CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

LARA DI HATI KITA 2.

 Close [Copy link]
 Author| Post time 20-10-2009 11:10 AM | Show all posts
Aril dan Carol masih menunggu masa untuk penerbangan mereka. Suasana di lapangan terbang agak lengang. Aril memandang Carol di sebelahnya.

        “Are you sure what you’re doing now?” soal Aril. Dia tidak mahu Carol merugikan diri sendiri dengan mengikutinya pulang ke Malaysia semula.

        “Absolutely!!You jangan risau. I…kat mana2 pun, I boleh hidup. Asalkan, I dapat tengok you hidup dengan baik..” balas Carol sambil senyum. Aril senyum, tunduk, kemudian menggeleng.

        “I tak pernah jumpa kawan yang sesetia you..” kata Aril. Carol senyum kelat mendengar perkataan ‘kawan’.

        “I’m just fine. Bukankah you jugak yang mintak, supaya I tolong you harungi hidup you nanti..” kata Carol. Aril terdiam sambil menyeluk tangan ke dalam saku bajunya.

        “Tapi, one thing yang you kena clear, I  tak minat bercinta sekarang tau..” kata Aril. Bimbang jika Carol masih menaruh harapan padanya. Carol senyum, kemudian angguk.

        “I tau…takpelah, I Cuma nak you tenangkan diri you dulu. Settlekan bisnes you dulu. Settlekan apa yang perlu. Lepas tu, you fikirlah, apa yang you nak buat for the next step..We got lots of time..” kata Carol.

        “Mmm…” Aril terangguk2. Carol pandang Aril yang termenung merenung lantai. Carol diam, kemudian merenung langit Australia yang gelap. Aril…aku rindukan kau yang dulu….
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2009 12:05 PM | Show all posts
thanks...
sebenarnya x sabo nak tau camne Alis jumpa ngan Aril...
mesti complicated lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 12:21 PM | Show all posts
fizzi, kau mmg best...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 02:30 PM | Show all posts
fizii... sayang ler kat ko..

thankssssss ya!
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 03:10 PM | Show all posts
Jaza harap fizzi bagi peluang kedua tuk Aril bertemu dgn Alis....
dan peluang tuk Alis meluahkan apa yg terbuku, yang terpendam, yang tak terdendam dan yang
realiti hadir dalam hati dia. Kalau jodoh tak ada tak pe... sbb asalkan Aril dan Alis tau apa sebenarnya dlm hati masing-masing, agar mereka berdua tak berdendam sesama sendiri, tak tersalah sangka.
Tapi kerek kan si Carol tu... asyik ikut je kemana Aril pergi.... cam terhegeh-hegeh lak....hehehehe....
aku lak yg naik rimas baca ni.  Aku rasa le....pendapat aku je.... entah2 Pak Mad dan Nek Kiah buat rancangan nak satukan mereka berdua... sbb nak harapkan Aril n Alis tu tak jadi le... ego masing2 tinggi sgt.... apalah salahnya Aril pujuk je Alis
sampai cair.... jgn cpt putus asa memikat gadis dia. Alis lagi le susah nak pecahkan tembok yg dia bina sendiri, nak luahkan perasaan pada Aril pasti tak terluah sbb dia sanggup korbankan kebahagiaan sendiri tuk org lain(tuk Carol le tu)...
NEXT FIZZI.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 09:06 PM | Show all posts
thanks..fizzy..
seronok sgt bukak je page dah ada n3 br..

jaza sokong bangat pendapat mu.. biar carol gigit jari..
jahat sgt,....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2009 09:23 AM | Show all posts
wahhhhhhhhhhhhh ada part 2.!!!! thank fizzy!! ur the best! :pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 10:43 AM | Show all posts
fizzi .....nk n3 lgik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2009 11:40 AM | Show all posts
BEST2..., NAK LAGI...., SI CAROL TUE MENYEBUK JERKAN..., TP TANPA CAROL JD PENGHALANG MESTI CTER NIE NNTI TAK BEST, SEBAB TAK DER YANG BOLEH NAK BUAT SITUASI YANG SUSPEN2 HEHEHEHEHHE....
APER2 PUN FIZZI SAMBUNG LG YER............, HARAP2 EANDING CTER NIE NNTI MENGEMBIRAKAN.........
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 01:45 PM | Show all posts
x de n3 lagi rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 10:03 AM | Show all posts
bila nk ade n3 br ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2009 10:28 AM | Show all posts
Seperti yang diduga, kejayaan Mastura dan Alisya mencapai target, menjadikan nama mereka harum di dalam jabatan itu. Encik Habib akan turun padang hari ini. Encik Habib akan berada di chalet itu untuk beberapa hari.

        Mastura pula sibuk menebalkan bulu matanya dengan mascara. Alisya merenung Mastura dari katilnya.

        “Pukul berapa Encik Habib akan sampai?” soal Alisya.

