CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pinkeyz

Wan Zaleha ada lelaki baru...!

[Copy link]
Post time 1-12-2009 02:00 PM | Show all posts
maintain cun lg dia ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2009 02:23 PM | Show all posts
xprnh tgk pun muka anak dia..mst kes aku kena tggl ketapi ni huhuhu.......
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 03:32 PM | Show all posts
Ben 10 buat Wan Zaleha teruja

Persembahan Power of the Omnitrix mula hari ini di Pusat Persidangan Kuala Lumpur

KARAKTER kartun paling popular di dunia ketika ini, Ben 10, bakal muncul secara langsung dalam sebuah pementasan teater penuh babak aksi dan komedi, Power of the Omnitrix di Plenary Hall, Pusat Persidangan Kuala Lumpur, selama tiga hari bermula hari ini.

Selepas kejayaan pementasan pertama di Bangkok, Thailand, pada minggu lalu, Kuala Lumpur muncul lokasi kedua kemunculan julung kali sedunia teater yang dihasilkan berdasarkan kepada siri kartun Ben 10 siaran Cartoon Network terbabit. Teater ekstravaganza itu menjelajah kira-kira 11 negara di rantau Asia Pasifik sepanjang 2009 dan 2010.

Dibawakan oleh Asia Promote Ventures Sdn Bhd, Power of the Omnitrix diterbitkan Millennium Entertainment International. Ia dipentaskan dengan menampilkan gandingan bakat 26 pelakon serta pelakon lagak ngeri profesional dari Australia dan Amerika Latin.

Pada majlis sidang akhbar di Hotel Impiana KLCC semalam, Pengarah Urusan Asia Promote, Wan Zaleha Radzi berkata, syarikat berkenaan membawakan pementasan itu ke Malaysia setelah melakukan kajian berhubung program kanak-kanak paling digemari penonton muda hari ini.

"Siri kartun terbabit sentiasa berada di senarai atas, di mana saja kami pergi. Lalu, kami berasakan teater kanak-kanak ini ialah pilihan paling tepat, untuk dipersembahkan pula kepada peminat di Malaysia," katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengurus Serantau Asia Pasifik, Cartoon Network Enterprises, Archana Keskar; penerbit teater dari Millennium Entertainment International, Nicholas Larkin; dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Venture, Peter Imran Winton.

Menurut Wan Zaleha, biarpun penonton sasaran tentunya golongan kanak-kanak, namun ia sebuah persembahan hiburan yang turut mampu menghiburkan penonton dewasa.

"Power of the Omnitrix sebuah pementasan yang penuh dengan kesan khas dan kesan visual. Ia juga sarat dengan babak aksi, lagak ngeri dan akrobatik. Set teater ini juga amat mengagumkan, lebih-lebih lagi ia muncul set paling besar pernah dibina Cartoon Network untuk persembahan pentas," ujar Wan Zaleha.

Nicholas pula berkata, persediaan yang dijalankan selama 18 bulan bagi menjayakan pementasan terbabit pastinya menjanjikan hiburan memukau buat penonton, hasil gabungan teknologi teater terkini dengan persembahan teater tradisional.

"Peminat pula boleh menentukan penamat cerita kesukaan mereka sendiri dengan memilih satu daripada tiga penutup jalan cerita yang kami muatkan dalam laman web www.Ben10.net. Pada setiap persembahan, kami akan memilih penamat cerita dengan undian tertinggi untuk dipersembahkan kepada peminat," katanya.

Katanya, Power of the Omnitrix yang memakan masa selama 90 minit akan dibahagikan kepada dua babak, dengan babak pertama mengikuti sejarah Omnitrix dan menyediakan jalan untuk pengembaraan hebat. Ketika itu jugalah watak utamanya, Ben Tennyson, mengetahui kuasa peralatan yang ditemuinya, serta bagaimana alat berkenaan mampu menukar bentuknya ke wira makhluk asing.

Babak kedua pula memaparkan kejadian yang kononnya berlaku lima tahun kemudian. Waktu itu, Ben 10 sudah pun berusia 15 tahun dan menghadiri sekolah tinggi. Ben juga tidak lagi memakai Omintrix sejak cuti musim panas yang lalu. Begitupun, apabila Grandpa Max hilang, Ben perlu menggunakan semula alat berkenaan untuk berdepan dengan musuh, lama dan baru.

Sudah tentulah pengembaraan Ben 10 tidak lengkap tanpa bantuan daripada sepupunya, Gwen; rakannya, Kevin Levin; serta dua wira makhluk asing yang baru, Squidstrictor dan Rocks.

Antara makhluk asing lain yang bakal muncul menghiburkan penonton ialah Heatblast, Four Arms, Wildmutt, Vilgax, Highbreed Commander, Forever Knights dan DNAliens.

Power of the Omnitrix dijayakan 26 pelakon dengan David Harrison memegang watak Ben 10, Khali Grimshaw (Gwen), Paul Holmes (Grandpa Max) dan Alex Osmond (Kevin Levin).

Dipersembahkan sebanyak tiga kali pada setiap hari pementasan (2 petang, 5 petang dan 8 malam), tiket menyaksikan Power of the Omnitrix dijual pada harga RM38, RM53, RM73, RM93, RM133, RM153, RM188 dan RM218. Tiket boleh didapati dengan menghubungi 03-78807999 atau melayari laman web www.ticketpro.com.my.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 03:49 PM | Show all posts
dah ada anak, naper selamani tak pernah nmpk pong
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 04:01 PM | Show all posts
dia low profile
perlu ke nk tayang semua
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 04:36 PM | Show all posts
comel anak dia... wan zaleha pun maintain cun!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2009 04:50 PM | Show all posts
masih cun lagik minah nih..tp hasben dier..adeeehhhhhh laaaa..kalo dpt yg mcm hasben maya karin..anak sure comellllll!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 05:25 PM | Show all posts
chantik la dia niee...mak aku suka benor tgk dia...majalah 3 kan... dulu2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2009 02:23 PM | Show all posts
maintain je kan, apa rahsia dia ye
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 02:28 PM | Show all posts
cantik wan zaleha nie... maintain ayu.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 03:50 PM | Show all posts
bukan anak kandung ker
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 03:57 PM | Show all posts
masih cun lagik minah nih..tp hasben dier..adeeehhhhhh laaaa..kalo dpt yg mcm hasben maya karin..anak sure comellllll!!!!
dsky Post at 1-12-2009 16:50


hehehehe
dah jodoh kan
at least mereka masih bersama
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 04:12 PM | Show all posts
comel anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 04:23 PM | Show all posts
gojes ah wan zaleha...tp laki dia TAK...larikkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 04:33 PM | Show all posts
gojes ah wan zaleha...tp laki dia TAK...larikkkk...
aldehid_dilex82 Post at 2-12-2009 16:23


hehehehehe...kang kata tk sepadan terasa lak kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 05:02 PM | Show all posts
she's drop dead gorgeous...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2009 05:11 PM | Show all posts
seronotnyer la kannn
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 05:18 PM | Show all posts
pernah jumpa dia secara live...so low profile..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 05:19 PM | Show all posts
AKU INGAT NAK JADI ANAK ANGKAT DIA JUGAK LA...NAK TIPUN DIA LA...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 06:37 PM | Show all posts
ada iras2 mcm Tuanku Zara Salim Davidson
cmf_premierleag Post at 26-11-2009 15:00


hmm...u think so?? saya pun bila nampak  Tuanku Zara saya tertanya dalam hati , hmm Raja Nazrin pilih yg iras iras jugak , kan? dari segi profile sampai ker raut muka....interersting thought actually..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.067926 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list