CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2132|Reply: 16

bangunan kat mesia tak kalis gempa: 40 gempa di mesia in 2 years!!

[Copy link]
Post time 13-10-2009 06:50 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amazed at 15-10-2009 15:48

Kurang 1 peratus ikut piawaian - Kebanyakan bangunan di Malaysia kurang ambil faktor risiko gempa bumi


PENGHUNI sebuah taman perumahan di Petaling Jaya berada di kawasan lapang dalam kejadian gegaran pada September lalu. - Gambar hiasan.

PULAU PINANG - Kurang satu peratus bangunan di negara ini mematuhi spesifikasi piawaian kesan beban gempa bumi, kata Penyelaras Unit Kajian Bencana (UKB) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Taksiah Abdul Majid.

Penyelidik utama gempa bumi itu berkata, menurut kajian pihaknya kebanyakan bangunan di Malaysia kurang mengambil kira faktor itu kerana beranggapan Malaysia tidak berisiko kepada bencana berkenaan.

"Malaysia jarang mengalami masalah gempa bumi yang dahsyat dan faktor itu menyebabkan kebanyakan spesifikasi pembinaan bangunan kurang mengambil berat aspek kesan beban gempa bumi.

"Bagaimanapun, kita tidak boleh ambil mudah kerana Kuala Lumpur hanya 300 kilometer dari kepulauan Sumatera yang selalu berlaku gempa bumi besar," katanya pada sidang akhbar di USM di sini semalam.

Menurut beliau, antara bangunan yang disahkan mengikut piawaian kesan beban gempa bumi ialah Menara Berkembar Petronas (KLCC) di Kuala Lumpur dan Jambatan Pulau Pinang serta Komtar di Pulau Pinang.




sbb tu ler  bila gempa kuat kat sumatera TERutamanyer... building kat mesia goyang ke hulu... goyang ke hilir...... mcm aku ckp  yg bley tahan gempa sket... petronas tower... tu pun kalu kurang dari 8 kot... kalu gempa sampai 9 ke atas kat sumatera timur ker... goyang abis gak  hah!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2009 07:48 AM | Show all posts
Kurang 1 peratus ikut piawaian - Kebanyakan bangunan di Malaysia kurang ambil faktor risiko gempa bumi


PENGHUNI sebuah taman pe ...
amazed Post at 13-10-2009 06:50


Bangunan KLCC tu pon samer gak kan..... tak tahan gempa...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 07:49 AM | Show all posts
ayoooooooooooooooooooooooo... wording jadi kaler merah and font jadi beso...

CARI ni dah mengong ke ape?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2009 07:56 AM | Show all posts
2# Lina66


bangunan petronas twin tower tu kalis gempa... tapi  cam aku ckp kalu lebey dari 9 tu... goyang ke hulu goyang ke hilir gak..... tak ada bangunan yg seratus peratus kalis pung...bila gempa kuat hah!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2009 07:57 AM | Show all posts
Ancaman gegaran gempa jiran - Kajian mendapati 30 peratus bangunan kerajaan tidak selamat
Oleh ZULKIFLI MANZOR



KESAN gegaran gempa di Sumatera menyebabkan para penghuni
Pangsapuri Cendana setinggi 16 tingkat di Bandar Sri Permaisuri,
Kuala Lumpur bergegas menyelamatkan diri dalam kejadian pada 2005.

PUTRAJAYA - Malaysia tidak mungkin menjadi lokasi pusat gempa tetapi jika kejadian itu berlaku di negara jiran dengan kekuatan minimum 7.7 skala Richter, dianggarkan 30 peratus daripada bangunan milik kerajaan bakal menghadapi risiko kemusnahan besar.

Demikian penemuan satu kajian terhadap sampel 65 bangunan kerajaan di lokasi penting seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Klang.

Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Azlan Adnan berkata, kebanyakan struktur bangunan tersebut dibuat tanpa mengambil kira faktor risiko gegaran akibat gempa bumi.

"Apa yang membimbangkan ialah kawasan-kawasan kajian itu termasuk dalam zon dua iaitu kawasan berisiko mengalami impak gempa bumi,'' ujarnya di sini semalam.

