CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4200|Reply: 5

Lovely Cerpen***Khatimah Cinta

[Copy link]
Post time 4-1-2010 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by classic_346 at 4-1-2010 15:08

Sebuah Nukilan dari insan bernama Aisha...
diharap pembaca dapat memberi komen membina
untuk memberi semangat pada adik ni yg baru berjinak-jinak
menulis cerpen...enjoy.
~Khatimah Cinta~


Petang itu sungguh redup. Tidak seperti hari-hari biasa yang selalunya disinari cahaya matahari terik. Di bawah pohon tepi tasik inilah kebiasaanya aku menghabiskan masaku sambil merehatkan fikiran. Bagiku di sinilah tempat yang paling menenangkan. Udaranya yang segar dan nyaman, pemandangan yang begitu indah, redup dan sesekali angin bayu ciptaan Tuhan menghembus lembut membelai tubuh kecil milikku ini. Jauh di hadapanku terdapat beberapa pasangan kekasih yang asyik bergurau senda. Kulihat, terpancar di setiap mata mereka sinar yang membahagiakan tatkala berada disamping insan yang tercinta. Ada juga segelintir kulihat duduk bersendirian termenung mungkin sedang menenangkan fikiran serta mencari ilham. Kebiasaannya di sini juga menjadi pilihan tempat keluarga beriadah. Terhibur hatiku melihat karenah mereka di sini. Alangkah indahnya pemandangan ciptaan Allah SWT. Pandanganku menerobos kearah langit biru yang redup. Tersenyum aku seketika apabila teringat kembali pertemuan pertamaku dengan Iskandar. Iskandar, insan yang aku cintai sepenuh hatiku. Di sinilah, dan di tepi tasik inilah buat pertama kalinya takdir mempertemukanku dengannya…
“Assalamualaikum Cik, boleh tolong saya, saya nak pinjam duit syiling lima puluh sen saja!”

Seorang lelaki yang entah dari mana datangnya memberi salam padaku. Wajahnya kelihatan pucat, nafasnya juga tercungap-cungap seperti baru tamat ke garisan 400 meter berpagar. Aku terkejut dan berasa takut. Yalah, mana tahu lelaki itu sengaja mahu perangkap aku, silap-silap aku kena ragut dekat tepi tasik ni. Bermacam-macam tekaan berlegar diruang fikiranku. Kelihatan sudah tiada satu kelibat manusia pun yang berhampiran dengan tempat yang kududuki hampir dua jam. Kalau aku jerit pun bukannya orang akan dengar jeritanku, aku bermonolog sendiri. Sepantas kilat aku bergegas bangun, ingin meninggalkan tempat itu. Lantas kucapai beg sandang berwarna merah jambu yang berisi komputer riba milikku lalu berlari menuju ke tempat letak kereta. Jantungku berdegup kencang ketika itu. Tidak sekali pun aku menoleh kebelakang. Lelaki itu turut berlari mengejarku. Dalam keadaan tercungap-cungap aku dapat dengar suaranya.

