CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ctredzuan

daulat Raja johor dr queen victoria?

[Copy link]
Post time 24-8-2009 09:08 PM | Show all posts
37# zul888

apa mengarut arr ko ni...

time dulu pakai temenggong ala-ala org tak berapa gerun, maharaja la baru gempak sikit gelaran...
nazurah Post at 24-8-2009 20:02

Abu Bakar seorang anglophile yang sungguh taksub tentang budaya dan cara kehidupan keluarga diraja England....Itu sebab semua pakaian dan protokol diraja mirip kapada kings and queens of England. Jadi kalau nak 'rub shoulders' dengan pangilan temenggong aje munkin tak laku kerana mengikut protokol temenggong tu darjat ketua security aje. Jadi dengan ehsan Queen Victoria ia di panggil gelaran Maharaja saperti di India. Maharaja mengikut fahaman barat ialah emperor....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2009 07:24 AM | Show all posts
yupp...

dari zaman kesultanan melaka yang kita pelajari di sekolah pun kita tahu level temenggong ni  dan apa bidang tugasnya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 07:33 AM | Show all posts
KREDIT SARIP DOL@ INFOGOSSIP.COM






Ok, aku cuba jawab apa yang boleh lah.

[size="4"]1. Di-ikhtiraf British tapi gelaran Sultan mungkin diberi oleh Sultan Abdul Hamid of Turki
Apabila keturunan Temenggong mengambil Johor, mereka masih dikira sebagai pembesar dan bukannya bertaraf raja. Untuk menjadi Sultan perlu mendapat pengikhtirafan dari mana-mana Sultan. Contohnya macam Daeng Lumu ditabalkan menjadi Sultan Selangor oleh Sultan Perak... bukan hanya ditabalkan tetapi turut diberikan alat-alat nobat dan alat kebesaran kepada Daeng Lumu. Begitu juga Bendahara Tun Zainal Abidin (anak Tun Habib Abdul Majid) diikhtiraf menjadi Sultan oleh Raja Pattani.

Jadi, untuk letakkan Temenggong di dalam league yang sama dengan Sultan-sultan negeri lain, maka British beri gelaran "Maharaja" kepada Temenggong Daeng Abu Bakar, sama seperti gelaran bagi raja-raja di India.

Persoalannya adakah Maharaja Abu Bakar ini di-tabalkan oleh Queen Victoria macam yang dalam TV3 tu cakap? Aku lebih berpendapat British mengikhtiraf Daeng Abu Bakar sebagai pemerintah Johor dengan gelaran Maharaja. Tetapi kita jangan lupa hubungan Johor dan Turki. Memang Johor pada waktu itu sebuah negeri merdeka tanpa penasihat British. Tapi mungkin Johor secara simboliknya bertuan-kan Turki? Kalau kita kaji bendera Johor, di penjuru kiri ada bendera Turki (itu lah bendera Turki yang mula digunakan sejak zaman Turki Othmaniah)... seolah sama dengan British yang mana semua tanah jajahan mereka akan letak bendera British di penjuru kiri i.e. bendera Australia, New Zealand, British Virgin Island or even Hong Kong masa masih sebagai negara colonial British pun bendera nya begitu.

Dan gelaran "Sultan" kepada Maharaja Abu Bakar itu mungkin diberikan oleh Sultan Abdul Hamid of Turki. Kalau kita tengok picture Maharaja Abu Bakar, ada satu picture yang dia pakai baju yang ala-ala Turki.


[size="4"]2. Kesultanan Johor dinasti Temenggong tiada alat kebesaran diraja turun temurun
Alat kebesaran diraja adalah lambang keagungan, kedaulatan dan kehebatan raja. Itu memang semua orang tau. Jadi, adakah Kesultanan Johor miskin alat kebesaran? Contohnya macam nobat dari Kesultanan Melayu Melaka itu telah diwarisi oleh:
(1) dibawa ke Johor Lama oleh Sultan Alauddin Riayat Shah semasa dirajakan disana
(2) dibawa ke Perak oleh Sultan Muzaffar Shah
(3) sebahagian daripada nobat Perak diserahkan kepada Daeng Lumu apabila Sultan Perak menabalkan dia sebagai Sultan Selangor.

