Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12181
View
3
Reply

seni menyusun KAD (daun terup)

[Copy link]

Author: amazed       Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-11-2009 07:01 AM | Show all posts |Read mode
Bakat Berg susun atur kad

Oleh YEO LI SHIAN


Selaku satu-satunya penyusun atur kad profesional di dunia, Bryan Berg telah berkali-kali dikomisen untuk memecahkan rekod dunia peribadinya.







BEBERAPA hari sebelum datuknya menghembuskan nafas terakhir, Bryan Berg sempat meminta autografnya. Coretan tandatangan di atas sekeping kad itu memberi makna yang cukup besar kepada Berg.

Bagi Berg, datuknya, Ray Trojahn, adalah penyusun atur kad yang sebenar. Meskipun Trojahn tidak mengajar cucunya secara formal, pengaruh lelaki warga emas itu cukup kuat. Begitu signifikan sehingga Berg mampu meraih rezeki daripada kerjaya membina bangunan.

Maaf. Bukan bangunan konkrit atau kaca biasa. Tetapi, materialnya ialah daun terup biasa.

Bakat luar biasa lelaki berusia 34 tahun itu sebenarnya bermula sekitar 17 tahun lalu. Berg mula memecahkan rekod dunia untuk kategori World's Tallest House of Freestanding Playing Cards pada tahun 1992 menerusi pembinaan sebuah menara setinggi 4.67 meter.

Buat julung kalinya, wajah tampan anak muda itu terpampang di dada-dada akhbar tempatan dan luar. Impak kemenangan pada ketika itu baginya sangat istimewa dan penting.

Tetapi, tidak terlintas di fikiran Berg kejayaan yang sedikit itu menjadi asas kerjayanya pada hari ini.

"Datuk tidak ajar teknik-teknik yang saya gunakan hari ini. Semuanya saya belajar sendiri. Tetapi, datuklah orang pertama yang memperkenalkan seni membina bangunan dengan kepingan kad kepada saya," ceritanya kepada Kosmo! menerusi satu temu bual melalui e-mel dari Santa Fe, New Mexico, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Malah, Trojahn dikatakan mengikuti perkembangan setiap projek Berg sehingga saat-saat akhir hidupnya.
Temubual melalui e-mel itu telah dikelolakan oleh pengurus projek Bryan, Kristin N. Carlson.





Takdir

Berg sendiri tidak menyangka akan percaturan takdir itu. Sudah lebih sepuluh kali dikomisen untuk memecah rekod peribadi, nama Bryan Berg, cukup popular di laman maya.

Buktinya, salah satu video tentang proses pembinaan sebuah replika daun terupnya dalam Youtube telah ditonton sebanyak 2,324,666 kali.

Bulan lalu, nama Berg bergema lagi di kota New York. Di atas tapak berkeluasan 400 meter persegi, binaan terbarunya dibuka untuk kunjungan ramai.

Menggunakan lebih 200,000 keping kad kunci bilik hotel, binaan bergelar Hotel Kad Kunci itu, nyata cabaran terbesar dalam kerjaya Berg. Bukan lagi replika, projek itu turut dilengkapi sebuah lobi, bilik air, karpet, tuala dan tandas. Semuanya daripada material yang sama.

Sebenarnya, ia merupakan sebahagian daripada projek penjenamaan semula rangkaian hotel terkemuka, Holiday Inn. Cetusan idea kreatif menghasilkan hotel pertama yang diperbuat daripada kad-kad kunci itu datang daripada pekerja hotel itu sendiri.

Tidak hanya membina keseluruhan bilik hotel, bilik air, kaunter hadapan dan perabot di lobi dengan kad kunci, mereka turut merakam video.

Video itu menunjukkan Berg mendaftar masuk ke Holiday Inn, tertidur lalu mengalami satu mimpi yang gila. Dia termimpikan sebuah bilik hotel yang dibina dengan kad dan terjaga dengan keseluruhan bilik hotel menjadi Hotel Kad Kunci.

