CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blackpearl

ALL ABOUT CELCOM

[Copy link]
Post time 1-2-2010 09:23 PM | Show all posts
apa yg menariknya Celcom Sale ni ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2010 04:01 PM | Show all posts
Celcom menjadi telco pertama di Malaysia melancarkan Blackberry Storm 2 hari ni (5th February 2009)

Sempena dengan pelancaran bersejarah tersebut, Celcom menawarkan Blackberry Storm 2 dengan potongan harga lebih 50% iaitu RM888 utk 150 pelanggan terawal. Kaunter akan dibuka jam 4.30 ptg @Chinoz on the Park, KLCC. Lebih kurang setengah jam lagi.

Kali ni tak kena serbu macam pelancaran Bold 2 bulan lepas, sebab ramai tak tau. Celcom pun takde buat promosi/iklan kali ni. Aku sebagai informer Celcom pun hanya dapat tau petang semalam. So peluang anda untuk mendapatkan BB Storm 2 pada separuh harga adalah sangat cerah.

Jemput2 :-)
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 11:14 PM | Show all posts
ko dapat tak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 02:13 PM | Show all posts
klu kita kat malaysia
sms org kat new york
celcom kena charge berapa
per sms???mahal tak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 08:23 AM | Show all posts
ko dapat tak?
adie82 Post at 5-2-2010 23:14
aku mana ada duit nak beli, tapi aku ada singgah time balik keje jumaat lepas.. ramai jgk org.. xtau la semua dpt ke tak coz panjang jgk berbaris tu.. aku tgk2 org jer, x beli pun hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 08:24 AM | Show all posts
klu kita kat malaysia
sms org kat new york
celcom kena charge berapa
per sms???mahal tak?
sukunsukun Post at 6-2-2010 14:13
kalau pakai no xpax, blue, postpaid exec, etc.. 50sen.
kalau pakai powertools biz plan, 20sen.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2010 03:25 PM | Show all posts
746# epool86


tq epool
tp klu org yg kita nk sms kat new york tu, pki hp number mlysia(celcom)...charge dia berapa yer?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 10:13 AM | Show all posts
x kisah dia pakai number line mana pun, bila kita sms dari malaysia ni ke sana, caj standard 50sen (or 20sen kalau plan powertools) per sms kalau pakai celcom.

tapi dia nak sms balik ke malaysia, yg tu kena refer web celcom. coz yg tu xde caj standard. bergantung dia kt negara mana, roaming kt network mana, etc.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2010 07:45 PM | Show all posts
Bonus Celcom CNY  : topup RM30, dapat xtra RM10, RM50 dapat xtra RM20, RM100 dapat xtra RM50. Terms and conditions apply......

Hari ni saya ma, gong xi fa cai
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2010 02:45 AM | Show all posts
maxis telah naikkan caj utk HYC... hope celcom tak naikkan caj untuk UOX dah ler.. skang ni UOX menawarkan caj terendah di malaysia!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 09:18 AM | Show all posts
dulu maxis letak 5sen sebab nak lawan celcom 6sen. konon nak tarik pengguna la

tp celcom rilex jer, buat xtau.. selamber je jual 6sen. so maxis ni lama2 jeles la celcom syok jer jual 6sen.. so maxis pun naik balik jual 6sen haha.. shame on you maxis. kata orang kalau nak bagi, then bagi jer lah.. jgn dah bagi pastu nak tarik balik nanti kena kutuk haha

tp betul la maxis ni xtau malu hehe..
- kenapa dulu time launch berani letak 5sen?
- kenapa skrg tiba2 nak naik balik 6sen? rasa rugi ke?
- naik 1 sen je, tu pun nak berkira. nampak sangat nak memaksimumkan keuntungan walaupun 1 sen hehe

maxis oo maxis, ko buat lawak plak awal2 tahun nih haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 10:52 PM | Show all posts
hai... celcom untung berlipat kali ganda tak bagi bonus ke tahun ni??

epool... mintak financial report celcom utk tahun 2009 pls...!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 09:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by epool86 at 1-3-2010 09:45

the report can be downloaded here
http://axiata.listedcompany.com/ ... entation_4Q2009.pdf

by the way, hari ni DiGi announce diaorg akan jual iPhone 3Gs in first half 2010.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 04:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 02:44 AM | Show all posts
grace period tu apsal la dipendekkan??? sebab nak recycle balik no ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 08:31 AM | Show all posts
Celcom Axiata peroleh untung bersih RM1.54b
Oleh Ahmad Farizal Hajat
ahmadfarizal@bharian.com.my

CELCOM Axiata Bhd bermula tahun ini akan melaksanakan pula pelan transformasi perniagaannya setelah selesainya program pemulihan yang dilaksanakannya sejak tiga tahun lalu.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, anak syarikat Axiata Bhd itu meraih keuntungan bersih RM1.54 bilion, meningkat 19 peratus daripada RM1.294 bilion tahun sebelumnya.

