CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mohdmus

(MERGED) PASUKAN SIMPANAN ATM (AW/PSSTLDM/PSSTUDM)

[Copy link]
Post time 8-5-2009 12:20 AM | Show all posts
Ada sorg cousin aku msk AW ni, haritu baru balik dr traning, badan dia mak aih, mmg kental lah, sebelum ni biasa2 je, respek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2009 02:33 PM | Show all posts

(MERGED) PASUKAN SIMPANAN ATM (AW/PSSTLDM/PSSTUDM)

Post Last Edit by jazim at 25-10-2009 13:31

Post Last Edit by jcng001 at 15-10-2009 13:14


Sdr sdri sekalian,
sila umumkan kepada saudara mara yang tinggal di sekitar Gemas dan Segamat,
bahawa 21 RAD  akan mengambil anggota baru AW untuk unit tersebut.
Berharap kawan-kawan disini dapat menyahut program ini.

Sesipa yang berminat, sila hubungi :
Pergerakan Pemuda Malaysia Daerah Segamat
019- 7165633 ( Sdr. Low )


Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat
012-3936544 ( Sdr. Shafik )


Majlis Belia Daerah Segamat
019-7307015 ( Sdr. Anwar )


Objektif

1)Menggalak dan menyelaras penyertaan belia dalam pasukan Askar Wataniah.
2)Membina semangat bertoleransi dan imosi bertabah.
3)Mempunyai gaya hidup yang sihat dan berdisiplin.


Aktiviti 1 : CERAMAH AW
Tarikh     : 24 -10-09 ( Sabtu)
Tempat   : Dewan SJK (C) Seg Hwa, Jalan Mentol, Segamat
Masa       : 2:00 p.m. hingga 5:00 p.m.
Bilangan  : Anggaran 100 orang
Umur       : Golongan belia tempatan yang berumur 18 hingga 40 tahun
Yuran      : Percuma
Program   : Ceramah AW, Tayangan Video ATM, Pameran peralatan dan pakaian seragam, Percubaan makanan rangsum tempur, Kaunter Pengambilan Anggota Baru ( Borang Awal )

Fungsi Askar Wataniah

  • Tenaga pengganti terlatih kepada Angkatan Tetap.
  • Membantu Angkatan Tetap dalam operasi Keselamatan Dalam Negeri.
  • Membantu pihak berkuasa awam dalam operasi bencana / kecemasan awam.
  • Mempertahankan kawasan belakang & jalur perhubungan semasa perang atau darurat.

Syarat-syarat menyertai Askar Wataniah
1.Rakyat Malaysia sahaja
2.Berumur antara 18 hingga 40

3.Sihat tubuh badan
a) Ketinggian 1.62m (5’2”) – minima 1.57m (4’8”)
b) Berat Badan 50kg (105Ib) – minima 48kg (95Ib)

4.Sekurang-kurang mempunyai Sijil PMR ( Tingkatan 3 )

Dokumen yang diperlukan ( Photostat 4 set, original tidak perlu ) :
1.Kad Pengenalan ( depan belakang di mukasurat yang sama di kertas size A4 )
2.Surat Beranak
3.Sijil Perlepasan Sekolah
4.Sijil Pendidikan ( SRP,SPM,STPM,Kolej,Ijazah dll )

5.Sijil Penyertaan persatuan atau aktiviti ( Jika ada )
6.Gambar passport berwarna ( 4 keping )


Jika sudah berkahwin, sila lampirkan :
1.Kad pengenalan Pasangan
2.Sijil Perkahwinan
3.Sijil Beranak ( Anak )



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2009 03:02 PM | Show all posts
waduh ingatkan untuk jadi staff A&W hu4..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2009 03:35 PM | Show all posts
Tolong cari ramai lagi untuk menyertai AW
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2009 04:46 PM | Show all posts
Raja Muda Perlis: Wujudkan platun wataniah di setiap jabatan

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yakin hasrat memperkasakan wataniah tercapai sekiranya setiap ketua jabatan dan agensi membentuk platun wataniah di peringkat jabatan dan agensi masing-masing.

Baginda bertitah untuk mewujudkan platun di setiap jabatan dan agensi perlu mempunyai sekurang-kurangnya antara 15 dan 20 kakitangannya menyertai wataniah.

Raja Muda Perlis yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah bertitah promosi dan hebahan sedang giat dijalankan kepada jabatanjabatan awam dan swasta bagi menggalakkan penyertaan di kalangan kakitangan awam dan swasta menyertai wataniah.

Promosi juga dilakukan di peringkat institusi pengajian tinggi awam dan swasta, kariah masjid dan ketuaketua komuniti kaum seperti Cina, India dan Siam.