Beliau mengulas hasil kajiannya itu yang dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) serta IKRAM Structure Assessment Sdn. Bhd. yang dilaporkan melalui 'Kajian Risiko Gempa Bumi dan Tsunami di Malaysia' oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 09:39 AM | Show all posts
btol tuh..mane de bangunan yg leh kalis gempa 100%
kalo da skala ritcher nye tinggi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2009 10:05 AM | Show all posts
"bangunan/jalanraya/jambatan/dll di malaysia masih selamat, rakyat malaysia tidak perlu bimbang"
menteri kerjaraya sblm sesuatu berlaku

"ini adalah takdir"
menteri kerjaraya slps sesuatu berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 10:18 AM | Show all posts
1# amazed

rumah ko ade ikut piawai ka mod bodo?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2009 10:33 AM | Show all posts
dah lama dah aku perhatikan cara2 pembinaan kebanyakan bangunan2 kat mesia, khususnya area2 Kl nie.. kekadang, bangunan besar giler, tiang2 pun besar, tp aku tgk ada yg cuma bagaikan selitkan besi2 yg kecil, khususnya time rega besi naik hari tu....... aku dok tertanya, tak ada ka pemantauan?, mcm mana dgn Consultant, tak kan tak tahu?..... n tak mungkin Consultant tu akan bersetuju dgn piawaian tersebut, aku pelik, mcm mana hal tersebut buleh berlaku. bila di katakan rasuah, byk pihak akan menafikan, tak aperlah, pihak yg menafikan tu tinggal di rumah banglow sendiri, tak timbul kerisauan bangunan mereka akan tumbang. aku tgk, slalunya rumah2 kos rendah, khususnya flat2, aku panggilkan semua ni RUMAH MERPATI, tak percayako org tgk masa pembinaannya, sebijik mcm rumah2 merpati, cuma akhirnya di dicoratekan sedikian sentuhan akhir yg menampakkan kecantikannya dan seterusnya mengkaburi kecacatan yg ada... aku tak pasti la, bila bangunan mcm tu akan runtuh, munkin tak sekarang, tp aku tak mengharapkan sangat, mana tahu esok lusa datang gempa bumi, mau hancur penduduk2 yg menetap di bangunan tersebut, entah la......
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 10:34 AM | Show all posts
dah lama dah aku perhatikan cara2 pembinaan kebanyakan bangunan2 kat mesia, khususnya area2 Kl nie.. kekadang, bangunan besar giler, tiang2 pun besar, tp aku tgk ada yg cuma bagaikan selitkan besi2 yg kecil, khususnya time rega besi naik hari tu....... aku dok tertanya, tak ada ka pemantauan?, mcm mana dgn Consultant, tak kan tak tahu?..... n tak mungkin Consultant tu akan bersetuju dgn piawaian tersebut, aku pelik, mcm mana hal tersebut buleh berlaku. bila di katakan rasuah, byk pihak akan menafikan, tak aperlah, pihak yg menafikan tu tinggal di rumah banglow sendiri, tak timbul kerisauan bangunan mereka akan tumbang. aku tgk, slalunya rumah2 kos rendah, khususnya flat2, aku panggilkan semua ni RUMAH MERPATI, tak percayako org tgk masa pembinaannya, sebijik mcm rumah2 merpati, cuma akhirnya di dicoratekan sedikian sentuhan akhir yg menampakkan kecantikannya dan seterusnya mengkaburi kecacatan yg ada... aku tak pasti la, bila bangunan mcm tu akan runtuh, munkin tak sekarang, tp aku tak mengharapkan sangat, mana tahu esok lusa datang gempa bumi, mau hancur penduduk2 yg menetap di bangunan tersebut, entah la......
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 10:34 AM | Show all posts
dah lama dah aku perhatikan cara2 pembinaan kebanyakan bangunan2 kat mesia, khususnya area2 Kl nie.. kekadang, bangunan besar giler, tiang2 pun besar, tp aku tgk ada yg cuma bagaikan selitkan besi2 yg kecil, khususnya time rega besi naik hari tu....... aku dok tertanya, tak ada ka pemantauan?, mcm mana dgn Consultant, tak kan tak tahu?..... n tak mungkin Consultant tu akan bersetuju dgn piawaian tersebut, aku pelik, mcm mana hal tersebut buleh berlaku. bila di katakan rasuah, byk pihak akan menafikan, tak aperlah, pihak yg menafikan tu tinggal di rumah banglow sendiri, tak timbul kerisauan bangunan mereka akan tumbang. aku tgk, slalunya rumah2 kos rendah, khususnya flat2, aku panggilkan semua ni RUMAH MERPATI, tak percayako org tgk masa pembinaannya, sebijik mcm rumah2 merpati, cuma akhirnya di dicoratekan sedikian sentuhan akhir yg menampakkan kecantikannya dan seterusnya mengkaburi kecacatan yg ada... aku tak pasti la, bila bangunan mcm tu akan runtuh, munkin tak sekarang, tp aku tak mengharapkan sangat, mana tahu esok lusa datang gempa bumi, mau hancur penduduk2 yg menetap di bangunan tersebut, entah la......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2009 03:49 PM | Show all posts
40 gempa bumi dicatatkan di Malaysia sepanjang dua tahun

