CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4849|Reply: 6

dekad cuaca paling panas!!

[Copy link]
Post time 10-12-2009 07:33 AM | Show all posts |Read mode
Dekad cuaca paling panas

COPENHAGEN 9 Dis. - Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) menjangka tahun ini menjadi tahun kelima paling panas dalam sejarah dan dekad pertama abad ini menjadi dekad paling panas sejak rekod mula dicatatkan.

Ketua WMO, Michel Jarraud menyebut tentang kawasan-kawasan panas melampau pada tahun ini, termasuk Australia yang mengalami tahun ketiga paling panas sejak rekod bermula pada 1985, 'dengan tiga gelombang panas luar biasa'.

"Saya boleh menyebut contoh-contoh lain. Kemarau terburuk dalam tempoh lima dekad menjejaskan kehidupan berjuta-juta penduduk di China, musim monsun yang kurang membawa hujan di India menyebabkan kemarau buruk dan kekurangan makanan yang teruk berlaku disebabkan kemarau dahsyat di Kenya," katanya kepada wartawan semalam.

Beliau berkata demikian di luar jadual utama persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai iklim di ibu negara Denmark ini.

Jarraud turut menyebut mengenai banjir besar termasuk banjir terburuk dalam tempoh 90 tahun di Burkina Faso.

Tahun 2009 juga menyaksikan paras ais laut musim panas ketiga paling rendah dalam sejarah di Artik, selepas dua tahun sebelum ini, tambah beliau.

Ketua maklumat perubahan iklim di MetOffice Hadley Centre di Britain, Vicky Pope bersetuju 2009 dijangka menjadi tahun kelima paling panas.

"Sebenarnya apa yang berlaku ialah kita sudah mengalami El Nino," ujarnya yang merujuk kepada fenomena cuaca yang menyebabkan pemanasan luar biasa di timur Lautan Pasifik dan boleh mencetuskan huru hara lebih luas dalam cuaca dunia.

Golongan yang sangsi mengenai pemanasan global menyebut mengenai cuaca lebih dingin dalam beberapa tahun lalu.

Namun profesor di Institut Alam Sekitar di Kolej Universiti London, Mark Maslin berkata, 'bukti saintifik menyokong perubahan iklim akibat buatan manusia kini tidak dapat disangkal lagi'. - Reuters



utk beberapa hari ni pun... aku rasa panas lak kat shah alam nih... keeee  aku sorang ajer yg rasa bahang ni masa tengahari... TERik semacam ler pulok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2009 07:37 AM | Show all posts
Kat Binjai still okay sbb byk pokok kat sini..~
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 08:01 AM | Show all posts
mmg btol.
kat tmpt aku ni thn lps masa ni dh salji.
tahun ni xde sign lgsg nk saji. mlm pun panas je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2009 09:11 PM | Show all posts
Kat Binjai still okay sbb byk pokok kat sini..~
cruz_phymalion Post at 10-12-2009 07:37



binjai tu mana mate.... ke pokok binjai??  hah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 12:19 PM | Show all posts
panas sampai fenin paler
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 12:33 PM | Show all posts
patut la sejak 2 menjak ni panas semacam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2009 10:18 PM | Show all posts


sun explosion .... benda ni yang buat kita jadi semakin paneh ... hati paneh, paneh hati :@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.379456 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list