Ia diraihnya daripada pendapatan RM6.324 bilion, naik 12.8 peratus daripada RM5.606 bilion.

Dari segi sukuan, keputusan itu adalah pertumbuhan bagi suku tahunan ke-15 berturut-turut sejak 2006, sekali gus membolehkannya mengekalkan kedudukan sebagai peneraju pasaran telekomunikasi mudah alih tempatan dengan mencatat pertumbuhan dua angka dalam semua segmen perniagaan utamanya.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata pelan transformasi yang akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun itu, bakal menyaksikan usaha menambah baik produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, termasuk menaik taraf rangkaian, penambahan cawangan, mengukuh serta memperkenalkan perkhidmatan baru.

"Celcom sudah berjaya melaksanakan program pemulihannya dan program yang berakhir tahun lalu itu menghasilkan angka di luar jangkaan. Namun, ia tidak bermakna Celcom sudah 100 peratus sihat untuk bersaing dalam perlawanan besar kerana untuk berbuat demikian, kami perlu memiliki tahap prestasi tinggi.

"Justeru, syarikat memutuskan melaksanakan pelan induk transformasi selama tiga tahun iaitu mengubah daripada prestasi kewangan baik yang diraih ketiga ini kepada lebih cemerlang lagi sebagai persediaan menjadi peneraju industri telekomunikasi tempatan," katanya kepada Berita Harian selepas taklimat media mengumumkan prestasi kewangan syarikat itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, di Kuala Lumpur, semalam.

Shazalli berkata, jika syarikat berupaya melaksanakan pelan transformasi itu dengan baik termasuk memastikan momentum pertumbuhan prestasi kewangan terus diraih dalam tiga tahun akan datang, Celcom akan matang untuk bersaing dan menjadi peneraju dalam semua segmen industri telekomunikasi menjelang 2015.

Katanya, sebagai permulaan kepada proses transformasi itu, syarikat akan membelanjakan sehingga RM1 bilion tahun ini.

"Perbelanjaan itu antara lain merangkumi kerja menaik taraf rangkaian jalur lebar bagi memastikan pelanggan menikmati liputan lebih luas dan pantas serta pembukaan 196 pusat khidmat pelanggan baru dikenali 'Celcom Touchpoint' di seluruh negara.

"Celcom Touchpoint bukan saja menawarkan proses pembayaran bil dan sebagainya, malah turut berperanan sebagai pusat menjual telefon dan produk lain yang ditawarkan Celcom di bawah satu bumbung," katanya.

Celcom mengakhiri 2009 dengan 10.3 juta pelanggan, pertumbuhan sebanyak 18 peratus daripada tahun sebelumnya.

"Peningkatan prestasi itu dicapai menerusi pelaksanaan pemasaran bersegmen bagi segmen prabayar dan pascabayar serta tumpuan berterusan terhadap jalur lebar mudah alih, dan ia membantu Celcom mencatatkan pertumbuhan pendapatan tahunan tertinggi, iaitu meningkat 13 peratus kepada RM6.3 bilion," kata Shazalli.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2010 08:36 AM | Show all posts
Perang iPhone sengit

Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
najib.daud@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Mac - Selepas merancang untuk memperkenalkan iPhone dua tahun lalu tetapi gagal menjadi kenyataan, Celcom Axiata Bhd. kini menimbang menjualnya semula.

Langkah Celcom itu dijangka menyemarakkan perang merebut pasaran melalui telefon bimbit yang menjadi kegilaan ramai.

DiGi. Com Bhd. (DiGi. Com) telah memeterai perjanjian menjual iPhone keluaran Apple Inc di Malaysia sekali gus mengakhiri monopoli penjualan telefom bimbit itu oleh Maxis Communications Bhd. (Maxis)

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Johan Dennelind berkata, DiGi yang mengunjurkan pertumbuhan di pasaran sebanyak 10 kali ganda dalam tempoh lima tahun lagi, akan menjual iPhone 3G dan 3GS pada bulan depan.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah perjanjian tersebut tetapi jurucakap Apple, Jill Tan berkata, syarikat berkenaan akan membuat kenyataan kemudian.

