CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[R-TV] Raja Lawak 4 - Kump Kecik Juara!!

[Copy link]
Post time 4-2-2010 02:10 PM | Show all posts
mane nk dptkan tiket nk tgk raja lawak live?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2010 11:00 AM | Show all posts
juri & pengacara yg lawak..peserta x lawak langsung..undi juri..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 01:57 PM | Show all posts
Mamu mst mariiii!!! lega faiz dh keluar,hampeh..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 12:08 PM | Show all posts
inilah Raja Lawak The Worst dr segala musim
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 01:35 PM | Show all posts
seram pulak nak tgk gelanggang malam nie...
tema hantu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2010 11:36 AM | Show all posts
Tidak serasi lawak AN2 kurang menjadi

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar MOHD. NAIM AZIZ


INILAH barisan lima peserta solo dan berkumpulan yang akan meneruskan saingan pada minggu ketujuh pada 14 Februari ini.

PERTANDINGAN Raja Lawak Astro musim keempat (Raja Lawak 4) terbitan Astro Prima mempertandingkan para peserta solo dan berkumpulan.

Peserta berkumpulan mungkin mempunyai kelebihan kerana selain boleh menampilkan lebih banyak idea, persembahan mereka juga mampu dipelbagaikan berbanding peserta solo.

Bagaimanapun, tanpa keserasian di kalangan peserta berkumpulan, mereka juga tetap akan berdepan masalah, antaranya lawak yang kurang mengggeletek hati para penonton.

Kumpulan AN2 yang merupakan peserta berkumpulan dalam Raja Lawak 4 tidak menafikan hakikat itu apabila mereka tersingkir pada pertandingan minggu keenam Ahad lalu.

Menurut salah seorang anggota duo kumpulan itu, Tepet atau nama sebenarnya Raja Nor Shafiq Azraie Shah, 20, kurang keserasian satu sama lain menjadi punca lawak mereka kurang menyerlah.

"Saya rasa chemistry (keserasian) di antara kami masih tidak sama ataupun kurang walaupun sudah enam minggu kami bersaing dalam pertandingan ini. Faktor ini antara penyebabnya.

"Biarpun kami telah mengenali satu sama lain sejak empat tahun lalu, tetapi kami jarang berjumpa kerana di Johor kami tinggal di kampung yang berlainan dan ia juga agak jauh.

"Saya tinggal di Johor Bahru, manakala Ijal pula tinggal di Kota Tinggi. Kami berjumpa pun sekali dalam seminggu. Kami mungkin perlu lebih banyak masa untuk serasi," katanya kepada Hits.

AN2 yang ditemui selepas mereka tersingkir pada Gelanggang Raja Lawak 4 minggu keenam dengan menerima undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah para penonton sebanyak 5.5 peratus.

Selain Tepet, AN2 yang turut dianggotai oleh Ijal atau Rosshahrizal Bachok, 24, menjangka akan tersingkir pada pertandingan malam yang bertemakan Hantu Komedi itu kerana saingan daripada para peserta lain sangat sengit.

"Kami tersingkir mungkin kerana persembahan lawak kami yang kurang menyerlah. Saya rasa macam tidak setanding dengan para peserta lain yang jauh lebih bagus daripada kami.

"Sebelum ini kami sudahpun mencuba sedaya upaya memerah idea tetapi nampaknya 'kekuatan' atau 'benda' itu tidak juga datang dalam persembahan kami," ujarnya.

Selepas tersingkir daripada Raja Lawak 4, Tepet dan Ijal akan kembali ke kampung masing-masing dan mencari pekerjaan selain bersedia menerima tawaran berlakon jika digandingkan bersama.

Biarpun tersingkir daripada pertandingan terbitan Astro Prima itu, namun AN2 tidak pernah berasa kesal kerana mereka telah mencuba sedaya upaya memerah idea dan bakat masing-masing.

"Sebenarnya kami berdua sudah bersedia untuk disingkirkan pada setiap minggu Gelanggang Raja Lawak diadakan. Kami anggap setiap minggu pertandingan adalah kali yang terakhir untuk kami.

"Kami berasa seronok dan bertuah kerana dapat menimba pengalaman semasa berada dalam Raja Lawak 4. Daripada situlah kami faham betapa susahnya hendak menjadi pelawak," kata Tepet.

