CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: selimutpurple

TEMPAT BERHANTU SELURUH MALAYSIA

[Copy link]
 Author| Post time 30-11-2009 04:39 PM | Show all posts
119# selimutpurple

setiawangsa dekat sgt la tu...
halimi78 Post at 30-11-2009 16:37
hahah.. pepe hal. t selimut pm yer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2009 04:40 PM | Show all posts
Penemuan Pocong di Felda Jengka 4, Maran, Pahang
Sunday, July 19, 2009

KELIBAT putih yang dirakam Abdul Rahman menggunakan telefon bimbit yang didakwanya hantu pocong di Jengka 4.

Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Hantu sempat dirakam kamera telefon bimbit

KUANTAN: Penduduk Felda Jengka 4, dekat Maran gempar apabila seorang penduduk di tanah rancangan itu dapat merakam gambar pocong atau makhluk berbalut kain kafan menggunakan telefon bimbit dan menunjukkan gambar berkenaan, pagi kelmarin.

Lelaki terbabit, Abdul Rahman Sabie, 25, berkata kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak sambil merenung tajam ke arahnya dirakam di halaman rumah jirannya sewaktu pulang ke rumahnya kira-kira jam 3 pagi.
Katanya, pocong tanpa wajah yang jelas berikutan berdiri dalam gelap mungkin makhluk sama seperti diceritakan penduduk sebelum ini, malah dia mendakwa sudah tiga kali melihat makhluk berkenaan sebelum berani merakamkannya.

"Sebaik tiba di rumah, darah rasa berderau melihat kelibat itu yang langsung tidak bergerak. Entah dari mana datang keberanian, saya

tiba-tiba bergerak ke arah kelibat itu dan merakamkannya menggunakan telefon bimbit," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, dia sebenarnya bukanlah orang yang senang percaya dengan benda pelik sebegini, namun selepas melihat dengan mata sendiri, berasa ada kebenarannya.

Katanya, untuk meyakinkan diri, dia memberanikan diri merakamkan kelibat pocong terbabit menggunakan telefon bimbitnya.

"Sebelum ini rakan sering mengusik mengenai cerita pocong terbabit biarpun mereka sendiri tidak pernah melihatnya dan berikutan itu dalam keadaan terketar-ketar saya memberanikan diri merakam gambar makhluk berkenaan.

"Saya melangkah perlahan-lahan ke arah kelibat yang berbalut kain putih berkenaan dengan harapan dapat merakam gambar yang lebih jelas, namun selepas merakamkannya, pocong terbabit hilang secara tiba-tiba.

"Melihat keadaan itu, saya tanpa berpaling terus berlari masuk ke rumah dan tidak berani melihat rakaman gambar dalam telefon bimbit berkenaan kerana terlalu takut," katanya.

Abdul Rahman berkata, sebaik bangun pada paginya, dia melihat kembali rakaman gambar berkenaan

dan jelas terlihat bayangan susuk tubuh putih memandang ke arahnya sebelum menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.

Berita Harian

20 Julai 2009

Oleh Shahrul Nizam Mohamad




MARAN: Penduduk di Felda Jengka 4, dekat sini, dikejutkan dengan kemunculan kelibat makhluk berbalut kain kapan dipercayai pocong berdiri di perkarangan sebuah rumah, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kemunculan lembaga itu disedari seorang lelaki, Abdul Rahman Sabie, 25, sempat merakamkannya menggunakan telefon bimbit ketika pulang ke rumah.

Menceritakan semula detik menakutkan itu, dia berkata, kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak di perkarangan rumah jirannya merenung tajam ke arahnya.

Menurutnya, dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah pocong berkenaan berikutan keadaan gelap sebelum memberanikan diri merakamkan gambar makhluk itu.
Katanya, sebelum ini, makhluk sama pernah diceritakan penduduk lain, malah dia tidak menafikan ini kali ketiga dirinya melihat kelibat berkenaan.


“Sebaik sampai di rumah, saya membuka pintu dan secara tiba-tiba saya memalingkan muka ke arah rumah jiran dan ketika itu saya terlihat kelibat pocong terbabit.

“Berderau darah saya apabila melihat kelibat terbabit yang langsung tidak bergerak sebelum memberanikan diri merakamkannya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Abdul Rahman berkata, dia sebenarnya bukan orang yang senang percaya dengan benda pelik sebegini tetapi selepas melihat dengan mata sendiri berasa ada kebenarannya.

Katanya, sebelum ini, rakan sering mengusik dan bercerita mengenai pocong biarpun mereka sendiri tidak pernah melihat sebelum dia menyaksikan secara terbuka.

“Saya melangkah perlahan-lahan ke arah kelibat yang berbalut kain putih berkenaan dengan harapan dapat merakam gambar lebih jelas sebelum makhluk itu menghilangkan diri.