PETALING JAYA: Dalam tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong, di Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas, berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lalu sebanyak 29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong itu.


Kes terbaru pada 8 Oktober lalu, bagaimanapun, mencatat gempa bumi paling kerap, sebanyak lapan kali dari jam 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari, pada ukuran antara 1.1 hingga 2.8 skala Richter.

Kesemua gempa bumi itu dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik yang mempunyai garis sesar berukuran 15 kilometer lebar dan 70 kilometer panjang.

Bagaimanapun, hanya sekali, iaitu pada Mei 2008, jabatan berkenaan mengesan gempa lebih kuat berukuran 3.5 pada skala Richter.
"Apa yang boleh kita katakan ialah walaupun Bukit Tinggi dan Janda Baik berada di atas garisan gempa bumi, ia tidak mungkin melepasi ukuran 5.0 pada skala Richter dan ini bermakna, jika berlakupun gempa bumi, ia tidak akan merosakkan struktur bangunan yang kukuh.

"Kami tegaskan juga bahawa gempa berkenaan berlaku di sesar berkenaan dan bukannya di Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang negara," katanya dalam temu ramah di sini, hari ini.

Penduduk di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik di Pahang yang sering merasai gegaran setiap kali berlaku gempa bumi bermagnitud besar di negara jiran baru-baru ini meminta kerajaan melakukan kajian terperinci terhadap struktur tanah di kawasan itu.

Desakan mereka dikuatkan dengan dakwaan gegaran yang mereka rasai baru-baru ini berikutan gempa bumi kuat di Sumatera Barat pada 30 Sept bukan sekadar gegaran biasa kerana mereka ada mendengar bunyi letupan dan dapat merasai pergerakan tanah ketika gegaran itu berlaku.
Menurut mereka, walaupun tiada runtuhan bangunan, kebelakangan ini bila berlaku gegaran ada saja harta benda yang rosak dan dinding atau lantai rumah yang retak.

Penduduk bercerita, kawasan Janda Baik dan Bukit Tinggi mencatatkan gegaran pertama pada November 2007 berikutan beberapa siri gempa bumi yang berlaku di sekitar Indonesia dan Filipina.

Dalam hal ini, Dr Rosaidi memberi jaminan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Giosains dan beberapa jabatan berkaitan untuk membuat kajian segera ke atas muka dan struktur tanah dan batuan di situ.

"Kami juga akan menemu bual penduduk setempat mengenai apa yang dikatakan oleh mereka sebagai pergerakan bumi yang dirasai semasa gempa berlaku.

"Turut menarik minat kami ialah melihat kekuatan gegaran yang didakwa menyebabkan keretakan pada dinding dan lantai," katanya.

Dr Rosaidi menjelaskan bahawa setakat ini gempa bumi yang berlaku ialah di antara 1 batu hingga 10 batu di bawah permukaan bumi.

"Hanya dua kali gempa bumi berlaku dengan kekuatan antara 2.8 dan 3.5 pada skala Richter dan kedua-duanya pada kedalaman 10 batu di bawah muka bumi," katanya.

Kini, Malaysia mempunyai 13 stesen mengesan gempa di seluruh negara dengan tujuh daripadanya di Semenanjung, antaranya di Kulim Kedah dan yang terbaru di Jerantut Pahang manakala enam stesen di Sabah dan Sarawak.