Perjanjian tiga tahun itu akan membantu DiGi meningkatkan jualan lebih lima peratus pada tahun ini, lebih tinggi daripada unjuran industri.

''Pertumbuhan dijangka kembali tahun ini,'' menurut beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly mendakwa langkah untuk tidak menjual iPhone sebelumnya disebabkan oleh syarikat itu menumpukan lebih kepada perkhidmatan jalur lebar yang mencatat pertumbuhan kukuh.

Bagaimanapun, pemerhati pasaran pula mendakwa tindakan itu lebih kepada salah percaturan di pihak Celcom yang menjangkakan mampu menandinginya dengan menawarkan produk Blackberry Storm.

Syarikat-syarikat telekomunikasi kini berlumba-lumba memberi fokus kepada jualan data memandangkan telefon pintas kini semakin popular kerana boleh akses Internet.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDF Amanah Asset Management Bhd., Scott Lim dalam analisisnya berkata, persaingan dijangka akan menjadi lebih sengit.

Beliau berkata, lebih banyak peserta akan menyertai pasaran jalur lebar wayarles sebagai pasaran suara yang telah matang.

iPhone memasuki pasaran tempatan tahun lepas apabila Maxis Communication Bhd melancarkan telefon pintar pada 31 Julai.

Sejak itu, sambutan kepada revolusi iPhone 3GS di Malaysia amat memberangsangkan seiring dengan popularitinya di dunia. Telefon itu dijual di 85 negara dan mempunyai kira-kira 25,000 aplikasi yang boleh dimuat turun.

Sementara itu, Shazalli ketika mengumumkan hasil kewangannya di sini mengakui, prospek perniagaan tahun ini dijangka lebih mencabar selain perkembangan industri yang semakin hebat.

Beliau berkata, Celcom memperuntukkan antara RM900 juta dan RM1.0 bilion untuk perbelanjaan modal tahun ini yang mana 40 peratus akan diketepikan bagi meningkatkan perkhidmatan 3G dan data jalur lebarnya.

Katanya, selebih 60 peratus akan digunakan, antaranya, menambah lebih banyak cawangan runcit Celcom Blue Cube, membentuk makmal pengguna dan memperbaiki platform bil.

"Tahun 2010 akan menandakan permulaan tempoh transformasi kami ke arah menjadi sebuah syarikat dengan budaya penyampaian yang tinggi," tambah beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 12:12 PM | Show all posts
@adie,

tak tau, saje je kot.. menyemak jer pengguna2 tak aktif ni.. xde untung pun 'simpan' diaorg hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 01:04 AM | Show all posts
aku akui celcom salah percaturan dgn menidakkan kuasa iphone... tapi aku tak berkenan la iphone...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 09:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by epool86 at 3-3-2010 10:05

yup, aku setuju. Sebenarnya dulu Celcom memang berminat nak bawak iphone ni, kan diaorg ada bincang dengan Apple. Tapi Apple ni banyak songeh, semua dia control, harga dia control, application store dia control, itunes dia control.. dah tu Celcom dapat apa?

satu2nya cara nak untung, Celcom kena buat plan mahal macam maxis buat. tu pasal la Celcom malas bawak iphone, Celcom cakap "tak mati pun takde iphone" haha. then start hari tu jugak la Celcom fokus pada blackberry.

tapi since Digi dah start nak jual iphone jgk ni, maybe Celcom bleh consider utk jual jgk kot. tp utk masa terdekat ni mmg takde la.. kalau ade pun akhir tahun nanti, atau tahun depan, atau tak payah langsung hehe..

p/s: Celcom bawak la Google Nexus One, tu baru the iphone killer. Setakat BB Storm tu, blum taraf iphone killer lagi la. Yang penting, promotion/marketing. Biar org kampung pun tahu apa itu Nexus One. Skrg ni, org kampung tau iphone jer, dan bagi mereka iphone itu best.  Aku? x minat iphone, sorry. baik ambik HTC hehe.
note: dapatkan real time Axiata (6888) stock update here http://epul.budak-u.com.my/stock_update.php
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.071833 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list