CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yyusryy

Mencari Kebenaran Yang Hakiki

[Copy link]
 Author| Post time 20-1-2010 03:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by yyusryy at 20-1-2010 15:20

76# tuk

so mcm mana pula para imam dan professor muslim yg menerima trinity tuh...? yelah convert Christianty...


Dah convert Christianity...jadi penganut Kristian la. Takkan masih muslim lagi...
Sesiapa sahaja penganut agama Islam yang 'menduakan' tuhannya iaitu Allah S.W.T., apa lagi tiga & seterusnya, maka sah-sah la golongan yang sr. maksudkan ini telah melanggar kesaksian syahadahnya sebagai seorang Islam iaitu;

"Asy-hadu an/l-la-ilaha-ill-Allah"(bahasa Arab)

yang bermaksud,

"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan lain selain daripada Allah".

Jadi, perbuatan mahupun perkataan golongan yang dimaksudkan sr. itu jelas adalah syirik iaitu menerima sesuatu itu sebagai tuhan selain dari Allah. Maka secara automatiknya, mereka dengan sendirinya telah terkeluar daripada Islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2010 03:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by yyusryy at 20-1-2010 15:45

79# kompia23
sambungan post #80

Saudara lupa satu

Arab - Allah = Tuhan



Saudara juga jangan lupa;

"Jesus" sr. mengajarkan umat Kristian di dalam Ta Biblia@The Bible menurut bahasa yang dituturkannya:

Eli(Aramaic) = my God(English) = tuhanku(Malaysia)

Dan satu lagi jangan lupa, Allah adalah nama khusus tuhan yang dipercayai oleh umat Islam sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur'an.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 11:34 PM | Show all posts
k0mpia.. im back!!!... yihuuuu...

k0mpia, kamu p0n dah jadi 3 dalam 1 dah ak teng0k.. wakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 03:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by kompia23 at 22-1-2010 17:01

82# yyusryy

Saudara juga jangan lupa; "Jesus" sr. mengajarkan umat Kristian di dalam Ta Biblia@The Bible menurut bahasa yang dituturkannya: Eli(Aramaic) = my God(English) = tuhanku(Malaysia)

Dan satu lagi jangan lupa, Allah adalah nama khusus tuhan yang dipercayai oleh umat Islam sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur'an.


Dan jangan saudara lupa pulak, Yesus katakan dalam Mat 28:18-20; untuk mengajarkan setiap yang Dia perintahkan. Ada dia kata dalam bahasa aramic ke? takde.

Bagi kami, umat Kristian - Allah itu nama umum bukan nama khas. Sila fahamkan itu.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 04:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by kompia23 at 22-1-2010 16:59

80# yyusryy

Apakah org lain yg menggunakan perkataan 'Allah' yang saudara maksudkan ini tergolong sebagai orang yang beragama Islam sehingga mereka tertakluk kepada undang-undang syariah Islam di Malaysia?


Pendekkan cerita, adakah perkataan "Allah" ini cuma utk org muslim saja? Kalau itu, Muhammad tidak patut menyebarkan kepada org lain kerana ia cuma khas utknya saja. Cuma saudara fikir betul betul.

Sudah tentu tidak. Jadi hanya apabila anda seorang yang memiliki syarat untuk beragama Islam sahaja, barulah anda tertakluk kepada undang-undang syariat Islam.


Adakah kerana saya tidak tertakluk kpd undang2 syariah Islam, saya tidak berhak menggunakan perkataan tersebut? Boleh tunjuk dlm undang2 itu mana yg mengatakan sedemikian.

Pernahkah anda mendapati ada dua syarikat yang berlainan & tiada kaitan langsung menggunakan nama 'Adidas®' untuk syarikat masing-masing?


Kalau diikutkan cara saudara, kita kena lihat siapa yg ada paten terhadap perkataan tersebut. Dalam sejarah, rasanya tiada  kerana ia tidak perlu kerana dlm agama, tiada org menfailkan utk mempatenkan perkataan eksklusif kecuali di Malaysia. Tahukah saudara hakikat ini.

Jadi, ini sedang berlaku. Kes ini kes tuntuntan penggunaan 'eksklusif' perkataan 'allah' untuk agama masing-masing iaitu Kristian & Islam di Malaysia.


Kristian tidak meminta hak eksklusif penggunaan itu, yg diminta cuma kebebasan menggunakannya.  Siapa yg pinta hak istimewa itu, tepuk dada tanya selera.

tolong cari dalam kitab suci saudara tu yang dikatakan perkataan 'Allah' itu hak agama Kristian?


Memangpun ada, dah ditulis dalam terjemahan dalam bahasa Arab. Kan itu dah bukti yg kukuh.

Sedangkan Bible umat Kristian, selain daripada bahasa Arab & nusantara...tiada perkataan 'allah'. Bahasa Inggeris umpamanya, menggunakan perkataan 'God' di tempat yang diterjemahkan 'allah' ini. Di Filipina, 'Diyos'.


Saya dah katakan perkataan ini cuma nama am je bagi kami yg merujuk kepada Tuhan. Kalau saudara nak guna sebagai nama khas, dipersilakan. Takde org yg menghalang.

Pernahkah anda mendengar umat Islam di Malaysia atau pun di mana-manalah, bersolat lalu membaca bacaan selain daripada bahasa yang digunakan al-Qur'an(Bahasa Arab).


Tahukah saudara buku taurat dan buku injil bukan dalam bahasa arab? Lebih lagi, buku saudara itu paling paling pun sebagai sokongan kepada mereka. Jadi camna saudara boleh katakan cuma bahasa arab yg digunakan?


Sedangkan Bible yang ada di tangan umat Kristian sekarang ini adalah versi terjemahan atas terjemahan. Dan setiap terjemahan pula menggunakan istilah yang berlainan.


Betul tetapi membawa maksud yg sama.

