CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hanni

UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 20-10-2009 09:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 20-10-2009 10:10


Insyallah Lusa 22 okt..
2 orang kawan yang bertugas dgn Tabung Haji akan berlepas..

Ustaz Rahman sebagai Mutawif Pakej THTS..
Norhaslina bertugas Urusan Pejabat di Pejabat Tabung Haji Mekah..
Bestnya...
Ada kerja kosong tak ???
Nak juga berkhidmat pada Para Jemaah Tetamu Allah..
Masyallah..
.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2009 09:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 20-10-2009 09:43



Penggali kubur tidak dilupa

Oleh amran mulup
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 19 Okt. - Penggali kubur adalah antara 26 orang yang akan menunaikan ibadah haji tahun ini dan dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Pengerusi MAIM, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, selain penggali kubur, sejumlah 18 pegawai syarak termasuk imam dan bilal turut dibiayai oleh MAIM untuk menunaikan ibadah haji.

Menurut beliau, tahun ini MAIM menambah kuota enam orang tok sidang mengikut kawasan Parlimen, pegawai adat dan dua pegawai pengiring yang akan bertolak ke tanah suci Mekah tidak lama lagi.

''Sejak tahun 2000, MAIM membiayai 20 orang untuk menunaikan ibadah haji tetapi tahun ini kita menambah kuota enam orang iaitu di kalangan tok sidang di setiap Parlimen untuk pergi ke tanah suci.

''Pembiayaan MAIM setiap seorang berjumlah RM10,000 adalah meliputi tiket kapal terbang pergi dan balik termasuk tempat penginapan, makan dan minum.

''Keseluruhannya tahun ini MAIM menyediakan peruntukan berjumlah RM260,000," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas meraikan 26 bakal jemaah haji di pejabat MAIM di sini hari ini.

Pada majlis tersebut kesemua mereka turut menerima sumbangan kain ihram berserta pakaian sembahyang.

Turut hadir Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Ghazale Muhammad. Sejak tahun 2000 MAIM telah menghantar seramai 144 orang untuk menunaikan ibadah haji.

Mohd. Ali berkata, pemilihan 26 orang itu dibiayai sepenuhnya oleh MAIM untuk menunaikan ibadah haji atas perkhidmatan mereka terhadap masyarakat dan perkembangan syiar Islam di negeri ini.

''Tidak terkecuali juga adalah penggali kubur kerana mereka turut menyumbangkan khidmat kepada masyarakat dan agama," katanya.

Justeru kata beliau, pemilihan penggali kubur mengikut kriteria yang ditetapkan iaitu berkhidmat lebih daripada lapan tahun dan berusia lebih 45 tahun.

Terdahulu, Mohd. Ali dalam ucapan aluannya mengingatkan para jemaah supaya sentiasa menjaga kesihatan masing-masing sepanjang berada di tanah suci.


Rezeki Allah nak beri pada hambaNYA..
Tiada siapa yang boleh menghalang..
Kalau Allah kata jadi..maka jadilah ia..
Kun...fayakun..
Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 10:37 AM | Show all posts
157# aziefa

kata ust tu pusing anticlockwise utk minta ampun dosa2 kita tahun2 seblm ni sblm kita datang ke mekah..kita putar ke belakang minta ampun dosa2 kita semua yg telah lalu...sbb tu dia kata tak payah baca buku doa panjang2 tu baca aja astagfirllah dulu pusingan pertama...sbb proses minta ampun ni....dah minta ampun puji allah..dgn subhanallah, allahuakbar..dan minta selamat dunia akhirat...rabbana atina .......seterusnya lailahailllah..lahaulawala kuwataillah.....

begitulah katanya..wallahualam...dia bagi tips gak bagi ibu2 yg mengacau nasi or gulai kacau anticlock wise utk buang segala keburukan2 yg ada dan baca zikir dan selawat supaya makanan tu menjadi kebaikan utk anak2 dan suami...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 10:57 AM | Show all posts
147# moonah k
salam buat moonah.

