CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hayrin86

Perkara2 tipikal sebelum Piala Dunia....?

[Copy link]
Post time 3-4-2010 04:33 PM | Show all posts
Aper2 pun RTM x dapat siarkan perlawanan LIVE sepenuhnya macam W.C 2006.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2010 03:56 PM | Show all posts
Aper2 pun RTM x dapat siarkan perlawanan LIVE sepenuhnya macam W.C 2006.
roblucci Post at 3-4-2010 16:33

Yups. Yang ada Astro khasnya Sports Package subscriber boleh tgk semua perlawanan live, tapi yg bukan Sports Package subscriber apa kata jom ramai-ramai langgan sementara pakej tuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2010 05:16 PM | Show all posts

Piala Dunia hangatkan peraduan Teka Bola Utusan

KUALA LUMPUR - Pembaca akhbar Utusan Malaysia menyambut baik langkah akhbar ini mengadakan peraduan Teka Bola Utusan/Mingguan yang bermula kelmarin.


Mereka yang ditemui berkata memang sudah lama menantikan peraduan tersebut, di mana akhbar ini pernah menganjurkan pertandingan yang sama tidak lama dahulu.

Tambah mereka, ketibaan kejohanan bola sepak Piala Dunia Jun ini, menghangatkan lagi pertandingan tersebut.

Apa yang pasti, kata mereka, hadiah mingguan RM1,000 menjadi tarikan utama mereka menyertai peraduan tersebut.
Khairi Amir, 29, berkata, peraduan tersebut sudah lama ditunggu-tunggu.

Peraduan tersebut, katanya bukan sahaja memberi peluang kepada pembaca memenangi hadiah, juga menambah kemeriahan Piala Dunia.

"Sebelum ini memang saya ada menyertai peraduan ini, namun tidak tidak pernah menang.

"Saya berharap peraduan ini akan diteruskan,'' katanya.

Isterinya, Norazmin Huda Mohd. Dan, 29, berkata, walaupun dia bukanlah peminat fanatik bola sepak namun dia mengetahui peraduan tersebut.

"Saya tidak meminati bola, tetapi apa salahnya saya membantu suami dan ahli keluarga lain mengumpul keratan dan menyertai peraduan ini. Lagipun hadiahnya agak lumayan," jelasnya.

Sementara itu, Erwan Lasaheve pula mencadangkan agar peraduan yang popular di kalangan kaki bola ini menyediakan lebih banyak hadiah saguhati.

"Hadiah sekarang sudah cukup lumayan, lagipun kami bukan berhasrat untuk menang tetapi mahu menyertai cabaran teka bola bagi memeriahkan suasanan sahaja.

"Kalau boleh tambah lagi hadiah saguhati, mungkin bukan dalam bentuk tunai, tetapi barangan sukan yang ada kena mengena dengan demam Piala Dunia," ujarnya.

Mohd. Faiz A. Rahman, 24, pula menyarankan cabaran Teka Bola Utusan dipermudahkan, agar harapan untuk menang lebih besar.

"Teka Bola sudah lama wujud dan saya mengikutinya sejak berusia remaja lagi. Kalau boleh, tambah keratan itu untuk menjadi dua peraduan, sekurang-kurangnya ada harapan yang tinggi untuk menang," cadang Pegawai Penilai ini.

Pembantu Tadbir, Abdul Nasuui Jamil, 23 pula menganggap peraduan ini wajar diadakan, terutama pada demam Piala Dunia.