Tapi, saudara juga jangan lupa di dalam perlembagaan Malaysia(saya ulang, perlembagaan) juga ada termaktub orang Melayu adalah beragama Islam. Jadi setiap yang beragama Islam di Malaysia tertakluk kepada undang-undang syariah Islam di Malaysia.


Sekiranya mereka keluar dari islam tetapi masih berbangsa melayu??

Untuk soalan sr. ini bolehlah diajukan terus kepada pihak mahkamah syariah & dengar sendiri penjelasan daripada mereka. Carilah hakim yang membuat keputusan untuk kes ini & berbincanglah dengannya, saya tiada terlibat.


Yang saya pinda dari pandangan saudara adalah keputusan itu betul?

Pendapat saya mudah sahaja, apa sahaja kes yang melibatkan warganegara yang beragama Islam & hukum-hakam Islam... undang-undang syariah Islam mempunyai hak yang lebih besar ke atas kes sebegini.


Sekiranya seseorang itu sudah mengumumkan keluar dari islam, adakah hukum syariah masih berkuasa ke atas mereka?

Memandangkan kita di Malaysia, maka kita tertakluk kepada perlembagaan Malaysia.


Tetapi jgn pulak saudara lupa setiap akta adalah sama berkuasa. Jadi kebebasan beragama juga utk org Melayu. Kalau saudara betul betul ikhlas tu, saudara patut tahu yg dalam akta itu tidak dinyatakan jenis kaum. Ianya adalah utk semua.

Jika ada dua kriteria ini iaitu Melayu & Muslim, maka mereka tertakluk kepada perlembagaan & undang-undang yang diperuntukkan khas kepada mereka.


Jikalau mereka tidak mahu menganut agama islam, macam mana? Paksa?

Ibarat seperti mana pelajar perempuan yang bertudung, tetapi mereka masih juga memakai pakaian seragam sekolah. Manakala, ada yang tidak bertudung tidak menjadi kesalahan di sekolah itu.


Bagus tu, kebebasan memakai tudung, tetapi tahukah saudara, di negara islam, org yg bukan beragama islam juga diminta memakai tudung. Itukah yg saudara nak katakan kesalahan? Kalau yg beragama islam tidak memakai tudung adakah ia salah dari segi undang2 sekolah. Nyata tidak.

kenapa rakyat malaysia ini perlu prihatin sgt pulak dgn rakyat palestin pulak..


Kenapa tidak dgn negara lain seperti Haiti, Afrika dan negara kita sendiri di mana byk rakyat juga merana. Kenapa lihat ke negara lain dan menghulurkan bantuan apabila di negara kita sendiri pun tidak terurus.

Atas dasar kemanusiaan di dunia yang semakin global ini, apakah sr. tiada perikemanusiaan melihat manusia lain dianiaya, dibunuh tanpa sebab yang munasabah & negara mereka dirampas tanpa hak? Ini soal komuniti dunia, bukan setakat agama sahaja.


Kalau saudara ada mengikuti forum ini dari dulu, rasanya saudara patut tahu pendirian saya dalam hal ini. Tetapi bukankah keperikemanusian ini harus bermula dari rumah kita sendiri dahulu. Kalau kita tidak tahu macam mana menjaga rakyat sendiri, camna nak bantu org lain.

b. Setiap umat Islam adalah bersaudara, seperti yang termaktub di dalam al-Qur'an...tak kira bangsa, tak kira bahasa, warna kulit, kedudukan geografi, status mahu pun asal-usul. Dan setiap umat Islam diperintahkan untuk menyayangi antara satu sama lain leih daripada dirinya sendiri & membela saudara seIslam mereka yang dianiaya atau dizalimi tanpa ada sebab yang kukuh.


Tak kira bahasa, warna kulit, kedudukan geografi, status tetapi perlu beragama islam kan? Itukah yang diajarkan oleh kepercayaan saudara? Menyayangi umat sendiri tetapi tidak yg lain. Kepercayaan kami mengajar kami menyayangi umat seiman, mereka yg bukan seiman dan juga musuh kami. Itu perbezaan antara kami dgn saudara.

Beritahu ini kepada pihak yang menterjemahkan Alkitab sr.


Kenapa perlu, kerana kami ini menerima segala jenis bahasa.

Bagi kami umat Islam, bahasa Arab adalah bahasa di syurga kelak, bahasa tuhan kami yang bernama Allah, bahasa nabi junjungan kami iaitu Muhammad S.A.W. yang berbangsa Arab, bahasa al-Qur'an & syarat wajib untuk melakukan sesuatu ibadah khusus seperti yang telah saya terangkan.


Ini sesuatu yg baru. Bahasa syurga?? Jadi saudara nak kata Tuhan itu cuma faham bahasa Arab? Jadi camna dgn bhs yg digunakan oleh nabi-nabi lama bangsa israel?? Dalam bhs yahudi, rom dan aramic. Tuhan tak faham? Cakap benarlah saudara, sebenar saudara ni sendiri pandai bahasa Arab ke? Faham dan boleh baca?

Tapi adakah ini gaya bahasa yang sesuai, yang baik untuk kita berkomunikasi dengan orang lain yang tidak tahu kedua-dua bahasa ini...apa lagi digunakan dalam menterjemahkan kitab suci? Sudah tentu tidak sesuai...


Adakah Tuhan mementingkan hati atau gaya? Seorg yg kelihatan alim tdk semestinya alim dan seorg yg kelihatan tdk alim tdk semestinya tdk alim. Luaran tdk menampakkan dalaman. Gaya tdk penting utk Tuhan, yg penting hati seseorg itu terhadap Tuhan.

Jadi, mengapa perlu Alkitab terjemahan bahasa nusantara mengambil perkataan daripada bahasa Arab, sedangkan "Jesus" sendiri di dalam tidak berbahasa Arab & tidak menggunakan perkataan 'allah'. Sekali lagi rujuk post #73, apakah maksudnya "Eli, Eli" atau pun "Eloi, Eloi" di dalam ayat Alkitab Matius 27:46 & Markus 15:34?


