Bestnya." sampuk Nadia. Dia menyiku Hani di sebelahnya." Kak Hani, jom ikut sekali"

Hani menggeleng." Inikan family trip keluarga Nadia. Takkan akak nak menyibuk. Lagipun Mak Tok pun nak pergi tak lama lagi, sebelum Kak Hani balik kampus. "

Nazrin mendiamkan diri. Memang pun Hajjah Putih sudah mengajak bestfriend nya dan Hani sekali. Sengaja dia malas nak beritahu. Biar Hani terkejut beruk nanti.... he! he! Ini sudah best. Dapat bercuti dengan Hani, meskipun rombongan Cik Kiah ikut sekali.

" Bila Hani balik Tanjung Malim?" soal Nazrin sejurus lepas Nadia ke tandas. Tiba tiba pula nak terkucil budak itu. Atau sengaja nak bagi peluang aku berduaan dengan Hani.

" Dua minggu lagi" Menyesal pula menolak ajakan Aina untuk masuk OC. Sangkanya Nazrin dan Nadia akan lama di sini. Hai.... melangutlah aku di sini sorang sorang untuk dua minggu.

" Lambatnya. You tak join OC? Minggu depan dah mula orientation kan?"

Hani tersentak. Dia berhenti mengunyah. Macam mana Nazrin tahu? Hairan bin ajaib.Mungkin dia ada kawan yang belajar di sana agaknya.

Oops , aku tersilap cakap. Pecah tembelang nanti. Baik aku cover cepat, bisik hati Nazrin.
" Kenapa pandang I macam tu? Baru perasan I ni handsome? Atau tiba tiba jatuh cinta dengan I?"

" Adeh...Perasannya awak! Taklah,  I hairan macam mana you tahu bila minggu orientasi UDR mula"  balas Hani.

" Biasalah. Semua university dan kolej macam tu. Seminggu sebelum semester mula, freshie dah masuk kampus. " jawab Nazrin tenang. Phew! Sikit lagi nak kantoi.

Betul juga. Kenapalah aku saspek yang bukan bukan. Hani tersengih bodoh lalu menumpukan perhatian pada kepak ayam di pinggan. Nervous pula makan berduaan dengan Nazrin, macam tengah dating. Hei... cukup cukuplah syok sendiri tu Hani, pesannya pada diri sendiri. Sepi beraja antara mereka sebentar.  Apa nak di bualkan? Hani mengerut dahi mencari idea.

" Nadia kata awak dah nak mula kerja tak lama lagi. Kerja kat mana?"

Nazrin mengangkat sebelah kening " Adalah. Rahsia. Tapi memang bestlah kerja kat situ nanti." Senyuman nakal di kulum.

Entah apa apa lah si Nazrin ni. Tempat kerja pun nak rahsia. Entah entah kerja di zoo kot, tukang bersih kandang haiwan, getus Hani dalam hati.

" Jangan lupa belanja  bila dapat gaji nanti"

" Tak boleh. I kena simpan duit, nak kahwin cepat cepat"

Hati Hani bagai di sagat.  Asyik cakap nak kahwin,nak kahwin. Tak ada cerita lain. Seolah olah dia tahu yang aku ni menyimpan perasaan  terhadapnya dan nak beritahu aku  supaya jangan bertepuk sebelah tangan. Arghhh...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 11:36 AM | Show all posts
arghhhhhhhhh.... nak lagi... hmmm best
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 11:38 AM | Show all posts
nak lagi.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.229363 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list