"Keseluruhan projek tersebut ialah satu pengalaman baru untuk saya belajar. Sebab saya belum pernah menggunakan kad kunci sebagai material binaan dan dilekatkan dengan gam sebelum ini.

"Cabaran terbesar ialah bagaimana untuk menghasilkan sesuatu yang digam dan nampak hidup. Selain memastikan ia selamat dipindahkan dari New Mexico ke New York,"kata lelaki yang berkelulusan Ijazah Sarjana pengajian rekaan dari Harvard Graduate School of Design.


BERG mengambil masa selama 160 jam untuk menyiapkan model
Perkampungan Atlet Beijing yang menggunakan daun terup di Hong Kong tahun lalu.

Terjatuh

Anak kelahiran Iowa, AS itu memberitahu, babak paling menarik dalam video itu ialahmomen dia terjatuh daripada sebuah kerusi kad kunci. Saat itu sangat signifikan kerana penonton sendiri boleh menilai antara yang benar dengan replika yang telah dilekatkan.

Tetapi, Berg memberi jaminan bahawa semua himpunan projeknya yang lain bersifat boleh berdiri secara bebas (freestanding).

"Biasanya saya akan meruntuhkan replika-replika yang dibina selepas itu," tambahnya sambil memberitahu bahawa projek hotel itu mencabar kredibilitinya.

Walaupun sebahagian daripada projek itu agak rumit untuk dihasilkan, ia satu ciptaan yang realistik. Barang-barang seperti lampu, langsir bilik air, bantal dan tisu tandas memang boleh beroperasi sepenuhnya.

Pembinaan hotel itu dimulakan dengan struktur bahagian dinding yang luas sebelum disusuli dengan barangan lain. Tandas merupakan bahagian yang paling susah dan mengambil masa yang lama untuk dihasilkan memandangkan bentuk tempat duduk, mangkuk dan tangkinya.

Apabila selesai, penutup tandas dan tempat duduknya boleh digerakkan. Malah, ia boleh dipam seperti tandas sebenar.
Lazimnya, idea untuk projek berskala besar akan direka susun menggunakan perisian komputer terlebih dahulu. Langkah itu penting agar bayangan idea dapat dilihat oleh kliennya. Sekali gus membantu Berg merancang strategi pembinaan.
Namun, bagi Berg tiada struktur bangunan yang lebih sukar dibina berbanding Stadium Olimpik Beijing 2008, Sarang Burung yang dibinanya di Hong Kong.

"Saya gunakan kaedah paling ringkas untukmembina rangka. Risikonya sangat tinggi. Sebab rangka itu saling bertindih antara satu sama lain dalam arah berlainan, sama seperti bangunan sebenar. Sepanjang masa, bangunan itu seakan-akan mahu runtuh," katanya.


BERG duduk di atas katil yang diperbuat daripada kad kunci hotel yang
disiapkannya pada September lalu, di New York. Bilik hotel berkeluasan
37 meter persegi itu menggunakan lebih 200,000 kad kunci dan seberat 1,814 kilogram.

Projek amal tsunami

Biarpun kebanyakan persembahannya dibayar, Berg tidak lupa diri. Dia sedaya upaya untuk menunaikan setiap permintaan persembahan amal yang diterimanya.

Projek amal terbesarnya sangat unik. Mengambil masa dua minggu untuk disiapkan, projek khas di Times Square, New York itu sangat besar ertinya. Lebih-lebih lagi bagi keluarga mangsa tragedi tsunami tahun 2004.

Selain mengumpul dana, objektif utama projek itu mendorong khalayak membayangkan jumlah kematian dalam tragedi menyayatkan hati tersebut.

"Setiap keping kad yang digunakan untuk projek membina deretan bangunan pencakar langit New York ini mewakili setiap seorang mangsa bencana tsunami," jelasnya.