Itu adalah utk menunjukkan pengenapan nubuat yg dibuat oleh nabi nabi dahulu. Katakan di atas kayu salib adalah sama dgn yg dikatakan oleh nabi.

Jadi jika anda & umat Kristian lain sayangkan "Jesus" anda, mengapa tidak gunakan istilah yang digunakan oleh "Jesus" sendiri?


Memangpun guna, tetapi ada nama am yg digunakan juga, saudara kena faham tu. Kalau saudara tengok alkitab tu, adakah setiap kali Yesus merujuk kepada Tuhan menggunakan perkataan itu?

Sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2010 04:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by yyusryy at 26-1-2010 17:04

85# kompia23

Pendekkan cerita, adakah perkataan "Allah" ini cuma utk org muslim saja? Kalau itu, Muhammad tidak patut menyebarkan kepada org lain kerana ia cuma khas utknya saja. Cuma saudara fikir betul betul.


Ya, perkataan 'Allah' ini memang untuk orang Muslim sahaja.
Mengapa?
Sebab orang Muslim sajalah yang mempercayai nama tuhan adalah 'Allah'.
Jadi mengapa agama Kristian hendak menggunakan perkataan ini dengan alasan ianya nama am yang membawa maksud tuhan.
Baik, cuba saudara fikir pula.
Bagaimana Islam boleh berkembang sehingga menjadi agama kedua terbesar di dunia jika ianya tidak (patut) disebarkan kepada orang lain?
Sedangkan atas nama 'Allah' inilah nabi Muhammad & setiap umat Islam dipertanggungjawabkan untuk mengajak selruh umat manusia kembali menyembah tuhan yang satu iaitu Allah. Jadi, kalau seseorang itu dah masuk/memeluk Islam, sudah tentu dia
wajib mempercayai bahawa tiada tuhan lain yang layak disembah melainkan yang bernama Allah.


Adakah kerana saya tidak tertakluk kpd undang2 syariah Islam, saya tidak berhak menggunakan perkataan tersebut? Boleh tunjuk dlm undang2 itu mana yg mengatakan sedemikian.


Ini bukan lagi soal undang-undang syariah, tetapi soal tanggungjawab setiap umat Islam yang beriman untuk memelihara kesucian nama tuhan kami daripada dicemari.
Baik, apakah hak agama Kristian nak menggunakan perkataan 'Allah' ini? Dari mana datangnya hak ini? Mari kita lihat sejarah bermulanya Kristian.

Siapakah pengasas agama Kristian:
Jesus/Yesus.

Di mana Jesus dilahirkan:
Di Bethlehem, bumi Palestin (Rujuk Bible - Matthew/Matius 2:1).

Apakah bangsa Jesus:
Yahudi@Israel (Rujuk Bible - John/Yohannes 4:7-9).

Apakah bahasa yang dituturkan Jesus:
Aramaic@Ibrani(Rujuk Bible - John/Yohannes 20:16).

Apakah bahasa lain yang ada di persekitaran Jesus semasa hayatnya:
Aramaic/Greek@Yunani/Latin (Rujuk Bible - John/Yohannes 19:20)
*Tiada pun bahasa Arab.

Apakah perkataan yang dituturkan Jesus untuk membahasakan tuhan:
Eli & Eloi (Rujuk Bible - Matthew/Matius 27:46 & Mark/Markus 15:34).
*Tiada pun Jesus menyebut 'Allah'.

'Allah' adalah perkataan bahasa Arab, manakala bahasa asal Jesus & Bible adalah Aramaic.
Jadi, mengapa menterjemahkan Bible tidak mengambil istilah bahasa Aramaic iaitu 'El' untuk 'tuhan' atau pun perkataan bahasa Malaysia itu sendiri(tuhan)?
Mengapa mengada-ngada hendak menggunakan perkataan Arab yang tiada kaitan dengan sejarah Kristian itu sendiri?

Satu lagi, 'Allah' itu nama tuhan umat Islam.
Mengapa hendak menggunakan nama tuhan agama lain untuk agama anda?
Apakah tuhan agama Kristian tidak memiliki nama sendiri?


Kalau diikutkan cara saudara, kita kena lihat siapa yg ada paten terhadap perkataan tersebut. Dalam sejarah, rasanya tiada  kerana ia tidak perlu kerana dlm agama, tiada org menfailkan utk mempatenkan perkataan eksklusif kecuali di Malaysia. Tahukah saudara hakikat ini.


Baik mari kita lihat 'paten' yang dibuat oleh kitab suci agama Islam & Kristian berdasarkan sejarah masing-masing.

Bible, dalam bahasa asalnya adalah Aramaic.
Perkataan yang digunakan dalam bahasa Aramaic untuk tuhan adalah 'El' seperti 'Eli' & 'Eloi' yang bermaksud 'tuhanku'.

Al-Qur'an, bahasa asalnya bahasa Arab.
'Allah' yang termaktubdi dalam al-Qur'an adalah nama tuhan umat Islam.

Jadi sekali lagi, adakah tidak ada perkataan dalam bahasa Malaysia atau pun Aramaic sendiri sehingga hendak menggunakan nama tuhan agama lain?


Kristian tidak meminta hak eksklusif penggunaan itu, yg diminta cuma kebebasan menggunakannya.  Siapa yg pinta hak istimewa itu, tepuk dada tanya selera.


Jika tidak meminta hak eksklusif & yang diminta cuma kebebasan menggunakan perkataan ini...maka gunakanlah perkataan lain yang tidak menimbulkan perselisihan & kekeliruan. Di dalam bahasa Malaysia perkataan tuhan sudah sedia ada & agama anda bebas menggunakan nama am ini.


Memangpun ada, dah ditulis dalam terjemahan dalam bahasa Arab. Kan itu dah bukti yg kukuh.