        “Pukul 2 petang..” balas Mastura tersenyum riang. Alisya dapat membaca, dari perlakuan Mastura, memang Mastura menaruh hati pada Encik Habib. Hati Alisya resah.

        “Akak..akak tau kan yang Encik Habib tu dah kahwin..” soal Alisya, sengaja memancing reaksi Mastura. Mastura senyum simpul.

        “Tahu…Wife dia tengah pregnant sekarang…” kata Mastura.

        “Habis…takkan akak nak goda Encik Habib tu?” soal Alisya berterus terang.

        “Ala…orang lelaki boleh kahwin 4 Alis..” kata Mastura. Lagi Alisya bertambah pening.

        “Tapi kak…apa yang akak nakkan sangat pada Encik Habib tu? Tak ada orang lain lagi ke?” soal Alisya. Mastura senyum lagi, menambah kekeliruan di hati Alisya.

        “Cinta tu buta Alis..” kata Mastura pula.

        “Buta? Atau hati kita yang buta kak?” soal Alisya kembali.

        “Alis…setiap manusia tak sama. Bagi akak, dah lama akak menaruh hati pada Encik Habib tu. Sebab tu akak minta tukar division. Akak tahu dia dah kahwin. Tapi, akak tak dapat tahan diri akak. Lagipun, akak rasa, normallah bagi seorang lelaki beristeri lebih dari satu..” kata Mastura.

        “So..sebab tu akak bersungguh2 nak capai target jualan tu? Supaya Encik Habib buka mata pandang akak?” soal Alisya geram.

        Mastura renung Alisya. Dia tersenyum memandang Alisya.

        “Alis…akak pernah berkahwin dulu…tapi akak bercerai. Sebabnya, suami akak tak dapat menyara akak. Dia tak dapat sediakan duit belanja untuk kami sekeluarga. Akak yang terpaksa bersusah payah menyara keluarga. Jadi, untuk kali kedua, akak perlukan orang seperti Encik Habib. Orang yang ada nama, ada pangkat dan ada duit. Akak buat semua ni, untuk anak2 akak..” kata Mastura.

        Alisya terkedu.Dia hilang bicara. Benar, dia belum berkahwin. Dia tidak ada pengalaman mengharungi itu semua lagi. Akhirnya, Alisya hanya mampu mengeluh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2009 10:29 AM | Show all posts
Buat pertama kalinya, hari ini Aril mengambil alih tugas2 menguruskan perniagaan ayahnya. Seharian di dalam bilik pejabat, pelbagai fail terutama fail akaun terpaksa diteliti oleh Aril.

        5 rangkaian restoran milik keluarganya bukan senang untuk difahami. Satu persatu profile perniagaan dibacanya bagi menambah pemahamannya terhadap budaya niaga di setiap restoran.

        Aril mengeliat. Fail ditutup.Aril menelek jam ditangannya. Sudah pukul 5 petang. Dia belum makan tengahari lagi.Aril merenung gambar ayah dan ibunya yang tergantung di dinding pejabat. Aril mengukir senyum.

        Pandangan Aril beralih kepada foto2 lain yang tergantung di pejabat itu. Salah satunya, foto Aril bersama keretanya. Kereta aku!!!Kereta merah yang dibelikan ayahnya sewaktu tingkatan 3 lagi. Kereta merah…Basikal merah…Serta merta ingatan Aril menerpa mengingatkan kembali kepada memori silam. Basikal merah Alisya muncul di ruang ingatannya.

        Aril bagai ternampak lagi saat dia membocorkan tayar basikal merah itu. Dan…petang itu, Alisya dan adiknya pulang dengan menolak basikal mereka. Hahaha…padan muka kau Alis…Sempat jugak aku ajar kau masa sekolah.

        Tapi…Aril terkedu. Sayu hatinya tiba2. Selepas itu, betapa susahnya Alisya untuk ke sekolah. Sampai terpaksa ponteng sekolah untuk satu hari. Dan, Alisya tidak melaporkan hal itu kepada sesiapa pun. Baiknya hati dia!!!Alis….Dada Aril tiba2 diserbu sebak. Airmatanya bergenang. Cepat2 Aril bangun. Nombor telefon Carol didail. Dia tidak mahu sendirian lagi. Dia perlukan seseorang untuk melupakan Alisya dan mengalihkan perhatiannya dari mengingati apa yang ada di depannya.

        “Hi…Carol. You free tak? I tak lunch lagi lah…” kata Aril sambil mengesat titik airmata yang menitis di pipinya. Hatinya penuh kesumat .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2009 10:30 AM | Show all posts
Alisya termenung, merenung jauh ke laut biru. Mastura keluar dengan Encik Habib. Kata Mastura, Encik Habib ingin meraikan kejayaan mereka. Tapi, kenapa hanya Mastura yang diajak oleh Encik Habib? Kenapa tidak diajak semua staff yang terlibat terutama Sales Group yang telah berjaya menyumbangkan penjualan hari itu?