Sebaik2nyer suruh la parents u bawa bju sejuk, n stoking tebal skit. Bukan apa waktu subuh adalah waktu paling dingin skali. Sejuknye sampai ke tulang u (pd yg x biasa je). Kalau boleh jgn lupa suruh parent u makan vitC mula dri skang...Bukan apa mencegah adalah lebih baik dik...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 11:06 AM | Show all posts
163# sunsuria3
Suria, mmg betul tip yg diberikan 2 ada manafaatnya. Akak mmg selalu amalkannya setiap hari. Mohon yg baik2 buat keluarga kita. Semoga dimakbulkan Allah, Insyaallah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 11:06 AM | Show all posts
ardamia,
jgn risau.. xlama lg kitorg blk.. hehe.. buku travelog haji tu boleh lah pos kat umah je.. nnt kita bwkkan..

sunsuria,
br sy tau apa sbb kita tawaf clockwise.. harap2 termakbul doa minta ampun segala dosa yg lepas...

ibu rosputih,
insyaAllah klu ada izin Allah kita jmpa lagi akan dtg... byk benda nak belajar dr ibu & kawan2 kt forum ni pasal ibadah haji & umrah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2009 12:00 PM | Show all posts
mamanet anticlockwise bukan clockwise he he......saya dok explain anticlockwise dn clockwise ni dlm subject mathematics budak pun pening he he..

insyallah bykkan berzikir, selain mendapat ketenangan ia juga menyembuhkan penyakit
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 12:06 PM | Show all posts
Assalamualaikum..
Tak sempat tengok TV tadi...
Wah cerianya warna oren pulak..
aziefa Post at 20-10-2009 09:34


Wa'alaikumsalam warahmatullah....

Senang nak kasik beza agaknya. Beg sandang Indonesia pun dah lebih kurang kita punya jugak. Kiranya kalau tersesat, nampak je beg oren berkilau, boleh le bertanya jalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2009 12:20 PM | Show all posts
157# aziefa

Saya kenal seorang kawan yg pakai jam pusing anti clock wise..
terlupa pula apa kelebihannya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 02:09 PM | Show all posts
thanks for the info, now baru tahu why kita tawaf anticlockwise..

Ya Allah rindu sgt nak ke sana..lagi2 musim haji ni, meleleh air mata tengok tetamu2 Allah..Semoga dijemput menjadi tetamu Allah lagi..aminn
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 02:48 PM | Show all posts
tadi pagi ada lintas langsung dari kelana jaya...sayu je tengok orang nak pegi haji..muda2 belaka...ada budak lelaki umur 8 tahun pegi sekali dgn parents dia..dan ada satu couple tu dah penah pegi 1999 pegi lagi sekali..bukanlah jeles ke apa tapi tabung haji patut utamakan orang yg tak penah pegi haji lagi..ni kawan saya sorang ni dah pegi dulu tapi sejak 3 tahun ni berturut2 dpt jemputan pegi haji lagi..saya tak faham betul sistem tabung haji ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 03:34 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua,

lama sungguh x masuk rumah ni...selak2 kat belakang...rupa2nya dh ada rumah baru..
Alhamdulillah berpanjangan rumah barakah ini...tks kak hanni buka rumah baru..
Rindu betul dgn cerita2 menarik dr haramain.
Buat Ayahjoe dan teman2 yg akan berangkat menunaikan ibadah haji..sya doakan selamat pergi dan selamat kembali..semoga diterima segala amalan dn mendapat haji mabrur..doakan kami di sni agar dpt mengikut langkah ke tanah suci secepat yg mungkin..aminn...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 03:46 PM | Show all posts
Assalamualaikum Ibu,

