CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azredclaw66

CERITA MISTIK CATATAN MERAPU AZRED

[Copy link]
 Author| Post time 19-12-2009 11:46 AM | Show all posts
“Makhluk ghaib lagi nampaknya ni. Agaknya budak-budak yang pernah hidup di kawasan ini dulu. Apa yang dibuat mereka kat sini? Alamak...apalah yang aku merepek ni? Ini kerja jin lerrr...... Tak apalah, sekarang aku nak kembali ke tempat tinggal sampan aku tu dan terus menyusur pantai. Mana tahu kalau terjumpa sesiapa ataupun ada nelayan yang nampak nanti.” Fikir Hadi dan memulakan langkahnya.
Pagi itu, unggas-unggas rimba berkicau dengan bingitnya. Mungkin berebut buah-buahan yang terdapat dengan banyaknya. Perjalanan ke pantai tidak mengambil masa yang lama kerana Hadi tidak berhenti di mana-mana. Hatinya berasa kurang sedap.
“Apalah agaknya nak terjadi ni? Lain macam rasa hatiku ni.”
Soalannya terjawab apabila tiba di pantai dan mendapati sampan yang diletakkannya di atas dua batu besar telah tiada lagi di situ.
“Alamak! Ke mana perginya sampan ni? Air laut tak naik sampai ke sini. Mesti ada orang yang ambil. Hairan sungguh, tak nampak kesannya langsung.” Hadi terduduk  sambil menggaru-garu kepalanya. "Nak balik macamana ni?"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2009 12:26 PM | Show all posts
Sebenarnya apa yang ada dalam komik memang ada dalam seni bela diri kita sejak berabad lagi, cuma gelar dan caranya sedikit berbeza........Nak menuntut meh jumpo den
azredclaw66 Post at 18-12-2009 19:50


akak setuju...
tp tayah la nak nuntut2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 12:28 PM | Show all posts
Dalam hatinya dia bersyukur kerana dia tahu bahawa Langsuir Rimba lebihganas daripada langsuir biasa yang hanya suka menyakat. Dia tahu bahawaLangsuir Rimba telah banyak kali merupakan punca kematianpemburu-pemburu dan pembalak-pembalak di hutan. Langsuir Rimba jugapernah dijumpai di waktu siang.
azredclaw66 Post at 18-12-2009 22:08


puaka sengkuang kot ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 12:28 PM | Show all posts
next pls....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 12:38 PM | Show all posts
wahhh...akhirnya...
.
.
trima kasih lah tuan tanah...untuk catatan merapu nih....
hilang kebosanan ku...



**pada ku laa..bukan macam catatan merapu jer..hehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2009 12:54 PM | Show all posts
Tq semua, nanti pokcik sambung....nak habiskan lukisan jap....peh tu jengok udangkara...peh tu.....apa hek? Sabo jap yo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2009 01:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by ana_una at 19-12-2009 13:03
Tq semua, nanti pokcik sambung....nak habiskan lukisan jap....peh tu jengok udangkara...peh tu.....apa hek? Sabo jap yo
azredclaw66 Post at 19-12-2009 12:54


alahaiii...
byk le plak iklan...
mana aciii...
tgh saspender ni...
akak stat porem tros masuk sini.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 01:05 PM | Show all posts
Dipanjatnya tiang letrik tu dan diambilnya rambut si Langsuir yang terputus. Buat kenangan dan bukti katanya, kalau tidak nanti orang tak percaya ceritanya. Rambut benda tu keras macam dawai dan berbau busuk tengik pula . Siva tak lama dapat simpan rambut langsuir tu.


