CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 825|Reply: 2

Kerajaan longgar beberapa garis panduan pelaburan

[Copy link]
Post time 30-6-2009 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Byk benteng kerajaan telah longgar ... ha ha ha

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan beberapa kelonggaran garis panduan berkaitan pelaburan dalam usaha mewujudkan persekitaran perniagaan lebih kondusif dan mesra pelabur pada Persidangan InvestMalaysia 2009 yang berlangsung hari ini.

Penganalisis menjangkakan, ia antara lain akan membabitkan kelonggaran garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) bertujuan merangsang semula kemasukan pelaburan langsung asing (FDI), justeru meningkatkan keupayaan negara untuk bersaing pada peringkat global.

Pengarah Eksekutif Jupiter Securities Sdn Bhd, Nazarry Rosli berkata, rombakan garis panduan FIC itu adalah susulan langkah kerajaan membuka pasaran sektor kecil perkhidmatan dan kewangan masing-masing pada 22 dan 27 April lalu.
“Kerajaan Malaysia kini adalah serius dalam usahanya merangsang pelaburan. Sebelum ini sektor perkhidmatan dan kewangan dilonggarkan dan kali ini ia akan membabitkan garis panduan FIC pula,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Nazarry berkata, kelonggaran garis panduan FIC mampu menjana pelaburan kerana sebahagian besar pelabur melihat sesetengah syarat di bawah garis panduan itu sebagai suatu sekatan kepada hasrat pelaburan mereka.

“Persepsi semasa di kalangan pelabur khususnya pelabur antarabangsa adalah garis panduan itu seumpama rintangan yang menyekat aktiviti pelaburan baru serta pengembangan perniagaan, justeru ia wajar disemak semula kerana ia pasti menjejaskan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Turut berkongsi pendapat serupa ialah Pengurus Kanan Pelaburan Institusi Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Deti Affendi Kadir, yang menjangkakan perubahan itu akan turut membabitkan syarat pemilikan ekuiti 30 peratus Bumiputera dalam syarikat korporat.

“Ia juga dijangkakan membabitkan syarat 30 peratus pegangan ekuiti Bumiputera (dalam syarikat) kerana ia adalah sasaran utama pembentukan FIC,” katanya.

FIC ditubuhkan pada 1974 bertujuan membantu mencapai matlamat kedua Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu menyusun semula masyarakat di negara ini.

Deti berkata, garis panduan itu kini dilihat kurang berkesan dalam mencapai sasarannya, malah sebaliknya menghalang aktiviti pelaburan dan perniagaan di negara ini.

“Walaupun dengan syarat sedemikian, pegangan ekuiti Bumiputera secara umumnya kekal rendah. Peratus pemilikan ekuiti Bumiputera tidak berubah iaitu 19.3 peratus pada 1990 dan 19.4 peratus pada 2006. Sebaliknya syarat itu menjadi penghalang kepada pelabur asing yang berhasrat melabur di negara ini, selain mewujudkan isu ‘sleeping partner’ atau ‘Ali Baba’.

“Saya menjangkakan satu kaedah baru akan diumumkan bagi menangani masalah itu dan menggalakkan pelaburan tanpa mengetepikan kepentingan dan pembangunan Bumiputera,” katanya.

Deti menegaskan, tumpuan harus diberikan bagi meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera tulen dengan lebih berkesan.

FIC berjaya mengagihkan sejumlah RM54 bilion ekuiti kepada Bumiputera, bagaimanapun hanya RM2 bilion kekal, manakala selebihnya telah dijual semula untuk memperoleh keuntungan segera.

Deti berkata, tempoh kelembapan ekonomi global yang berlaku ketika ini adalah masa paling sesuai untuk melakukan perubahan.

“Tempoh kegawatan semasa adalah masa paling sesuai untuk merombak atau membentuk dasar baru.

“Ia akan menjadikan negara lebih bersedia untuk menikmati pertumbuhan dan kemakmuran berganda apabila ekonomi global pulih kelak,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2009 09:25 AM | Show all posts
Budussnya baru sekarank tersedar ben10 longgar....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2009 11:15 AM | Show all posts
tak lama lagi tajaan JPA pun ikut sistem merit ..bukan sistem peralihan mengikut percent community mana yang ramai ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.057959 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list