"Pegawai-pegawai kami bertugas 24 jam sehari. Mereka akan memaklumkan kepada pihak berwajib dan setiap apa yang mereka rekodkan adalah mengikut masa sebenar gempa berlaku," katanya.

Terdapat empat garis sesar (garisan gempa bumi) di negara ini iaitu di Jerantut, Bentong, Kuala Lumpur dan yang terbaru di Manjong Perak.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Dr Yap Kok Seng, berkata gempa bumi berskala kecil iaitu kurang daripada 2.8 pada skala Richter tidak menyebabkan kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa.

"Kejadian gempa bumi yang berlaku di sekitar Bukit Tinggi adalah satu proses penstabilan semula struktur batu-batan di sekitar Zon Garis Sesar Bukit Tinggi.

"Proses penstabilan ini dipercayai berlaku berikutan daripada himpitan batu-batan akibat beberapa kejadian gempa bumi bermagnitud besar yang berlaku sejak beberapa tahun lalu," katanya.

Gempa bumi bermagnitud besar itu ialah pada 26 Dis 2004 di Aceh, Indonesia; di Nias, Indonesia (28 Mac 2005) dan yang terbaru pada 30 Sept 2009 di Padang, Indonesia serta Bengkulu pada 1 Oktober 2009.

Kekuatan gempa bumi diukur menggunakan mesin seismograf dan direkodkan ukurannya dalam skala Richter di antara 1.0 hingga 10.0.

Gempa bumi pada ukuran 1.0 skala Richter memang terlalu kecil yang boleh berlaku setiap hari dan biasanya tidak dirasai manusia.

Ukuran dari 7.0 hingga 10.0 pada skala Richter ialah gempa bumi paling kuat yang berlaku dalam masa 10 hingga 20 tahun, menurut Pusat Maklumat Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia.

PMR yang boleh diakses secara online itu turut memasukkan maklumat mengenai bagaimana kita harus bersedia untuk gempa bumi dan apa yang harus kita lakukan semasa berlaku gempa bumi.

Secara terperinci, ia menyenaraikan tindakan yang boleh diambil sekiranya anda berada di dalam bangunan ketika gempa bumi berlaku, sekiranya anda di dalam bangunan tinggi, di laluan dekat bangunan, di dalam kereta yang bergerak dan apa yang harus dilakukan selepas gempa bumi.

Setakat ini Jabatan Meteorologi memberi jaminan tiada ancaman gempa bumi bermagnitud tinggi yang dijangka berlaku di negara ini namun tidak salah membaca panduan itu untuk pedoman dan menambah pengetahuan. - Bernama


kecik2 skala richter pun... banyak gak tu hah!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 03:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by amazed at 15-10-2009 15:48

Kurang 1 peratus ikut piawaian - Kebanyakan bangunan di Malaysia kurang ambil faktor risiko gempa bumi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1013/Ko ...
amazed Post at 13-10-2009 06:50


noks...
dah tu kalau kat sumatera goiyang 9 skala.. ..kau hengat goyang kat sini pun kekuatan sama kah??
motip pemikiran bimbo??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2009 10:37 PM | Show all posts
Jiran gempaOleh Mohd Azis Ngah







Kedudukan Malaysia yang hampir dengan laluan taufan, pusat gempa menyebabkan ia merasai tempias bencana

DALAM tempoh beberapa minggu lalu, rantau Asia Pasifik teruk dilanda beberapa bencana alam yang mengorbankan ribuan nyawa. Paling teruk, Taufan Ketsana yang mengorbankan lebih 400 orang di Filipina, Vietnam dan Kemboja.

Bencana itu disusuli pula dengan gempa bumi berukuran 7.6 skala Richter yang melanda Padang, Sumatera, Indonesia mengakibatkan hampir 1,000 nyawa terkorban, belum termasuk kategori orang hilang yang kemungkinan besar akan menyumbang kepada peningkatan statistik korban.

Pada hari sama juga, tsunami membadai Samoa Amerika dan Samoa Barat, mengakibatkan hampir 150 orang maut.


Beberapa hari lalu, Filipina sekali lagi dilanda musibah taufan disifatkan sebagai 'super typhoon' dikenali Taufan Parma, mengakibatkan banjir kilat yang mengorbankan hampir 300 orang di Manila dan sekitarnya.