"Keratan gambar peraduan tidak hanya fokus terhadap pemain-pemain antarabangsa sahaja, jika boleh tambah juga pemain-pemain tempatan agar ia mampu menaikkan arena bola sepak kebangsaan selari dengan demam bola sepak Piala Dunia," jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2010 04:25 PM | Show all posts

Perhangat Piala Dunia 2010

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my
2010/04/08

DEMI menghangatkan lagi kejohahan bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, rangkaian televisyen Media Prima Berhad (MPB) menyediakan beberapa program yang disusun khas mulai Jun ini.
Pastinya peminat sukan popular itu ternanti-nanti patah lagi demam bola sepak sedang melanda seluruh dunia. Tidak dinafikan masyarakat dunia menantikan aksi dan kualiti permainan yang dipamerkan bintang bola sepak terkemuka dunia itu kelak. Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen MPB, Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata kejohanan hebat bukan hanya bertumpu kepada perlawanan semata-mata sebaliknya suasana serta tradisi yang disambut dengan pelbagai cara oleh seluruh lapisan masyarakat di dunia. “Piala Dunia bukan mengenai perlawanan bola sepak semata-mata. Sebaliknya semangat dan suasana sepanjang tempoh itu memandangkan sukan berprestij ini hanya berlangsung empat tahun sekali.
“Berdasarkan kajian yang kami lakukan penonton mahukan pelbagai program mengenai bola sepak. Pengalaman kami sebagai badan penyiaran untuk kejohanan itu sebelum ini serta Kejohanan Bola Sepak Piala Euro, penonton dan penaja juga mahukan konsep yang sebegitu,” katanya pada majlis pelancaran program Return To Africa 2010 di Bukit Kiara Equestrian and Country Club, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menerusi majlis itu, pihak penerbitan MPB turut memperkenalkan maskot binatang yang mewakili setiap negara yang bertanding serta klip video ala Lion King yang direka khusus untuk Piala Dunia. Sempena pelancaran program itu pihaknya turut mengadakan kuiz online bermula 12 April ini. Seramai 12 peserta teratas akan berpeluang memenangi tiket ditanggung sepenuhnya bagi menyaksikan kejohanan berprestij itu kelak.

Farid berkata, sebanyak 80 peratus kandungan program Piala Dunia itu adalah antarabangsa merangkumi hiburan, drama dan kartun manakala selebihnya meliputi program tempatan. Siaran di ntv7 dan 8TV pula membabitkan program tempatan dalam bahasa Cina dan Inggeris sementara drama, program bual bicara dan kartun mengenai bola sepak menjadi santapan penonton setia saluran TV9 dan TV3.

Menariknya MPB bukan hanya menyiarkan beberapa program terbaru mereka, malah bekerjasama dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mendapat hak penyiaran perlawanan Piala Dunia 2010 untuk mempromosikan perlawanan yang berlangsung.


“Kami mungkin mempertimbang untuk berkerjasama dengan RTM memandang MPB dan pihak kementerian juga rapat. “Malah, pihak kerajaan juga menggalakkan usaha sama membabitkan stesen televisyen. Kami akan mempromosi perlawanan yang berlangsung pada hari itu untuk RTM. “Kerjasama ini adalah titik tolak kepada beberapa program yang akan dijalankan secara kerjasama. Begitupun semuanya masih dalam perbincangan,” jelasnya.

Antara program menarik di TV3 termasuk dokumentari khas The Immortals, Fifa Official Preview Series, Sorak Borak, siri kartun Dreamkix, Kung Foot selain program istimewa Kembara Bola dan Kids Soccer Fiesta yang bermula awal Mei hingga Julai. Manakala di TV9 saksikan drama menarik seperti Jersi 9, Kad Kuning Kad Merah, Nabil & Co, Chopp! Bola, Kick Off, animasi popular Upin & Ipin versi bola sepak.

Tidak ketinggalan program Hip TV, K9: Pencarian Pengulas Sukan Bola Chopp, I-Glam: Football Fashion Segment, Nasi Lemak Kopi O - Sembang Bola dan Adik Di 9.

Program menerusi ntv7 pula adalah The Arena, Galactik Football, Bola Mania, Kids@fgw dan segmen bual bicara pagi The Breakfast Show sementara 8TV menyiarkan drama Korea: No Limit, dokumentari menarik The Rise & Rise of Beckham, Cristiano Ronaldo - The Portuguese Prodigy, Zinedine Zidane - Zizou The Great dan True Hollywood Story: Posh & Becks serta program santai 8TV Quickie ‘Football Frenzy’ sepanjang Mac hingga Julai ini.