Alat kebesaran diraja dan set nobat yang diwarisi dari Kesultanan Melayu Melaka memang menjadi alat kebesaran Sultan-sultan Johor dari dinasti Kesultanan Melaka dan dinasti Bendahara. Hingga lah semasa pergaduhan anak-anak Sultan Mahmud Shah III, bini dia Engku Hamidah yang menjadi "penjaga" alat-alat kebesaran diraja Johor yang disimpan di Pulau Penyengat... dia tak bagi nobat tu pada Tengku Abdul Rahman apabila Belanda nak dia yang jadi Sultan... sebab Engku Hamidah tahu yang layak menjadi Sultan adalah Tengku Hussein. Tapi, dengan muslihat Belanda, dapat juga nobat dan alat kebesaran dikeluarkan dan naik takhta lah Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor. Tapi tak lama lepas tu Tengku Hussein ambil takhta dengan bantuan British. Lepas tu Tengku Abdul Rahman pegi ke Pulau Daik dan jadi Sultan Riau-Lingga yang pertama.

Nobat Kesultanan Johor itu terus disimpan di Pulau Penyengat dan diguanakan oleh waris Sultan Abdul Rahman yang menjadi Sultan-sultan Riau-Lingga. Di Johor masa tu apabila keturunan Temenggong ambil kuasa, keturunan Bendahara ini tidak sekali-kali akan serahkan alat-alat kebesaran diraja Johor termasuk nobat kepada Maharaja Abu Bakar atau Sultan-sultan selepas dia.

Hingga lah satu ketika itu Engku Embong Fatimah (kiranya cucu kepada Sultan Abdul Rahman of Riau-Lingga) menjadi penyimpan alat-alat kebesaran dan nobat, sekali tu dia jemput orang-orang Belanda datang Istana... and dia sambut kedatangan mereka ni dengan nobat. Dikatakan orang-orang Belanda tu semua jadi sakit-sakit lah apa. Terdapat unsur mistik disini and orang-orang besar berpendapat mungkin sebab terkena tulah kerana mainkan nobat kepada orang yang tidak sepatutnya. Nobat itu yang diwarisi sejak Demang Lebar Daun itu ada mistik-nya lah.

Takut kejadian macam tu berlaku lagi, so orang-orang besar kata kita tukar beberapa benda nobat... mungkin kulit gendang ke apa lah agaknya. Kiranya set nobat itu dah tidak original dah lah. Nobat ni terus digunakan oleh Sultan-sultan Riau-Lingga termasuk ada sekali tu apabila puteri Sultan Riau-Lingga kawin dengan Sultan Zainal Abidin III of Terengganu... nobat dimainkan masa wedding tu. Tapi tetap disimpan di Pulau Penyengat hingga runtuh Kesultanan Riau-Lingga dan menjadi sebahagian daripada Republik Indonesia. Masa ini nobat tu diserahkan pada Sultan Terengganu and now ada pada Sultan Mizan. Lepas tu ada lah juga barang lain i.e. nafiri lah apa yang disimpan oleh waris Sultan Hussein di Istana Bukit Gelam pun diserahkan pada Sultan Terengganu. Ye lah, Kesultanan Terengganu pun sama keturunan Bendahara yang merupakan keturunan Tun Habib Abdul Majid.

Jadi basically, nobat yang ada kat Malaysia ni - Perak, Selangor dan Terengganu (yang nobat Kedah tu lain punya) berasal dari Kesultanan Melayu Melaka. Tapi yang Terengganu punya tu dah di-modified. Tu sebab nobat Perak dan Selangor hanya boleh dimainkan oleh Orang-orang Kalur sahaja (boleh refer thread ni Keturunan muntah lembu).

