CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Detektif_Hantu

Apa Yg Saya Tidak Tahu Tentang P.Ramlee

    [Copy link]
Post time 29-11-2010 04:33 PM | Show all posts
ris baca posting sapa entah kat sini yang pak ngah nih kawen lari sebenarnya dengan anak angkat PR ...
Risma Post at 29-11-2010 04:03 PM


ntah la ris, saya pn x tau mana satu yg betul
articles ni suma sy just copy and paste frm Bernama punya news archive
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2010 05:08 PM | Show all posts
Headline: `Suka gurau macam P Ramlee'
Publication: HM
Date of publication: Dec 19, 2008
Section heading: Rentak Artis Popular
Page number: 08
Byline / Author: Oleh Elrafaei Sapi


PANJANG hidupnya, Allahyarham Nasir Ramlee disenangi ramai kerana gemar berlawak dan menghiburkan orang lain. Sifat itu dikatakan mewarisi bapanya, Tan Sri P Ramlee. Akui bekas isteri pertama, Mariati Abd Rahman, arwah suka bergurau dengan anggota keluarga dan rakan hingga menyembunyikan penyakit kencing manis yang dihidapi sejak lebih 10 tahun lalu.

Kata Mariati, 55, dia berkesempatan bertemu dengan arwah buat kali terakhir pada Aidilfitri lalu. Ketika itu, walaupun arwah kelihatan tidak sihat tetapi masih mampu tersenyum dan meluangkan masa bertemu mereka.

"Dia sering bertanya khabar saya dan anak menerusi telefon. Aidilfitri lalu, saya nampak dia tidak sihat dengan kaki bengkak tetapi katanya, dia sihat. Sebelum ini jika dia sakit, dia susah hendak pergi dapat rawatan di hospital.

"Dalam pertemuan terakhir itu, dia masih kelihatan biasa cuma terkilan kerana tidak dapat menunaikan hasrat untuk berkumpul bersama semua anaknya," katanya.

Bagi bekas isteri kedua, Rashidah Jaafar, 45, berkata ingatan arwah terhadap karya bapanya masih kuat hingga menjadikan karya itu sebagai rujukan untuk mendalami ilmu muzik dan lakonan.

Sejak dua tahun lalu, arwah mengikuti kurus pengarahan, teater dan muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

"Arwah masih menunjukkan minat terhadap lakonan dan nyanyian. Karya Seniman Agung P Ramlee bukan hanya menjadi sumber rujukannya malah arwah sentiasa mahu karya bapanya dekat di hatinya. Ini menunjukkan arwah tidak lupa bapanya yang banyak berjasa di persada hiburan tanah air," katanya.

Anak bongsu arwah, Zaidee, 16, pula berkata sebelum bapanya menghembuskan nafas terakhir, dia ada berpesan agar melawatnya ketika terlantar sakit di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Malah sejak dua minggu lalu arwah menyatakan dia ingin tidur bersama dua anak lelakinya termasuk Zakaria.

Kata Zaidee, anak kepada isteri ketiga arwah, Suria Bakar, arwah dimasukkan di HKL jam 3 petang kelmarin selepas mengadu sakit. Namun, arwah meninggal dunia jam 5.10 petang akibat komplikasi jantung dan kencing manis.

"Kebelakangan ini sejak arwah sakit, dia susah hendak tidur dan minta saya tolong urut badannya. Ketika dia masih sihat dulu, saya sering ikut arwah pergi buat persembahan pentas.

"Saya antara anak yang selalu rapat dengannya. Ke mana saja dia pergi, dia sering minta saya menemaninya," katanya.

Selain arwah masih berhubung dengan bekas isteri dan anak-anak, pelakon veteran, Datuk Aziz Sattar juga antara kenalan yang pernah rapat dengan arwah. Kata Aziz, hubungan mereka akrab sejak arwah lahir dan pernah mendukungnya ketika bayi.

Aziz berkata kali terakhir dia bertemu arwah di Istana Budaya bulan lalu. Sifat arwah dikatakan mengikut P Ramlee yang tidak suka mengganggu kehidupan orang lain.