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2010 06:44 PM | Show all posts

Demam Piala Dunia Media Prima


FARID (tiga dari kiri) bersama barisan personaliti MPB
di majlis pelancaran Return To Africa 2010.

MESKI tidak memperoleh hak penyiaran perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan selama sebulan bermula 11 Jun ini, rangkaian televisyen Media Prima Berhad (MPB) tidak 'patah kaki' dalam bersama memeriahkan kaca televisyen dengan pelbagai program menarik.

Bertemakan Return To Africa 2010, TV3, TV9, ntv7 dan 8TV, masing-masing telah pun menyenaraikan kepelbagaian 'bahan' untuk menghangatkan suasana Piala Dunia termasuk kuiz yang bakal menerbangkan pemenang ke Afrika Selatan.

Program bercorak dokumentari, drama, filem, bual bicara serta program kanak-kanak, semuanya dihidangkan MPB dalam membawakan semangat Piala Dunia di kaca televisyen tempatan.

Stesen TV3, sebagai stesen utama, bakal memulakan 'demam' Piala Dunia seawal 1 Mei nanti dengan sebuah rancangan berjudul The Immortals.

The Immortals akan memaparkan wajah-wajah pemain bola sepak handalan dunia yang telah berjaya mencipta sejarah serta menawan hati jutaan peminat bola.

Bual bicara seperti Sorak Borak yang akan bermula 3 Mei pula tampil secara langsung dengan pelbagai topik berkaitan perlawanan bola yang dilontarkan oleh selebriti serta peminat bola sepak.

Dalam mengembalikan nostalgia mengenai Piala Dunia, TV3 tidak lupa membawakan FIFA The Finals yang memaparkan 11 perlawanan akhir paling menarik sepanjang 1966 hingga 2006.

Kanak-kanak juga tidak diketepikan dengan dua program menarik iaitu DreamKix serta Kung Foot selain dua program di luar studio bercorak permainan seperti Kembara Bola serta Kids Soccer Fiesta.

Berlainan di TV9 pula, stesen dengan tagline Dekat Di Hati ini juga tidak lupa memfokus kepada Piala Dunia dengan program seperti Jersi 9, Kad Kuning Kad Merah, K9 : Pencarian Pengulas Sukan Bola Chopp, i-Glam : Football Fashion Segment, Kick Off, Nabil & Co. dan Chopp!! Bola.

Animasi kesukaan ramai, Upin & Ipin juga tidak ketinggalan meraikan Piala Dunia 2010 dengan impian mereka untuk bergelar bintang bola sepak satu hari nanti.

Begitu juga dengan ntv7 dan 8TV. Dua siaran terbabit, masing-masing punyai susunan program antaranya Bola Mania, Galactik Footbal dan The Arena di ntv7 manakala 8TV dengan barisan program iaitu The Rise & Rise Of Beckham, No Limit (sebuah drama Korea), Cristiano Ronaldo - The Portuguese Prodigy serta Zinedine Zidane - 'Zizou' The Great.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen MPB, Datuk Seri Farid Ridzuan berkata, biarpun MPB tidak memperoleh hak penyiaran perlawanan, MPB tetap menyediakan segala program dalam menyemarakkan lagi semangat Piala Dunia.

Menurutnya, Piala Dunia bukan sekadar perlawanan semata-mata tetapi lebih daripada segala-galanya.

''Berdasarkan pengalaman, penonton sebenarnya mahu menjiwai Piala Dunia selain menonton perlawanan.

''Mereka juga mahukan program-program yang berkaitan dengan Piala Dunia, sejarahnya serta program lain.

''Justeru, kami telah menyenaraikan pelbagai program terbaik khusus untuk penonton sepanjang berlangsungnya perlawanan Piala Dunia,'' katanya ketika ditemui semasa pelancaran Return To Africa 2010 di ibu negara, baru-baru ini.