braninyeeeee....
siap simpan bahan bukti lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2009 01:54 PM | Show all posts
Puas dicarinya di sekitar kawasan itu tapi hampa.
“Alamak! Ke mana perginya sampan ni? Air laut tak naik sampai ke sini. Mesti ada orang yang ambil. Yang menghairankan, tak nampak kesannya langsung.” Hadi terduduk  sambil menggaru-garu kepalanya. Tidak ada sebarang tanda bahawa sampan itu pernah wujud pun.
“Kalau hilang, maknanya bermaustatinlah aku di sini sampai ke tua!” rungut Hadi.  Peluh mula merenik di wajahnya. “Tak boleh jadi macam ni,  baiklah aku menyusuri pantai ni. Mana tahu kalau jumpa apa-apa nanti.”
Air laut di lagun itu begitu tenang sekali. Hijau kebiruannya sedikit melegakan hati anak muda yang keresahan itu. Sesekali kelihatan riak kecil akibat hamburan anak-anak ikan yang bermain di permukaan. Tiba-tiba hidung Hadi terbau sesuatu yang menyenangkan.
“Bau bunga Melur ni. Mesti ada pokok Melur di sekitar kawasan ini. Kalau ada pokok Melur, mesti ada rumah orang. Mungkin di sebalik selekoh depan tu saja.”  Fikir Hadi sambil melajukan langkahnya ke arah satu belokan berdinding batu. Setelah tiba di sebalik selekoh itu, Hadi kelihatan hampa sekali kerana tidak terdapat sesuatu yang menarik di situ, hanyalah batu-batu pantai yang berceragah di sana sini. Bau wangi Melur itu tiba-tiba hilang begitu sahaja.
“Misteri lagi! Apalah banyak benor misteri di pulau ni? Dugaan.....dugaan!”        
Hadi terus berjalan di atas pasir pantai yang putih bersih itu. Sesekali kakinya tersepak ketul-ketul batu dan kulit-kulit siput laut yang bertaburan di sana sini. Beberapa ekor ketam kecil kelihatan bertempiaran lari masuk ke air. Suasana pagi itu begitu damai sekali. Dalam keasyikannya menikmati keindahan pantai itu, tiba-tiba kembali terbau haruman bunga melur seperti tadi. Kali ini lebih kuat baunya. Hadi mendongak dan ternampak sesuatu tidak jauh di hadapannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2009 02:16 PM | Show all posts
wahhh...akhirnya...
.
.
trima kasih lah tuan tanah...untuk catatan merapu nih....
hilang kebosanan ku...



**pada ku laa..bukan macam catatan merapu jer..hehe..
tr11 Post at 19-12-2009 12:38


Misteriiiiiiiiiiiii.............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2009 02:17 PM | Show all posts
Tuan/Puan momod sekelian, leh kasi tacang lebih sket tak? Banyak dah den menulis ni hah....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 02:19 PM | Show all posts
51# azredclaw66

hahahah, mintak tacang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2009 02:24 PM | Show all posts
51# azredclaw66

hahahah, mintak tacang.
kroit92 Post at 19-12-2009 14:19

Wooo...ekau golakkan den yo? Nah amik pukulan jurus air basah!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 02:31 PM | Show all posts
53# azredclaw66

hiapp, den elak guno jurus hikmat pelangi silau tujuh tingkat,

result:

azredclaw66        kroit92
       :kant:     
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2009 02:44 PM | Show all posts
Tak kena kan? kan? Den ado perisai hikmah penjara Pudu! Ye ye...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 02:58 PM | Show all posts
Tuan/Puan momod sekelian, leh kasi tacang lebih sket tak? Banyak dah den menulis ni hah....
azredclaw66 Post at 19-12-2009 14:17


tuan benang...
sorila...
akak bukan momod..
tp tingin nak bg tacang..
so.. jemput makan...
ikhlas ni...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2009 02:59 PM | Show all posts
salam pokcek pu3 ni..
sihat ka....terhibur dengan jalan penceritaan tu...tau le dtg dri perlis hehe
dalam cite diterap masuk nogori sinunn..entah2 mmg kisah pokcek kot....haaa..bek ngakuuu
paperpun majulah berkarya untk nusa n bangsa..ewahh...
:pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2009 03:07 PM | Show all posts
tuan benang...
sorila...
akak bukan momod..
tp tingin nak bg tacang..
so.. jemput makan...
ikhlas ni...