"Sejak P Ramlee meninggal dunia, arwah menganggap saya macam bapa sendiri. Bila kami berjumpa, dia banyak bercerita dan selalu berpesan pada saya agar jaga kesihatan. Meskipun dia kurang berjaya dalam lakonan tetapi ia satu penghormatan apabila bekas Menteri Penerangan dulu, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzil mengambil dia bekerja sebagai penyelaras muzik kombo di Istana Budaya.

"Lepas dua minggu bekerja, dia berkata mahu berhenti kerja kerana gaji tidak cukup. Namun, saya nasihatkan dia agar terus bekerja dan dia dengar cakap saya. Pada saya, arwah pernah membuktikan kejayaan ketika mengendalikan 114 pemuzik orkestra dalam satu persembahan tahun lalu.

"Itu kejayaan terbesar yang saya ingat. Sebelum ini, arwah pernah mengeluh bayaran royalti P Ramlee yang diterima. Sepanjang hidupnya, dia memang suka bergurau seperti bapanya. Malah ketika bercakap dengannya, saya rasa seolah-olah saya bercakap dengan P Ramlee," katanya.

Sepupu arwah, Rozita Rohaizat, 50, masih terbayang kenangan pada zaman kanak-kanak apabila mereka sering bermain bersama. Katanya, hubungan mereka terpisah seketika apabila arwah mendirikan rumah tangga.

"Ketika zaman remaja, arwah lelaki paling kacak. Saya hanya bertemunya buat kali terakhir dua tahun lalu.

"Ketika itu, saya terkejut lihat perubahan dia yang sudah botak. Memang antara anggota keluarga dan rakan, arwah disenangi ramai kerana suka bergurau," katanya.

Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru, Jalan Ampang, Kuala Lumpur jam 11 pagi semalam. Jenazah arwah disemadikan berdekatan dengan pusara bapanya, P Ramlee, Puan Sri Saloma dan Aman Ramlie Jaafar (A R Tompel). Antara rakan artis yang turut hadir menziarah buat kali terakhir adalah Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Datuk Mustapha Maarof, Datuk DJ Dave, Ahmad Tarmimi Siregar, Mariani, Yusnor Ef, Herman Tino dan Abon.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 05:09 PM | Show all posts
Headline: Perginya warisan P Ramlee
Publication: HM
Date of publication: Dec 19, 2008
Section heading: Rentak Artis Popular
Page number: 02
Byline / Author: Oleh Ramlah Zainal


TIDAK sampai dua bulan pemergian anak angkat Tan Sri P Ramlee, Allahyarham Sabarudin Ramli (Badin), kita dikejutkan pula dengan pemergian satu-satunya anak kandung Seniman Agung itu, Nasir P Ramlee.

Jika P Ramlee meninggal dunia pada usia muda iaitu 44 tahun, Nasir pula menghembuskan nafas terakhirnya jam 5.10 petang, kelmarin di Hospital Kuala Lumpur kerana komplikasi jantung dan kencing manis pada usia 55 tahun.

Jenazahnya selamat dikebumikan jam 11 pagi keesokan harinya di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Nasir meninggalkan balu, Suria Bakar, 55, dan tujuh anak termasuk daripada dua perkahwinannya terdahulu. Bersama Suria, Nasir mempunyai dua anak, Zaidi, 17, dan Zakaria, 16, manakala bersama isteri pertamanya, Mariati Abd Rahman, 55, mereka mempunyai tiga anak, Gunina, 37, Gunawan, 35, dan Gurnarisasca, 31. Bersama isteri keduanya, Rashidah Jaafar (Gee), Nasir mempunyai dua anak, Natasya, 23, dan Najua (Nadia), 22.

Seperti Badim dan Sazali, Nasir juga anak kesayangan P Ramlee. Nasir yang dilahirkan di Singapura pada tanggal 23 November 1953 adalah anak P Ramlee bersama isteri pertama, Junaidah Harris.

Junaidah adalah pelakon berasal dari Indonesia dan anak kepada pelawak D Harris. Nasir membesar di Jalan Boon Teck, Singapura yang juga kediaman ramai pelakon Studio Jalan Ampas.

Nasir tidak bertemu ibunya sejak usia enam tahun. Hanya selepas P Ramlee meninggal dunia, Nasir bertemu semula dengan ibu kandungnya di Jalan Martapura, Jakarta.