Alat kebesaran diraja Johor ni asalnya banyak. Ada yang dah dibawa oleh Raja Kecil Siak (yang mengaku anak Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan berjaya rampas takhta Johor Lama dan jadi Sultan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah) ke Siak lepas keturunan Bendahara rampas semula takhta. Zaman ni berlaku juga perang rebut-rebut alat kebesaran Johor antara Raja Kecil Siak tu dengan Sultan Sulaiman (keturunan Bendahara). Anway, Kesultanan yang baru-baru ni mereka tempah saja crown... jadi lah alat kebesaran


[size="4"]3. Istiadat Kemahkotaan tidak semestinya diadakan
Untuk Kesultanan yang sudah wujud beratus-ratus tahun ni kebiasaannya akan ada istiadat pertabalan. Lagi lama Kesultanan itu, lebih complex istiadatnya. Contoh macam Sultan Perak terpaksa menempuh terlalu banyak adat istiadat dalam pertabalan baru lah dia bergelar Sultan. Dari lagu-lagu nobat yang dimainkan saja pun boleh dapat tahu apa level kedaulatan Sultan tu. Anyway, benda-benda mistik ni kita tinggalkan.

Kita difahamkan oleh TPP sendiri dalam satu thread mana tak ingat... bapak TPP sendiri, Sultan Mahmood Iskandar tidak mengadakan istiadat kemahkotaan. Hanya istiadat angkat sumpah saja diadakah. Tanpa istiadat kemahkotaan pun sudah memadai seseorang itu untuk bergelar Sultan Johor, tapi tidak bagi seseorang itu untuk menjadi Sultan Perak contohnya jika tidak lenkap istiadat pertabalan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 07:34 AM | Show all posts
INI PENDAPAT TENGKU AZIZAH MAIMUNAN ISKANDAR
ANAKANDA SULTAN JOHOR YG SAMA2 BERFORUM
KREDIT TO AZIZAHISKANDAR @ INFOGOSSIP.COM
SHARE NGAN KAWAN2 KAT CARI







malas nak pertikai kan kesultanan johor ni....banyak sangat pendapat semua org....yg saya tahu, saya keturunan temenggong...sekarang khawin dgn keturunan bendahara...jdi anak saya hassanal adalah keturunan temenggong/bendahara...anak gehara .

dijohor tidk angkat sembah kerana, tok nyang saya tak beri...mungkin kerana seperti adat hindu..bukan sultan turki yg memberi gelaran sultan kepada maharaj abu bakar, tetapi menasihatkan supaya memakai sultan kerana maharaj seperti raja hindu...mungkin juga sultan abdulhamid turki menasihatkan supaya jgn angkat sembah.sultan abdul hamid turki ada menghadiah pedang bertatah berlian n zamrud kpd sultan abu bakar...ayah saya selau pakai.

apabila abu bakar styled himself sultan, he then advised bendahara ahmad of pahang to stle himself as sultan.....utk memakai gelaran tersebut, abubakar tlh merujuk kpd raja ali haji [ tuhfat alnafis ] utk nasihat dan pendapat nya as to his rights to be sultan of johor...sila lah baca buku tawarikh johor yg di tulis oleh capt haji mohd said....ada banyak cerita yg interesting...dan juga mengenai adat johor...adat johor sebenarnya sama dgn pahang....kerana kita satu keturunan.

as for uniform, abu bakar was a man of vision...he wanted to change n be modern...mungkin sarip dol, we must meet so we can discuss history together....it is my favourite subject....to understand johor is difficult but i m proud of my heritage...to me sultan abu bakar johore was  n will always be the greatest sultan johor ever had...if u read capt mohd saids book, u will cry when he discribed the death of abu bakar...n ofcos the greatest sultan of perak will always be sultan alang iskandar shah...n my son hassanal is also keturunan alang iskandar.

hassanal has of late been having his own official functions n representing the father...for a 14 yr old boy, like duck to water, alhamdulillah,...hassanal has performed his duties well...he has also had to give speeches n off the cuff too...we are training him for his role one day...n i always remind him that he is keturunan pahang , johor n perak...n he should be proud of his lineage....n that he can only marry anak sultan or cucu sultan...nothing less than that...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 07:50 AM | Show all posts
Thanks sarip dol...