        Mastura gembira tak terkata saat Encik Habib tiba. Alisya terus ditinggalkan begitu saja. Bukanlah dia berkecil hati , tapi, pekerja2 lain perlu diberi penghargaan juga. Alisya mengeluh. Setelah hampir sebulan di chalet ini, ingatannya kepada Aril berkurangan dengan kerja yang menimbun. Mujurlah ada ramai orang di sekelilingnya yang sentiasa membantunya melupakan Aril.

        Aril…kau di mana sekarang? Dah makan? Kau sihat? Hmm..Alisya renung pasir pantai yang putih bersih di kakinya.

        “Teringat siapa tu kak..” Alisya pantas menoleh. Anaz!!!

“Kau..” Lemah suara Alisya.Dia kembali merenung laut. Anaz duduk di bangku sebelahnya.

“Akak teringat kat siapa?” soal Anaz. Alisya senyum.

“Mana ada teringat kat siapa2…” sangkal Alisya.

“Habis..Anaz tengok akak asyik termenung aje…” kata Anaz. Alisya terdiam. Bila pulak budak ni perasan aku asyik termenung??

“Oh ya…terima kasih ya sebab sediakan menu yang bagus untuk hari sabtu lalu..” kata Alisya sambil tersenyum. Anaz senyum kembali.

“Takde hallah…kalau akak nak makan apapun, bagitau Anaz. Nanti Anaz akan masakkan special untuk akak..” kata Anaz.Pantas Alisya menoleh.

“Manisnya mulut kau…Ayat tak ingat!!!” Alisya ketawa lucu. Anaz turut senyum. Seketika, Alisya perasan, mata Anaz berwarna coklat. Cantik!

“Dari akak duduk termenung kat sini…apakata akak ikut Anaz pergi beli ikan kat pasar..” kata Anaz. Alisya terdiam memikirkan kata2 Anaz. Betul jugak…

“Jom!!!Naik apa?” soal Alisya.

“Tu..” tunjuk Anaz pada kereta Kelisanya yang berwana hitam.

“Ala…boringnya aku. Balik2 naik kereta kau..” kata Alisya.

“Habis…akak nak bawak kereta Honda akak tu? Nanti kotor pulak..” kata Anaz.

“Kalau kotor…kaulah cuci..” kata Alisya acuh tak acuh. Anaz ketawa. Langkah mereka dilajukan menuju kea rah kereta Kelisa milik Anaz.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2009 10:32 AM | Show all posts
“Kau orang jati kampung ni ya Anaz?” soal Alisya sambil membelek beberapa biji limau nipis sambil memasukkan ke dalam satu bakul.

        “A.a… Akak asal orang mana?” soal Anaz pula. Wajah Alisya direnung lembut dengan mata coklatnya.

        “Aku orang kampung jugak. Orang Pahang..” balas Alisya.

        “Patutlah akak tak kekok waktu kat pelantar ikan hari tu..” Anaz menyerahkan bakul2 berisi sayur2 kepada tuan punya kedai untuk dikira. Alisya senyum.

        “Kak Mas tu dah kahwin ke belum?” soal Anaz.

        “Pernah kahwin. Sekarang dia single. Kau nak ke?” soal Alisya mengusik.

        “Anaz tak nak dia. Anaz nak akak..” spontan jwapan Anaz hingga membuatkan mata Alisya terbeliak. Anaz direnungnya. Serentak dengan itu, Anaz ketawa berderai.

        “Ala…sorilah. Anaz gurau jelah. ..” Anaz ketawa lagi. Alisya mengeleng2kan kepalanya. Budak ni bergurau tak ingat!!!

        “Akak dah kahwin?” soal Anaz tiba2. Alisya terdiam. Bederau darahnya seketika.

        “RM33.40.” laung pemilik kedai sayur itu. Anaz segera membayar harga sayur itu. Alisya turut mengambil beberapa plastic sayur, hendak menolong Anaz membawanya.

        “Jangan menggatal nak bawak..” cepat2 Anaz merebut semua plastic bungkusan sayur yang dibawa Alisya. Cepat2 Alisya mengelak.

        “Aku nak bawak!!!” herdik Alisya ganas. Lama aku tak jadi ganas nih…

        “Lain kali malaslah Anaz nak bawak akak datang sini..” Alisya tersengih. Merajuk pulak budak ni. Betul2 budaklah…

        Mereka terus berjalan menuju ke kereta. Anaz merenung Alisya dalam diam. Bahagia hatinya melihat wajah Alisya yang menyimpan seribu makna.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 10:42 AM | Show all posts
fizz...nak lagik..ehehhehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2009 12:01 PM | Show all posts
wah fizz bg la cepat alis jumpa ngan aril..xsabaq dh nie...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 12:49 PM | Show all posts
confius sat, anaz ni laki ke pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 01:08 PM | Show all posts
cam tak cukup pulak... ish ish nyampah lah aril tu skit skit carol....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 01:13 PM | Show all posts
best...nak n3 lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.069225 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list