“Berikutan itu, saya terus berpaling dan berlari masuk ke rumah dan tidak berani melihat rakaman gambar dalam telefon bimbit berkenaan kerana terlalu takut,” katanya.

Abdul Rahman berkata, dia melihat semula rakaman gambar itu dengan jelas sebelum terlihat bayangan tubuh putih memandang ke arahnya lalu menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.

KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menyifatkan penemuan pocong didakwa muncul di Felda Jengka 4, dekat Maran, pagi kelmarin sebagai makhluk Allah SWT.

Timbalan Pengarah Jaip, Ghazali Abdul Aziz, berkata makhluk ditemui lelaki terbabit mungkin golongan jin yang boleh ghaib serta bertukar rupa bentuk.

“Ia juga beriman kepada Allah. Kalau dia (makhluk) tidak beriman bermakna ia kafir.

“Bagaimanapun, saya menasihatkan umat Islam tidak mudah tergoda makhluk sedemikian mungkin boleh menyesatkan,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya tidak melarang mana-mana individu merakamkan gambar menggunakan telefon bimbit atau kamera jika terserempak makhluk sedemikian.

Katanya, Jaip banyak menerima aduan berhubung perkara terbabit sebelum ini tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana ia juga makhluk berhak bebas.

Ghazali berkata, Jaip meminta individu terserempak makhluk sedemikian membaca ayat al-Quran bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penemuan pocong di perkarangan sebuah rumah peneroka di Jengka 4, dekat Maran, sebelum makhluk itu menghilangkan diri, kelmarin.

Harian Metro

20 Julai 2009
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 04:41 PM | Show all posts
121# selimutpurple

wokeh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2009 09:56 PM | Show all posts
121# selimutpurple

wokeh..
halimi78 Post at 30-11-2009 16:41
pas tu leh la kita cari tempat yang berhantu sesamer yer,, heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 10:27 AM | Show all posts
117# selimutpurple

pergh... ni bukan kemalangan kat plaza tol skudai ker??... pemandu bas india... bas tak leh brek... so die tuju ker tng punyer lane coz tak byk kete...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2009 12:45 PM | Show all posts
117# selimutpurple

pergh... ni bukan kemalangan kat plaza tol skudai ker??... pemandu bas india... bas tak leh brek... so die tuju ker tng punyer lane coz tak byk kete...
aikon Post at 1-12-2009 10:27
mungkin la kot... nanti selimut cari berita dalam bahasa malaysia yer.. nie suratkabo cine.... xpaham saya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2009 02:49 PM | Show all posts
xsangke byk gak tmpt berhantu kt PERAK nie ek....6t aq nk gi jenguk sat la.....huhu!
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 09:44 PM | Show all posts
Ishhh....korang tau tak, dengar cite antara yang rajin berforum di sini dah lama aruahhhh. Sape hah? Sape?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2009 11:44 PM | Show all posts
Ishhh....korang tau tak, dengar cite antara yang rajin berforum di sini dah lama aruahhhh. Sape hah? Sape?
azredclaw66 Post at 3-12-2009 21:44
x tau la pak cik?.. saper dia?....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2009 11:44 PM | Show all posts
xsangke byk gak tmpt berhantu kt PERAK nie ek....6t aq nk gi jenguk sat la.....huhu!
cik_ted143 Post at 3-12-2009 14:49
ok cik ted.. nanti dah usha rumah antu kat sana tepek kat sini yer....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 11:40 AM | Show all posts
128# azredclaw66

kalau tak silap uncle K..Al-Fatihah untuknya...
banyak thread arwah kat sini..dan merupakan salah satu umah yang palaing aktif di bod nie selain PB..tapi bodnya dah kena tutup sebab menhormati si Arwah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2009 12:26 PM | Show all posts
128# azredclaw66  

