View: 47935|Reply: 84
|
Kisah-kisah seram di Bukit Fraser
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Santeira at 6-9-2011 09:52
Misteri: Kereta berat ditumpang pontianak Oleh Suzan Ahmad
[email protected] Enjin mengeram kuat tetapi kelajuan hanya 60km
MENGHABISKAN cuti hujung minggu di Bukit Fraser, Raub, Pahangsudah jadi amalan Ghazli dan Fazlin (buka nama sebenar) serta tiga anakmereka sejak setahun lalu.
Kerjaya Ghazli sebagai pemuzik dan isterinya, penulis sesuaidengan suasana semula jadi yang ditawarkan kawasan pelancongan berbukitdi Banjaran Titiwangsa ini.
Selain suasana alam semula jadi yang masih tidak dicemari pemodenanyang rencam, Fazlin cukup mengagumi suasana perkampungan seolah-olah dipedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabudengan gaya Tudor.
Banyak kali juga suami isteri ini mendengar cerita seram,pelik dan misteri yang dialami pelancong yang bertandang, maklumlahkebanyakan banglo serta hotel yang ada sedia wujud seawal era koloniallagi, namun itu semua tidak pernah menjadi penghalang.
Bukit Fraser menyimpan pelbagai sejarah perjuangan orangMelayu sewaktu menentang penjajah Inggeris sejak 1917 hingga ambangkemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Antara kisah misteri yang pernah menyelubungi Bukit Fraser, termasukpencarian seorang paderi Kristian dari Singapura pada 1917, Bishop C.J.Ferguson yang berjaya menemui ‘Bukit Fraser’ selepas berhari-harimencari rakannya, seorang pelombong bijih timah, Louis James Freseryang dilaporkan hilang di dalam hutan itu.
Kerajaan Inggeris percaya Freser mati dimakan binatang buasatau dibunuh Orang Asli dan tubuhnya menjadi makanan mereka. Begitupunversi yang boleh diyakini menyatakan Freser dibunuh pejuang Melayu yangmenentang Inggeris.
Memang sudah tertulis, setiap apa yang berlaku ada sebabtersendiri. Terpulang kepada manusia dan insan di bumi Allah SWT untukmengambil iktibar.
Kali ini Ghazli dan Fazlin silap perkiraan dan lewatmemulakan perjalanan iaitu hampir Maghrib. Biasanya mereka akanmengelak mendaki Bukit Fraser dalam suasana gelap kerana jalan yangsempit dan sukar ketika berselisih kereta, banyak selekoh berbahaya dancuram. Jika sesuatu berlaku sukar juga hendak mendapatkan bantuan.
Nekad meneruskan perjalanan, kira-kira setengah jam memandu, sebaikmelepasi kawasan tadahan Empangan Kuala Kubu Bharu, mereka berasaseperti sesuatu yang tidak kena dengan kereta yang dipandu.
Anak kedua mereka, Nayli, 6, sejak tadi resah dan takut.Fazlin memujuk sambil menyuruhnya cuba tidur seperti abang dan adiknya.
Fazlin sendiri tambah gusar kerana baru hari pertama datangbulan, suami pula senyap dan langsung tidak bercerita, malah cukupserius memandu. Sebelum ini, tidak pernah pula dia begitu. Enjin keretaterdengar mengeram kuat tetapi kelajuan hanya 60 kilometer sejam(km/j). Berpeluh Ghazli menekan pedal minyak tetapi kelajuan tetapsama. Pelik, padahal kereta baru dihantar servis. Bukit Fraser punbelum dipanjat lagi.
Bulu romanya tegak berdiri, dalam hati kalimah dan ayat suci serta Ayatul Kursi menemani mereka sepanjang perjalanan.
Jangka waktu 20 minit sebelum sampai ke Gap dirasakan terlalulama. Perasaan sesal dan bimbang bercampur baur. Apa pula musibah yangbakal menimpa mereka sekeluarga.
Sebaik melepasi selekoh lokasi tragedi Sir Henry Gurneydibunuh, kenderaan tiba-tiba meluncur laju. Tiada lagi bunyi enjinmengeram, ringan dan lancar. Ghazli dan Fazlin masih membisusehinggalah mereka tiba di menara jam di tengah pekan Bukit Fraser.
“Nampak tak apa yang saya nampak?” kata Ghazli dengan wajahserius. Fazlin dengan wajah pucat dan suspen sekadar menggelengkankepala.
“Benda tu terbang dan melintas betul-betul depan kereta kitadan terus lenyap ke dalam hutan dekat selekoh tadi...” kata Ghazli lagisambil meraut muka dengan tangan. Rupa-rupanya kereta mereka ditumpangmakhluk yang dikenali sebagai pontianak.
“Patutlah abang diam semacam saja, rupanya makhluk itu cubamengusik kita sekeluarga. Barulah saya faham kenapa orang tua kitatidak galakkan keluar rumah waktu Maghrib, inilah mungkin sebabnya.”
