CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8612|Reply: 7

Rumah Rama-Rama

[Copy link]
Post time 21-12-2009 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 21-12-2009 11:55

Memikat Rama-Rama   
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my

               






     

Rumah comel, landskap cantik tarik kehadiran kubu-kupu menyerikan keindahan laman

LAMAN yang cantik bukan hanya bergantung kepada susun atur dan pemilihan pokok semata-mata, tetapi ia perlu hidup dan menjadi habitat untuk hidupan lain seperti unggas dan serangga.

Kehadiran unggas dan serangga menjadikan laman semula jadi dan menaikkan lagi seri laman kediaman terutama apabila rama-rama terbang mengelilingi pepohon yang ditanam.
        
Untuk menarik unggas, biasanya dibina rumah burung atau tempat burung mandi dan minum yang diletakkan di dalam laman, begitu juga jika mahu menarik kehadiran rama-rama atau kupu-kupu untuk menghuni laman.

Seperti burung, antara cara menarik kehadiran rama-rama ialah dengan membina rumah khas untuknya, selain menanam bunga yang wangi dan penuh dengan nektar madu serta warna menarik.

Menurut Butterflywebsite.com, penggemar rama-rama masih lagi mendebatkan isu sama ada perlu diwujudkan rumah untuk rama-rama sepert irumah burung atau mewujudkan persekitaran semula jadi untuk menarik serangga berkenaan menghuni laman kediaman.
                              



Pelbagai bentuk dan warna rumah rama-rama

Ada penggemar serangga itu berjaya menarik kehadiran rama-rama bertandang ke laman mereka dengan menggunakan rumah rama-rama.

Namun, rama-rama lebih sukakan suasana semula jadi dengan menjadikan rumpun pokok dan pohon berbunga wangi dengan bunga warna yang menyerlah seperti kuning, merah dan ungu sebagai habitatnya.

Secara amnya, rumah rama-rama mirip rumah burung, namun bentuknya seperti sebuah kotak. Kebiasaannya, ia dihiasi dengan ranting kecil yang bercabang untuk menjadi habitat pembiakannya. Seeloknya,gunakan kotak lutsinar atau letakkan jaring bagi membolehkan kita melihat rama-rama yang berteduh di dalamnya.

Pintu masuk rumah rama-rama perlu berlubang tetapi jangan terlalu kecil cukup sekadar untuk serangga itu keluar masuk atau dapat melindunginya daripada bintang pemangsa seperti burung.





Seperti rumah burung, makanan yang dapat menarik rama-rama perlu diletakkan di dalam rumah itu. Cara paling biasa ialah meletakkan span yang direndamkan dengan air gula atau madu kerana serangga itu sukakan makanan yang manis, berbau harum dengan warna menarik.

Rama-rama juga menggemari buah-buah manis atau buah yang terlebih masak. Jadi, letakkan saja buah berkenaan di dalam rumah rama-rama.

Seeloknya, letakkan rumah rama-rama di kawasan redup dan sejuk kerana serangga berkenaan sukakan suasana yang sedikit lembap. Paling sesuai letakkan rumah rama-rama di celah ranting pokok.

Kebiasaannya, rama-rama hanya akan masuk ke rumah rama-rama apabila ia mahu bertelur. Dalam kebanyakan kes, rama-rama lebih sukakan ranting kayu dan daun kayu untuk bertelur, sebelum ia bertukar menjadi beluncas.

Paling ideal ialah tanam saja pokok yang disukai rama-rama untuk menarik serangga berkenaan bertamu di laman seperti ‘milkweed’ ,ixora, jintan, semanggi, peterseli, bunga matahari dan klover(Trifolium spp.).



INFO: Cara Membuat Makanan Rama-rama


Bahan-bahan

Satu cawan gula
Empat cawan air
Span

Masak gula bersama air dan biarkan sehingga gula larut.

Selepas itu sejukkan air gula tadi.

Kemudian, ambil span dan rendamkan di dalam air gula.

Ambil span dan letakkan di dalam rumah rama-rama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2009 12:39 PM | Show all posts
Kiutnya umah rama2 ni friend...~
Jeles buddy tgk ni...~
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 12:39 PM | Show all posts
Thanks mod syd...~
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 01:04 PM | Show all posts
sangat sentimental...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 01:16 PM | Show all posts
Dikhuatiri lebah,tebuan pon tumpang sekaki,silap gaya uat sarang lg
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 02:16 PM | Show all posts
Dikhuatiri lebah,tebuan pon tumpang sekaki,silap gaya uat sarang lg
mat_tempe Post at 21-12-2009 13:16


Percuma madu...~
Pakai suit khas...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2009 05:07 PM | Show all posts
cute betul rumah rama-rama tu...best kalau byk rama-rama bertandang...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 03:12 PM | Show all posts
Kalau rama rama ni nak bertandang dan tumpang bermastautin di rumah rama rama kat sini...boleh kan?............

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.340804 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list