Raja Lawak 4 minggu keenam menyaksikan Idlan berada di tangga teratas dengan menerima undian SMS sebanyak 28.4 peratus, Mamu (24 peratus), Kecik (17 peratus), Alex (16 peratus) dan Caca (9.2 peratus).

Din Beramboi, salah seorang pengkritik tetap pertandingan masuk tahun keempat itu menyifatkan penyingkiran para pesertanya mempunyai persamaan dengan undian SMS para penonton.

"Saya menjangkakan AN2 merupakan peserta yang akan tersingkir pada malam ini. Saya dapati apa yang kami (pengkritik) ramalkan tentang setiap penyingkiran ada hubung kaitnya dengan undian SMS.

"Ini kerana, para penonton dan pengundi SMS dalam pertandingan ini saya rasa boleh dikatakan orang yang sama. Jadi, mereka sudah faham dan tahu menilai kritikan yang kami lontarkan," komennya.

Memandangkan peserta pertandingan lawak jenaka itu semakin berkurangan ekoran adanya penyingkiran pada setiap minggu, Astro Prima bercadang menambah masa persembahan pesertanya kelak.

Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, mulai minggu kelapan setiap peserta mungkin akan disyaratkan mengadakan dua sketsa persembahan bagi mengisi slot siaran pertandingan itu selama 90 minit.

"Setakat ini setiap peserta diberi masa dua minit setengah untuk mengadakan persembahan tetapi selepas ini masa itu akan dilanjutkan kepada 3 minit. Mungkin mulai minggu kelapan setiap peserta akan mengadakan dua persembahan.

"Bagaimanapun, waktu siaran Gelanggang Raja Lawak pada setiap minggu dan pada final nanti adalah sama iaitu 90 minit. Kami ada banyak cadangan untuk mengisi waktu tersebut.

"Kami juga mungkin akan mengisi slot yang ada dengan perkara-perkara yang spontan. Pengisian slot yang sesuai itu bergantung kepada keadaan dan keperluan," jelasnya.

Dengan penyingkiran itu, Raja Lawak 4 yang turut dibarisi oleh dua lagi pengkritiknya iaitu Afdlin Shauki dan Bob Lokman akan diteruskan oleh lima peserta iaitu Idlan, Mamu, Kecik, Alex dan Caca.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2010 10:52 PM | Show all posts
akhir nya ... keluar juga caca....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 10:13 AM | Show all posts
pasni alex lak kuar..ehehehehheheheh
mamu, kechik dan idlan ke final
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2010 09:40 AM | Show all posts
Caca akur tersingkir Raja Lawak

Oleh AFIFI HAFIZ M.NOR
hiburan@kosmo.com.my


DARI kiri: Juri yang terdiri daripada Bob Lokman, Din Beramboi dan Afdlin Shauki tidak jemu menyuntik idea terhadap persembahan para peserta.

SELEPAS tujuh minggu gelanggang Raja Lawak dipentaskan, kemahiran para peserta yang terdiri daripada Idlan, Kumpulan Kecik, Mamu, Alex serta Caca tampak meningkat positif. Lawak yang dibikin sudah terlihat sedikit asli dan tidak mengecewakan.

Malah penyingkiran Abdul Halim Abdul Malek atau lebih dikenali sebagai Caca pada minggu lalu, biarpun sudah dijangka ramai kerana sering menjadi mangsa undian terendah juga adalah sebuah penyingkiran bermaruah.

Sekurang-kurangnya, selepas tujuh minggu, lelaki berusia 31 tahun dan berasal dari Kedah ini sudah mengutip banyak pengalaman yang mampu dibawa pulang jika dia ingin meneruskan karier lawaknya kelak.

Apabila pengumuman penyingkiran dibuat, Caca malah kelihatan seperti sudah bersedia apabila bangun dengan membawa bungkusan kain naik ke pentas.

Peserta yang merupakan seorang juruteknik di Inokom Corporation itu mendapat 3.6 peratus undi pada minggu ke tujuh sebelum terkeluar.

Caca berkata dia rela dan bersedia untuk terkeluar minggu tersebut kerana ingin memberi laluan kepada rakan-rakan lain untuk meneruskan perjuangan menjadi Raja Lawak.

“Kalau nak diikutkan siapa yang tak nak jadi Raja Lawak? Tetapi saya fikir biarlah orang yang berhak dan layak menjadi Raja Lawak.

