CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3449|Reply: 0

...' Laut lebih Indah dari Bulan'...

[Copy link]
Post time 6-10-2009 06:12 PM | Show all posts |Read mode
Sinopsis buku ' Laut lebih Indah dari Bulan' karya Nam Ron
Lembumerupakan kisah cinta yang sangat biasa, seolah-olah sebuah drama yangsudah klise. Nam Ron menjadikan kisah cintanya ini lain daripada yanglain, kerana cinta itu terhalang akibat perbezaan pegangan politik ahlikeluarga teruna-dara. Apa yang lebih menarik, Nam Ron mengambilpendekatan komedi, dengan mengenengahkan peristiwa kehilangan seekorlembu yang sepatutnya menjadi korban untuk meraikan kedatangan seorangpemimpin. Dalam pada itu, beliau ketara menyuntik dan menjentik hal-halyang dirasakan mengganggu fikirannya.

Prosesmengangkat masalah sosial yang sejak berkurun sudah mewarisi kehidupanmasyarakat Melayu: kemiskinan dan tidak berpendidikan. Situasi inidiburukkan lagi dengan sikap sesetengah orang Melayu sendiri yang tidakbegitu cerdik untuk mengatur kehidupan. Memberhentikan anak daripadapersekolahan dan mengahwinkannya dalam usia muda jelas merosakkan terusmasa depan anak itu.

Matderihkolaperlihsebagai sebuah monodrama, mengambil pendekatan penceritaan dari sudutpandangan beberapa watak. Selain Derih sendiri, cerita juga disampaikanoleh watak rakannya, Solleh dan Wati. Kisah watak ‘budak’ nelayan dariKuala Perlis yang bertukar menjadi gedebe yang mengutip duitperlindungan, menjadi tauke Song di Padang Besar, hingga akhirnya
bertukarmenjadi ahli politik. Detik paling menarik dalam riwayat Matderih iniialah apabila dia menembak lelaki yang cuba memperkosa Wati dandidapati lelaki itu ialah ayahnya sendiri, yang dicari-cari selama ini.Ini adalah sisi gelap kehidupan ‘seorang Matderih’ yang cubadiperlihatkan oleh Nam Ron, sebagai analogi kepada kehidupan manusiayang memungkinkan segala-galanya,
di sebalik takdir.

Aku Nak Jadi Bintangmengungkapkan kisah seorang gadis desa dengan impian besarnya untukmenjadi bintang – sebagai artis yang hidup penuh glamor. Bagaimanapundia terjebak dengan Alex yang menjadikannya “bintang” lain. Si gadismula mengenali segala macam lelaki yang berjanji untuk menjadikannyabintang. Gadis lalu melayani kesemua mereka. Akhirnya dia bertemudengan Johan yang bekerja dalam bidang perfileman dan gadis sangatmeyakininya. Dan dia menyerah kepada Johan. Hingga akhirnya diaterbabit dalam perlakuan dan aksi yang membawa kepada tragedi.

Laut lebih Indah dari Bulansemacam sekuel kepada Aku Nak Jadi Bintang, mengambil premis daripadasatu peristiwa yang pernah berlaku dan menggemparkan negara tidakberapa lama dahulu. Kalau Aku Nak Jadi Bintang merupakan monolog ataupenceritaan oleh gadis yang mahu menjadi ‘bintang” itu, Laut... memilihpendekatan penceritaan dari sudut pandangan isteri
kepada lelakiyang menghadapi tuduhan sebagai pembunuh (Johan dalam Aku Nak JadiBintang?). Si isteri (Bulan) yang sangat setia dan percaya padasuaminya (Laut) itu sangat sukar untuk mempercayai kecuranganpasangannya, sehinggalah dia menemui bukti-bukti yang nyata.

http://rumahanakteater.blogspot.com/2009/09/sinopsis-buku-laut-lebih-indah-dari.html
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.381049 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list