Diaju persoalan tentang kebimbangan MPB terhadap rating dan pengiklan sepanjang Piala Dunia, Farid menjelaskan, perkara tersebut tidak perlu dibimbangkan.

Ini kerana, ujarnya, atas dasar pengalaman Piala Dunia yang lalu, rating MPB tetap berada di tangga terbaik dan pengiklan juga yakin dengan rangkaian televisyen MPB.

''Jika tidak ada permintaan, sudah tentu kami tidak berani mengetengahkan program khas sempena Piala Dunia ini.

''Pengiklan tetap yakin dengan MPB walaupun kami bukanlah penyiar rasmi,'' tegasnya penuh yakin.

Katanya, nisbah penyiaran program sempena Piala Dunia di rangkaian televisyen MPB adalah seimbang antara kandungan program luar dan tempatan.

Ditanya mengenai mengapa MPB tidak bersaing dalam mendapatkan hak penyiaran perlawanan Piala Dunia, Farid memberitahu bahawa ia bergantung kepada bajet dan permintaan pengiklan.

Sementara itu, Farid berkata, sepanjang berlangsungnya Piala Dunia, MPB akan turut membantu Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam mempromosikan siaran perlawanan di stesen milik kerajaan itu.

Sumber: Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 03:04 PM | Show all posts
kesan utama piala dunia, banyak org tidur time keja.......
piala dunia main time pagi@subuh kan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-4-2010 07:53 AM | Show all posts
kesan utama piala dunia, banyak org tidur time keja.......
piala dunia main time pagi@subuh kan....
devilito Post at 9-4-2010 15:04

Yups. Kalau gitu, bagus belajar tido awal malam la sekitar jam 9.00 malam kerna sebahagian besar perlawanan Piala Dunia 2010 kali ini berlangsung awal pagi, jam 2.30 pagi. Apapun, jom layan lagu rasmi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan: -

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 03:06 PM | Show all posts
aku berjaga utk team faveret aku je..yg tak feveret, aku tgk siaran ulangan..hahahhaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2010 09:10 PM | Show all posts
aku berjaga  time italy lawan jerr....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2010 02:33 PM | Show all posts

Program khas RTM sempena Piala Dunia 2010

2010/04/27
SELEPAS sekali lagi berjaya mendapatkan hak eksklusif sebagai penyiar rasmi perlawanan Piala Dunia FIFA 2010, Radio Televisyen Malaysia (RTM), turut rancak menyiarkan program berbentuk sukan itu.

Justeru bermula 9 April lalu hingga 9 Julai ini, bermula setiap Jumaat, jam 9 malam menerusi TV1, RTM menyiarkan program Sokker Koors untuk menyemarakkan lagi kejohanan bola sepak Piala Dunia yang bakal berlangsung.

Program yang diterbitkan Unit Sukan TV ini sekali gus bagi menghebahkan kepada penonton bahawa RTM adalah satu-satunya ‘free to air TV’ yang menjadi penyiar rasmi di Malaysia.

Program 13 episod ini memberikan peluang kepada penonton untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perlawanan serta siaran langsung yang akan diadakan di RTM.

Berkonsepkan santai, kepelbagaian bentuk persembahan diadakan dengan menampilkan pelbagai segmen yang menarik menggunakan personaliti sukan dan penyokong dari kelab bola sepak Liga Super dan Premier sebagai tetamu untuk rancangan ini.

Antara segmen yang diketengahkan adalah segmen Susun Paling Tepat, Permainan Tendang Bola yang mengundang tetamu di kalangan atlit OKU dan segmen Soal dan Jawab di antara dua pasukan dengan diadili seorang jurulatih yang dijemput dalam segmen ini.

Turut diketengahkan pengacara bersama penyokong kelab seramai 10 orang akan bertanding untuk memenangi acara Sorakan Terbaik dan Paling Kreatif.