TPP nak Hassanal kawin anak or cucu sultan... tp aku suka kalau anak sedara dia, RMJ tu kawin dengan Fazura.. hehehe

ok apa... atok dia kawin minahsaleh dapat TMJ, RMJ kawinlah dengan Fazura... malatops!
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 07:56 AM | Show all posts
Oh sebut pasal baju Sultan (terutama dalam gambar Sultan Abu Bakar) yang 'lain dari yang lain'...kalau korang tengok gambar Sultan Abdul Hamid Kedah yang lebih kurang sezaman, baju baginda pun 'lain' ie bukan baju Melayu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2009 08:02 AM | Show all posts
cuba tepek gambo sikit alpha...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 10:34 AM | Show all posts
Lari sikit topik....ni hah gambar Sultan paling popular kat utara

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2009 01:15 PM | Show all posts
bulu apa atas kepala dia tu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 01:24 PM | Show all posts
Sultan negeri2 Utara ikut style Siam kot?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 11:13 AM | Show all posts
49# nazurah

bulu cenderawasih..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 11:15 AM | Show all posts
50# rastablank

kalo ikut sejarah..

tanah jajahan kerajaan kedah tua .. dari pulau pinang bawa ke burma (myanmar)

jd.. x timbul ikut siam ke x... sbb raja2 @ sultan kedah ni mmg siam punn...

kat istana sultan halim cakap siam,..

pekat wo0o0...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 02:33 PM | Show all posts
hi...
just nk kongsi info je... ambik dari paper... kalu salah arap maaf ekkk....

kalu Sultan Terengganu... dia pakai gelaran "Sultan Dan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman Serta Segala Jajahan Takluknya"
Kalu Sultan Pahang... "Sultan Dan Raja Pemerintah Bagi Negeri Pahang Darul Makmur Serta Segala Jajahan Takluknya"
Perak... "Sultan, Yang Di-Pertuan Dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan Dan Jajahan Takluknya"
Selangor... "Sultan Dan Yang DiPertuan Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya"
Kelantan... "Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim"
Kedah... "Sultan Negeri Kedah Darul Aman"
Johor... "Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim"
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 05:43 PM | Show all posts
Sy pernah ternmpk gambr sir abu bakar pki bju western royal...mmg smart gila.

Cuma.....kt bhgn sampin, dia mcm pki kain pelikat.??? Betul ke..? ade sesape leh clarify..?

So i teringat la jgk pd dato' shake yg pernah brgmbr dgn berkain pelikat time prime time dia dulu.

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 12:29 AM | Show all posts
nak tau gi tanya sendiri face to face...mana tau dapat dolat kena lempang sekali...sebelum tu pesan kat dia suruh bagi dolat kaya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 12:45 AM | Show all posts
Sy pernah ternmpk gambr sir abu bakar pki bju western royal...mmg smart gila.

Cuma.....kt bhgn sampin, dia mcm pki kain pelikat.??? Betul ke..? ade sesape leh clarify..?

So i teringat la jgk pd ...
edmundo Post at 4-11-2009 17:43


yang nie ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2009 12:00 PM | Show all posts
jajahan takluk johor bagai tuh tang mana jajahannya? kepualaun sekitar riau lingga ka?
nanat87 Post at 20-8-2009 13:03


setau aku riau laa sultan bagi johor dan pahang, kerana baginda melantik temenggong di johor dan bendahara di pahang. Hubungan ini putus pd thn 1894 dgn perjanjian inggeris - belanda.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 12:18 PM | Show all posts
aku suka tgk photo2 lama sultan2 negeri johor, ada karisma gitteww

[bAlmarhum ]Temenggong Abu Bakar later 1886 elevated himself to Sultan Abu Bakar




Almarhum Sultan Ibrahim ibni almahum Sultan Abu Bakar






Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 10:59 AM | Show all posts
salam,saya ada terbaca kat mana dah luper yg salah sorang sultan johor ni ahli freemason..wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 07:40 PM | Show all posts
negeri Kelantan dan Kedah itu sudah wujud lebih seribu tahun lampau. Itu pasal kita tak panggil jajahan takluk.

Negeri yang lain2 itu semua baru aja wujud dalam tempoh  500 tahun kebelakangan ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.080554 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list