Hairan bukan, panduan yang digunakan adalah Bible terjemahan & bukan Bible bahasa asal...& ia dianggap sebagai bukti kukuh?
Yang menghairankan lagi, dalam banyak-banyak bahasa mengapa Arab pula yang dipilih?
Bukannya bahasa Aramaic iaitu bahasa asal Bible & bukan pula bahasa tempatan iaitu bahasa Malaysia.


Saya dah katakan perkataan ini cuma nama am je bagi kami yg merujuk kepada Tuhan. Kalau saudara nak guna sebagai nama khas, dipersilakan. Takde org yg menghalang.


Jika setakat nama am sahaja, maka banyak lagi nama am lain dari bahasa lain jika tidak pun bahasa Aramaic sendiri. Jadi mengapa hendak menggunakan nama khas tuhan agama lain?


Tahukah saudara buku taurat dan buku injil bukan dalam bahasa arab? Lebih lagi, buku saudara itu paling paling pun sebagai sokongan kepada mereka. Jadi camna saudara boleh katakan cuma bahasa arab yg digunakan?


Memang saya tahu...& saya ingin tahu adakah perkataan 'allah' ada di dalam Taurat & Injil yang sememangnya bukan dalam bahasa Arab ini?
Buku sr. itu pun yang diterjemahkan dalam bahasa Arab & bahasa nusantara, sokongannya terlalu sangat lemah dalam hal ini.
Mengapa? Kerana 49 Bible versi bahasa lain langsung tiada pun perkataan 'allah' ini.
Sedangkan ada Bible terjemahan bahasa Inggeris dalam 20 versi pun tidak ada perkataan ini walau satu versi pun.


Betul tetapi membawa maksud yg sama.


Maksud sama, tapi istilah yang digunakan tidak sama.


Sekiranya mereka keluar dari islam tetapi masih berbangsa melayu??

Maka bersedialah untuk berhadapanlah dengan perlembagaan & undang-undang yang sedia ada, sesudah selesai urusan dunia maka terpulanglah kepada urusan tuhan. Manusia dapat menukar agama, tetapi tidak bangsanya.


Yang saya pinda dari pandangan saudara adalah keputusan itu betul?


Baik, ini pandangan saya tentang mengapa Lina Joy tidak mendapat kebenaran untuk menukar agamanya.
Lina Joy bertegas mengatakan yang dia ingin menukar agamanya atas kemahuannya sendiri, akan tetapi yang meragukan dalam kes ini ialah teman lelakinya seorang India Kristian.
Di dalam perlembagaan ada termaktub, dakyah agama lain tidak boleh disampaikan atau disebarkan kepada yang beragama Islam di Malaysia.
Jadi dalam kes ini, apakah benar teman lelaki Lina Joy yang dimaksudkan ini langsung tiada pengaruh ke atas Lina Joy dalam membuat keputusan?
Sedangkan Lina Joy lari dari rumahnya disebabkan teman lelakinya ini, menyusahkan kedua orang tuanya & begitu juga keputusannya untuk murtad.
Jadi, kerana teman lelaki Lina Joy inilah menjadi sebab mengapa permohonannya tidak diluluskan.

Sekiranya seseorang itu sudah mengumumkan keluar dari islam, adakah hukum syariah masih berkuasa ke atas mereka?


Sekali lagi, jika sudah selesai segala urusan yang berkaitan barulah hukum syariah tidak lagi tertakluk ke atas mereka yang dimaksudkan ini.
Hukum dunia boleh terlepas, tetapi di akhirat kelak akan diketahui bila masanya telah tiba.


Tetapi jgn pulak saudara lupa setiap akta adalah sama berkuasa. Jadi kebebasan beragama juga utk org Melayu. Kalau saudara betul betul ikhlas tu, saudara patut tahu yg dalam akta itu tidak dinyatakan jenis kaum. Ianya adalah utk semua.


Perlaksanaan undang-undang itu sendiri yang akan menerangkan akta mana yang lebih berkuasa atau sama berkuasa. Jadi untuk keterangan lanjut, rujuklah kepada pihak berkuasa yang berkenaan.


Jikalau mereka tidak mahu menganut agama islam, macam mana? Paksa?

Jika itu yang diperlukan...kerana apa yang betul harus dilakukan.
Sr. tahu apa maksudnya "You have to be cruel in order to be kind"? Jika tidak tahu, maka tanyalah orang yang tahu.
Apakah seorang bapa atau ibu hendak membiarkan anaknya tidak mahu pergi ke sekolah untuk belajar hanya kerana anak itu tidak mahu/suka ke sekolah?
Unsur karbon tidak akan menjadi berlian jika tiada tekanan yang cukup kuat.
Negara yang tidak tegas melaksanakan undang-undang & hukuman akan menghadapi banyak masalah.
Setiap umat Islam diperintahkan untuk memelihara dirinya & keluarganya daripada api neraka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-1-2010 05:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by yyusryy at 26-1-2010 18:16

85# kompia23

Bagus tu, kebebasan memakai tudung, tetapi tahukah saudara, di negara islam, org yg bukan beragama islam juga diminta memakai tudung.


Jika mereka sekadar diminta, maka terpulanglah. Nak pakai, pakailah. Tak nak pakai sudah...lainlah jika dipaksa.
Jika itu peraturan di negara Islam yang saudara maksudkan, maka kenalah ikut peraturan negara tersebut.
Habis cerita.


Itukah yg saudara nak katakan kesalahan? Kalau yg beragama islam tidak memakai tudung adakah ia salah dari segi undang2 sekolah. Nyata tidak.[/quote]

"Itukah yg saudara nak katakan kesalahan?"

Bila pula saya mengatakan kesalahan?
Sr., lain yang saya nyatakan lain pula yang saudara fahamkan.