Menariknya rancangan ini bukan sekadar segmen permainan malah membabitkan banyak informasi mengenai Piala Dunia yang akan berlangsung di Afrika Selatan.

Kekuatan program ini juga disumbangkan kemunculan pengacara Fathil Hidayat dan Syarifah Shahirah ditonjolkan kerana kedua-duanya memiliki karakter yang ceria dan mampu menambat hati semua golongan penonton.

Hadiah ditawarkan setiap episod kepada pemenang utama RM2,000 dan hadiah kedua RM1,000. hadiah pertama Kelab Penyokong RM1,000 dan hadiah kedua RM500. Masing-masing jumlah wang ditawarkan untuk keseluruhan episod adalah RM63,000.

Pastikan anda sama-sama bersorak dengan RTM dan meluangkan masa menyaksikan Sokker Koors pada setiap Jumaat, jam 9 malam menerusi TV1.

Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 05:37 PM | Show all posts
Yups. Kalau gitu, bagus belajar tido awal malam la sekitar jam 9.00 malam kerna sebahagian besar p ...
hayrin86 Post at 10-4-2010 07:53



    bukan seawai 7.30 waktu maghrib kerr?
paling lewat 2.30 pagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2010 09:50 AM | Show all posts
bukan seawai 7.30 waktu maghrib kerr?
paling lewat 2.30 pagi...
topek Post at 27-4-2010 17:37

Yups, tapi sebahagian kecil saja perlawanan Piala Dunia 2010 kali ini. Semuanya di peringkat pusingan pertama sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 12:47 PM | Show all posts
confirmation tiket untuk WC 2010 dah sampai

alhamdulillah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2010 01:01 PM | Show all posts

Ganjaran lumayan aksi 'Kia Futsal With Soul'

Oleh Ahmad Fiesal Othman
bhsukan@bharian.com.my
2010/05/04
NASARUDIN (kanan) bersama Syed Nazri ketika melancarkan Buku Panduan Piala Dunia 2010 New Straits Times dan Berita Harian di Kuala Lumpur, semalam.




NAZA Kia Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Kia Motor di Malaysia dengan kerjasama Kia Motors Corporation selaku penaja rasmi Piala Dunia 2010, akan menganjurkan kejohanan futsal yang menawarkan hadiah utama RM10,000 dan peluang beraksi mewakili Malaysia di kejohanan futsal di Afrika Selatan ketika berlangsungnya kejohanan berprestij itu, Jun ini.

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin, berkata penganjuran kejohanan dinamakan “Kia Futsal With Soul” itu akan bermula di Pulau Pinang dan Shah Alam pada 22 Mei ini, diikuti Subang dan Melaka masing-masing pada 29 dan 30 Mei ini.


“Final Kia Futsal With Soul akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 dan 13 Jun ini. Selain menerima hadiah utama RM10,000, pasukan juara juga berpeluang mewakili negara ke pusingan akhir kejohanan futsal Kia Motors Corporation di Afrika Selatan nanti,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Buku Panduan Piala Dunia 2010 New Straits Times dan Berita Harian di Kuala Lumpur, semalam yang turut dihadiri Pengarang Kumpulan New Straits Times Sdn Bhd, Datuk Syed Nazri Syed Harun.

Pembeli buku panduan itu juga layak menyertai peraduan yang menawarkan hadiah tiket perjalanan ke Afrika Selatan bagi menyaksikan perlawanan pusingan Akhir Piala Dunia Fifa 2010 itu.

Penyertaan dibuka kepada orang ramai dan peserta boleh mendaftarkan pasukan mereka secara online di www.kiafutsalwithsoul.com mulai 10 Mei ini.

