CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azredclaw66

CERITA MISTIK CATATAN MERAPU AZRED

[Copy link]
 Author| Post time 8-1-2010 09:57 AM | Show all posts
Maaf, pokcik sibuk bona lately, bilo sompek InsyaAllah den updatekan...cito ni panjang laie....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2010 12:35 PM | Show all posts
..keriss tuu.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 05:41 PM | Show all posts
copek sikit update pakcik..

tgh sedap citer nie.. Haha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2010 08:24 PM | Show all posts
“MasyaAllah,hebat juga pertempuran kita ni,” kata Engku Damit. Hatinya puas kerana telahdapat memusnahkan limaekor hantu langsuir. Wajahnya kelihatan lebih tenang dari sebelum ini.
“Nampaknya,banyak lagi pertempuran akan terjadi,” kata Hadi mengesat peluh yang bercucurandi dahinya. Dia juga bersyukur kerana amalannya selama ini ternyata memantapkan dirinya.
“Jinbertiga itu belum lagi muncul, entah bila kita akan beradu dengan mereka” kata Engku Damit lagi. Dia tahu bahawa puaka bertiga itu sudah tentunya sukar untuk dikalahkan tetapi segala-galanya tidak mustahil dengan izinNya.
Merekaberehat sambil mengeluarkan dan menjamah bekalan makanan yang dibawa. Hadikurang berselera, entah kenapa. Dr. Salam juga pernah berpesan jika menghadapisesuatu kerja yang besar, sebaik-baiknya janganlah kekenyangan kerana lebihbaik bersederhana. Itulah ajaran Islam. Kekenyangan adalah sifat syaitan,bagaimana hendak melawannya jika ajarannya diikuti?
Haditeringat peristiwa pertarungan antara bapanya dan seorang dukun sihir diselatan Thailandsuatu ketika dahulu. Ketika itu, Hadi dalam percutian semester satunya. Bapanyadidatangi satu keluarga dari Wilayah  Pattani, Thailand.Mereka begitu mengharapkan pertolongan Doktor Salam.
“TuanDoktor, bantulah kami. Kampung kami dah macam diserang garuda. Semua orang dalam ketakutansekarang.”
“Apayang telah terjadi,” tanya Doktor Salam.
“Begini,sejak dua bulan lepas, sering berlaku pembunuhan di kampung kami. Kesemuamangsa dijumpai dalam keadaan yang mengerikan. Dahsyat betul! Tubuh merekakecut tidak berdarah walau setitik pun dan sebahagian tubuh mereka sepertidimakan binatang buas.”
“Mungkinkahini kerja harimau ke?” tanya Hadi menyampuk. Bapanya memberikan isyarat denganpandangan yang bengis, marah di atas keterlanjuran anaknya itu.
“Harimauapa? Darah sampai kering, apa cerita?” balas tetamu itu. ”Penduduk kampung jugasering terserempak dengan berbagai rupa makhluk yang pelik-pelik. Ada yang kelihatan macamberuk besar berkepala manusia, serigala jadian, kelawar besar berkepala manusiadan macam-macam lagi.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2010 12:28 AM | Show all posts
Adess! Tak nyompek laie....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 01:44 PM | Show all posts
Adess! Tak nyompek laie....
azredclaw66 Post at 11-1-2010 00:28