Baik apa kenyataan asal saya:

"Ibarat seperti mana pelajar perempuan yang bertudung, tetapi mereka masih juga memakai pakaian seragam sekolah. Manakala, ada yang tidak bertudung tidak menjadi kesalahan di sekolah itu."

Jadi beritahu saya kesalahan apa yang nak saya katakan?
Itu sr. yang nak katakan sebenarnya,  bukan saya.


Kenapa tidak dgn negara lain seperti Haiti, Afrika dan negara kita sendiri di mana byk rakyat juga merana. Kenapa lihat ke negara lain dan menghulurkan bantuan apabila di negara kita sendiri pun tidak terurus.


Rasanya Sr. tersalah ‘parkir’ kot soalan ini. Nampak gayanya soalan ini bukan untuk saya, tetapi untuk pemimpin negara Malaysia atau pun polis dunia iaitu Amerika Syarikat. Atau pun badan-badan sukarelawan atau NGO yang sedia/ telah membantu negara-negara yang sedang/pernah ditimpa bencana & musibah. Kesian mereka kalau mereka dengar kata-kata sr. ini yang seolah-olah nampak satu pertolongan sahaja. Sedangkan usaha-usaha murni mereka yang lain sr. seperti tak pernah tahu.
Tapi tak mengapa la kan, saya cuba la bantu saudara yang saya agak musykil setakat mana tahap pengetahuan am serta hal-ehwal semasa saudara ni.

Rakyat kita merana?
Apakah rakyat kita merana kerana tiada pilihan?
Atau mereka sendiri yang memilih untuk merana?
Apakah Malaysia sebuah negara mundur & miskin?

Baik, apa masalah Haiti sehingga mereka merusuh & membuat kacau selepas dilanda gempa? Kerana pihak berkuasa mereka lambat bertindak memberikan bantuan. Itu masalah pengurusan negara mereka sendiri.

Di negara kita masalahnya adalah pengurusan & bukan masalah sumber atau bekalan.

Sama ada sr. ini tidak mengetahui perkembangan sebenarkah(atau katak di bawah tempurung)?
Atau sr. memang prejudis terhadap umat Islam?

Baik, apa masalah rakyat Palestin?
Adakah mereka sengaja menyusahkan negara & diri mereka sendiri?
Siapa yang tak mahu hidup aman & makmur...akan tetapi masalah rakyat Palestin ini tidak pernah selesai angkara regim Zionis yang ingin merampas sesuatu yang bukan hak mereka.
Berapa banyakkah rundingan damai & gencatan senjata yang berulang-kali dicabuli olh regim jahanam itu sendiri?
Sebenarnya regim Zionis inilah pengganas yang paling melampau & tidak tahu erti perdamaian/kedamaian di dunia sekarang ini.


Kalau saudara ada mengikuti forum ini dari dulu, rasanya saudara patut tahu pendirian saya dalam hal ini. Tetapi bukankah keperikemanusian ini harus bermula dari rumah kita sendiri dahulu. Kalau kita tidak tahu macam mana menjaga rakyat sendiri, camna nak bantu org lain.


Apakah keadaan negara kita ini kacau-bilau & rakyatnya tidak berperikemanusiaan?

Jika Sr. memiliki periikemanusiaan, maka sudah tentu Sr. tidak perlu menimbulkan persoalan ini.
Manusia tanpa tanpa masalah, memang bukan manusia namanya.
Masalah datang kepada kita tanpa dipinta...atau kerana kesilapan kita sendiri.
Semua orang & semua negara ada masalah tersendiri.
Akan tetapi nasib negara kita jauh lebih baik daripada sesetengah negara yang miskin atau tidak berdaya akibat ditimpa bencana.
Jika 'rumah' kita ini tiada masalah kebuluran akibat kekurangan bekalan, apalah salahnya jika kita membantu negara yang ditimpa malang atau musibah yang tidak dipinta.


Tak kira bahasa, warna kulit, kedudukan geografi, status tetapi perlu beragama islam kan? Itukah yang diajarkan oleh kepercayaan saudara? Menyayangi umat sendiri tetapi tidak yg lain. Kepercayaan kami mengajar kami menyayangi umat seiman, mereka yg bukan seiman dan juga musuh kami. Itu perbezaan antara kami dgn saudara.


Baik, untuk bahagian ini kita rujuk semula kenyataan asal saya:
"Setiap umat Islam adalah bersaudara, seperti yang termaktub di dalamal-Qur'an...tak kira bangsa, tak kira bahasa, warna kulit, kedudukangeografi, status mahu pun asal-usul. Dan setiap umat Islamdiperintahkan untuk menyayangi antara satu sama lain lebih daripadadirinya sendiri & membela saudara seIslam mereka yang dianiaya ataudizalimi tanpa ada sebab yang kukuh."

"Setiap umat Islam";

Yang saya nyatakan adalah, "Dan setiap umat Islamdiperintahkan untuk menyayangi antara satu sama lain lebih daripadadirinya sendiri" & BUKANNYA "lebih daripada umat lain".

Ada saya berkata apa-apa berkenaan tentang umat lain? Saya hanya membincangkan soal di antara umat Islam & bukannya di antara umat manusia.

Sr. ni faham bahasa Malaysia ke tidak nih?
Atau ada masalah terlalu stress jadi moderator di dalam forum ini sehingga lain yang saya taipkan lain pula yang sr. baca & fahami?

Ada saya berkata, "Menyayangi umat sendiri tetapi tidak yg lain"?
Ini kata-kata sr., bukan saya.


Sedangkan atas dasar sayangkan manusia lainlah agama Islam wajib disebarkan oleh penganutnya.

Lainlah kalau saya ada berkata, "Umat Islam HANYA menyayangi/memntingkan saudara seagama kami sahaja."


Kepercayaan kami mengajar kami menyayangi umat seiman, mereka yg bukan seiman dan juga musuh kami. Itu perbezaan antara kami dgn saudara.