kalau tak silap uncle K..Al-Fatihah untuknya...
banyak thread arwah kat sini..dan merupakan salah satu umah yang palaing aktif di bod nie selain PB..tapi bodnya dah kena tutup  ...
ilahkhatibrani Post at 4-12-2009 11:40
oic... al fatihah......
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 01:03 PM | Show all posts
haah arwah uncle_K le tuh.. al-fatihah..
selimut, ms korang lalu tu xnampak ke minah tu diri kat situ?
ckp psl umah antu, masa aku anak dara, adalah msk satu kat shah alam kalau tak silap aku.. mak aku bila masuk dia tau yg antu ni sebenarnya org bukan patung, dia terus sound dgn suara lantang dia ... ahh antu seme, kalau xnak kena lepuk dgn henbeg auntie, jgn nak gatal hulur hulur tangan kat anak auntie ehh.. free free jer korang kena nanti.. terus baik seme antuu tu.. ekekeke....
dulu ada gak org amik gambar kat dataran johor bahru tu, ada gak yg menempel skali amik gambar..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 01:03 PM | Show all posts
pengalaman sendiri - aku dan family aku (mak ayah & adik badik la) balik dari somewhere - dah tak ingat lah now.. so umah kitaorg kat gombak, jadi laluan terdekat ikut ulu yam lah.. ms sampai kat area air terjun tu, dari the woods resort hingga ke air terjun yg byk korban tu masa tu dlm lepas maghrib nak ke isyak lah.. ms tu adik & along aku dah belayar tido, tinggal aku mak dan ayah lah kan.. then ms lalu kat satu selekoh tu, mak aku sound lah ayah aku, lenkali kalau kita balik memalam, jgn lalu sini lah, tak sedap ati lah.. (aku dan mak aku nih "sensitif" sket bab bab ni), ayah aku selamba je reply.. alah, nak takutkan apa.. tu hah ada org pun camping kat situ hah sambil tunding jari kat satu area cam ada ungggun api lah... abih je sentence ayah aku, swooshhh.. itu api sudah menyambar depan windscreen keta ayah aku... sib baik ayah aku tak bwk laju dan still managed to control the car.. kitaorg terus baca apa yg patut.. then pas je keta kitaorg lepas sambaran api tu, api tu ilang jer... then nampak a few kain putih tegak kat tepi jalan td melayang sambil gelak gelak happy gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 01:09 PM | Show all posts
yg nih tak tau lah coz antu or mmg kejadian alam..
kitaorg seme gie picnic kat teluk cempedak.. so sampai, settle letak barang seme turun mandi lah.. aku xpandai berenang so pakai pelampung mandi kat tepi tepi je lah.. ms tu along aku, bf aku dan cousin lelaki aku dok berenang ke tengah sket dgn ayah, pakcik aku seme lah.. yg girls dan ladies either kat tepi tepi laut or mmg xmsk langsung..
tetiba aku dgr org menjerit, tgk along, bf dan cousin aku dah cam tenggelam timbul.. panik tul kitaorg.. alhamdulillah all three dapat selamat dan balik ke shore lah.. diaorg ckp kaki diaorg cam kena tarik ke bawah/ke arah batu besar tu.. wallahualam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2009 02:22 PM | Show all posts
haah arwah uncle_K le tuh.. al-fatihah..
selimut, ms korang lalu tu xnampak ke minah tu diri kat situ?
ckp psl umah antu, masa aku anak dara, adalah msk satu kat shah alam kalau tak silap aku.. mak  ...
adnil Post at 4-12-2009 13:03
kalau antu kacang tu mang harus la kene cepuk ngan handbag tu... free2 je dapat cop ck. channel n etc.. ehehehhee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2009 02:26 PM | Show all posts
pengalaman sendiri - aku dan family aku (mak ayah & adik badik la) balik dari somewhere - dah tak ingat lah now.. so umah kitaorg kat gombak, jadi laluan terdekat ikut ulu yam lah.. ms sampai kat area ...
adnil Post at 4-12-2009 13:03
aiyo... tuju2 ker?... mang serem la kalau macam tu... selimut penah mengalaminya pada tahun lepas masa selimut ngah tunggu bas kilang kat depan umah selimut... masa tu baru pukul 5am( selimut keje kat jb, duduk kota tinggi, perjalanan sejam lebih... adesh)..
ngah dok tercegat tepi jalan tu tetiber ader la bebola api tu melintas ..... mang tergamam masa tu... xtau nak cakap per ag ( dah la depan umah selimut tu ader orang bela antu laot)... pas tu, mang dah kecot pewot... terus balik semula kat berandar rumah... tunggu dari beranda jerk... huhu... lantak la kata orang lelaki pengecut ke aper ke... kalau sendiri yang mengalami baru la korang tau langit tu tinggi ke rendah... ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2009 02:28 PM | Show all posts
pengalaman sendiri - aku dan family aku (mak ayah & adik badik la) balik dari somewhere - dah tak ingat lah now.. so umah kitaorg kat gombak, jadi laluan terdekat ikut ulu yam lah.. ms sampai kat area ...
adnil Post at 4-12-2009 13:03
kalau kat laot nie mang bahaya siket..kekadang tu arus dari bawah ombak menarik kita ke laot dalam... selalu kejadian macam nie terjadi kat desaru.. tiap2 tahun ader je yang jadi korban.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 02:56 PM | Show all posts
kalau kat laot nie mang bahaya siket..kekadang tu arus dari bawah ombak menarik kita ke laot dalam... selalu kejadian macam nie terjadi kat desaru.. tiap2 tahun ader je yang jadi korban.....
selimutpurple Post at 4-12-2009 14:28


yg kat pantai tanjung b**** kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 03:57 PM | Show all posts
Ishhh....korang tau tak, dengar cite antara yang rajin berforum di sini dah lama aruahhhh. Sape hah? Sape?
azredclaw66 Post at 3-12-2009 21:44


Uncle K ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.068409 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list