“Cik, saya bukan orang jahat, saya cuma nak mintak tolong. Tolong saya Cik, saya kena rompak! Saya cuma nak pinjam duit syiling lima puluh sen hanya untuk buat panggilan, itu saja.” Suaranya tersekat-sekat menahan nafas.
Aku menoleh, langkahku dan langkahnya terhenti disitu. Astargfirullahalazim!!, aku beristirgfar dalam hati. Aku tersalah sangka.
“Ya Allah, maafkan saya encik, saya tersalah anggap. Saya fikir encik ada niat buruk terhadap saya tadi. Maafkan saya sekali lagi.” Merah padam wajahku menahan malu.
Macam nilah, Encik pakai saja telefon bimbit saya. Lagipun publicphone dekat sini jauh. Encik pun dah puas berlari kan.”
Aku menghulurkan telefon bimbitku padanya. Rasa bersalahku tidak hilang lagi. Kenapalah aku boleh terfikir sampai macam tu sekali. Nak tergelak pun ada. Riak wajahku masih lagi menahan malu.
“Terima kasih cik…....”
“Hmm Fia, panggil saya Fia ja. Ok sama-sama. Kawan awak boleh jemput ka?” Soalku padanya.
Boleh, sekejap lagi dia sampailah. Lagi sekali terima kasih ye cik Fia. Kalau cik Fia terus lari tadi tak tahulah saya nak mintak tolong pada siapa. Saya Iskandar.” Lelaki itu perkenalkan diri.
Ya sama-sama, takpa hal kecil ja kan. Lagipun saya yang berlari tak tentu pasal tadi. Maaf lagi sekali sebab saya sempat menganggap awak yang bukan-bukan tadi. Malu saya dibuatnya.” Aku bersuara pada Iskandar. Pertama kali aku lihat senyuman milik lelaki itu.
“Hmm macamana awak boleh kena rompak?” berani pulak mulutku menyoal.
“ Entahlah, saya pun tak tahu. Benda ni berlaku begitu pantas, sampai saya tak sempat nak cam langsung nombor pendaftaran motorsikal tu.” Jawab Iskandar lembut.
Kasihan Iskandar, aku berbisik dalam hati.
“Awak tunggu seseorang ke dekat sini?” Setelah beberapa minit berdiam, Iskandar kembali menyoalku.
“Eh tak adalah, saya memang selalu ke sini. Menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Di sini nikmatnya terasa, sehingga menusuk ke dalam kalbu, di mana tiada yang paling indah pada saya melainkan keindahan milik Allah yang kekal.” Iskandar tersenyum. Senyuman yang punya makna tersendiri.
Lama juga aku berbual dengan Iskandar, lelaki yang baru ku kenal tidak sampai setengah jam itu.
Tidak lama kemudian, sebuah Honda Jazz hitam berhenti berhampiran di mana aku dan Iskandar berdiri.
“Is!!” lelaki itu menjerit kearah kami. Mungkin rakan Iskandar. Lelaki itu berlari kearah aku dan Iskandar.
“Is, macamana kau boleh kena rompak ni?” kau ok? perompak tu ada cederakan kau tak?” bertalu-talu lelaki itu menyoal Iskandar. Kelihatan Iskandar menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Hmmm Fia, kenalkan ini abang saya, Irfan.”
Iskandar tidak menjawab soalan yang diberikan malah terus memperkenalkan abangnya kepadaku. Jelas sekali Irfan tiada mirip langsung dengan wajah Iskandar. Mungkin itu semua hanya pada pandanganku saja. Aku hanya tersenyum menyambut salam dari Irfan. Pada awalnya tadi kufikirkan itu rakannya. Irfan menarik tangan Iskandar ke tepi. Entah apa yang dibicarakan oleh mereka. Aku pula tidak berminat langsung untuk mencuri dengar perbualan mereka.
“Is, saya balik dulu ye. Dah lewat ni, nanti ibu saya bising pulak.”
“Fia, awak nak balik ya. Kami pun nak balik juga. Kalau macam tu boleh saya tumpangkan awak sekali sebagai tanda terima kasih kerana awak bantu adik saya tadi.”
Irfan bersuara sambil diperhatikan oleh Iskandar.
“Eh, tak apa. Saya drive kereta sendiri. Kereta saya ada dekat depan sana.” Aku menjawab sambil menunjuk kearah keretaku. Tanpa berlengah aku terus berlalu meninggalkan mereka berdua.
“Fia,, tunggu sekejap!” kedengaran suara Iskandar memanggilku. Langkahku terhenti di situ dan menoleh kearahnya.
“Ye, ada apa Is?” Soalku lagi.
“Saya nak ucapkan terima kasih lagi sekali.” Iskandar berkata sambil mengutuskan senyuman padaku.
Aku mengannguk membalas senyumannya. Aku berlalu pergi ke kereta. Aku menyedari yang Iskandar dan Irfan memerhatikan setiap langkahku.
***1***
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2010 11:10 AM | Show all posts
ader sambungan lgk tak??  iskkandar neh kekasih ker atau kawan jeh pada si fia neh??
ok la not bad story neh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2010 11:17 AM | Show all posts
Khatimah Cinta smbgn...1

Kuhempaskan tubuhku di atas katil, leganya. Alhamdulillah, selesai tanggungjawabku menunaikan solat lima waktu hari ini. Letih sangat kurasakan hari ini. Jiwaku tersentuh saat mendengar lagu Terlanjur Cinta nyanyian Rossa dan Pasha dari kumpulan Ungu. Tiba-tiba aku teringatkan Iskandar, lelaki yang kutemui sebulan yang lalu. Entah kenapa aku teringatkan dia. Ahh! Mungkin perasaanku aja. Buat apa aku ingatkan dia. Sejak pertemuan yang tak disengajakan tu, aku tidak pernah bertemu langsung dengan dia. Mungkin tiada jodohku dengan dia agaknya.
“Fiaaa!!! Bangun!... Tak kerja ke harini?”
Kedengaran sayup-sayup suara ibu. Bagaikan dalam mimpi. Aku menarik selimut menutupi tubuhku yang kesejukan. Berat benar rasanya nak kubuka mata. Entah pukul berapa aku tidur malam tadi.