Taufan itu melanda timur laut pulau Catanduanes di tengah Filipina pada kelajuan 180 kilometer sejam, meniup kencang menghala ke arah barat daya menuju tanah besar Luzon, dengan membawa hujan yang amat lebat.

Keadaan itu membimbangkan kerana Malaysia berada dalam lingkungan tengah antara semua negara terbabit. Semuanya berlaku berhampiran Malaysia iaitu gempa Sumatera (barat Semenanjung) manakala taufan melanda Filipina (Sabah dan Sarawak) serta Kemboja dan Vietnam (timur Semenanjung).




Timbalan Ketua Pengarah (Aplikasi), Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari menjelaskan, secara geografi, rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia sebenarnya dihimpit dari semua arah oleh pergerakan plat tektonik iaitu Plat Indian Australia, Plat Pasifik dan Plat Eurasian.

Katanya, pergerakan plat tektonik ini menyebabkan rantau ini mempunyai kawasan aktiviti seismik yang aktif dikenali sebagai 'lingkaran api' yang mengunjur dari Laut Andaman, perairan barat Sumatera, Pulau Jawa, Sulawesi, Irian Jaya, dan Filipina.

Kedudukan Malaysia yang berhampiran pertembungan plat tektonik di sebelah barat kepulauan Sumatera dan di kepulauan Filipina menyebabkan beberapa aktiviti gempa bumi yang terjadi di kawasan berkenaan turut dirasai di Malaysia.

"Jika dilihat kepada statistik, ia agak membimbangkan kerana secara purata, Filipina dilanda bencana taufan 20 kali setahun dan sembilan daripadanya serius dan tepat. Ini berlaku kerana ia berada di kedudukan tempat pertukaran putaran angin tekanan rendah yang akan menarik udara tekanan tinggi.   

Kejadian gempa bumi (atas) dan tsunami di Indonesia.
"Namun, biasanya laluan pergerakan angin itu yang menyumbang kepada taufan sebenarnya lebih menghala ke arah China, Jepun, Taiwan dan kadang kala tersasar ke Vietnam dan Kemboja.

"Keadaan itu berlaku pada kawasan yang mempunyai suhu 7 darjah Celsius utara dan selatan dan hakikatnya, Malaysia langsung tidak cenderung ke arah itu kerana mempunyai daya tarikan suhu hampir 0 darjah Celsius.

"Jika ada, ia cuma angin ribut pada suhu permukaan atau ribut tropika mengakibatkan angin kencang dan ribut petir. Cuma Sabah dan Sarawak agak terdedah kepada risiko berkenaan terutama di pantai barat Sabah," katanya.

Hakikat yang harus dibimbangi juga ialah Indonesia kerap dilanda gempa bumi dan tsunami, bahkan kesan gegarannya turut dirasai di negara ini.

Alui berkata, pertembungan plat tektonik di sebelah kepulauan Sumatera berlaku setiap tahun dengan purata pergerakan garis sesar aktif sebanyak 7 sentimeter (sm) setahun manakala di Filipina, ia merekodkan pergerakan 11 sm setahun.

"Ia terlalu kecil dan jarang dirasai gegarannya. Umpama individu yang mengalami tekanan perasaan, lebih baik dilepaskan sedikit demi sedikit daripada dibiarkan dan dipendam. Akibatnya, jika dipendam terlalu lama, ia akan 'meletup' mengakibatkan gempa besar dan boleh terjadi tsunami," katanya.



Seorang lagi pakar meteorologi merangkap Ketua Pemantau Sistem Bumi, Simulasi dan Iklim, Institut Sains Laut dan Bumi, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah, berkata taufan boleh dikesan berdasarkan petanda cuaca buruk dan pergerakan angin, tetapi keadaannya berbeza jika berlaku gempa bumi terutama yang kuat hingga menyebabkan tsunami.

" Pergerakan angin 'tidal search' juga boleh menyebabkan banjir di kawasan pantai dengan ketinggian ombak mencecah 3 hingga 4 meter tetapi tenaganya agak rendah berbanding ombak tsunami kerana tenaganya sangat kuat dan kekal walaupun ketika melanda pantai hingga menghasilkan ombak tinggi.