Selepas kejadian itu, Ghazli dan Fazlin serik dan akan memastikan mereka akan naik ke Bukit Fraser hanya pada waktu siang. |
|
|
|
|
|
|
|
br je pg bukit fraser beberapa bln lalu...mmg seram jln nk naik ke situ..bkt fraser skg x mcm dulu dh..nk pg sana kena ikut jadual keta naik n keta turun cz jln sempit n berliku2... |
|
|
|
|
|
|
|
anyway ni cerita btl ke rekaan? |
|
|
|
|
|
|
|
seram nih..
pontianak tumpang kat atas kereta dorang..
sbb tulah kereta dorang berat.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo sourcenya dr sotkaba.. ntah la.. mungkin ya mungkin x.. |
|
|
|
|
|
|
|
naik bukit gear 5 memang la keta ko tak bleh pegi...tu yang kenkonon rasa macam kena tumpang pontianak...watpe la susah2 pontianak tu nak tumpang2,dia kan bleh terbang.. |
|
|
|
|
|
|
|
fraser hill boring la..bosan tmpt tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
"bende tu terbang dan betul2 melintas depamn kereta kita............."
Errrrrrrrrrrr....mende tu menunpang atau sekadar melintas???? |
|
|
|
|
|
|
|
eh fraser hikk best ok
cat suka ke sana so far baru 3 kali la cat ke sana....
klo nk bermain2 boleh ke genting
tapi klo utk menghirup udara segar waktu pagi, menikmati keindahan alam, pergi jungle tracking, ke air terjun, tgok periuk kera... monyet, madu dan sebagainya..... ok la... |
|
|
|
|
|
|
|
naik bukit gear 5 memang la keta ko tak bleh pegi...tu yang kenkonon rasa macam kena tumpang pontianak...watpe la susah2 pontianak tu nak tumpang2,dia kan bleh terbang..
zaujahzauji Post at 29-11-2009 13:23 .. dia lupa tukar gear le.. heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
"bende tu terbang dan betul2 melintas depamn kereta kita............."
Errrrrrrrrrrr....mende tu menunpang atau sekadar melintas????
medangmru Post at 29-11-2009 18:31 huhu..
khannn... emm.. tumpang kot.... sebab tu berat.. pas tu dia rasa kereta tu x best , n terus la melintas depan pemandu yang tt dok khabo kan tu....  |
|
|
|
|
|
|
|
eh fraser hikk best ok
cat suka ke sana so far baru 3 kali la cat ke sana....
klo nk bermain2 boleh ke genting
tapi klo utk menghirup udara segar waktu pagi, menikmati keindahan alam, pergi jungle ...
catstitch Post at 29-11-2009 18:43 yer ke cat/.. selimut lom pegi sana ag la... x der kesempatan |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dulu kerja kat sana...adalah nam bulan.
Orang naik ke sana berbaju sejuk bagai,...aku ngan seluar pendek dan t shirt ajer...
Malam aku dan kekawan merayau ajer di sekitar kawasan kat situ...
Memang sunyi tapi keseraman tak der pulak.
Pokok yang ada pun besar besar.
Namun ada beberapa cerita berkenaan ngan tavern kat situ....
Aku tak mo cerita lagi....
nanti aku nak gi cuti kat situ teringatlah pulok... |
|
|
|
|
|
|
|
13# rdzaccess
cite la.. mana tau kot2 tetiba me nak g sana..
kurang2 ada peringatan awal.. |
|
|
|
|
|
|
|
kisah kat Bukit Fraser ni memang selalu dengar..macam2 version ada |
|
|
|
|
|
|
|
share la citer2 psl bukit fraser tu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by dedaun79 at 30-11-2009 14:53
kat Bkt Fraser tu mmg byk cik ponti..
mase aku g thn lepas..
aku menginap kat hotel yg murah..lupe laa namenyer..
aku masuk je bilik tu da seram..
mlm tak leh nak tido..
yg pasti kat dinding hotel tu..
ade TAPAK KAKI sebesar budak2 umur 3 4 tahun..
yg pelik..
bekas tapak kaki tu mmg tinggi gile..
kite yg dewase pun blum tentu leh tinggalkan tapak kaki cam tu..
tp...tempat ni mmg bes..aku rase nak g lagi...:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
17# dedaun79
kat siling ada x tapak kaki tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
18# halimi78
mmg dekat sngat da nak ke syiling...
aku cube sedapkan hati..
maybe..
mak bapak budak tu dukung budak n buat tande tapak tu..
mcm takde keje lak rupenyer..
g bercuti tido hotel..
dukung anak buat tande tapak kaki.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku penah turun dari bukit fraser waktu malam. Konon2 nak hirup udara segar kat sana kitaorang buka semua cermin kete tiba separuh perjalanan turun dengar bunyi mengilai dekat betul macam benda tu duk kat atas kete jer. Lepas tu apa lagi semua naikkan cermin kete dan pucat muka. Bila sampai kat bawah barulah masing2 bercakap dengar suara tu. Seram betul kalau ingat semula. |
|
|
|
|
|
|
| |
|