Selepas bercerai dengan Junaidah, P Ramlee mengahwini Norizan dan kemudian Saloma. Justeru, Nasir juga membesar di bawah Norizan yang ketat menjaga disiplinnya tetapi banyak membentuk karakternya.

Mengimbas latarbelakangnya pula, Nasir memulakan kerjayanya sebagai pemuzik di kelab malam sebelum menyertai EMI sebagai penggubah muzik. Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai penyelaras muzik kombo Istana Budaya (IB) sejak April 2002 sehingga sekarang.

Nasir pernah bergandingan bersama Allahyarham Datuk Ahmad Daud, Allahyarham Normadiah, Allahyarham Aziz Jaafar dan Datuk Aziz Satar untuk album Panca Sitara.

Beliau pernah menghasilkan lagu untuk Herman Tino, Rosemaria Abdul Hamid dan Aman Shah. Antara lagu popularnya ialah Rindu Bayangan dendangan Carefree.

Sepanjang berkhidmat di IB, Nasir banyak terbabit dalam persembahan anjuran kerajaan dan di peringkat antarabangsa.

Antara pementasan yang pernah diarahkannya di IB ialah Suzana 60 dan Bonnie M Live In Kuala Lumpur pada 2006.

Sekalipun, nama Nasir tidak segah bapanya, namun tidak dinafikan, beliau juga memberi sumbangan tersendiri dalam memartabatkan industri seni tanah air.

Ketika hayatnya, Nasir sempat menghasilkan Buku Bapaku P Ramlee yang dilancarkan Presiden Badan Warisan Malaysia, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, 29 Mei tahun lalu.

Buku yang dihasilkan selepas 34 tahun bapanya meninggal dunia itu dianggap buku kenangan peribadi Nasir kepada bapanya yang menyingkap kisah suka duka sebagai anak kepada seniman agung tanah air.

Dalam buku itu, Nasir juga menceritakan dia tidak lahir dalam `dulang emas', sebaliknya dibayangi bayang-bayang kehebatan bapa dan nama besar keluarganya.

Sekalipun kesihatannya tidak mengizinkan, Nasir sempat menjayakan persembahan penghargaan buat P Ramlee bertemakan Air Mata di Kuala Lumpur di Panggung Eksperimen (ET), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) yang berlangsung dua hari bermula 15 Julai lalu bersama Nadia.

Buat pertama kali, Nasir juga berkongsi pentas bersama anaknya mendendangkan lagu Senandung Kasih dicipta dan didendangkan bapanya dulu.

Band pimpinannya, Nasir & The Melodies juga mengiringi persembahan artis seperti R Ismail, Datuk Aziz Satar, Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Amy Search dan Sara Loo di Laman Santai IB sempena sambutan Hari Seniman Kebangsaan, baru-baru ini.

Beliau juga pernah tampil dengan album komedi, Nasir Tan Sri P Ramlee & Mamu Maidin yang mengembalikan nostalgia peminat mereka pada tahun lalu.

Bakat seninya turut diwarisi anaknya yang juga cucu P Ramlee, Natasya dan Nadia yang mengikuti pengajian dalam jurusan seni di Aswara.

(END)
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 01:40 PM | Show all posts
ni aku cedok dari blog hesmel faznee

Monday, 22 November 2010
ALLAHYARHAM TAN SRI DR P RAMLEE

Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini.

Rasanya, kebanyakan daripada kita telahpun menonton dokumentari khas Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, yang telah disiarkan di dalam Astro menerusi History, baru-baru ini. Mungkin ramai di antara kita secara tidak sedar, menitiskan airmata mengenangkan nasib yang melanda Allahyarham.

Disisihkan, dihina, malah ditipu oleh orang yang dipercayai beliau, termasuk bangsanya sendiri merupakan antara intipati kehidupan Allahyarham, di saat-saat akhir kehidupan beliau. Pelbagai perkara telah dilakukan oleh beliau, demi untuk memenuhi hasrat beliau untuk memastikan karya Melayu terus kekal dan relevan di mata orang Melayu itu sendiri langsung tidak kecapaian. Hasrat Allahyarham untuk menerbitkan filem Melayu bewarna, menubuhkan syarikat penerbitan filem sendiri malah penubuhan syarikat PERFIMA itu semuanya hancur dan musnah.