"Jika wujud rekahan plat sedalam satu kilometer, kelajuan ombak yang terhasil boleh mencecah 360 kilometer sejam. Maknanya, ombak itu boleh sampai dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dalam tempoh sejam, sama kelajuan kapal terbang," katanya.


Info


Definisi gempa bumi: Fenomena gegaran bumi yang berlaku akibat gerakan bumi yang mengalami gelinciran di garis sesaran bumi ataupun disebabkan oleh aktiviti gunung berapi.

Tsunami: Satu perkataan Jepun bermaksud 'ombak pelabuhan'. Ia adalah satu fenomena ombak besar yang melanda pantai disebabkan kejadian gempa bumi di dasar laut. Aktiviti di dasar laut seperti tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan serta hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2009 10:40 PM | Show all posts
69 gempa kecil sejak 2000



Malaysia mempunyai tiga boya laut dalam bagi mengesan amaran awal tsunami.


SETIAP kali berlaku gempa bumi termasuk yang mengakibatkan tsunami, Malaysia pasti merasainya gegarannya, bahkan ketika tsunami melanda 2004, utara Semenanjung iaitu Langkawi, Kuala Muda, Kedah dan Pulau Pinang turut terkena musibah dilanda ombak besar.

Sekali pun Malaysia dikatakan masih selamat kerana berada di luar 'Lingkaran Api Pasifik', sebenarnya masih berlaku gempa bumi di negara ini tetapi dikategorikan sebagai lemah dan sederhana tidak mengakibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

Hakikatnya, berdasarkan rekod dari 2000 hingga Mei 2009, sebanyak 69 kali gempa bumi dilaporkan berlaku di Malaysia iaitu masing-masing 31 kali di Semenanjung dan Sabah, manakala tujuh lagi di Sarawak.


Bagi kes gempa bumi di luar Malaysia dan gegarannya dirasai di sini ialah sebanyak 35 kes iaitu 31 kali di Semenanjung dan empat kali di Sabah. Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) berpendapat, secara relatifnya, Semenanjung adalah stabil dari segi seismotektonik.

Timbalan Ketua Pengarah (Aplikasi), JMM, Alui Bahari, berkata gegaran gempa bumi yang dirasai di negeri pantai barat Semenanjung berpunca daripada gempa bumi bermagnitud besar yang berpusat sama ada di barat Sumatera atau Laut Andaman.

“Semenanjung dikategorikan sebagai berisiko gempa bumi rendah. Kes gempa bumi di Bukit Tinggi, Pahang (tempoh 30 November 2007 hingga Mei 2008) boleh disifatkan sebagai kes terpencil.


Alui menunjukkan sistem data terkini yang dianalisis di bilik operasi Jabatan Meteorologi.

“Keadaan agak berisiko di Sarawak dan Sabah kerana kedua-duanya termasuk dalam kawasan berisiko gempa bumi sederhana. Di Sarawak, kekerapannya ialah sekali bagi setiap 6 hingga 7 tahun tetapi di Sabah, ia berlaku sekali dalam setahun.

“Ini kerana ada beberapa garis sesar yang aktif di Sabah, antaranya ialah Garis Sesar Mensaban, Garis Sesar Crocker, Garis Sesar Tabin dan Garis Sesar Lobou Lobou,” katanya.

Bagi siri gempa kecil yang pernah berlaku di Bukit Tinggi, ia dipercayai kesan susulan daripada gempa bumi kuat yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang menghasilkan bencana tsunami rentas sempadan.

Garis sesar yang terdapat di Bukit Tinggi sebelum ini dikategorikan sebagai garis sesar tidak aktif. Sehubungan itu, hanya gempa bumi bermagnitud kecil saja berpotensi berlaku di garisan sesar ini. Ia dipengaruhi oleh tekanan tektonik hasil pergerakan kerak bumi menyebabkan berlakunya pengumpulan tenaga.

“Apabila sampai ke tahap tertentu, tenaga itu dilepaskan sebagai gempa bumi kecil, tetapi gegarannya hanya dirasai di sekitar pusat gempa itu,” katanya.

Mengenai ramalan dan kajian risiko gempa bumi, Alui berkata, sehingga kini, saintis tidak dapat meramalkan waktu dan lokasi kejadian termasuk kekuatan gempa bumi.