Bayaran bagi setiap projek bergantung kepada jumlah pendedahan dan nilai liputan media yang diterima oleh klien Berg. Projek rekod dunia biasanya memberi pulangan tertinggi berikutan kadar kerumitan cabaran dan liputan media yang luas.



Tidak melibatkan sebarang bentuk penipuan, rahsia kekukuhan sesuatu bangunan kad itu sebenarnya sangat mudah. Ia terletak pada kedudukan susunan kad yang bercorak modular dan sistematik.

"Kaedah utama melibatkan ratusan dan ribuan kotak kecil yang dibina bersebelahan antara satu sama lain," jelas penulis buku Stacking The Deck: Secrets of the World's Master Card Architect itu.
Mujur juga Berg tidak pernah me
ngalami pengalaman buruk. Cuma, ketika membina Istana Cinderella dalam satu projek Walt Disney World, seekor tupai hampir merosakkan binaannya.

Lebih membanggakan, replika Istana Cinderella itu sekali gus mencatatkan rekod dunia yang baru bagi kategori World's Largest House of Cards pada tahun 2004.

Rekod terbaru bangunan tertinggi pernah dibina Berg ialah sebuah menara setinggi 25 kaki sembilan inci di Muzium Afrika-Amerika di Dallas, Texas. Manakala jemputan paling jauh yang pernah diterimanya pula datang dari Hong Kong.

Kemahiran

Star Wars, Fuji Television Japan, Post Cereal, Procter and Gamble, Walt Disney World, Pepsi, Lexus, Coca-cola dan American Airlines. Inilah antara senarai syarikat gergasi yang pernah mendapatkan khidmat atau bekerjasama dengan Berg dalam projek susun atur kad.

Kemahiran dan kadar kepantasan seni susun atur kad boleh dikuasai menerusi latihan dan keyakinan diri. Tip untuk menyusun atur kad dengan jayanya?

"Jangan guna kad yang licin atau kad-kad baru dan jangan mengharapkan kejayaan serta-merta," pesannya yang turut yakin seni susun atur kad boleh dikuasainya dalam masa setahun.

Cukup berfalsafah dalam kebanyakan jawapan, juara dunia itu ada pendapat sendiri tentang kejayaannya.

"Seperti banyak perkara di dalam kehidupan, anda perlu menyukai apa yang anda lakukan untuk berjaya. Kecekalan lebih penting daripada segalanya. Beranikan diri dan ikut naluri hati," katanya sambil mengakui diri bukan seorang sabar dan cuai.

Malah, pengalaman Berg menyedarkannya bahawa idea paling ringkas lazimnya lebih berkesan.

Hari ini, bukan status rekod dunia yang dipentingkan. Kepuasan Berg itu sebaliknya lahir daripada saiz projek yang bertambah besar, menyeronokkan dan mencabar minda.

Peluang terus terbuka dan nampaknya, dia belum mahu berhenti. Ada ketikanya, dia tertanya-tanya kenapa hanya dia seorang yang melakukannya.

Paling susah baginya ialah bagaimana untuk menerang dan menyakinkan orang bahawa dia diupah bagi melakukan kerja gila tersebut.

Jika tidak sibuk dengan projek, Berg suka melancong atau bersiar-siar bersama isteri dan anjing-anjing peliharaannya di kawasan pergunungan tempat tinggalnya.

"Saya pun suka meluncur pada musim sejuk. Tetapi, saya bukan peluncur yang pantas. Sebab takut kalau terpatah kaki atau lengan, susahlah nak susun atur kad nanti," ujar Berg.




wowzieeeee ekkkk...camner ler kad2 tu bley standstill.... awesome mate!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 03:56 PM | Show all posts
manusia takdak keje buat bley layan smua ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 12:50 PM | Show all posts
kt Malaysia, siapa yg boleh  buat camni? aku nak tau gak
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 12:23 PM | Show all posts
macam mana dia org buat ? pernah cuba tak jadi buat sampai tingkat kedua pun pyramid tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.423208s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list