“Saya pun tahu di mana kemampuan diri dan merasakan sudah sampai masanya saya keluar kerana peserta-peserta lain lebih berbakat,” ujarnya tenang selepas penyingkiran pada malam dengan tema Retro Hitam Putih itu.

Kata Caca, dia tidak pernah putus asa sepanjang tujuh minggu dalam program tersebut walaupun sentiasa berada di tiga tangga paling bawah sejak minggu pertama.

“Biarpun terkeluar pada minggu ini, saya tidak pernah menyesal masuk Raja Lawak kerana dapat pelbagai pengalaman berharga dalam industri ini.


CACA memberi pose terakhir selepas perjuangannya menjadi Raja Lawak tamat pada minggu ke tujuh.

“Saya agak kecewa dengan persembahan pada malam ini dan seperti sudah dapat rasa yang akan terkeluar,” katanya yang bercadang untuk pulang ke kampung dalam masa terdekat ini.

Tambah Caca, dia juga sebelum ini ada berpesan kepada penyokongnya dalam Facebook agar mengundi dirinya sebab bakat.

“Selain penyokong, isteri saya banyak memberi semangat dan dorongan sepanjang saya di sini. Isteri juga selalu memberi komen dan kritikan tentang persembahan saya,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Sementara itu, juri tetap Raja Lawak, Afdlin Shauki, Din Beramboi dan Bob Lokman mengaku tema pada minggu itu adalah yang paling sukar berbanding yang lain.

Menurut Afdlin, retro merupakan subjek yang paling sukar buat para peserta.

“Peserta perlu bijak menyesuaikan persembahan mereka dengan tema agar tidak lari daripada konsep asal. Masa yang diberikan pada kali ini juga agak panjang berbanding sebelum ini iaitu tiga setengah minit. Mungkin itu menjadi punca ada antara mereka seperti hilang fokus dalam persembahan,” katanya.

Bagi Bob Lokman, empat orang peserta Raja Lawak yang tinggal sekarang mempunyai bakat yang agak besar. Mungkin kita akan ada persembahan yang agak sengit pada minggu kelapan nanti.

“Semua mereka yang tinggal adalah yang berbakat dan menunjukkan prestasi yang baik pada setiap minggu,” katanya.

Tiga peserta yang mendapat peratusan tertinggi pada minggu ke-7 ialah Idlan (32.5 peratus), Mamu (24.2 peratus) dan kumpulan Kecik (23.5 peratus).
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 09:57 AM | Show all posts
aku suka tgk zizan n johan 'ah chai'..hehhe...lawak tul...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2010 10:05 AM | Show all posts
Kecik, Idlan dan Alex Di Gelanggang Akhir

Oleh WAHIDUZZAMAN [Mstar]



GELANGGANG akhir Raja Lawak 4 pada malam Ahad ini bakal menyaksikan kemaraan dua wakil Sabah, Kumpulan Kecik dan Alex serta seorang wakil Kedah, Idlan beradu nasib untuk bergelar Raja Lawak musim ini.

Kemaraaan mereka meninggalkan Kumpulan Mamu yang tersingkir setelah mendapat undian terendah, 19.8 peratus di persaingan separuh akhir, kelmarin.

Persaingan di separuh akhir (Minggu 9) menyaksikan persaingan semakin sengit dan pola undian yang tidak dapat diramal di kalangan peserta.

Keputusan malam separuh akhir, kelmarin menyaksikan Kumpulan Kecik mengungguli kedudukan dengan 29.3 peratus, Idlan (25.7), Alex (25.2).

Menyentuh mengenai pentas akhir Raja Lawak 4, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, musim ini bakal menampilkan kelainan daripada hadiah hinggalah ke mutu persembahan.

Untuk julung kalinya, ketiga-tiga finalis bakal membawa pulang hadiah utama sumbangan Naza Motors, selain wang tunai.

"Untuk musim ini, semua finalis akan pulang dengan hadiah yang merupakan kereta dan motosikal.

"Juara bakal pulang dengan kereta Naza Sorento dan naib juara pula bakal mendapat kereta Naza Optima. Manakala, pemenang tempat ketiga bakal membawa pulang sebuah motosikal Naza Blade 250CC.



"Selain hadiah tersebut, para finalis juga bakal mendapat wang tunai RM14,000 untuk juara Raja Lawak, RM11,000 (naib juara) dan RM8,000 (tempat ketiga).