Seronoknya dgr ibu wat gathering kat umah ibu..jeles x dpt gi...nk sgt dengar cerita umrah sebulan ibu..pengalaman yg x pernah luput kan ibu...skang ni bila tgk panduan haji kat tv...teringat masa gi umrah...rindu sgt kat 2 kota suci tu...Insyaallah ada rezeki lebih..kami sekeluarga tgh planning nak gi umrah lg ujung thn depan..semoga Allah makbulkan doa kami sekeluarga..Aminn...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 04:47 PM | Show all posts
171# sunsuria3

akak,

sy lak lefthanded...mmg lah kalu masak kuah , apa2 pun antclockwise..tapi semua kata terasa kekok tengok sy masak...entahler.baru tahu ada kelebihannya yer...

nak tanya anak akak masok sekolah mana yer??sekolah arab??private or gov.?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 08:53 PM | Show all posts
174# sofiera

he he untunglah hang tapi jgn kacau dgn tangan kiri lak..kurang sikit keberkatannya nanti..dlm islam kan lebih mementingkan yg kanan gitu...
anak saya sek agama kerajaan je..insyallah ...tapi kena pilih2 gak sek agama ni..hujung oktober ni interview dgn darul quran..saya harap sgt dia diterima masuk ke darul quran...ada gak sorang hafiz dlm keluarga..tenang nak bersemadi nanti..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2009 09:26 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua,

lama sungguh x masuk rumah ni...selak2 kat belakang...rupa2nya dh ada rumah baru..
Alhamdulillah berpanjangan rumah barakah ini...tks kak hanni buka rumah baru..
Rindu betu ...
el Post at 20-10-2009 15:34


waalikumsalam..
lama x nampak el berposting kat sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2009 09:28 PM | Show all posts
Assalamualaikum Ibu,

Seronoknya dgr ibu wat gathering kat umah ibu..jeles x dpt gi...nk sgt dengar cerita umrah sebulan ibu..pengalaman yg x pernah luput kan ibu...skang ni bila tgk panduan haji ka ...
el Post at 20-10-2009 15:46



alhamdulillah.. hanni doakan moga niat el dan keluarga utk buat umrah lagi dimakbulkan.. Dah ada plan utk pegi dgn travel agent yg mana?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 09:54 PM | Show all posts
baru jap check air asia, kalau cuti sek bulan june tahun dpn ticketnya round trip ke abu dhabi sorang jatuh 1k juga...check bulan ogos tak ada lagi schedulenya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 10:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 20-10-2009 22:43



Rombongan pertama jemaah haji Malaysia tiba di Madinah

MADINAH: Rombongan pertama jemaah haji Malaysia seramai 450 orang selamat tiba di sini pada jam 11.45 pagi waktu tempatan (4.45 petang waktu Malaysia), Selasa.

Ketibaan mereka di Terminal Haji di sini disambut oleh Duta Malaysia ke Arab Saudi Profesor Madya Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al-Saggaf dan Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Kamaruddin Mat Ali.

Syed Omar menasihati jemaah haji supaya sentiasa menjaga kesihatan dan jangan terlalu memaksa diri melakukan ibadah sunat sehingga tidak berupaya melakukan ibadah wajib.




"Ada sesetengah jemaah haji melakukan umrah berkali-kali sehingga apabila tiba musim haji mereka tidak berupaya melakukan yang wajib kerana sakit," katanya.

Beliau berkata, jemaah haji hendaklah berpada-pada dalam melakukan ibadah dan mengikut kemampuan masing-masing, serta sentiasa mematuhi nasihat yang dikeluarkan petugas Tabung Haji.

Selepas selesai pemeriksaan Imigresen, jemaah haji itu dibawa dengan bas khas ke hotel penginapan mereka tidak jauh dari Masjid Nabawi. - Bernama


Alhamdulillah....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 08:29 AM | Show all posts
149# HUSSAINTAHIR

thanks for the advice..
so, they only have to bring jacket/sweater, say something like spring jacket?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.121310 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list