ana_una Post at 19-12-2009 14:58


Alahaiiiii....., timokacih bebanyak ye.........ado gak yang cian kek den hu hu{:3_83:}Ni hah lagi semangat den niiii!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2009 03:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by BabeYSHa at 27-1-2010 11:40

Post Last Edit by BabeYSHa at 27-1-2010 10:17

salam pokcek pu3 ni..
sihat ka....terhibur dengan jalan penceritaan tu...tau le dtg dri perlis hehe
dalam cite diterap masuk nogori sinunn..entah2 mmg kisah pokcek kot....haaa..bek ngakuuu
pa ...
pu3_fiona Post at 19-12-2009 14:59


Ish Tuan Puteri sanggup cemar duli meh jengok benang Pok Cik ni.....timokacih lah ye nak Puteri.... ate ..bab betul ke idak tu
tak siole teman nak gitahu. Puteri pikio sendrikle ye



KLUE 5

Hantu leh cakap lam bahasa macam2 ke? Jepun leh gak yek?


SALIN PETUNJUK INI : T
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2009 03:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by azredclaw66 at 19-12-2009 15:25

“Eh, itu seperti orang je. Hah! Pasti orang tu...Lega rasanya.” Kata Hadi sambil mempercepatkan langkahnya menuju ke arah sesusuk tubuh yang sedang duduk di atas sebatang kayu hanyut di gigi air.
“Eh, perempuanlah. Apa dibuatnya di sini? Jangan-jangan Langsuir Rimba lagi tak?” Hadi berhenti seketika sambil menggunakan ‘scanner’ auranya.
“Bukan syaitan ni, seronoknya.” Getus hati Hadi.
Ketika berada lebihkurang dua puluh kaki daripadanya, perempuan itu berpaling kepada Hadi sambil tersenyum kecil. Dia bangun berdiri dan terus melangkah pergi ke arah lain.
“Hei nanti! Tunggu kejap!” jerit Hadi sambil berlari. "Alamak, apahal pula ni, muka aku macam orang jahat ke?"
Perempuan itu terus berjalan tanpa mempedulikan panggilan Hadi.
“Apa kena perempuan ni? Takutkan aku ke?” bisik Hadi. Semakin cepat dia berlari, semakin cepat pula perempuan itu bergerak.
“Aduh!” kaki Hadi tersepak ketul batu menyebabkan dia terhumban jatuh. Mujurlah kakinya tidak luka. Dia bangun kembali tetapi perempuan itu telah hilang daripada pandangannya.
“Ke mana perginya pula ni? Apapun aku kena cari sampai jumpa. Tentu ada perkampungan di pulau ini.” Kata hati Hadi. Setelah mengibas tubuhnya yang diselaputi pasir, dia terus berjalan, kali ini lebih berhati-hati.
“Pelik juga, daripada firasat aku, dia bukanlah keluarga syaitan tetapi tak ada pula jejaknya di pasir? Mungkinkah perempuan itu khayalan aku saja?”
Hadi terjumpa satu denai kecil menghala ke dalam pulau. Dia terus menyusuri denai itu sambil matanya memerhati sekeliling mencari kelibat perempuan tadi. Denai itu kelihatan seperti selalu digunakan Rumput dan pokok-pokok kecil di pinggir denai itu seperti sering di potong rendah.
“Hah, bau bunga melur tu lagi. Pasti perempuan itu ada dekat-dekat sini saja.” Kata Hadi sambil melangkah laju. Benar seperti tanggapannya, perempuan itu sedang duduk di banir sebuah pokok besar sambil tersenyum memerhatikan Hadi yang sedikit termengah-mengah kepenatan.
“Assalamualaikum.” Hadi memberi salam.
‘Waalaikumsalam.” Lembut dan halus suara perempuan itu. Wajahnya yang ayu mendamaikan hati siapa sahaja yang memandang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.079154 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list