"Pihak Astro juga bakal menyajikan kelainan pada malam akhir nanti. Kita akan tampilkan gimik persembahan yang berbeza dan istimewa yang bermatlamatkan untuk mengangkat martabat lawak di mata orang ramai.

"Mungkin selama ini, persembahan lawak sering dianggap remeh dan bertaraf rendah, tapi menerusi gimik istimewa di pentas akhir nanti, kita akan cuba berikan persembahan berbeza yang boleh mengubah persepsi dan menyuntik imej lebih besar pada program Raja Lawak.

"Apa bentuk persembahannya kita belum boleh umumkan lagi. Tunggu dan lihat di malam akhir nanti. Yang pasti, ia adalah sesuatu yang segar dan berbeza daripada persepsi klise masyarakat tentang lawak selama ini," hurainya panjang lebar.




Kumpulan Kecik, Alex dan Idlan akan menampilkan dua persembahan yang masih dirahsiakan format dan temanya.

Kata Nizam, tugasan akhir hanya akan dipaparkan dalam Ceritera Raja Lawak, Jumaat ini.

"Finalis akan mempersembahkan dua bentuk sketsa mengikut tema yang akan diberikan dalam minggu ini juga.

"Tapi, kita tidak dapat uar-uarkan sekarang sebab ingin berikan kejutan. Tugasan pertama para finalis akan disiarkan dalam Ceritera Raja Lawak, Jumaat ini.

"Manakala tugasan satu lagi hanya diberikan beberapa jam sebelum pentas akhir bermula. Tujuannnya adalah untuk menguji kemampuan mereka untuk membuat persembahan secara spontan dalam tempoh persiapan yang terhad," kata Nizam lagi.

Diminta mengulas mengenai penyingkiran Kumpulan Mamu, Nizam berkata, penyingkiran kumpulan dari Utara itu bukan disebabkan mereka tidak bagus cuma nasib kurang menyebelahi undian mereka.

"Bagi saya, Mamu tersingkir secara bermaruah. Mereka adalah antara kumpulan yang konsisten sejak awal lagi.

"Mungkin para pengundi berbelah bagi apabila melihat peningkatan pada persembahan Idlan minggu ini hingga melupakan Kumpulan Mamu. Apa pun, Mamu keluar bermaruah," ujarnya.

Konsert akhir Raja Lawak 4 bakal berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam jam 9 malam selama satu setengah jam.

Sebelum itu, program bakat lawak ini akan mula bersiaran secara langsung setengah jam lebih awal untuk satu program khas, Karpet Lawak pada jam 8.30 malam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 09:58 PM | Show all posts
sila undi alex
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 11:41 PM | Show all posts
juara sebenar abang kasim,kalah undi sms
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 06:07 AM | Show all posts
kesian idlan...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 09:28 AM | Show all posts
Kemenangan Kumpulan Kecik Diluar Jangkaan

Oleh NORUTUL ILHAM


Dari kiri, Idlan tempat kedua, Kumpulan Kecik, juara dan Alex tempat ketiga. Foto The Star Oleh AZLINA ABDULLAH

SHAH ALAM: Kemenangan Kumpulan Kecik bergelar Raja Lawak musim keempat (RL4) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini malam tadi adalah di luar jangkaan pihak juri dan juga audien.

Kumpulan Kecik yang diwakili Mohd Ilham Rusdy atau Achoe, 19 dan Safuan Madeaming atau Wan, 20, yang berasal dari Sabah kelihatan tergamam apabila diumumkan sebagai juara RL4.

"Kami tidak menyangka kemenangan pada malam ini, memandangkan Alex dan Idlan turut mempamerkan persembahan yang hebat.

"Bagaimanapun, kami tetap bersyukur dan berhasrat untuk mendalami lagi bidang ini," kata Wan mengulas mengenai kemenangannya malam tadi.

Kumpulan Kecik yang menerima undian khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) sebanyak 49.5 peratus berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta jenama Naza Sorento, wang tunai bernilai RM14,000, set karaoke Arezzo Hoffman, barangan elektrik jenama Haier, jam tangan jenama Hugo Boss dan trofi sumbangan Astro.


Kumpulan Kecik ketika beraksi di pentas akhir Raja Lawak 4.Foto The Star Oleh AZLINA ABDULLAH.

Hadiah tersebut telah disampaikan oleh pelawak dan pelakon veteran terkenal tanah air, Datuk Jamali Shadat.