Mungkin, petikan sajak Tun Dr Mahathir, Perjuangan Yang Belum Selesai; "Di mana silapnya?" sesuai menggambarkan keadaan dan nasib Allahyarham.

Saya berpendapat, demi untuk menebus kembali maruah Allahyarham, dan secara tidak langsung maruah negara, kerajaan boleh mengambil langkah proaktif dengan membeli karya-karya terbaik Allahyarham daripada syarikat filem Shaw Brothers dan syarikat rakaman EMI. Apalah gunanya kita melaung-laungkan gelaran Seniman Agung dan lain-lain tetapi hakikatnya karya-karya beliau berada di tangan orang asing.

Jika disorot kembali, zaman kejatuhan Allahyarham mula berlaku semasa Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri (sekitar tahun 1970). Dengan berkata demikian, saya tidaklah menuduh Allahyarham Tun Razak punca kejatuhan Tan Sri P. Ramlee! Cuma terdetik rasa hairan, mengapakah kerajaan pada masa itu tidak mengambil sebarang tindakan untuk memastikan Allahyarham mendapat tempat di industry hiburan tempatan? RTM, misalannya boleh memberikan satu slot program TV untuk Allahyarham.

Sekarang, anak Allahyarham Tun Razak, Dato' Sri Mohd Najib pula menjadi Perdana Menteri. Mungkin Dato' Sri Najib boleh mengambil tindakan wajar untuk memastikan legasi Tan Sri P. Ramlee terbela. Ini termasuklah memastikan karya-karya Allahyarham itu dibeli oleh Kerajaan. Harus diingat, karya-karya Allahyarham itu sama pentingnya dengan karya-karya Munsyi Abdullah dan lain-lain penulisan. Mereka adalah perakam masa kepada apa yang berlaku pada waktu itu.

Secara peribadi, saya mula merasa muak, jelek dan bosan menonton filem Tan Sri P. Ramlee, apabila ia dimainkan di dalam upacara mengenang Allahyarham di kaca tv. Semuanya hambar. Tiada pembaharuan! Seandainya karya-karya Allahyarham itu menjadi milik kita, pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengelokkan kembali filem tersebut, termasuklah melakukan "digital editing" dan memasukkan warna ke dalam filem tersebut.

Selain daripada itu, kita boleh menerbitkan kembali filem-filem terbaik arahan beliau ke layar perak, apabila proses digital editing itu dilakukan. Pelbagai cara dan langkah yang boleh dilakukan seandainya filem-filem beliau menjadi hakmilik kita. Hasil daripada kutipan tiket-tiket itu bolehlah digunakan untuk menubuhkan Yayasan Tan Sri P. Ramlee atau research centre yang melakukan penyelidikan di dalam karya-karya Allahyarham, berdasarkan kepada aspek budaya dan social!

Ini tidaklah bermaksud kita mengambil kesempatan ke atas karya beliau, namun menjadikan filem itu tahan lebih lama untuk tatapan anak cucu kita di masa hadapan!

Janganlah kita hanya bersedih, termenung dan mengeluh mengenang nasib Allahyarham selepas kita menonton dokumentari di rangkaian History itu. Tiada gunanya mengenangkan nasib yang telah berlaku ke atas Allahyarham. Seperti kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur.

Rasanya, masih tidak lambat untuk kita memiliki semula karya-karya Allahyarham daripada syarikat filem dan rakaman itu. Semakin lama kita menunggu, semakin tinggilah harga untuk kita membeli semula catalog-katalog filem dan lagu-lagu ciptaan Allahyarham. Seperti yang dinyatakan oleh syarikat Shaw Brothers kepada Allahyarham Nasir P. Ramlee, apabila beliau cuba untuk bertanya berkenaan royalty filem-filem Allahyarham bapanya, "Itu semua, kita orang punya…"

Tidakkah kita merasakan yang maruah seorang seniman itu dihenyak ke bawah? Apakah itu bukan menunjukkan seolah-olah Allahyarham persis lembu punya susu, sapi dapat nama?