Benarkah begitu sr.?
Baik, mari kita lihat apa yang ada di dalam kitab kepercayaan agama sr.


“JawabYesus: “Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel.”Tetapi perempuan itu mendekat dan menyembah Dia sambil berkata: ‘Tuhan,tolonglah aku.” Tetapi Yesus menjawab: “Tidak patut mengambil roti yang disediakananak-anak dan melemparkannya kepada ANJING.”
(Matius15:24-26)


Soalan saya:

i. Mengapa Yesus berkata yang Dia HANYA diutus kepada umat Israel...& bukannya seluruh umat manusia?
ii. Siapa yang dilabelkan Yesus sebagai "ANJING" di dalam ayat ini? Apakah selain umat Israel yang diibaratkan sebagai "domba", bangsa manusia yang lainnya hanyalah "ANJING" pada pandangan Yesus?(Komen: Jesus seorang yang bersifat perkauman@racist ke atau ape ni? Ini kata-kata Bible sendiri ya, bukan saya)


Kenapa perlu, kerana kami ini menerima segala jenis bahasa.
Perlu, kerana penterjemah anda menerima segala jenis bahasa...tetapi sepertinya tidak tahu atau tidak peduli atau menganak-tirikan bahasa asal Bible. Ada istilah bahasa Aramaic & bahasa tempatan, tapi bahasa Arab pula digunakan.
Panel yang menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Malaysia ni cukup ilmu ke tak sebenarnya sampai perlu menggunakan perkataan "am" daripada bahasa Arab?


Ini sesuatu yg baru. Bahasa syurga?? Jadi saudara nak kata Tuhan itu cuma faham bahasa Arab? Jadi camna dgn bhs yg digunakan oleh nabi-nabi lama bangsa israel?? Dalam bhs yahudi, rom dan aramic. Tuhan tak faham?


Ya, memang sesuatu yang baru bagi sr. tetapi tidak bagi umat Islam yang tahu perkataan nabinya.

Sekali lagi kita lihat kenyataan asal saya:

"Bagi kami umat Islam, bahasa Arab adalah bahasa di syurga kelak, bahasa tuhan kami yang bernama Allah,"


Bila masa saya ada berkata, "Jadi saudara nak kata Tuhan itu cuma faham bahasa Arab"?
Atau tuhan cuma tahu & faham bahasa Arab?

Yang mengatakan
"Jadi saudara nak kata Tuhan itu cuma faham bahasa Arab"?

"Jadi camna dgn bhs yg digunakan oleh nabi-nabi lama bangsa israel??
"Dalam bhs yahudi, rom dan aramic. Tuhan tak faham?"


Ini kata-kata & andaian sr. sendiri, bukannya saya. Saya langsung tidak berkata apa-apa pun mengenai sifat & kebolehan tuhan dalam kenyataan saya.

Cakap benarlah saudara, sebenar saudara ni sendiri pandai bahasa Arab ke? Faham dan boleh baca?


Ya, itu dia. Dah mula menukar taktik dengan percubaan serangan peribadi nampak?
Tak apalah kan, kasi can la. Tengokm sama ada berjaya atau tidak.

Begini sajalah, kalau kata nak baca al-Qur'an dalam bahasa Arab dengan makhraj & betul serta tak menyalahi tajwid...insya-Allah tiada masalah. Kalau tentang faham ke tidak, apa guna adanya terjemahan kan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 06:25 PM | Show all posts
Allah bukan nama Tuhan, tapi adalah satu cara untuk memanggil Tuhan dalam bahasa Arab. Pada pandangan saya, Bahasa Arab bukan bahasa di syurga kerana bahasa Arab tidak semestinya bagus, ada bahasa lain lagi bagus.

Tau baca tapi tak faham, apa perbezaan dengan orang belajar bahasa Jepun?? Tau sebut bunyi tapi tak tau maksud, org lain tanya pun tak tau maksud.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2010 06:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by 翻转全球 at 26-1-2010 18:34
Post Last Edit by yyusryy at 26-1-2010 18:16
i. Mengapa Yesus berkata yang Dia HANYA diutus kepada umat Israel...& bukannya seluruh umat manusia?
ii. Siapa yang dilabelkan Yesus sebagai "ANJING" di dalam ayat ini? Apakah selain umat Israel yang diibaratkan sebagai "domba", bangsa manusia yang lainnya hanyalah "ANJING" pada pandangan Yesus?(Komen: Jesus seorang yang bersifat perkauman@racist ke atau ape ni? Ini kata-kata Bible sendiri ya, bukan saya)
yyusryy Post at 26-1-2010 17:25
1. Bible adalah satu buku yang catat sejarah. Yesus masa itu mau cakap dengan org Israel. Kamu kena tau masalah psikologikal org Israel, mereka ingat sendiri adalah paling besar sekali kerana mereka adalah dipilih oleh Allah. So, cakap dia adalah umat Israel sama dengan umat kepada semua orang.
2.Tiada orang label Yesus sebagai "anjing". Itu satu ibarat sahaja, tapi itulah masalah anda sebab perkataan anjing ini terdapat fahaman anda sendiri. Kalau dia nak guna burung, you ada masalah kah?? tiadakan??So is your problem. Lagipun, anjing di ayat sini bermaksud tiada hak nak terima grace of God, org Israel adalah org yg dipilih oleh Tuhan kerana mereka adalah org daripada Isaac. Tuhan berhak nak pilih siapa-siapa sahaja. Ini adalah hak Allah, macam Agong kita nak ampun kita atau tidak adalah bergantung kepada Agong, kita tak pi pergi baginda dan tanya kenapa. Gen 17:18  And Abraham said unto God, O that Ishmael might live before thee!
Gen 17:19  And God said, Sarah thy wife shall bear thee a son indeed; and thou shalt call his name Isaac: and I will establish my covenant with him for an everlasting covenant, and with his seed after him.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 06:40 PM | Show all posts
"Bagi kami umat Islam, bahasa Arab adalah bahasa di syurga kelak, bahasa tuhan kami yang bernama Allah,"


