View: 3709|Reply: 32
|
Pelukis Pelan JKR boleh kerja dari rumah
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by loona at 5-11-2009 00:17
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Seramai 35 pelukis pelan Jabatan Kerja Raya (JKR) dipilih menjadi perintis program kerajaan melaksanakan amalan kerja dari rumah bermula 1 Jan depan.
Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata mereka akan melalui tempoh percubaan selama tiga bulan sebelum kerajaan memutuskan sama ada meneruskan atau menghentikan program itu.
"Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memacu negara ke arah menjadi negara maju pada masa depan. Saya percaya program ini akan memberi banyak manfaat, bukan sahaja kepada kerajaan malah kepada pekerja itu sendiri.
"ogram perintis ini akan dilaksanakan dari 1 Jan sehingga penghujung Mac 2010 dan sekiranya didapati produktivitinya tidak meningkat, program ini akan dibatalkan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.
Shaziman berkata jika berjaya, program itu yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan membantu kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya menangani masalah kesesakan di tempat kerja dan secara tidak langsung turut meringankan beban kepada pekerja terutama dari sudut kos petrol, tol manakala penjawat awam wanita boleh memperuntukkan lebih masa bersama keluarga.
Beliau berkata program seumpama itu sudah banyak dilaksana oleh syarikat-syarikat ternama dunia dan terbukti berjaya meningkatkan produktiviti syarikat.
"Saya lihat banyak juga syarikat ternama dunia membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah...cuma kerajaan sahaja yang belum melakukannya. Sebab itu Perdana Menteri bersetuju untuk membenarkan JKR menjadi perintis kepada program untuk membenarkan pekerja bekerja dari rumah," katanya.
Shaziman berkata pelukis pelan dipilih sebagai perintis program itu kerana bidang kerja mereka lebih tertumpu kepada penggunaan komputer dan banyak masa mereka dihabiskan di hadapan komputer.
"Bukan semua orang sesuai dan boleh bekerja dengan kaedah ini kerana hanya pelukis pelan bekerja dengan komputer. Kebanyakan masa dan kerja mereka hanyalah dengan komputer," katanya.
Shaziman bagaimanapun berkata, sekiranya produktiviti pekerja ini lebih rendah daripada mereka yang bekerja di pejabat, program ini akan dibatalkan.
-- BERNAMA
kalau kat office pun boleh bawak taxi...kala kerja dari rumah tak tahu lahhh...bawak kereta kebal agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
ko cerita hape ni ayah Deen |
|
|
|
|
|
|
|
nak ukur productivity camne tu?? base on dateline? drawing completed per day? |
|
|
|
|
|
|
|
nak ukur productivity camne tu?? base on dateline? drawing completed per day?
animaniac Post at 5/11/2009 12:14 AM
drwg in...drwg out
task/drwg completed perweek
dateline...
delivery turn around time...
tapi yang susahnya, kalau buat drawing ni kena selalu ada teknikal discussion, review...komen, dan biasanya selalu tak menepati ciri2 idea yg dikehendaki...so kalau kat rumah tu agak susah laaa..
kecuali ada video conferencing real-time...
dan connection pun kena laju sebab nak transmitt drawing yg besar2....
tak tahula kalau jkr ni pakai sharing server, atau pakai cad program yg capable untuk conferencing in real-time |
|
|
|
|
|
|
|
nak ukur productivity camne tu?? base on dateline? drawing completed per day?
animaniac Post at 5-11-2009 00:14
On how beautiful the drawing is..
Actually in western countries dah lama implement benda macam ni.
Even my wife currently most of the time work from home, perhaps once a week baru pegi firm. |
|
|
|
|
|
|
|
ish..takkan pelukis plan jer...SA dan programmer tanak ker |
|
|
|
|
|
|
|
work from home. aku pun biasa buat. memang betul MNC byk allow staf mrk work from home. try google tengok. company pun boleh save letrik, aircond & harta benda office.
tapi bukan semua bidang kerja boleh work from home nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
5# loona
ye la..masa project execution ada je perubahan, engineer mesti nak ubah itu ini, mesti ada rev.0, rev.1 etc , nak bagitau kat draughtman, depa ada kat rumah pulak...nak explain kat telepon satu keje pulak orang suruh draw kat tempat lain dia draw kat tempat lain, pendek kata kena ada face to face discussion..during project planning stage mungkin tak jadi kot camni, biasa drawing dok berubah2 bila masuk execution je.. |
|
|
|
|
|
|
|
On how beautiful the drawing is..
Actually in western countries dah lama implement benda macam ni.
Even my wife currently most of the time work from home, perhaps once a week baru pegi ...
RedDevils Post at 5-11-2009 00:26
yup in western dah banyak buat benda2 camni, cuma perlu tengok kesesuaian pekerjaan la.. |
|
|
|
|
|
|
|
yup in western dah banyak buat benda2 camni, cuma perlu tengok kesesuaian pekerjaan la..
animaniac Post at 5-11-2009 00:33
It is a very good working environment for a career women.
Safe duit tak perlu hantar anak ke nursery.
Lunch time hubby boleh balik makan sama sama..
What a wonderful time spend together.. |
|
|
|
|
|
|
|
[b]Shaziman bagaimanapun berkata, sekiranya produktiviti pekerja ini lebih rendah daripada mereka yang bekerja di pejabat, program ini akan dibatalkan
Sesuatu idea yang baru mesti ada banyak hal yg diambil kira.Pihak yg mencadangkan idea ni mesti dah buat kajian.Banyak yang perlu dikaji... |
|
|
|
|
|
|
|
Engineer bila pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya takde masalah as long as the drawing is completed on the given dateline.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh nak claim OT dah....ha!ha!
Elaun transport takde kena potong..subsidi minyak pun takde..kena potong...
Tol tak leh claim...elaun makan,minum takde..company jimat letrik,air,telephone... |
|
|
|
|
|
|
|
seb bek menda nie buat pas ayah aku pencen.. kalo idak.. kompom lg bulat ayah aku duk kt umah.. silap2 akar tumbuh kt montot dia |
|
|
|
|
|
|
|
cadangan tuh bagus.....kerja kat rumah....banyak pekdahnya....tapi kena buktikan ler keberkesanannya....target mesti tercapai dan kalau bole lagi baik....
aku setuju dgn cadangan tersebut.... |
|
|
|
|
|
|
|
idea yg bagus...tak salah kalo nak cuba.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|