Masih tidak terlambat untuk mengambil tindakan sewajarnya.

ape kata anda???
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 05:08 PM | Show all posts
huuuuuuuuuu habis dah, banyak kerja aku tak jadik
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 03:50 PM | Show all posts
berjaya juga khatam.
Bel masuk sini sbb nak tau ttg komplot menjatuhkn Arwah.
even documentary shumi tu kejap sgt tp terserlah apa yg cuba di sampaikan.
mmg P Ramlee sengaja di jatuhkan oleh beberapa pihak yg tak senang hati. Kuatnya org yg nak jatuhkan dia tu sampai media dan kerajaan sendiri turut main peranan menjatuhkan arwah. Paling kelakar bila sekarang semua memuja arwah pula.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2010 01:52 PM | Show all posts
Pheww...spent few hours dari page 1 sampai dah khatam thread ni...
Tak sabar rasanya nak tunggu biograpi dari Datok Aziz Sattar..
Al-Fatatihah untuk Allahyarham P.Ramlee
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 11:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by capiloton at 2-12-2010 23:57

ada attention seeker dalam thread ni tak payah la korang layan..
seb baik abangbikerz tak masok thread nih..

patut la ada orang melayu dulu2 dok cakap..
p.ramlee takde la femes mana pun kat malaysia dulu..
semua movie n lagu2 dia tak laku kat sini dulu..
lepas tengok dokumentari..
ropa2 nya diaorg semua pulaukan p.ramlee.. terutamanya wartawan..
n jugak termasok la goverment n ahli2 politik malaya taknak support karier dia..
tak sangka pulak allahyarham meninggal dalam keadaan miskin n susah..

credits pada suhaimi baba yg buat documentary nih..
mmg berharga docu ni sebab ada di masukkan sekali klip video temuramah dengan org2 yg pernah rapat dgn p.ramlee yg dah pun meninggal dunia macam saloma, saadiah, nasir p.ramlee, norizan, ahmad daud n lelain lagi..

kesian hajat arwah nak buat filem berwarna tak tercapai sampai akhir hayat dia..
yg kes PERFIMA tu memang sadis, jins shamsudin pulak yg di beri peluang..
baru balik dari kursus perfileman london kekdahnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2010 01:11 AM | Show all posts
ada attention seeker dalam thread ni tak payah la korang layan..
seb baik abangbikerz tak mas ...
capiloton Post at 2-12-2010 23:26


dia famous.. bukan sepert sangkaan anda iteww.. sume cerite dia box office kat sini.. penuh panggung capitol tuu smpai 1 cerita 3 kali ulang

cume akhir 60'an dgn awal 70'an dia mengalami kejatuhan
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 09:45 AM | Show all posts
al fatihah buat arwah.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 02:23 PM | Show all posts
ermmm .. aku ada documentary p.ramlee history channel format .avi ..

sape2 nak?? nnt aku spli & upload kt file hosting ... hotfile / mediafire
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2010 11:49 PM | Show all posts
Kisah hidup seorang seniman mmg berduka sesaja ,yg tampak gembira cuma diirnya dipuja peminat tp bab hidup melarat sendiri yg tanggung.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 02:06 AM | Show all posts
harap2nya adalah penyambung legasi P Ramlee dari keturunannya. anak2 allahyarham Nasir pun ada yang masuk dalam bidang seni kan.

-Natasya & Najwa (anak allahyarham dengan Rashidah/Gee) - belajar di Aswara dalam jurusan seni
-Zakaria & Zaidee (anak allahyarham dengan isteri Suria Bakar) - kini sedang belajar dalam jurusan Diploma Rekaan Bunyi & Muzik di Universiti Lim Kok Wing
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 02:25 AM | Show all posts
15 Tentang P.Ramlee yang kita tak tahu
# Posted by Ida Syuhada on December 19, 2010 at 12:09pm in Dunia Hiburan

1. Mempunyai empat jenis tandatangan dan dalam kad pengenalannya yang diisukan pada tahun 1964 setelah berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura, ruangan ‘race’ atau bangsa dibiarkan kosong.

2. Ketika kecil, selepas mengaji Quran, P. Ramlee akan berlakon di padang di hadapan kawan-kawannya dengan membawakan watak-watak wira seperti Hang Tuah, Robin hood, Zorro, Sea Hawk, Captain Blood dan Tarzan.

3. Terlalu kurus dan berjerawat batu ketika mudanya; suka ponteng sekolah, tidur dalam kelas, dan suka bermain dam. P. Ramlee bukan dari kalangan pelajar cemerlang. Beliau juga tidak gemar membaca – satu-satunya novel kegemaran P. Ramlee adalah berjudul ‘Atheis’ karya Achdiat K. Miharja.