Bila masa saya ada berkata, "Jadi saudara nak kata Tuhan itu cuma faham bahasa Arab"?
Atau tuhan cuma tahu & faham bahasa Arab?


tak ada dlm quran dan sunnah kata bahasa syurga adalah bahasa arab. ini hanya fahaman melayu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 07:01 PM | Show all posts
tak ada dlm quran dan sunnah kata bahasa syurga adalah bahasa arab. ini hanya fahaman melayu
nanat87 Post at 26-1-2010 18:40
Oh~~ini hanya fahaman melayu sahaja dan bukan dicatat dalam Al-Quran dan Al-Sunnah~~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2010 04:48 PM | Show all posts
88# 翻转全球

Allah bukan nama Tuhan, tapi adalah satu cara untuk memanggil Tuhan dalam bahasa Arab.


Jika pada pendapat kamu Allah adalah satu cara untuk memanggil Tuhan dalam bahasa Arab, maka Tuhan adalah satu cara untuk memanggil Tuhan dalam bahasa Malaysia.

Jadi jika 'Tuhan' adalah satu cara untuk memanggil Tuhan dalam bahasa Malaysia, maka Bible sepatutnya menggunakan perkataan 'Tuhan' & bukannya 'Allah'!

Pada pandangan saya, Bahasa Arab bukan bahasa di syurga kerana bahasa Arab tidak semestinya bagus, ada bahasa lain lagi bagus.




"Pada pandangan saya, Bahasa Arab bukan bahasa di syurga kerana bahasa Arab tidak semestinya bagus, ada bahasa lain lagi bagus."

"Pada pandangan saya...?
Kenapa Pada pandangan saya?"

Pandangan kamu, pandangan kamulah...itu yang kamu percaya. Bagus ke tak bagus, itu pandangan kamu.
Saya sudah kata, BAGI UMAT ISLAM...saya ulang BAGI UMAT ISLAM, kamu Islamkah?
Bagi umat Islam bahasa Arab adalah bahasa di syurga di syurga KELAK...
Kamu tahu apa maksud perkataan "KELAK"? Tak tahu rujuk kamus.
Benar atau tidak dakwaan saya ini hanya akan diketahui bila masanya tiba KELAK.
In English, ONLY TIME WILL TELL.
I do not care whether you believe or not!

Sama juga halnya bila kamu berkata Jesus adalah Anak Tuhan & juga Tuhan.
Saya sebagai umat Islam, saya percaya Jesus hanyalah seorang manusia biasa yang diutus sebagai seorang nabi & rasul kepada bangsa Israel.

Kepercayaan kamu, kepercayaan kamulah kan. Kepercayaan saya, suka hati sayalah.




Tau baca tapi tak faham, apa perbezaan dengan orang belajarbahasa Jepun?? Tau sebut bunyi tapi tak tau maksud, org lain tanya puntak tau maksud.


Dan apa bezanya penyanyi yang tahu menyanyikan lagu Inggeris, tapi tidak tahu maksudnya?

Jadi apa gunanya manusia menghasilkan Kamus@Dictionary & terjemahan kitab suci kalau tak dapat membantu memahami apa yang dibaca?

Kamu ini hidup di zaman mana? Zaman purba yang tiada wujud kamus ka apa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 04:53 PM | Show all posts
hehe~~kamu rasa Allah dan Tuhan itu sama maksud kah??

kalau bagi kamu jadi translator, kamu boleh translate "the only one god" kepada Tuhan??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2010 05:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by yyusryy at 27-1-2010 17:46

89# 翻转全球

1. Bible adalah satu buku yang catat sejarah. Yesus masa itu mau cakap dengan org Israel. Kamu kena tau masalah psikologikal org Israel, mereka ingat sendiri adalah paling besar sekali kerana mereka adalah dipilih oleh Allah. So, cakap dia adalah umat Israel sama dengan umat kepada semua orang.


cakap dia adalah umat Israel sama dengan umat kepada semua orang.[/quote]

Untuk kenyataan ini biar Bible sendiri yang menerangkan apa yang dikatakan oleh Jesus, mari kita lihat apa kata Bible:


Perempuan Kanaan yang percaya

Maka datanglah seorang perempuan Kanaan dari daerah itu & berseru: "Kasihanilah aku, Tuhan, anak Daud, kerana anakku kerasukan syaitan dan sangat menderita."
TETAPI YESUS sama sekali tidak TIDAK MENJAWABNYA.
Lalu murid-murid-Nya, datang & meminta kepadanya:
"Suruhlah dia pergi, dia mengikuti kita dengan berteriak." - Matius 15:22-23

(Yesus juga seorang yang berbangsa Israel, berdasarkan ayat ini...adakah Yesus juga mempunyai masalah psikologi sehingga langsung tidak mengendahkan perempuan Kanaan yang sedang dalam kesusahan ini?
Ayat ini bercakap bagi pihak Yesus sendiri.)


Seterusnya;

Jawab Yesus : "Aku diutus HANYA(saya ulang, HANYA)kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel(saya ulang, umat Israel)."
- Matius 15:


(Rasanya ayat ini tidak susah langsung untuk difahami, kecualilah kemahiran bahasa Malaysia anda memang sangat lemah.
Jadi bagaimana HANYA untuk umat Israel, boleh menjadi seluruh umat? Sama ke?
Sekali lagi, Bible sendiri menerangkan bagi pihak Yesus.)


Seterusnya,

Tetapi perempuan itu mendekat, & menyembah Dia sambil berkata :"Tuhan, tolonglah aku." - Matius 15:25


(Kesian perempuan Kanaan ini, beriya-iya dia meminta tolong kepada Yesus tetapi Yesus ini 'banyak songeh' pula. Entah apa masalah 'psikologi' Yesus ni sebagai orang Israel.)