Sumber: Berita Harian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2010 07:14 PM | Show all posts
Jom klik di sini untuk bagi ucapan SALAM PIALA DUNIA.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2010 09:49 AM | Show all posts
bukan seawai 7.30 waktu maghrib kerr?
paling lewat 2.30 pagi...
topek Post at 27-4-2010 17:37

Mengikut jadual perlawanan Piala Dunia 2010, berikut adalah perlawanan-perlawanan yang bakal berlangsung pada jam 7.30 malam (waktu Malaysia): -

12 Jun - Korea Selatan lwn Greece (Kump. B)
13 Jun - Algeria lwn Slovenia (Kump. C)
14 Jun - Belanda lwn Denmark (Kump. E)
15 Jun - New Zealand lwn Slovakia (Kump. F)
16 Jun - Honduras lwn Chile (Kump. H)
17 Jun - Argentina lwn Korea Selatan (Kump. B)
18 Jun - Jerman lwn Serbia (Kump. D)
19 Jun - Belanda lwn Jepun (Kump. E)
20 Jun - Slovakia lwn Paraguay (Kump. F)
21 Jun - Portugal lwn Korea Utara (Kump. G)

Semua perlawanan di atas merupakan pusingan pertama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2010 10:18 AM | Show all posts

Kerajaan timbang izin pertaruhan Piala Dunia

2010/05/07
KERAJAAN sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Jun ini, bertujuan mengelak kegiatan perjudian haram.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata keputusan mengenainya akan diumumkan sebelum kejohanan Piala Dunia bermula.


Sambil mengakui sudah ada pihak yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen pertaruhan, beliau berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen, pertaruhan haram tetap dijalankan tanpa pemantauan pihak berkuasa.

“Dengan pengawalan kerajaan, aktiviti itu akan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan pada masa sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai sukan di negara ini," katanya pada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

“Ada minat di kalangan Ahli Dewan Negara yang mahu kita meneliti perkara ini atau kita akan berdepan dengan masalah ramai menjadi bookie Piala Dunia.

“Ada beberapa perkara yang perlu dikaji, sama ada ia perkara yang baik untuk kerajaan atau kita perlu cuba mengawal kegiatan itu supaya kita tahu berapa banyak nilai pertaruhan yang dibuat," katanya pada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Kali terakhir kerajaan mengeluarkan lesen kepada sebuah syarikat yang mengendalikan aktiviti pertaruhan sukan adalah pada tahun 1980-an tetapi syarikat itu memutuskan untuk menghentikannya kerana tidak memberi keuntungan.

Awang Adek bagaimanapun enggan mendedahkan pihak yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen pertaruhan Piala Dunia itu.

Kerajaan menjangkakan nilai pertaruhan setiap kali Piala Dunia mencecah ratusan juta ringgit.

Isu pertaruhan sukan dibangkitkan oleh Senator Ng Fook Heng di Dewan Negara yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan akan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2010 09:21 PM | Show all posts
Perkara typikal sebelum piala dunia ialah England dijangka juara dan Wayne Rooney jadi pemain terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 03:38 PM | Show all posts
Perkara tipikal sebelum kejohanan Piala Dunia ialah Sepanyol sejak zaman Emilio Beutregno dulu hingga kini dianggap pasukan pilihan kejohanan tetapi tak pernah layak ke Final.Adakah pada tahun ini mereka mampu melakukannya sesuai dengan gelaran juara Euro dan ranking Fifa yg baik.Beutregno dulu adalah pemain terbaik Euro tetapi gagal membawa pasukannya mara lebih jauh dalam WC
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2010 10:54 AM | Show all posts

Peguam Syarie Menulis: Unsur judi jejas pembangunan sukan

Oleh Mohamad Isa Abd Ralip

2010/05/12Usaha membenar pertaruhan untuk apa tujuan dilarang syarak

PIALA Dunia kembali lagi. Di sebalik keghairahan menanti aksi pemain bola sepak ternama dunia serta semangat penyokong fanatik mereka, timbul isu membabitkan kumpulan yang mengambil kesempatan daripada temasya suka gilang-gemilang itu.