“Fiaaaaa!!!!” ibu menjerit lagi!
Eh,, aku bukan mimpi rupanya. Bergegas aku bangun buka pintu. Kulihat ibu berdiri dihadapanku.
“Maaf bu, Fia tak sedar. Dah lewat sangat ke bu? Aku menyoal dalam keadaan mamai.
“Dah pukul berapa ni, selalu tak pernah lewat bangun lewat. Entahkan subuh entah tidak!” ibu bersuara agak tegas.
“Fia bangun solat pagi tadi, lepas tu Fia tertidur sampai tak sedar.” Jawabku.
Aku bergegas masuk ke bilik air. Pagi itu aku mandi alakadar je. Cepat-cepat aku bersiap untuk ke pejabat.
“Bu, Fia pergi kerja dulu ye. Maaf tak dapat nak sediakan sarapan untuk ibu pagi ni.”
Kukucup tangan ibu dengan penuh kasih. Kucium pipi ibu dengan penuh rasa cinta. Ibu seorang yang lemah-lembut, tidak pernah meninggi suara padaku. Sejak kecil aku telah dididik dengan penuh kasih sayang oleh ibu. Aku adalah anak tunggal. Ibu kata, akulah harta yang paling bernilai yang ditinggalkan oleh arwah ayah. Aku tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah kerana ayah pergi meninggalkanku dan ibu seawal umurku mencecah hampir tujuh bulan dalam kandungan ibu. Betapa besarnya pengorbanan ibu terhadapku, melahirkanku seorang diri tanpa ditemani insan tersayang memberi semangat di sisi. Membesarkanku dengan hasil menjual kuih serta mengambil upah menjahit baju. Hasil pencarian itulah yang telah membina kehidupan aku dan ibu sehingga sekarang. Aku bersyukur padamu Ya Allah. Terima kasih atas rezeki yang engkau berikan pada kehidupan kami….


***


“Fia…”
Ehh!! Kenapa tiba-tiba aku dengar suara orang panggil namaku ni? Aku toleh ke belakang.. Ishh! Betul ke ape yang aku nampak? Betul ke ape yang ada dekat depan aku ni?
Iskandar! Dia muncul lagi dihadapanku setelah hampir sebulan peristiwa manis itu berlaku.
“Iskandar! Apa awak buat dekat sini?”
“Saya cari awak. Saya tunggu awak Fia.” Iskandar menjawab.
Tunggu aku? buat apa? Aku ada berhutang dengan dia kah? Macam-macam soalan bermain di fikiran aku.
“Fia, boleh saya ajak awak keluar petang nanti? Hmm lepas awak habis kerja. Boleh?”
Iskandar ajak aku keluar. Tapi kemana ya?
“Boleh, kita nak kemana Is? Nanti habis kerja Fia datang jumpa Is.”
“Is tak nak Fia drive sendiri. Is jemput Fia dekat office petang nanti ya.” Lembut saja Iskandar. Aku jadi tak keruan. Kenapa tiba-tiba Iskandar ajak aku keluar? Lagi satu macam mana pulak dia tahu tempat kerja aku? Ishhh, macam ada yang tak kena ja ni. Padahal Iskandar baru je kenal dengan aku, tu pun secara tak sengaja. Aku mesti tanya pada Iskandar petang nanti.

“Is, kenapa bawak Fia dekat tempat ni?”
“Kenapa? Fia tak suka ke? Kan Fia pernah cakap dekat Is yang ini tempat kegemaran Fia. Tempat ni buat fikiran kita tenang. Betul tak?” iskandar mula berbicara.
Aku seakan tidak percaya yang Iskandar akan bawa aku di tepi tasik di mana pertama kalinya aku dipertemukan dengan dia dulu. Apa maksud semua ini? Ya Allah, kenapa jantung ku berdegup kencang saat aku bersama dengan Iskandar. Hati aku jadi tenang, bahkan lebih tenang dari apa yang pernah kurasakan apabila duduk di tepi tasik ini saat aku bersama Iskandar. Ya Allah, aku tak pernah merasakan perasaan sebegini sebelum ini. Siapakah lelaki yang berada dihadapanku ini Ya Allah. Adakah dia yang kau hantar untukku…?
“Fia, sudikah Fia jadi permaisuri hidup Is?”
Tiba-tiba ayat itu terkeluar dari mulut Iskandar setelah lama aku mengelamun sendirian. Matanya tepat memandang wajahku. Aku menundukkan kepala. Tidak terdaya untuk aku melawan pandangannya yang sirna.
“Apa Is cakap ni.. Fia tak faham maksud Is. Lagipun Is tak kenal Fia dengan lebih dekat. Kita pun baru sangat-sangat kenal. Fia tak boleh percaya yang Is akan cakap macam ni pada Fia.”
“Fia, maafkan Is. Ini mungkin terlalu awal tapi percayalah, Is yakin Fia untuk Is. Is dah cukup kenal Fia masa pertama kali kita jumpa. Fia, Is jatuh hati dengan Fia saat pertama kali Is berhadapan dengan Fia. Is terpesona dengan Fia saat pertama kali Is melihat senyuman ikhlas Fia. Is jatuh cinta pada Fia dengan ketulusan hati Fia.”
Iskandar meluahkan isi hatinya tanpa rasa gugup di hadapan aku.
“Fia, Is cintakan Fia.” Itulah ayat terakhir yang keluar dari mulut Iskandar.
Aku benar-benar terkedu waktu itu. Seakan tidak percaya Iskandar meluahkan perasaan cintanya padaku di waktu kedua kalinya kami bertemu. Padaku memang terlalu awal. Ya Allah, hanya kau saja yang tahu betapa berbunganya hatiku saat mendengar lamaran dari Iskandar.

                                                                  ***2***
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 12:57 AM | Show all posts
nice...............................
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 11:31 AM | Show all posts
ade smbg ke x?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 03:49 PM | Show all posts
abis cm tu je ke...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.100778 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list