takpe Azred..post bila sempat ok...
makin menarik la citer ni..dapat ku bayangkan adegan pertarungan sengit dan rupa jin2 itu ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-1-2010 09:25 PM | Show all posts
“Ini perbuatan sihir rasanya. Ada orang baru tak yang datang ke situ?” tanya Dr. Salam lagi.
“Memang ada, kami pun mengesyaki orang ini. Namanya Hamid Dukun. Ilmu dia ni hebat juga, ramai yang datang dari luar untuk berubat dengannya.”
“Kenapa kamu syak kepada Hamid Dukun ni? Menuduh seseorang tanpa bukti kukuh hukumnya memfitnah.”
“Saya tahu tetapi cara hidup dukun ni pelik betul. Sembahyang tak pernah kami nampak, cara berubatnya pun dengan menurun sampai lupa diri. Pengerasnya mesti ayam hitam yang diratahnya hidup-hidup di hadapan pesakit. Berubat apa macam tu? Pakaiannya berjubah serba hitam dan bertudung merah, macam perempuan pula. Rupa dia pun tak pernah nampak jelas kepada kami kerana dibayangi tudung tu.”
Dr. Salam memejamkan matanya seketika. Dia kemudiannya mengangguk-angguk seperti memahami sesuatu.
“InsyaAllah, saya akan cuba bantu sedaya mungkin. Esok kita sama-sama bertolak ke kampung kamu. Malam ni tidur di sinilahye.” Kata Dr. Salam dengan ikhlas.
“Tak apalah tuan, kami terpaksa pulang sekarang kerana ramai ahli keluarga yang ditinggalkan. Kami kena cepat sebelum matahari tenggelam. Tuan sampai nanti teruslah ke rumah saya.” Jawab tetamu itu. Beliau kemudian memberikan alamatnya kepada Dr. Salam.
Setelah mereka pulang, Hadi bertanyakan kepada ayahnya apa yang terjadi ketika ayahnya berdiam diri dan memejamkan mata tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2010 09:26 PM | Show all posts
thanx yenil95
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2010 10:05 AM | Show all posts
wah2..makin bets..trskan ye..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 02:05 PM | Show all posts
Bestnya cerita ni....teruskan usaha anda bro...gaya bahasa sgt cun...senang nak paham...

lama x layan novelmistik camni....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 03:38 PM | Show all posts
salam semua...
wow, besh citer. lagi...lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 03:47 PM | Show all posts
sungguh menakjubkn..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2010 06:30 PM | Show all posts
Kucingkarate, pu3fiona, pisang69. naza81......tima kacih yerrr...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2010 06:43 PM | Show all posts
“Abah nampak  gambaran bahawa kesemua itu memang angkara Hamid Dukun. Dia sedang memantapkan ilmu yang baru diperolehinya dari dunia syaitan. Hebat juga ilmu orang ini. Kita kena berhati-hati. Mainan syaitan banyak muslihatnya.” Jawab Dr. Salam. “Bila kita nak pergi ke sana?” tanya Hadi lagi. Dia memang gemar untuk menyertai ayahnya ke mana-mana kerana sudah tentu banyak yang akan dipelajari nanti.
“Esok pagi,” kata Dr. Salam. Dahinya sedikit berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu.
Keesokan paginya, mereka terus ke Padang Besar, pintu masuk ke Thailand. Setelah urusan pasport selesai, mereka merentasi Wilayah Yala yang luas itu. Empat jam kemudian, baharulah mereka tiba ke sempadan Pattani. Setelah bertanyakan kepada seorang polis Melayu arah ke kampung Haji Mat Teloi, mereka meneruskan perjalanan yang memakan masa setengah jam pula.
Hadi dan Dr. Salam tiba di kampung itu lebihkurang jam 2.30 petang. Orang-orang kampung tercangak-cangak melihat kereta dari Malaysia masuk ke laman mereka. Dr. Salam memberhentikan kereta di sebuah warung.
“Assalamualaikum, “ katanya setelah menurunkan cermin kereta.
“Waalaikumsalam,” jawab beberapa orang lelaki yang sedang menjamu selera mereka.
“Tumpang tanya, di mana rumah Lebai Kasim?”
“Tu, ha, rumah batu besar tu,” jawab seorang lelaki separuh umur sambil menuding ke arah rumah besar yang jelas kelihatan tidak jauh dari situ.
“Tuan ni dari Malaysia kan?” soal lelaki itu sambil menyeka peluh di dahinya.
“Ya, dari Perlis.” Jawab Dr. Salam.
“Woo, dekat saja. Kira adik-beradiklah tu.” Balas lelaki itu sambil tersenyum mesra.
Setelah meminta diri, Dr. Salam memandu dengan perlahan ke arah rumah Lebai Kasim. Setelah bertemu dan beramah mesra dengan keluarga Lebai Kassim, Dr. Salam minta ditunjukkan rumah Hamid Dukun. Kali ini dengan berbasikal, mereka meronda kampung. Melalui jalan kampung yang cuma bertanah merah, berkerut muka Hadi menahan kesakitan ponggongnya yang terhentak-hentak di atas sebuah basikal tua jenama 'Raleigh'.
Rumah Hamid Dukun terletak di penghujung kampung, jauh daripada rumah-rumah penduduk kampung yang lain. Mereka berhenti agak jauh dari rumah yang kelihatan usang itu. Lebai Kassim mengatakan rumah itu dahulunya kepunyaan aruah Bidan Temah Mulut Merah yang tiada pewaris. Hamid Dukun dibenarkan Lebai Kassim untuk tinggal di situ dengan syarat dia menjaga rumah itu dengan baik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 08:21 PM | Show all posts
syioknyer cerita abang azred.. :pompom:

abang azred.. kroit meminta kebenaran untuk compile dan simpan sendiri boleh?
best lar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2010 09:44 PM | Show all posts
kroit92, bukan abang ler pakcik dah ni.

Eh, boleh..., tapi kalau Kroit tunggu keluar novel nanti lagi cun kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2010 01:40 PM | Show all posts
aiyo...nak lagiii...agagagagaga
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 03:09 PM | Show all posts
yup..mg best..trskan..xsabo nk baca kesinambungan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 12:31 PM | Show all posts
:pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom:

lagi lagi lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2010 01:46 PM | Show all posts
Dr. Salam merenung dengan mata hatinya ke arah persekitaran rumah itu dan kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya. Wajahnya seperti menggambarkan keresahan.
“Mari kita pulang segera.” Katanya kepada Lebai Kassim. Dia terus bergegas pergi dari situ.
Hadi pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan kawasan itu. Dr. Salam tidak pandai menyimpan perasaan. Itulah antara kelemahannya.
Setelah sampai ke rumah Lebai Kassim, Dr. Salam memanggil Hadi kepadanya.
“Hadi, apa yang kamu dapat rasakan ketika di sana tadi?” tanya Dr. Salam.
“Err..., Saya dapat rasakan aura negatif yang sangat kuat di sana tadi.” Jawab Hadi teragak-agak.
“Itu sahaja, kamu tak gunakan pandangan makrifat?”
“Maaf bah, saya tak terfikir pun tadi,” jawab Hadi sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Dr. Salam tidak berkata apa-apa lagi dan terus mendapatkan Lebai Kassim.
“Malam ini saya akan buat perhitungan dengan Hamid Dukun. Terlampau banyak perkara batil yang diamalkannya.” Ujar Dr. Salam sambil melepaskan sebuah keluhan. Orang tua Hadi ini jarang sekali mengeluh dan keluhannya bukan kerana kerja berat yang akan dihadapinya tetapi mengingatkan kejahilan manusia yang sanggup bersekutu dengan syaitan untuk mencapai hajatnya.
Selepas solat Isya’, Dr. Salam, Hadi dan Lebai Kassim dengan ditemani beberapa orang kampung bergerak menuju ke rumah Hamid Dukun. Ketika tiba di perkarangan rumah itu, keadaan sunyi sepi dan gelap gelita. Mujurlah mereka membawa jamung dan pelita picit.
“Tak ada agaknya si Hamid ni,” kata Lebai Kassim.
“Dia ada di dalam dan dia dah tahu lebih awal akan kedatangan kita.” Balas Dr. Salam dengan yakin sekali.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.067715 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list