Setakat ini, tiada isyarat awal untuk menjangkakan akan berlaku gempa kerana fenomena gempa semula jadi berlaku dengan kekuatan berbeza-beza di kawasan garis sesar aktif.

“Sesetengah gempa bumi terutama bermagnitud kecil tidak dirasai manusia, cuma dapat dikesan oleh sensor seismik. Bagi gempa bumi kuat, ia boleh mengakibatkan kerosakan teruk dan jika berlaku di dasar laut ia boleh menghasilkan tsunami,” katanya.

Sistem Amaran Awal Tsunami

BERIKUTAN tsunami di Lautan Hindi pada 26 Disember 2004, Malaysia membangunkan Sistem Amaran Awal Tsunami National Malaysia (SAATNM) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Jabatan Meteorologi Malaysia bertindak sebagai agensi pelaksana.

Sistem ini dibangunkan pada 2005 dan siap beroperasi pada 2006. Ia terdiri daripada tiga komponen utama iaitu, komponen pengumpulan data dan maklumat, komponen pemprosesan dan komponen penyebaran membolehkan JMM mengeluarkan amaran awal kepada penduduk.

JMM juga memperluaskan rangkaian pemantauan dan meningkatkan keupayaan sistem sedia ada bagi membolehkan amaran awal dikeluarkan lebih tepat dalam tempoh masa berkesan menggunakan teknologi komunikasi terkini.

Sistem ini mampu menganalisis dan mengeluarkan maklumat gempa bumi dalam masa 15 minit kepada media dan orang awam selepas kejadian sesuatu gempa.

INFO: Kategori gempa bumi (ukuran skala Richter)


Lemah: Kurang 5.0 skala Richter
Sederhana: 5 hingga 5.9 skala Richter
Kuat: Lebih 6.0 Skala Richter

Kejadian gempa bumi di Malaysia:

1) Manjong, Perak pada 29 April 2009.
Gempa bumi lemah berskala 2.8 Skala Richter dan peta geologi menunjukkan tiada garis sesar yang wujud berhampiran pusat episenter gempa bumi itu. Hanya penduduk Manjong merasai gegaran.

2) Jerantut, Pahang pada 27 Mac 2009
Berlaku pada magnitud 3.2 skala Richter. Pusat episenter gempa bumi ini terletak kira-kira 30 hingga 35 km dari Garis Sesar Lepar. Kesannya turut dirasai di sekitar Jerantut iaitu Felda Sungai Tekam Resort, Sungai Tekam Utara, Sungai Tekam Getah, Gugusan Felda Gelanggi, Kota Gelanggi dan Felda Wilayah Jengka.

3) Ranau, Sabah pada 1991.
Gempa bumi bermagnitud 5.1 skala Richter merosakkan struktur bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kundasang. Punca kerosakan dikenal pasti akibat gempa bumi kerana kedudukan sekolah itu terletak di atas zon Garis Sesar Mensaban.

Rangkaian pemantauan dan pencerapan tsunami.


Rangkaian stesen seismik tempatan (17 Stesen)

Rangkaian stesen tolok pasang surut (6 sedia ada dan 15 stesen baru dijangka siap hujung 2009).

Rangkaian boya laut dalam (2 boya sedia ada dan tambahan 1)

Rangkaian kamera pantai (4 kamera sedia ada dan 14 kamera baru dijangka siap hujung 2009).

Stesen rangkaian seismik dan tolok pasang surut antarabangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 11:24 PM | Show all posts
nak kasi org suspen je nih..

habaq mai berapa bijik bangunan runtuh sebab gempa kat Msia so far..?

aku rasa lagi banyak kes runtuh sebab projek mee segera bagi kat kroni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2009 11:35 PM | Show all posts
masalahnya bukan salah pembina, tapi salah gomen kerana tak ade dalam kode bangunan untuk kalis gempa kerana malaysia di kira selamat dgn gegaran tempias berkisaran 2-3 richter scale tuh. Setakat minor tremor je laa. Even indonesia tuh pun kawasan rawan gempa nie pun sama dgn building yg x  kalis gempa, tu pasai setiap gempa kesan dan kerosakkan nya besar sekali. Jadi kalau nak buat kalis gempa kena laa buat building code yg memasukkan peraturan ini. kalau tidak, tak guna media2 siarkan itu dan ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.185436 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list