4. Sangat meminati sepak takraw. P. Ramlee pernah menyumbangkan piala pusingan Oscar P Ramlee Sumbang Sih kepada Persatuan Sepak Takraw Singapura.

5. Azizah, lagu pertama yang menjulang namanya adalah inspirasi buah hatinya di Pulau Pinang; identiti wanita tersebut kekal misteri sehingga kini; mendapat bayaran royalti pertama bernilai RM3,000 dari syarikat T. Hemsley untuk lagu ini beberapa hari sebelum rusuhan Bertha Hertog atau Natrah pada tahun 1951.

6. Fasih berbahasa Jepun dan cekap bermain peralatan muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, trompet dan akordion. P. Ramlee tidak tahu bermain saksofon!

7. Lagu “Kewk Mambo” diinspirasikan daripada nama sahabat baiknya, Pengurus Produksi Malay Film Productions, Kwek Chip Jian.

8. Orang pertama mempersoalkan bayaran gaji pekerja-pekerja produksi; juga yang pertama memperkenalkan gabungan perkataan ‘pawagam’ (panggung wayang gambar); digunakan pada PAWAGAM P. RAMLEE (dulunya terletak berhampiran pusat membeli-belah Sogo dan Kompleks Pertama).

9. Jika di rumah, P. Ramlee selesa berpelikat yang dipakai bersama T-shirt Pagoda putih; suka memasak dan resipi ringkas kegemarannya adalah kacang panjang (digoreng hingga lembut) campur ikan bilis masak kicap.

10. Menu harian: ikan goreng dan ulam; ikan terubuk, kari ketam dan kuah laksa paling disukai; juga gemar berkunjung ke restoran Sup Setapak (masih wujud ke hari ini).

11. Tabiat pelik: suka mencium-cium aroma nasi kandar yang masih lekat di tangannya! Nasi Kandar ‘Line Clear’ adalah kegemaran P. Ramlee!

12. Sazali memainkan watak anak petani/peladang dalam filem Anak Bapak dan bersama anak-anak yang lain, mereka menjadi suara latar untuk lagu “Tolong Kami Bantu Kami” dalam filem 3 Abdul.

13. Mendengar lagu Jalak Lenteng nyanyian Rubiah berulang-ulang kali setiap kali berhadapan masalah.

14. Pernah ‘diboo’ dan disuruh turun pentas ketika menyanyi di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur menjelang kebangkitan irama pop-yeh-yeh.

15. Menghasilkan 18 buah filem dalam tempoh 8 tahun (1964 – 1972) dengan hanya menggunakan perkakasan ‘second-hand’ di Studio Merdeka, Ulu Kelang!

http://www.malaysiaria.com.my/fo ... g-pramlee-yang-kita

**tiada mention dari sumber mana penulis dapat info ni, tapi apa yang ditulis ada few yang pernah dimention di page2 depan dalam thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 06:30 PM | Show all posts
adakah beliau yg meminati dengungan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 09:57 PM | Show all posts
btol ke P.Ramlee x pandai main alat muzik sebenarnya?baca dalam berita Harian kot,ahmad Nawab yang bagitahu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2011 01:02 PM | Show all posts
6. Fasih berbahasa Jepun dan cekap bermain peralatan muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, trompet dan akordion. P. Ramlee tidak tahu bermain saksofon!
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2011 01:11 PM | Show all posts
6. Fasih berbahasa Jepun dan cekap bermain peralatan muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, tro ...
HangPC2 Post at 19-1-2011 13:02

katanya dalam filem2 beliau yang beliau main saksafon tuh sebenarnya adalah dimainkan oleh ahmad nawab rasanya......dia eksen saja
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 09:06 AM | Show all posts
fuhhhh....terbuntang bijik mata aku nak abiskan benang nie. memang best giler n sgt sedih dgn kehidupan beliau di saat2 akhir...

pernah pegi pustaka peringatan p.ramlee kat jalan dedap about 10 yrs ago....byk gak info pasal arwah tp aku rasa boleh dipertingkatkan lagi.

Al Fatihah untuk arwah....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 12:53 PM | Show all posts
kelakaor la puloksss rajawali tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.515324 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list