CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7722|Reply: 54

RAHSIA WANITA

[Copy link]
Post time 31-5-2009 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2009 04:56 PM | Show all posts
O2.... xdapat dikenal pasti sama ada betul ke x...

sebab belum terjadi

tunggu smapi waktu tiba nnt
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 05:11 PM | Show all posts

Balas #1 otakotak\ catat

Penentuan unsur seseorang BUKAN SAJA ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga TAPI JUGA bilangan abjad dlm nama.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 06:06 PM | Show all posts

Reply #3 220796's post

melalui tarikh lahir pun ye jugak
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 06:13 PM | Show all posts
walau pun air dan angin tu ada sejuknya... empat empat unsur tu...air, api, angin dan tanah, semuanya boleh menyebabkan kematian atau kedukaan tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2009 06:21 PM | Show all posts
abjad dalam nama tu macam mana ya?
boleh tepek kat sini article tu?
  untuk kita semua
kak rois epown boleh tepek juga tarikh lahir
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2009 06:22 PM | Show all posts

Reply #6 otakotak's post

kan dulu dah buat dlm thread dukun pujan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2009 06:23 PM | Show all posts
articel untuk lelaki punya sifat xjumpa pula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2009 06:25 PM | Show all posts
Originally posted by greyrose at 31-5-2009 18:22
kan dulu dah buat dlm thread dukun pujan



owh lupa lupa

sorry kak rose.

betul betul.... abg pujan @ dukun pujan
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 06:58 PM | Show all posts
tanah...

tp mcm x bape kena je dgn skp skrg... kalu dh kawin berubah jd mcm tanah xtau la
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 06:58 PM | Show all posts
hahahha..aku tanah..xsama pn ngn perwatakan aku...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 08:44 PM | Show all posts
pening :eek:
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 08:54 PM | Show all posts
Wanita yang berunsurkan Api

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.





ai api ker...   panas nyer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2009 09:54 PM | Show all posts
Originally posted by lily_kama at 31-5-2009 20:44
pening :eek:




lu kenapa?

wa tuilis bahasa melayu 2
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 11:35 PM | Show all posts
Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 12:38 AM | Show all posts
kan ke baik tuan umah carik hadis ke nas ke ttg pompuan pah tu kupas n bincang dlm ni dr sudut dunia skrang..
unsur batu xde plak sbb pompuan mmg bnyk yg degil senang ckp kepala batuuuu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2009 01:08 AM | Show all posts
nak tanya, unsur2 tu ikut urutan kelahiran yang hidup atau termasuk yang telah meninggal dunia... cth : dia adalah anak ketiga kalau ikut turutan kelahiran tapi jadi anak sulung sebab dua orang saudara yang awal (pertama dan kedua) meninggal dunia sejak kecil lagi (sebelum dia lahir)...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2009 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by fyieen at 1-6-2009 00:38
kan ke baik tuan umah carik hadis ke nas ke ttg pompuan pah tu kupas n bincang dlm ni dr sudut dunia skrang..
unsur batu xde plak sbb pompuan mmg bnyk yg degil senang ckp kepala batuuuu...



pergh!~

ayat xbercover....

lelaki skrg bagus sgt ke?

mls nak ulas psl lelaki kang rmi plk emo bunuh dr

klu lu rs pmpn skrg mcm 2, apa kata lu je p carik nas hadis fakta research sume psl tuh?

lu jumpa pmpn yang slh skalik, xbermksd sume pmpn tuh cam bekas lu bro...

kang wa smkan sume jntn xguna rmi lak nak maki2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2009 11:20 AM | Show all posts
Originally posted by manjamalinja at 1-6-2009 01:08
nak tanya, unsur2 tu ikut urutan kelahiran yang hidup atau termasuk yang telah meninggal dunia... cth : dia adalah anak ketiga kalau ikut turutan kelahiran tapi jadi anak sulung sebab dua orang s ...



soalan agk susah


o2 rs yang sebelum lahir tu xdikira.

cuba tanya pndpt org lain.

maafkan o2 sebab xkaji betul2
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 12:49 PM | Show all posts

Balas #1 otakotak\ catat

kalau anak kembar nak kira mcm mana...
kakak pertama,adik kedua ke?
atau dua2 kira pertama?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.290492 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list