Sementara itu, Bob Lokman dan Afdlin Shauki mengakui terkejut dengan keputusan akhir RL4 yang telah menobatkan Kumpulan Kecik sebagai juara kerana mereka menjangkakan Alex yang bakal mendapat gelaran tersebut.

"Minggu lepas, Kumpulan Kecik sangat bagus. Secara jujurnya, malam ini sepatutnya gelaran juara RL4 adalah milik Alex. Tapi apa boleh buat, audien nampak Kumpulan Kecik yang bagus membuat persembahan malam ini.

"Saya percaya, Alex mempunyai harapan untuk menjadi seorang pelawak pada masa hadapan," ujar Afdlin yang terkilan dengan keputusan tersebut.

Din Beramboi yang mempunyai pendapat dan pandangan yang tersendiri bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Kecik dan mengakui keputusan adalah seratus peratus daripada audien.

"Penentu menang atau kalah adalah daripada undian SMS, walau apa pun, kita terpaksa akur Kumpulan Kecik bergelar juara.


Alex terpaksa akur di tempat ketiga RL4. Foto The Star Oleh AZLINA ABDULLAH

"Mereka juga tidak kurang hebatnya dan layak jadi juara. Saya tetap terima keputusan itu," kata Din Beramboi.

Dalam pada itu, ketika menemui Idlan yang merangkul tempat kedua RL4 bagaimanapun tetap gembira dengan kemenangannya dan pasrah dengan keputusan tersebut.

"Saya tidak pernah kecewa dan semuanya saya terima dengan hati yang terbuka," kata Idlan, 21.

Idlan bergelar naib johan RL4 tetap pulang dengan hadiah berupa wang tunai berjumlah RM11,000, sebuah kereta jenama Naza Optima, set teater rumah jenama Arezzo Hoffman, barangan elektrik jenama Haier, jam tangan jenama Hugo Boss dan trofi sumbangan Astro.

Alex, yang hanya menduduki tempat ketiga gelanggang RL4 menerima keputusan tersebut dan menganggap perkara tersebut sebagai adat pertandingan.

"Saya tidak kisah dapat nombor berapa, yang penting adalah persembahan saya pada malam ini," kata jejaka dari Papar, Sabah.

Walaupun tempat ketiga, Alex turut membawa pulang sebuah motosikal jenama Naza Blade 250R, wang tunai sebanyak RM8000, barangan elektrik jenama Haier, set teater rumah jenama Arezzo Hoffman, jam tangan jenama Hugo Boss dan trofi sumbangan Astro.

Antara jemputan khas yang hadir ke pentas RL4 adalah, David Teo, Salih Yaacob, A.Aida, dan ramai lagi.

Gelanggang RL4 turut dimeriahkan dengan persembahan bekas peserta-peserta yang tersingkir pada musim ini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 01:05 PM | Show all posts


kecewa dengan raja lawak musim ke-4 ni...memang bosan dibandingkan dgn musim ke-2 & ke-3...aku tgk rancangan ni pun psl seronok dgn telatah & lawak johan & zizan ajer...

malam tadi final plak persembahan alex jer yang memang best, idlan plak persembahan lagu ajer best, kecik dua-dua persembahan memang hancus tak kelakar lansung pun tapi dapat johan

semoga alex terus sukses dlm karier seninya wpon hanya dpt no.3




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2010 01:08 PM | Show all posts
juara sebenar abang kasim,kalah undi sms
plamsat Post at 7-3-2010 11:41 PM





abg kasim pun persembahan tak menjadi jer...dah final pun masih jugak lupe apa yg nak disampaikan, last2 menguak mcm penyu panggil zizan & johan masuk...membosankan sungguh

tp nasib baik persembahan kedua nyanyian dia sedikit menghiburkan..keseluruhan dia lebih baik dr kecik yg jd johan mlm td...huhuhu

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 11:36 AM | Show all posts
better kacik jerk yg jadi jore coz aku suke loghat sabah die tu...paling bes musical komedi tu..sampai mik pun x leh pakai...diorang tu spontan bile wat persembahan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 11:36 AM | Show all posts
daripada idlan tu,lagi bagus nabil tu wat lawak dari idlan tu...membosankan jerk idlan tu...patutnyer alex tu dpt no 2 idlan tu no 3
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 04:29 PM | Show all posts
kecik cm xder jerrr dlm industri seni kite.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.268600 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list