Usaha itu akan tercapai sekiranya semua jabatan dan agensi memberi kerjasama dan berganding bahu dengan Rejimen 504 Askar Wataniah, titah baginda pada majlis jamuan hari raya anjuran Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Rejimen 504 Bukit Ketri hari ini.

Apa yang dilakukan oleh Rejimen 504 Askar Wataniah adalah menepati moto Tentera Darat iaitu mendokong aspirasi rakyat dan kedaulatan negara, titah baginda.

Menurut baginda, mereka yang berminat menyertai wataniah boleh menghubungi Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem 504 Askar Wataniah, Bukit Ketri.

Menyertai wataniah bermakna mereka mempunyai jiwa patriotisme yang berhasrat untuk sama-sama mempertahankan kedaulatan negara.

Pada majlis itu, baginda yang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Mej (Kehormat) Tuanku Lailatul Shahreen Akashah turut menyampaikan sumbangan kepada 50 anak yatim. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 02:21 AM | Show all posts
Yang ni nak bina satu Bateri Artileri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-10-2009 07:58 PM | Show all posts
dekat selangor tak ambil ke?.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 08:02 AM | Show all posts
bukan AW ni bile2 bole join ke ...asal gi ke kem die..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2009 08:44 AM | Show all posts
Penubuhan 1 Bateri AW untuk medium gun (G5) ....... bagus buat mereka yang berminat .....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 12:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by jcng001 at 15-10-2009 13:14

Aktiviti 2 : LAWATAN KE KEM
Tarikh      :         25 - 10 - 09 ( Ahad )
Tempat    :         Kem Syed Sirajuddin, Gemas , Negeri Sembilan
Masa        :         9:00 pagi  hingga  12:00 tengahari
Bilangan   :        Anggaran 300 orang
Umur       :        Golongan belia tempatan yang berumur 18 hingga 40 tahun
Yuran       :        Percuma        
Program    :       Ceramah D Bateri AW, 21 RAD               
                        Pameran dan Demo Formasi Meriam G - 5 155mm               
                        Pameran senjata kecil,  pakaian seragam dan peralatan
                        Percubaan makanan rangsum tempur
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 12:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by guyfawke at 15-10-2009 12:56

9# jcng001

bab test rangsum tempur le yg paling best...wa ketagih ngan makanan dlm tin sebab pakcik balik dari ops je mesti bagi yg belen2..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 01:16 PM | Show all posts
dekat selangor tak ambil ke?.....
mohdmus Post at 10-10-2009 19:58


yang ni utk RAD aja, utk selangor, Rej 502 kat Shah Alam, boleh daftar dulu utk intake tahun depan la...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 05:55 PM | Show all posts
bukan AW ni bile2 bole join ke ...asal gi ke kem die..?
guyfawke Post at 12-10-2009 08:02


Boleh bang, sekurang x2 nya dapat ilmu lebih dalam lagi tentang bidang pertahanan negara kita mah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 05:58 PM | Show all posts
10# guyfawke

cam I dah ngeri makan dah, bawak mee maggi pun... tapi ada yang sedap jugak!
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 06:02 PM | Show all posts
Awat Ketinggian 1.62m (5’2”) – minima 1.57m (4’8”) ?? Kalau tinggi lagi tak boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 06:09 PM | Show all posts
Awat Ketinggian 1.62m (5’2”) – minima 1.57m (4’8”) ?? Kalau tinggi lagi tak boleh ke?
pcboss Post at 15-10-2009 18:02


Tak ergonomik kot nak pegang rifle serta peralatan lain. Tu tak termasuk kalau nak 'mengecikkan' diri nak masuk dlm APC. Org tinggi normal pun rasa terhimpit dah duduk dlm Adnan aku rasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2009 06:10 PM | Show all posts
Awat Ketinggian 1.62m (5’2”) – minima 1.57m (4’8”) ?? Kalau tinggi lagi tak boleh ke?
pcboss Post at 15-10-2009 18:02


setinggi macam YaoMeng pun boleh wo..

.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 06:12 PM | Show all posts
15# panzer


yang ni tak yah masuk APC, trak ada lah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 08:26 PM | Show all posts
kpd yg berminat tu ..

selamat jd rekrut baru ..  he he .. zaman rekrut hanya sekali .. he he

patut byk promosi kat media .. ramai yg tak tau ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 08:58 AM | Show all posts

G5 milik Rejimen Ke-21 RAD yang berpengkalan di Kem Sirajuddin.
Ini adalah Padang Kawad Rejimen Ke-51 RAD (Astross).
Bukan calang-calang gunner yang mampu mengoperasikan medium gun ini ...... tak seperti M105mm Howitzer Oto Melara yang digunapakai oleh semua rejimen bantuan rapat Arti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.215388 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list