Mereka ialah orang yang mempertaruhkan wang bagi tujuan perjudian. Isu judi atau pertaruhan bukan baru kerana sering dikaitkan dengan penganjuran acara besar seperti Piala Dunia. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, mengundi nasib dengan batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maidah: 90) Judi adalah pertaruhan harta ataupun nilai. Dalam perjudian, yang kalah permainan mesti membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang. Ada banyak jenis permainan yang boleh dianggap sebagai perjudian seperti membeli nombor ekor, menyabung ayam dan judi bola sepak.

Lazimnya, perjudian dianggap sebagai amalan buruk kerana ia satu bentuk pengagihan harta secara tidak adil. Dalam perjudian, pihak yang menang akan mendapat harta tanpa melakukan apa-apa kerja tetapi bergantung kepada nasib.

Perjudian dilarang kerana banyak perkara mudarat timbul daripadanya seperti menyebabkan ketagihan hingga sanggup mengabaikan kerja, keluarga selain memerlukan modal.

Lebih teruk, mereka akan mengaitkan segala yang berlaku sebagai nasib kerana menganggap kehidupan adalah suatu perjudian besar. Selain itu, modal penyelesaian masalah mereka adalah tidak berlandaskan kepada akal logik.
Sesetengah mereka sanggup melakukan perbuatan syirik dengan mencari bantuan ghaib untuk kejayaan. Contohnya, mendapatkan bantuan ‘keramat’ memuja pokok, busut dan pelbagai lagi kerana percaya pemujaan itu akan meningkatkan tuah mereka.

Tanpa disedari, perbuatan itu bukan saja membazir wang dan masa malahan memesongkan akidah kerana pemikiran dipengaruhi unsur ghaib kerana percaya dapat membantu mereka menang dalam pertaruhan.

Selain itu, perjudian mendorong kepada aktiviti meminjam wang daripada ceti haram bagi tujuan mendapatkan modal atau untuk membayar hutang. Kesan teruk ialah apabila hutang kepada ceti haram gagal dibayar hingga berlaku jenayah tidak diingini.

Judi juga menyebabkan peningkatan jenayah seperti rompak, curi dan samun kerana mereka ini berkehendakkan wang untuk tujuan berjudi atau menebus hutang dengan ceti haram.

Justeru, Islam mengharamkan judi kerana kesan amat buruk kepada diri dan masyarakat serta barang siapa yang dapat menjauhkan diri daripadanya adalah tergolong dalam orang yang berjaya di dunia dan akhirat.

Perbuatan judi bertentangan tuntutan agama dan menjadi satu kesalahan mengikut akta atau Enakmen Kesalahan Jenayah Negeri-Negeri di Malaysia.

Seksyen 17 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000, penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Namun demikian, Seksyen 17 (2) memperuntukkan bahawa seseorang itu boleh tidak disabitkan atas kesalahan seperti di atas jika ia dapat memuaskan hati mahkamah bahawa dia tidak tahu dan tidak mungkin tahu bahawa rumah itu ialah rumah judi.

Dalam mentafsirkan apa dimaksudkan dengan rumah judi, peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 17 (3) mentafsirkan rumah judi adalah mana-mana premis, termasuk bilik, pejabat atau gerai sama ada terbuka atau tertutup yang digunakan atau disimpan bagi maksud perjalanan apa-apa permainan yang keputusannya bergantung kepada nasib atau campuran nasib dan kemahiran, sama ada dibenarkan oleh undang-undang lain sebaliknya, untuk mendapat wang atau nilai wang.

Jelas, judi adalah perkara terlarang daripada sudut hukum syarak serta undang-undang syariah. Oleh itu, sebarang usaha mana-mana pihak mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 adalah tindakan tidak wajar dan perlu dibantah.

Sebarang bentuk pertaruhan adalah judi walau apapun alasannya sama ada bagi mengawal aktiviti perjudian dan hasilnya digunakan untuk pembangunan sukan.

Hakikatnya, matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Niat untuk membangunkan sukan adalah suatu niat yang murni tetapi pada masa sama tidak boleh menghalalkan judi yang jelas haram hukumnya dalam Islam.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.150399 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list