2.Tiada orang label Yesus sebagai "anjing". Itu satu ibarat sahaja, tapi itulah masalah anda sebab perkataan anjing ini terdapat fahaman anda sendiri. Kalau dia nak guna burung, you ada masalah kah??


Tiada orang label Yesus sebagai "anjing"

Memang tiada orang label Yesus sebagai "anjing", tetapi dalam ayat Bible itu sendiri Yesus yang melabelkan orang lain yang bukan berbangsa Israel sebagai "anjing".

Ini bukan saya yang kata, tetapi Bible kamu sendiri yang menyatakannya. Tak percaya?
Baik, kita lihat sekali lagi apakah ayat seterusnya daripada kisah perempuan Kanaan ini.


Tetapi Yesus menjawab: "TIDAK PATUT mengambil roti yang disediakan bagi ANAK-ANAK & melemparkannya kepada ANJING." - Matius 15:26


Ada sesiapa yang rasa susah nak faham apa maksud ayat Bible ini?
Jika ada, nasihat saya pergilah balik ke sekolah atau ambillah kelas tambahan bahasa Malaysia.

Bible anda sendiri telah berkata-kata, dan dalam ayat ini Yesus membandingkan seseorang antara ANAK-ANAK dengan "ANJING".

(Komen: Boleh anda bayangkan tidak kalau diri anda dipanggil 'anjing'?
Kasihan perempuan Kanaan dalam kisah ini, pertolongan yang dipinta malah dirinya diibaratkan seperti "anjing".)


Kalau dia nak guna burung, you ada masalah kah?? tiadakan??So is your problem.


Besar masalahnya tu kawan...big, big problem.
Kalau dia gunakan burung memang tiada masalah, tapi anjing...?
Tahukah anda memanggil atau mengibaratkan seseorang itu sebagai 'anjing'?
Itu kurang ajar@tidak sopan@rude@impolite namanya
Cuba anda bayangkan diri anda dipanggil 'anjing' oleh seseorang, sedangkan anda begitu perlukan pertolongannya?


Lagipun, anjing di ayat sini bermaksud tiada hak nak terima grace of God, org Israel adalah org yg dipilih oleh Tuhan kerana mereka adalah org daripada Isaac. Tuhan berhak nak pilih siapa-siapa sahaja.


Jadi, kerana orang ini bukan daripada Isaac dia tiada hak untuk menerima grace of God?
Apa bezanya hal ini dengan sikap perkauman atau racist?


Ini adalah hak Allah, macam Agong kita nak ampun kita atau tidak adalah bergantung kepada Agong, kita tak pi pergi baginda dan tanya kenapa.


Jika hak Allah macam Agong yang berkuasa untuk mengampunkan orang/manusia, maka tak perlulah adanya penyaliban yang mengorbankan nyawa seorang manusia semata-mata untuk membersihkan dosa manusia yang lain.
Manusia hanya perlu memohon ampun kepada Tuhan tanpa ada syarat kerana itu hak-Nya nak mengampunkan seseorang & bukannya keampunan itu terletak pada pengorbanan nyawa seseorang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2010 05:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by yyusryy at 27-1-2010 17:52

93# 翻转全球

hehe~~kamu rasa Allah dan Tuhan itu sama maksud kah??

Saya sudah mengatakan, bagi kami umat Islam Allah itu NAMANYA.
Saya tidak rasa, tetapi saya FIKIR & PERCAYA 'Allah' itu nama khas tuhan umat Islam & 'Tuhan' adalah perkataan umum yang merujuk kepada satu entiti yang memiliki kuasa maha hebat yang dipercayai oleh sesebuah kepercayaan.

Kalau kamu nak percaya yang 'allah' itu perkataan yang digunakan untuk tuhan di Arab silakan, tapi kalau nak menggunakannya fikirlah apa terjemahannya dalam bahasa Malaysia.



[quote]kalau bagi kamu jadi translator, kamu boleh translate "the only one god" kepada Tuhan??


"the only one god" = hanya satu-satunya tuhan

the = (tidak dapat dipastikan maksudnya)

only = hanya

one = satu/tunggal/Esa

god = tuhan

Bagaimana ada tiga(3) perkataan di situ boleh diterjemahkan kepada satu(1) perkataan sahaja?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 06:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by yyusryy at 27-1-2010 17:52

93# 翻转全球



"the only one god" = hanya satu-satunya tuhan

the = (tidak dapat dipastikan maksudnya)

only = hanya

one = satu/tunggal/Esa ...
yyusryy Post at 27-1-2010 17:41
Boleh, kalau perkataan itu ialah "Allah".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2010 12:55 PM | Show all posts
tajuk thread ni: mencari kebenaran yang hakiki?

tp hanya Tuhan y diatas y tahu kebenaran hakiki tu. just follow agama dan kepercayaan masing2. agama tu xslh, cuma kdg2 follower je y lbh2.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 12:31 AM | Show all posts
tajuk thread ni: mencari kebenaran yang hakiki?

tp hanya Tuhan y diatas y tahu kebenaran hakiki tu. just follow agama dan kepercayaan masing2. agama tu xslh, cuma kdg2 follower je y lbh2.
fionabea Post at 28-1-2010 12:55
Lebih baik balik rumah dan berdoa, tengok macam mana Allah jawab soalan anda.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 09:21 AM | Show all posts
fyi, i'm not muslim or christian. also not melayu ok. tp jgn risau, sy sentiasa berdoa utk kesejahteraan bersama. spy bumi malaysia ni sentiasa aman dan makmur. jwpn tu ada cuma kadang kita xsedar sbb manusia xpernah perfect.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 09:33 AM | Show all posts
94# yyusryy

Bagi mana-mana ayat yg sr. kutip untuk bukti Yesus hanya untuk bani Israel, saya minta sr. petik kesluruhan konteks jalan cerita tersebut.Mana buleh petik 1 ayat sahaja..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.075747 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list